Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Wednesday, April 29, 2009

PERANAN BLOG DALAM UMNO

YBM Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar
Ahli Parlimen Jerantut @ Ketua UMNO Bahagian

masih disayangi rakyat kerana keperhatinannya dan pembelaannya
terhadap bangsa melayu yang masih terpinggir dari arus pembangunan.


Ahmad Maslan Ketua dalam satu kenyataannya selepas dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO menyatakan bahawa UMNO akan memberi perhatian serius terhadap pengunaan blog sebagai wadah penyebaran maklumat sesuai dengan perdedaran masa dan perkembang teknologi.

Beliau juga meminta UMNO di bahagian-bahagian agar menumpukan perhatian terhadap pembinaan dan pengendalian laman-laman blog UMNO Bahagian masing -masing disamping memantau laman-laman blog pihak pembangkang yang cambah bagaikan cendawan.

Kita sangat menghargai dan sanjung tinggi keperhatinan beliau dalam melihat peranan blog yang memberikan impak besar dalam penyebaran maklumat terkini. Kita juga bersetuju sekiranya UMNO-UMNO bahagian mampu menwujudkan laman-laman blog masing-masing. Soalnya berapa banyak kesedaran yang ada dikalangan pemimpin-pemimpin diperingkat bahagaian terhadap keupayaan blog dalam menyebarkan maklumat? Sebahagian besar mereka masih tidak mengerti disamping masih memandang sinis terhadap kewujudan blog-blog.

Berapa banyakkah blog-blog penyokong kerajaan di negeri pahang ini berbanding dengan kewujudan blog pembangkang? Berapa banyakkah blog-blog yang mewakili UMNO dibahagian-bahagian? Berapa ramaikah pemimpin-pemimpin UMNO diperingkat bahagian yang memiliki laman blog? Jika bilangan dijadikan ukuran maka bilangan blog pembangkang nyata lebih banyak dari blog penyokong kerajaan. Apakah pemimpin UMNO tidak sedar?

Berkali-kali kita diingatkan bahawa PRU13 hanya dihujung selekoh, hanya 3 tahun lagi. Jika kita tidak berubah sekarang, apakah kita mampu berubah disaat-saat akhir nanti? Atau kita memang telah bersedia untuk kalah dan telah bersedia untuk menguburkan UMNO?

UMNO Bahagian Jerantut harus mengorak langkah kehadapan. Ketua Penerangan UMNO Bahagian harus sedar dan celik dengan memandang sekeliling. Ada berapa blog pembangkang di parlimen Jerantut? dan ada berapa blog pro UMNO di Jerantut? Jika Ketua Penerangan tidak celik IT, maka perlulah gunakan tenaga mereka yang celik IT untuk digembelingkan bagi kepentingan UMNO bangsa dan negara kita. Ianya harus dilakukan sekarang, segera dan bukan menanti esok atau lusa, atau jika terasa gagal dan enggan memikul tanggungjawab mungkin penyerahkan tugas kepada yang lebih berkebolehan adalah sesuatu yang wajar untuk dilakukan.

4 comments:

Anonymous said...

buat banyak2 blog pun kalau takde org nak baca pun tak guna jugak.......

spu said...

Memang sebab orang di Jerantut masih terkebelakang. Yang membacanya orang dari luar Jerantut. Tetapi kita berpandangan jauh dan membuka minda dan berharap bahawa akan tiba masanya segalanya akan berubah nanti, biar ki ta kehadapan jangan terkebelakang. Perubahan fikiran, sikap dan minda sangat penting.Kerana kita berfikir begitulah UMNO hampir tumbang di PRU12 lalu.

Anonymous said...

PKR Jerantut.
Memang benar, jika sikap pemimpin UMNO Bahagian seperti fikirian anon diatas, memang patutlah dalam PRU13 akan datang BN/UMNO akan tewas dan dimalukan, ha ha ha! Sikap ahli UMNO masih belum berubah rupanya.

one one no belen said...

.Salam.Apa lah bodohnya anon ni.Org yg tak baca blog tu biarkanlah mereka.Tapi soalnya dah ramai org yg membaca blog.Dan untuk menarik org meyokong UMNO kenalah beri penerangan
Susahnya kalau org UMNO ni masih ramai yg buta IT,Untuk pengetahuan anon di atas,kekalahan UMNO sebenarnya kerana org UMNO tidak byk menyebarkan maklumat melalui blog jika di bandingkan dengan pembangkang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN