Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, February 5, 2009

MELAYU, GEMBIRA JANGAN TERLALU


Berita mengembirakan semua ahli UMNO dan BN bahkan seluruh rakyat negeri Perak juga rakyat Malaysia adalah kerajaan negeri Perak kini diperintah oleh BN.

Bagi BN, jangan terlalu gembira atas kemenangan dan bagi PR (baca: penipu rakyat) janganlah terlalu sedih. Allah maha adil memberka segala kenikmatan: dalam masin ada manisnya, dalam masam ada pahitnya - untuk kita rasai dan nikmati.

Kepada BN, kita telah memulakan semula dengan langkah yang baik. Aturlah langkah-langkah seterusnya dengan baik juga. 11 bulan rakyat sudah mengenal yang mana intan dan kaca. Bagaimanapun seperkara harus diingat, seperti kata TDM: yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua. Berikan sedikit kemenangan kita untuk dikongsikan bersama yang kalah - kemenangan itu akan lebih bermakna lagi.

Kita harus terus memandang kedepan dan jangan difikirkan apa yang telah berlalu atau ditinggalkan dibelakang. Tak perlu pedulikan apa yang PKR danPAS kata kerana pada mereka jika kita semuanya salah dan jika mereka semuanya benar. Dacing timbangan mereka memang begitu. Sentiasa memberat kearah mereka. Semuga diakhirat kelak mendapat balasan dari apa yang dilakukan itu.

Kali ini saya malas nak tulis banyak, cuma nak biarkan pengunjung blog saya membaca dari tulisan diblog lain pula. (Sila Klik untukbaca seterusnya..)

Bila kali pertama dia "gempaq", habis bertempiaran lari menyelamatkan diri mangsa-mangsanya ke Taiwan. Sampaikan ribut taufan melanda pun tidak dihiraukan. - Senjata Makan Tuan - LAWYER KAMPUNG

Mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat Perak yang berlangsung lewat malam tadi (3 Februari '09) dan selesai awal pagi tadi (4 Februari '09) berhasrat menimbang cadangan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan pilihanraya mengejut diadakan bagi... - Kerajaan PKR mahu adakan pilihanraya mengejut -PEMUDA PELAPIS

Kerajan PR Perak dah jadi tribe government ala pemberontak dapat kuasa. Bak kata sesetengah blogger, tak ubah macam lanun somalia. Penulis kata, macam Red Indian dapat senapang. Pakatan Rakyat Perak Bergelumang Taktik Kotor - IPOH MALAY


SAH! Dr. Zambry Kadir dilantik dan diperkenankan oleh Sultan Perak untuk menjadi MB yang baru di bawah pentadbiran BN. Ahaks... nampaknya kali ini giliran puak2 PR pulak yang menangis selepas mereka berjaya menitiskan air mata Tajol Rosli selepas PRU-12 lalu. Giliran Nizar, Anwar & Ngeh-Nga menangis...MESIN TAIP NURUK


Masakan tidak apabila kedua2nya membongkar bahawa mereka dipaksa menandatangi surat aku janji selepas memenangi PRU-12 lepas yang intinya mengelak mereka daripada melompat parti (BN) dan jika ia berlaku, maka....Tembelang PKR main kotor terbongkar - MESIN TAIP BURUK


Lihatlah bagaimana PR terjebak dalam perangkap; Apabila DUN Bota melompat ke PKR maka berbagai kenyataan dikeluarkan untuk menyokong lompatan ini. Nik Aziz kata satu tindakan bijaksana tetapi apabila adun PKR nak melompat maka katanya perbuatan melompat parti adalah pengkhianat - bERANIKAN hATI

Wednesday, February 4, 2009

POLITIK KITA MENGAJAR JADI PERUSUH DAN PERASUAH




1. Melihat perkembangan sekarang, kita terpaksa akui bahawa kecenderungan umum mentafsir mereka yang berani, celupar, kurang ajar, bersikap ganas serta perusuh sebagai pejuang dan pembela rakyat yang dibanggakan. Dalam politik terlalu banyak contoh yang dapat kita berikan. Lihat saja sekeliling akan perlakuan politikus kita. Yang baik dan berbuat baik serta berhemah selalunya tidak mendapat perhatian dan yang mampu menunjukkan sikap ganas, kasar dan biadap itulah yang akan menarik perhatian, justeru jangan hairan bila ceramah yang disertai mereka yang pandai dan suka memaki hamun serta memburukkan orang lain akan dikunjungi ramai. Apakah ini kecenderungan sikap rakyat Malaysia? Apakah ini pertanda berlaku perubahan budaya dalam masyarakat kita? Atau kita telah menyalah gunakan atau tidak tahu menghargai kebebasan? Terbaharu, seorang 'penjenayah tegar' yang terlibat dalam rompakan kereta mewah dan merbahayakan keselamatan awan juga seakan ingin diiktiraf sebagai wira, apakah itu wajar?

2. Politik wang atau rasuah politik berleluasa. Ramai menuding jari kearah UMNO. Apakah kita tidak sedar bahawa diluar UMNO pun politik wang berlaku? Apakah kita lupa DSA adalah orang yang layak kita martabatkan sebagai 'Bapa Perasuah Politik' Negara kerana beliau mengasaskan dan merancakan politik wang sewaktu beliau merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO dahulu. Apakah parti selain dari UMNO tidak langsung terlibat dengan rasuah politik? Dalam pemilihan parti atau dalam PRU dan PRK? Siapakah yang berani katakan tidak? Jadi para penyokong PR jangan bangga beranggapan mereka tidak terlibat dengan rasuah politik hanya apa yang berlaku dikalangan mereka masih kecil berbanding UMNO. Masih kecil dari segi jumlah mereka yang terlibat tetapi mungkin lebih besar dari segi nilai wang yang bertukar tangan kerana difahamkan seorang penasihat parti memiliki dan bersedia membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membeli AP melompat parti.

3. Sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negara, janganlah kita memilih si perusuh dan si perasuah sebagai pemimpin kerana si perusuh kelak akan bertindak ganas dan kejam terhadap kita dan si perasuah pula akan memberi dan menerima rasuah yang sebahagiannya adalah milik kita sebagai rakyat Malaysia.

Baca: Jika perasuah menang mac nanti

Baca: Sumpah orang ..


SPU telah bersiap sedia bagi PRK atau PRU DUN Perak, membantu mengempur dan memenanginya.

Tuesday, February 3, 2009

AKARUMBI UMNO TELAH PINCANG


Apakah keputusan dari post-mortem – post-mortem yang telah UMNO lakukan semenjak PRU12 yang lalu? Apakah sudah diketahui punca kekalahan UMNO? Apakah penyebab UMNO/BN di tolak oleh rakyat? Setelah PRK P.044 diikuti PRK P036 dimana UMNO/BN masih lagi ditolak oleh rakyat, apakah pemimpin UMNO sudah menyedari penyebab kemerosotan sokongan terhadap UMNO/BN? Ada juga kalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang telah ber’alih’ arah dengan menyertai parti lawan. Selalunya jawapan mudah yang kita berikan adalah mereka itu tidak setia,pembelot,tidak kuat semangat perjuangan. Apakah kita pernah menggali lebih dalam untuk mengetahui sebab-sebab lainnya?

Mari kita ke-kampung-kampung atau ke cawangan-cawangan dimana suara akar-umbi berada,kita cuba mendapatkan punca kenapa masyarakat atau rakyat menolak UMNO. Saya tidak membuat kajian terperinci namun ianya dapatlah dikira sebagai keputusan kolektif setelah berbual dan menanya ramai responden yang sedia berkerjasama. Mungkin permasalahan ini tidak sama antara kampong dan cawangan namun apa yang kita huraikan ini bukanlah sesuatu alasan yang salah sama sekali.

Antara jawapan yang kita dapat rumuskan adalah seperti berikut:

  1. Jiwa berontak Golongan Muda – Golongan muda yang memang kebiasaannya mempunyai pandangan lain dari golongan tua selalunya akan bersikap menentang dan memprotes terutama kerana merasa mereka dipinggirkan oleh kerajaan dan pemimpin dalam arus pembangunan. Mereka terasa tercicir dari persaingan dalam arus kemajuan lalu mereka bersikap agresif dengan menyokong pembangkang bagi menonjolkan keperibadian dan tanda protes kepada kerajaan dan parti UMNO kerana mereka tidak dihargai.
  1. Rajuk Golongan Tua – Golongan tua yang suatu ketika dahulu memperjuangkan UMNO dan rapat serta dihargai kini merasa terpinggir berikutan perubahan kepimpinan diperingkat cawangan lalu meminggirkan diri dari UMNO dan akhirnya memberikan sokongan kepada pembangkang sebagai tanda protes.
  1. Pemimpin UMNO yang lemah yang memimpin cawangan dan tidak mampu berbakti kepada masyarakat dengan membawa perubahan dari segi pembangunan kemudahan asas serta moral. Mereka juga terlalu mementingkan diri dan kroninya serta meminggirkan mereka yang tidak sehaluan dan ini membuatkan keahlian semakin mengecil. Pada kebanyakan kes, mesyuarat cawangan tidak dapat diadakan kerana kekurangan korum lalu satu lapuran palsu dihantar ke bahagian yang mengambarkan segalanya dalam keadaan baik.
  1. UMNO tidak mampu menjadi wadah membangunkan masyarakat lagi kerana sebab (3). Menyertai UMNO dilihat hanya bertujuan mendapat sesuatu untuk kepentingan peribadi dan kaum kerabat sahaja. Tidak terlihat faedah kepada umum. Campur-tangan orang tertentu dari peringkat bahagian dalam menentukan ketua cawangan juga memainkan peranan menyebabkan UMNO tidak lagi demokratik dan dikuasi golongan tertentu.
  1. Pemimpin UMNO diperingkat Bahagian adalah dari mereka yang kelihatan sombong dan kelihatan rakus sama ada dalam politik atau merebut peluang kekayaan. Rakyat melihat bahawa mereka merebut jawatan adalah untuk mendapatkan ganjaran semata-mata tetapi tidak berusaha memberikan bantuan kepada rakyat.
  1. Pemimpin UMNO diperingkat Bahagian tidak mengambil berat masalah rakyat dan tidak berusaha untuk mengembangkan keahlian UMNO. Pemimpin di cawangan pula tidak merasa takut dan tidak bertindak apabila parti pembangkan menubuhkan cawangan kerana merasakan kedudukannya akan sentiasa selamat apabila keahlian kecil dan terdiri mereka yang menyokongnya sahaja.

Jika UMNO kalah dalam PRU13 nanti, siapakah yang akan selamat? Menteri-menteri? Pemimpin-pemimpin tertinggi? Ketua-ketua bahagian? Ketua-ketua cawangan? Kerana itu ada diantara pemimpin yang sudah merasa tidak yakin lagi terhadap kemampuan UMNO dan tidak mahu dimalukan maka itu mereka bertindak awal dengan menyertai parti lawan. Jika UMNO kalah, apakah kita fakir kita yang dahulunya ketua bahagian atau ketua cawangan akan dengan mudah diterima parti lawan kelak? Mungkin mudah jika sebagai ahli biasa tetapi bukan sebagai katua bahagian atau ketua cawangan.

Sunday, February 1, 2009

2 CERITA TENTANG 3 WARNA


CERITA SATU:


Di Jerantut ada 3 wok yang bergiat dalam wanita UMNO bahagian. Wok Putih pernah bertanding untuk jawatan ketua wanita, tetapi gagal. Wok Hitam pernah bertanding untuk jawatan naib ketua, tetapi juga gagal. Mungkin untuk melengkapkan percubaan ketiga-tiga wok,maka terbaru, Wok Kelabu mencuba bertanding jawatan yang sama dan nasib telah menyebelahinya maka beliau telah menang dan dinobatkan sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut.


Nampaknya diantara Putih dan Hitam, yang kelabu rupanya lebih bernasib baik.



CERITA DUA:


Dalam politik sama ada pemilihan dalam parti atau pilihanraya kita juga diperkenalkan dengan 3 warna; Putih, Hitam dan Kelabu. Putih bagi penyokong tegar, Hitam bagi pembangkang tegar manakala Kelabu bagi yang atas pagar.


Yang putih ini oleh kerana ianya adalah penyokong tegar dan dipercayai tidak akan berubah hati maka selalunya mereka tidak diberikan perhatian serius oleh kerana yakin akan komitmen mereka terhadap sokongan. Oleh itu jika mereka diberi imbuhan maka imbuhan itu adalah sekadar apa yang sewajarnya sahaja.


Yang Hitam ini oleh kerana ianya adalah pembangkan tegar dan dipercayai sangat keras pendiriannya maka jika mereka cuba untuk dipancing sudah tentulah harga yang diletakkan tinggi sesuai dengan komitmen mereka itu. Jadi, jika mereka ditawarkan dan menerima tawaran maka ianya tentulah melibatkan nilai yang yang lebih tinggi. Bagaimanapun, golongan ini memang sukar untuk dipancing dan melibatkan bilangan yang hanya sedikit.


Yang Kelabu ini adalah yang berada diatas pagar, yang sokongannya masih belum tentu kea arah mana. Bagaimanapun golongan inilah yang sering di berikan tumpuan kerana peluangnya yang lebih besar berbanding yang Hitam. Yang nyatanya, yang Kelabulah yang akan meraih keuntungan berbanding yang Putih atau Hitam.


Apakah warna saudara?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN