Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, January 7, 2011

BERJAGUNG-JAGUNG DAHULU.....

Menanam jagung mesti berpagar, jika tidak pagar akan makan padi.
Melombong bijih juga mesti berpagar, jika tidak orang kampong akan makan hati


Dulu ketika masyarakat masih mengusahakan sistem pertananian sara-diri (bukan bercucuk-tanam ditaman si sara) kata-kata ini jadi kata-kata keramat mereka; 'Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak'. Maksudnya adalah sementara menunggu hasil besar yang diusahakan itu, usahakanlah sesuatu sebagai sampingan biarpun hasilnya kecil.

Namun dalam sistem kehidupan yang dipanggil moden ini, tambahan pula dengan slogan 'Rakyat didahulukan....' segala amalan lama itu sudah tidak lagi sesuai diamalkan. 'Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak' juga tidak harus diamalkan lagi. 'Berjagung-jagung itu dulu, berbesi-besi orang besar yang rompak' - ini mungin lebih sesuai bagi sebuah kawasan tanaman jagung di sebuah DUN di sebuah negeri yang kaya dengan hutan dan 'pungkor' hanyut. (Bukan di Jerantut dan di negeri Pahang)

Ini berikutan dengan adanya satu konspirasi yang melibatkan seorang-orang besar dengan pejabat tanah yang telah membatalkan 'tol' terhadap tanah kawasan penduduk kampong mengusahakan tanaman jagung sepanjang tahun bagi membenarkan 'rampasan' tanah berkenaan untuk diusahakan lombong bijih besi. Persoalannya adalah; Tanaman jagung itu hasilnya memberi faedah kepada rakyat sedangkan lombong bijih besi itu hanya untuk kepentingan orang besar tertentu serta kroninya sahaja. Apakah ini selaras dengan slogan DS Najib 'Rakyat didahulukan?

Ada sesiapa yang mampu menjawab selain dari pelombong besi yang menyarankan tinggalkan ekonomi jagung? Benar seperti kata uRag dRrulug; Dunia tak tahu malu! Tahu apa maksudnya; 'Harapkan pagar, pagar makan padi?' Baca disini 'Pagar Makan Padi'.

Thursday, January 6, 2011

LAMA DAH TAK 'HENTAK'



Blogging di Jerantut semakin dingin. Kebanyakkan laman-laman blog bagaikan sudah disalai atau dipangang. Mungkin kerana sudah kehabisan isu atau juga boggernya sibuk mencari rezeki dimusim 'pejor' ini. Itu difahami kerana rata-rata mereka bukanlah blogger elite malahan semuanya picisan. Mungkin hanya satu saja, itu pun yang mengangkat dan menganggap dirinya sendiri sebagai blogger bangsawan - tak lain tak bukan, jeng,,,jeng..jeng! - WZWH.

Ada beberapa blogger dari Jerantut namun sudah tidak lagi 'berkisahkan' tentang kampong halaman kerana mereka sudah 'sesat' diperingkat nasional. Mereka bukan lagi blog picisan, mungkin juga tidak lagi perdulikan permasalahan rakyat dikampong halamannya.

Yang tinggal hanylah uRagdRrulug dan Hulu Tembeling, yang tetap teguh pada perjuangan mereka, membela bangsa dan negara. Blog pemimpin hanya menulis dan memikirkan masalah besar termasuklah mengenai 'keuntungan berganda', kerana itulah tanah dimana sebelum ini rakyat menanam jangung telah sanggup 'dirampas' bagi projek melombong bijih besi. Memang keuntungan berganda-ganda, tetapi bagi pemimpin itu saja yang mendapat beratus-ratus ekar tanah dan beberapa lombong bijih besi.

Saya sokong slogan rakyat didahulukan saranan DS Najib itu, tetepi di Jerantut didahulukan itu hanya membawa maksud rakyat dahulu yang akan dihapuskan atau dahulu menerima kesusahan tetapi pemimpin akan tetap bersenang lenang.

Konsep wakil rakyat sepatutnya sudah berubah. Mereka sudah boleh dikategorikan sebagai golongan professional dan jawatan mereka juga dianggap sebagai satu profession. Justru, mereka haruslah dari kalangan yang bijak (bukan mesti ada kelulusan PhD dan sebagainya) dan bertanggungjawab kepada rakyat. 

Bagi DUN Tahan, (jika berlaku sebarang perubahan) mungkin seorang Penghulu yang dilihat sangat sesuai dicalonkan bagi menggantikan yang sedia ada atas sifat kebertanggungjawabannya. PM harus memerhatikannya dengan baik kerana inilah calon yang rakyat harapkan dan yang pastinya dia bukanlah dari kalangan 'pemungkor'. Pencalonannya juga bolehlah dianggap sebagai membalas budi dan mengenang jasa kepada keluarga berkenaan. Tuanku Sultan pasti akan sangat bersetuju dengan calon itu.

Di pasar-pasarraya serta dikedai-edai di Jerantut ini, apakah sudah ada bekalan minyak masak? Mungkin WZWH boleh 'pastikan' bahawa bekalan akan mencukupi dan dengan harga yang tidak dinaikkan. WZWH patut juga pastikan paras air si Sungai Tembeling dikawal supaya dapat menghalang berlakunya banjir besar. Banyak yang WZWH kena pastikan, bagaimanapun beliau haruslah pastikan bahawa sebarang kenyataannya tidak menyingung orang lain seperti berlaku baru-baru ini di blog Pahang-Ku.

