Maka tidak hairanlah sekiranya Merdeka Center yang membuat kajian menyatakan bahawa sokongan kepada Dato' Seri Nagib meningkat ke angka 72% kerana hanya beliau yang buat kerja.
Persoalannya, apa fungsi mereka yang lain? Adakah untuk duduk dan lihat sahaja?
Perkara yang sama ini turut berlaku di Bentong dimana Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda hari ini dikritik kerana tidak menjalankan tugas serta jarang turun padang.
Adakah UMNO Bentong ini hanya ada dua ikon itu sahaja? Kenapa tidak ada yang mempertikaikan tugas serta tanggungjawab mereka yang lain seperti Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, AJK dan sebagainya?
Mereka ada di Bentong. Kenapa tidak dipertikaikan pula? Kalau mereka turun padang, tidak pula diberikan kredit dan diberi ucapan terima kasih.
Soalan utama yang perlu kita tekankan ialah adakah mampu sebuah pasukan itu untuk berjaya jika hanya mengharapkan kepada seorang striker sahaja?
(Klik sini ~ Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Pahang)
Jadi Wan Zamzuri tidak usah bimbang tentang perkembangan blog di Jerantut kerana apa yang berlaku sekarang ini adalah menyedarkan pemimpin-pemimpin kita yang masih lena dan tidak sedar bahawa PRU13 semakin hampir namun mereka masih belum ingin berubah. Janganlah hanya kerana orang menghentam kita maka kita rasakan mereka bersalah namun dalam keadaan sama kita menghentam mereka kita rasakan bahawa kita tidak pula bersalah.
Ada banyak pihak berpendapat membongkar permasalahan pemimpin adalah memberikan senjata kepada musuh, tapi apakah jika kita terus membiarkannya akan menjamin UMNO akan tetap kukuh? Soalnya sikap pemimpin kita memang demikian, tidak pernah merasa mereka bersalah dan tidak pernah ingin mendengar suara akar umbi tentang mereka,. Bagi mereka segala yang dilakukan adalah betul dan benar belaka.
Apakah perbuatan mencantas sesama UMNO baik untuk UMNO? Bukan ini berlaku dan masih berlaku? Banyak kali terdengar bahawa KW selalu dipinggirkan oleh NKB dan SU. Dalam wanita ada pihak-pihak yang pergunakan mereka bagi memecahbelahkan mereka dan apakah ini baik untuk UMNO dan kita mesti diamkan kerana ianya dilakukan oleh UMNO sendiri dan oleh pemimpin UMNO sendiri. Kita tidak boleh sebarkan kepada umum kerana ini akan lemahkan UMNO sedangkan perbuatan mereka itu jauh lebih buruk dalam melemahkan UMNO.
KP sendiri sebagai contoh lainnya sedang ingin dijatuhkan oleh pihak tertentu dengan berbagai cara, apakah kita harus diamkan saja dan tidak melaporkan kepada masyarakat siapa yang terlibat? Setidak-tidaknya jika kita menyebarkan maklumat sedemikian maka pihak yang terlibat akan rasa bersalah dan lebih berhati-hati atau akan terus membatalkan niatnya kerana bimbang akan diketahui ramai perbuatan buruknya itu.
Jika kita benar-benar sayangkan UMNO kita tidak akan membelakangi pemimpin yang telah dipilih oleh majoriti. Apakah NKW, KPW dan Kak Key tidak memalingkan diri dari KW? Apakah perancangan NKB dan SU yang selalu berusaha meminggirkan KW selama ini dan masih berlaku? Apa pula peranan SUKU dan Pemangku Penolong Pengerusi DUN Damak serta Abang Lah Al-Kicapi dan Abang Bu kembar tak seiras Kak Key?
Saya masih ingin bertanya, sebenarnya siapakah yang sayangkan UMNO?
