Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, November 25, 2008

CADANG PINDA PERELEMBAGAAN BAGI MENGAWAL POLITIK WANG

Gejala politik wang dalam UMNO sudah sukar dibendung lagi. Banyak pihak bercakap mengenainya tetapi tindakan yang dilakukan sangat sedikit. ‘Jawatankuasa Disiplin UMNO’ yang ditubuhkan tidak mampu mendisplinkan ahli-ahli UMNO yang sedang dalam kegilaan. Masalah yang lebih besar adalah kredebiliti UMNO sendiri, sebagai parti tunjang pemerintah dan parti yang membela dan memperjuangkan kaum majoriti bangsa Melayu yang dipertikaikan kewibawaannya kenelakangan ini.

Banyak pihak bercakap mengenai politik wang bermakna ianya berlaku tetapi mengapa tiada tindakan serius yang diambil? Apakah ini kerana ianya melibatkan tokoh-tokoh penting dalam UMNO itu sendiri? Atau tiada pihak yang membuat lapuran?

Berikut adalah senario yang berlaku didalam kemelut tersebut;
• Pihak yang memberi dan menang pertandingan tentunya tidak akan membuat lapuran
• Pihak yang menerima juga tidak membuat lapuran kerana mereka meinginkannya kerana itulah mereka bersungguh-sungguh untuk menjadi perwakilan
• Pihak yang memberi tetapi kalah pertandingan juga tentunya berasa bimbang untuk membuat laporan walaupun keinginannya ada
• Pihak yang tidak memberi dan menang dalam pertandingan tentunya tidak akan membuat laporan
• Pihak yang tidak memberi dan kalah dalam pertandingan akan membuat laporan tetapi sukar mendapatkan bukti kerana pihak yang menerima enggan berkerjasama

Diperingkat manakah politik wang banyak berlaku?;
• Peringkat Cawangan: Sangat sedikit diperingkat cawangan kerana cawangan hanya akan memilih untuk keperingkat bahagian. Kebanyakan cawangan-cawangan adalah di kampong-kampong dan mereka tidak terlalu menitikberatkan apa yang berlaku selepas itu.
• Peringkat Bahagian: Diperingkat bahagianlah bermulanya politik wang dalam UMNO kerana wakil kepada calon majlis tertinggi akan melobi untuk calon berkenaan disamping menentukan tempat mereka sebagai jawatankuasa bahagian serta / atau G7.
• Peringkat Kebangsaan: Perwakilan dari bahagian-bahagian akan memilih ahli majlis tertinggi dan mereka inilah golongan sasaran yang utama terhadap politik wang dalam UMNO. Siapakah mereka-mereka ini? Mereka adalah Ketua-ketua bahagian, atau jawatankuasa bahagian yang terpilih sebagai G7.

Bagi mengelakkan politik wang dalam UMNO maka pindaan perlembagaan harus dilakukan dengan pemilihan ahli majlis tertinggi hanya terhenti di peringkat bahagian dimana pengundiannya dilakukan diperingkat ini. Selain dari itu langkah ini dilihat akan lebih telus dan benar-benar membawa suara akar umbi.

Tidak ada lagi perwakilan G7 yang akan dibeli undinya atau menjual undinya. Bermakna perwakilan cawangan akan menentukan ahli majlis tertinggi. Jika ada proses pembelian dan penjualan undi maka ianya akan berlaku diperingkat bahagian dan perwakilan dari cawangan yang ramai itu harus dibeli bukan hanya setakat G7 sahaja. Ini akan menampakan ketelusan dalam pemilihan peringkat majlis tertinggi dan akan merupakan suara akar umbi yang sebenarnya.

Sistem pemilihan dalam Persidangan Agong Cawangan, Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO adalah seperti berikut;

Persidangan Agung UMNO Cawangan:
• Memilih jawatankuasa cawangan
• Membahaskan usul cawangan dan usul untuk dibawa ke mesyuarat bahagian
• Memilih perwakilan ke mesyuarat bahagian
• Mencalonkan ahli jawatankuasa bahagian

Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian:
• Memilih jawatankuasa bahagian
• Membahaskan usul cawangan dan usul untuk dibawa perhimpunan Agung
• Memilih perwakilan ke perhimpunan Agung
• Mencalonkan ahli majlis tertinggi

Perhimpunan Agung UMNO :
• Memilih jawatankuasa ahli majlis tertinggi
• Membahaskan usul yang dibawa oleh bahagian


Sekiranya perlembagaan dapat dipinda supaya menjadikan pemilihan ahli majlis tertinggi hanya berlaku diperingkat bahagian dan hanya akan membahaskan usul-usul sahaja dilakukan dalam Perhimpunan Agung UMNO maka politik wang akan dapat dibendung atau dikurangkan kerana pihak-pihak yang terlibat tidak akan berebut-rebut menjadi perwakilan disebabkan dalam Perhimpunan Agung UMNO tiada pemilihan berlaku selain dari membahsakan usul-susl yang dibawa dari bahagian-bahagian sahaja.

Sistem pemilihan dalam Persidangan Agong Cawangan, Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO selepas pindaan adalah seperti berikut;

Persidangan Agung UMNO Cawangan:
• Memilih jawatankuasa cawangan
• Membahaskan usul cawangan dan usul untuk dibawa ke mesyuarat bahagian
• Memilih perwakilan ke mesyuarat bahagian
• Mencalonkan ahli jawatankuasa bahagian
• Mencalonkan ahli majlis tertinggi

Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian:
• Memilih jawatankuasa bahagian
• Membahaskan usul bahagian dan usul untuk dibawa perhimpunan Agung
• Memilih perwakilan ke perhimpunan Agung
• MEMILIH ahli majlis tertinggi

Perhimpunan Agung UMNO :
• Membahaskan usul yang dibawa oleh bahagian

Pindaan Perlembagaan seperti yang dicadangkan bukanlah yang terbaik kerana masih ada beberapa kelemahan namun buat masa ini ianya dilihat akan membantu begi membenteras politik wang dalam UMNO. Soalnya apakah kita inginkan perubahan ini? Apakah kita akan berebut-rebut untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian dan G7 sekiranya tiada habuan yang menanti kita? Segalanya terpulang kepada kita. Jika kita sayangkan parti maka kita harus bergerak kearah ini mulai sekarang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN