Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, April 30, 2009

JERANTUT MAHU LANTIKAN SENATOR WANITA



Kita tidak faham apakah kewajaran tindakan yang diambil oleh MB Pahang apabila ada ura-ura untuk melantik Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuantan sebagai Senator. Desas-desus menyatakan bahawa MB bercadang untuk melantik Pn. Zaitun Bt Mat dan dengan ini telah menafikan hak dan giliran yang sepatutnya diberikan kepada Jerantut.


Berikut adalah senarai perlantikan lalu sebagai rujukan:

  1. Hjh Habibah Abd Ghani - Kuala Lipis
  2. Noraini Hitam - Bentong
  3. Hasmah Hj Ismail - Raub
  4. Kalsom Yaakob - Maran
  5. Ramlah Kassim - Kuantan
  6. Melati Ali - Rompin
  7. Halimah Hamzah - Pekan
  8. Siti Rokiah Mohd Zabidin - Kuantan

Apakah MB merasakan Jerantut tidak wajar diberikan perhatian? Tambahan pula pada kali ini kita menyaksikan tidak ada seorang exco pun dilantik mewakili Parlimen Jerantut. Kita berharap agar MB mempertimbangkan semula cadangan beliau dan memberikan kesaksamaan kepada UMNO Bahagian Jerantut atau kita akan menyaksikan orang-orang Jerantut merajuk hati dan mungkin turut memberikan impak dalam PRU13 nanti.

Apa yang Jerantut inginkan adalah kewajaran dan kesaksamaan. Kita berharap suara kita ini akan didengar oleh pihak yang berkenaan dalam mempertimbangkan semula keputusan berkenaan. Kita juga berharap agar MB tidak hanya menjaga kepentingan sendiri dan kroninya sahaja.

7 comments:

Anonymous said...

Salam. Sebenornya MB Pahang (Adnan Yaakob) memang tidak guna pakai apa2 kriteria pun memileh wakil calon senator wanita Pahang. MB tak ikut giliran atau senioriti ketua wanita bahagian yang patut dilantik tapi dia pilih mengikut suka hatinya mana yang dia suka dan berkenan. Banyak2 calon boleh MB pilih Zaiton Mat yang baru jadi Ketua Wanita Kuantan tak sampai dua penggal memegang jawatan tersebut dah diberi Senator pulak. Dan bahagian Kuantan sudah pun diberi peluang yaitu Ramlah Kassim bekas ketua wanita Bahagian Kuantan. Sepatutnya MB beri peluang pada ketua wanita yang lain umpamanya Jerantut yang dah lama menunggu gilirannya. Apa jadah bagi ke bahagian Kuantan lagi, memang MB memileh bulu dan kroni2nya. Sepatutnya MB kena tunggu keputusan Perhubungan Ketua Wanita UMNO Negeri Pahang yang baru yang bersidang pada 27hb April, 2009 yaitu Dato Rosni Zahari untuk mendapat pandangan wanita negeri calon senator yang mana layak dipilih. Tetapi MB mendengar pandangan bekas ketua wanita negeri Dato Maznah Mazlan yang mencadangkan kroninya Zaiton Mat,lantas MB umumkan cadangannya pada hari yang sama pada 27hb April,2009 tarikh dan hari yang sama ketika wanita negeri mengadakan mesyuaratnya. Licik dan jijik sikap MB yang terang2 berlaku tidak adil kepada wanita UMNO Pahang. Biarlah MB suroh wanita Bahagian KUANTAN yang buat kerja pilihanraya akan datang dan memenangkan UMNO Pahang. Kawan malas....nohta!

Anonymous said...

Anon 9:29PM.
Sebenornya, Adnan tak pelik lalu org UMNO J'tut merajuk, sebab dia tau rajuknya tak panjang.
Dtg Najib pujuk, cairlah, apelah nak herankan.....
Org UMNo J'tut tak kan gamok nak memangkah PAS....cakop je lebih.

Anonymous said...

Anon ke Anon,
Tak da heir kalau Adnan pelik ke tidak org. UMNO Jerantut merajuk sebab org. Jerantut tau Adnan perangainya bodoh sombong. Bila UMNO Pahang hilang kerusi parlimen besok baru dia pelik dan terkejut beroklah dia. Jangan2 Tok Najib pun tak cari Adnan langsong, inikan pulak nak memujuk org.UMNO Jerantut. Tapi kome hairan juga atas dasar apa yang beria benor bagi Ketua Wanita Bahgian Kuantan Senator, sedangkan Parlimen Kuantan kalah ketangan PKR. Orang bagi ganjaran (reward) kepada wanita bahagian yang kerja kuat yang menangkan parlimen masing2. Ini tidak yang ketua tak buat kerja dan yang kalah dipileh jadi Senator. Eh..eh..eeeeh!!!

spu said...

Salam 3 Anon,
Kita mencari kebenaran dan yang hak mendapat haknya. Saya bukan menjawab tetapi menyoal dan mencari jawapan. Putih atau hitam, atau kelabu? Siapa yg dapat memberikan kepastian?

Wok said...

Berikut adalah senarai perlantikan lalu sebagai rujukan:

Hjh Habibah Abd Ghani - Kuala LipisNoraini Hitam - Bentong
Hasmah Hj Ismail - RaubKalsom Yaakob - MaranRamlah Kassim - KuantanMelati Ali - RompinHalimah Hamzah - PekanSiti Rokiah Mohd Zabidin - Kuantan

Cek sikit fakta tu wok! Rokiah Zabidin tu orang Kuantan ke?
Aparah!!!

wok said...

Kalau wok jadi senator wok baru jadi Ketua Wanita tak sampai 3 bulan...tak nak lah wok...wok tak reti nak jadi senator...

one one no belen said...

Salam.. Yg bersalah ahli ahli UMNO jgk sebenarnya. kenapa kita asik ikut saja kata ketua kita?bukankah kita boleh menentang kalau kita tau apa yg ketua buat tu salah? tapi org UMNO ikut jgk. ckp aje kat belakang.senang nya mari kita bagi UMNO kalah sekali tgk mcm mana si bangsat bangsat tu punya muka. baru tau langit tu tinggi ke rendah,. mcm ni baru ada batu., takat ckp aje denan tak dengo punya.Bagi UMNO kalah sekali baru dengan denan kena tendang.,kan senang?jadilah org yg berakal sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN