Post SPU semalam membicarakan mengenai pandangan masyarakat terhadap UMNO Bahagian Jerantut. Mungkin masih ada pihak yang memperlekehkan pandangan itu dengan alasan ianya hanyalah dari sebilangan kecil sahaja. Demikian juga, bahawa bilangan pembaca blog di Jerantut juga masih kecil jumlahnya. Itu jika kita menghitungkan kesan secara langsung, namun jangan kita lupakan kepada kesan secara tidak langsung yakni penyampaian melalui sembang dikedai-kedai kopi.
Secara kasar saya meneliti apakah masalah sebenarnya UMNO Bahagian Jerantut ini? Saya membahagikannya kepada 3 bahagian;
1. Pentadbiran Bahagian
2. Kepimpinan Bahagian
3. Kepimpinan Cawangan
Saya tidak berminat menghuraikannya, bukan kerana takut dikritik oleh pihak-pihak yang terlibat, tetapi hanya hendak membiarkan pemain politik Jerantut ini bertindak matang sendiri. Yang penting adalah, semua pihak mesti jujur dalam usaha mengembalikan semula martabat parti.
Kita semua harus sedar bahawa UMNO kini dalam kepayahan. Ada pihak yang sudah memalingkan mukanya dari UMNO kerana sudah hilang percaya. Golongan muda enggan bersama UMNO kerana golongan tua bukan saja tidak memberikan mereka ruang dan peluang tetapi mereka melihat UMNO dengan penuh kebencian kerana imej UMNO adalah imej pemimpin rakus dan pentingkan diri.
Kepada pemimpin yang masih berkuasa, dengarlah suara dari hati nurani rakyat marhaen ini. Berubahlah! Dalam hal politik UMNO Jeantut, rakyat bukanlah terlalu bencikan Ku Lan kerana rakyat masih ada rasa sayangkan keluarga diraja dan menghormatinya, tetapi kegagalan Ku Lan mengawal 'langau' sekelilingnya tentu tidak akan dimaafkan.
Kami berpendapat, jika Ku Lan ingin terus bertahan sebagai pemimpin politik di Jerantut. Perubahan drastik dengan menyingkirkan mereka dikiri-kanannya selama ini haruslah dilakukan. Ku Lan harus melihat dan tahu siapakah yang rakyat tidak sukai kerana bebuat salah. Yang buruk harus dibuang, tetap yang baik masih boleh disimpan. Soalnya apakah Ku Lan tahu hati budi pera pegawainya yang hanya manis mulut dihadapannya, dibelakang lain bicara.
Adalah lebih wajar mereka yang merasakan diri mereka itu bersalah untuk melepaskan jawatan itu dengan cara terhormat, jika tidak tentu nanti segalanya akan dibongkar sedikit demi sedikit, dan sejarah politik Jerantut akan mencatat bahawa mereka adalah pengkhianat bangsa dan negara, perompak harta rakyat dan perasuah yang akan dihukum dengan azab siksa yang besar diakhirat nanti. Kita tidak akan namakan siapa mereka, mereka sendir sudah pasti tahu bawa nama mereka sudah tercatat.
Rakyat Jerantut masih sayangkan Ku Lan, tetapi kami sayangkan UMNO lebih dari segalanya. Jika pemimpin tidak menunjukkan sayangnya kepada UMNO, tidak mustahil rakyat akan menolak UMNO itu sendiri sebagai tanda protes kepada pemimpin yang enggan berubah.
Wallahualam!

2 comments:
SPU DEDAHLAH BELANJA LAWATAN DS NAJIB, YG LEBIH 400 RIBU ITU.
Ahhh! Patut buka saja pasal mizi yg songlap banyak duit peruntukan umno, begitu juga dengan dollah kichap, kak kiah serta hj rosdi yang bermaharajalela skrg ni
Post a Comment