Jika perselisihannya derngan UD ataupun SPU kenapa pula Pahang-Ku cuba diusik? Bahkan melibatkan nama seorang exco pula. Meletakkan link blog dimana-mana bahagian sekalipun adalah hak mutlak pemilik blog berkenaan, jadi usah ada pertikaian yang menampakkan lagi kebodohan diri sendiri.

Wednesday, January 5, 2011

JERANTUT TIADA MINYAK MASAK



Minyak masak sudah kehabisan disetiap pasaraya dan bahkan kedai-kedi runcit di seluruh Jerantut/ Khabarnya orang-orang dari Kuala Tembeling mendapatkan bekalannya di kedai-kedai runcit di felda-felda. Kita rasa keliru bagaimana Malaysia sebagai pengekspot minyak sawit kehabisan bekalan untuk pasaran dalam negeri.

Harga minyak sebagai barangan kawalan sudah tidak mampu dikawal oleh kerajaan lagi. Siapakah yang mengawal kerajaan kita?

Cakap-cakap menteri juga sudah tidak boleh dipakai lagi kerana mereka juga tidak tahu apa yang mereka katakan. Kata barang itu tidak naik kerana masih dalam kawalan tetapi tiba-tiba harganya naik juga. Kerajaan Malaysia kita ini memang 'flip-floop'. Menteri pun begitu juga.

Dulu, bila bekalan bawang putih tidak didapati, menteri berikan cadangan yang bijaksana supaya jangan makan bawang putih. Bila harga gula naik, jangan makan gula. Sesekali patut juga menteri-menteri tanya kepada rakyat apa jadi jika darah rakyat pula naik? 
(Klik baca sini)

Orang kampong dulunya menanam jagung diatas tanah 'tol', namun kita sudah tidak lagi dapat lakukan itu kerana tanah berkenaan telah berpindah milik kepada seorang pemimpin yang ingin usahakan lombong bijih. Apa lagi yang boleh rakyat lakukan untuk menambah ekonomi mereka?

Bagaimanapun, rakyat sudah tidak lagi menghendaki pemimpin itu, tidak di DUN itu atau dimana-manapun kerana dia adalah ibarat 'lintah darat' dan barah kepada rakyat.

Sunday, January 2, 2011

TAHNIAH 'PAHANG-KU'

Gambar hiasan


SPU tiada hubungan dengan blog Pahang-Ku, namun menjadi pemerhati dengan penuh minat terhadap setiap perkembangannya. Selama ini memang ada beberapa buah laman blog yang mesra kerajaan lahir sebagai manefetasi sokongan terhadap kerajaan namun akhirnya berkubur begitu saja, entah kerana apa.

Namun kerana itulah blog-blog portal pembangkang seakan mendominasikan media sosial khususnya blog di Pahang yang menyaksikan blog Pahang Daily Online ditempat teratas tanpa saingan. Diikuti dengan beberapa blog menyokong Pas.

Kehadiran blog Pahang-Ku seharusnya mendapat sokongan semua pihak khususnya yang menyokong perjuangan UMNO / BN. Jangan ada dikalangan kita yang cuba menikam dari belakang dan menjadi pengkhianat.

Kita sedar dan simpati dalam usianya yang masih begitu 'muda' sudah pasti terdapat berbagai masalah dan kekurangan disana-sini, namun jangalah kita menjadikan itu sebagai alasan untuk mengkhianati kerana perjuangan kita masih jauh dan panjang.

Kita harus sedar dan faham bahawa bukannya mudah menguruskan sebuah laman blog secara berkumpulan, pastinya ada ketidaksegaraman dan kelainan pendapat diantara satu sama lain, justru berikanlah mereka masa untuk memantapkannya dengan cara dan kaedahnya sendiri.

Ada beberapa laman blog yang menuduh Pahang-Ku begitu dan begini, namun bersihkanlah hati kita sendiri. Janganlah terus menyalahkan blog Pahang-Ku hanya kerana ianya tidak menepati citarasa kita. Tanyalah diri kita sendiri siapakah kita, dan apakah sumbangan yang boleh kita berikan kepadanya.

SPU setuju dengan pandangan sebuah laman blog yang menyatakan bahawa blkog-blog Jerantut semakin tidak aktif dan membeku. Namun kita harus sedar bahawa mereka ini menulis atas iniseatif mereka sendiri tanpa sebarang paksaan dan tekanan. Justru, bebaskanlah mereka untuk menulis sesuka hati mereka bergantung kepada kelapangan mereka - blog mereka adalah hak mereka.

Janganlah kerana takut dikejar ayam maka kita marahkan orang lain, hehe!. Jangan juga merapu dan meraban sesuka hati. Jangan berkata sesedap mulut meluluskan projek itu dan ini berjuta-juta ringgit kerana kerana masyarakat juga melihat kita dan menilai kebijaksanaan kita dan menolak segala pembohongan kita. Mungkin kita mampu membohongi seseorang dalam satu-satu masa namun kita tidak mungkin membohongi semua orang dalam setia masa.

Pemimpin jika pemungkor akan dan sedang disingkirkan, rakyat tidak lagi ingin berketuakan mereka yang membohongi rakyat dan mengambil kesempatan diatas peluang yang rakyat berikan kepada mereka selama ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN