Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI & PERTEMUAN BLOGGER JERANTUT


SPU mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Fitri kepada semua pembaca khususnya warga Jerantut, kepada blogger-blogger Jerantut - maaf zahir batin.


Untuk makluman, bro bRAVEhEART telah bersetuju cadangan SPU untuk mengadakan pertemuan blogger Jerantut pada hari raya ke-3 nanti, tempat dan masa akan dimaklumkan dengan telefon atau YM. Kepada yang belum mendapat jemputan harap dapat hubungi SPU melalui email atau YM dengan meninggalkan nombor telefon masing-masing (jangan melalui ruangan komen)


Harap maklum, semoga hari raya ini akan kita hadapi dengan penuh kegembiraan dan ceria ~ SPU



Note:
Pengesahan bagaimanapun boleh juga dibuat melalui catatan diruangan komen pada posting.

Wednesday, September 8, 2010

KLIA - TARIA - PARIA ?

Paria? Hehehe!

DAP mahu kerajaan persekutuan menamakan Terminal Penerbangan Tambang Murah yang baru dinamakan sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Tunku Abdul Rahman (TARIA).

Naib pengerusi DAP, M Kulasegaran berkata tindakan itu sebagai menghargai sumbangan perdana menteri pertama. Demikian sebahagian dari posting blog BERANI MEMBUAT PILIHAN (klik sini) 


Secara rasionalnya nama KLIA sangat sesuai kerana mengambarkan destinasi Malaysia dengan ibukotanya Kuala Lumpur. Jika dinamakan Tengku Abdul Rahman pasti pada warga asing ia tidak menggambarkan Malaysia ataupun Kuala Lumpur kecuali mereka yang tahu sejarah Malaysia.


Komen blogger DES begini;
DES : Sejak bila pulak celaka-celaka DAP ni bersikap patriotik...? Hmmm...dari segi nama yang cuba dicadangkan agak sinonim pulak dengan pecadangnya...TARIA?..Hmmm...padanlah...

 Saya berpendapat mungkin juga Kulasegaran bermaksud untuk menamakan pilihan keduanya sebagai PARIA yang memberi makna Pakatan Rakyat International Airport? Itu mungkin lebih sesuai dengan pencadangnya. Kahkahkah!
 

Monday, September 6, 2010

DITELANJANGI

 Ini bukan kaki dia yang diceritakan didalam blog patpatsikulipat
kerana kaki ni nampak putih dan slim serta cantik


Membaca blog patpatsikulipat, terasa sungguh rasa ketidakpuasan hati masyarakat setempat terhadap seorang 'orang kuat' Wanita UMNO Bahagian itu. Beliau dilantik Ketua Penerangan Wanita walaupun setelah kalah dalam pertandingan merebut jawatan Naib Ketua atas ihsan Ketua Wanita yang baru.

Kebelakangan ini memang banyak desus-sesas mengenainya. Beliau adalah tokoh wanita yang penuh kontroversi. Dari masalah tidak membayar pajakan xxx selama 4 tahun, kepada isu menamakan cucunya sendiri sebagai penerima zakat walaupun banyak orang lain yang lebih memerlukan serta lebih layak menerimanya hinggalah kepada isu mengugut pemimpin untuk mendapatkan itu dan ini.

Diberitakan juga bahawa walau beliau tidak membayar pajakan berkenaan namun masih disambung kontreknya kerana sokongan MB Pahang. Jika benarlah demikian memang benarlah MB Pahang seorang yang terlalu menjagai kroni serta dungu tahap terlampau atau pun mungkin sudah kena mendrem.


Terbaru angin membawa khabar bahawa beliau masih juga dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah. Jika benar maka memang wajarlah rakyat membenci UMNO kerana UMNO bukan hanya menamakan orang yang 'tidak bijak' bahkan mereka yang tidak bermoral juga dilantik sebagai pemimpin. Memang wajarlah Jerantut tidak berupaya membangun jika ramai dari kalangan tokoh pemikir dan pembangunnya terdiri dari kalangan yang tidak berkelayakkan.


Dengar khabar Kak Key juga sangat berminat untuk lantikan Ahli Majlis Daerah. Mohon maaf jika saya katakan bahawa politik wang telah membuatkan kebanyakan pemimpin dalam UMNO terdiri dari kalangan mereka yang sebenarnya tidak wajar langsung menjadi AJK dan pemimpin masyarakat. Kerana itu jugalah kebanyakan mereka adalah dari spesis langau, ulat bulu serta bubuk.


Menjelang PRU13 nanti tentu lebih banyak keburukan mereka akan dibuka. Mungkin kita masih belum lupa dengan kisah SPR melawat pejabat pemimpin dan menemuduga pegawai-pegawai khas. Kalau tak ada angin masakan pohon bergoyang. Pengagihan peruntukan yang tidak telus serta 'overcharge' mungkin satu dari agendanya.


Kita harap pemimpin UMNO disemua peringkat dapat mengubah sikap mereka kerana dizaman IT ini sudah tidak ada lagi yang dapat disembunyikan. Dan bukankah pemimpin semestinya telus dalam semua hal?


Bacalah blog patpatsikulipat serta baca juga komen-komennya yang hangat itu, semuga kita semua akan menginsafi diri dan berubah sebelum UMNO dibenamkan dalam PRU13 nanti.

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA

1. Sempena minggu terakhir dibulan Ramadhan ini SPU dan seluruh kakitangan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua follower, pembaca-pembaca khususnya warga bandar Jerantut.


Tanpa prejudis dan tanpa mengira apa agama, bangsa dan fahaman politik, bersamalah kita menyambut lebaran tahun ini dalam keadaan aman dan makmur serta sihat sejahtera hendaknya.




2. SPU memantau perkembangan blog-blog politik Jerantut yang semakin meningkat jumlahnya ini berikutan permohonan untuk dilinkkan dari blog SPU ini sama ada melalui komen di post atau pun melalui email. ( 2 blog baru telah dilinkkan hari ini)


Dalam perkembangan terbaru, blog SPU kemungkinan sekali lagi akan bertukar milik dengan adanya pihak yang ingin memiliki dan mengendalikan blog ini.  Apabila segalanya dipersetujui, proses mengemaskinikan akan diakukan untuk menjadi sebuah blog yang lebih liberal dan tidak lagi semata-mata memihak kepada UMNO Jerantut sahaja.


Ini berikutan dengan suara yang SPU bawa bukan lagi hanya semata-mata suara orang UMNO atau kepentingan UMNO sahaja, bahkan ianya adalah suara seluruh rakyat Jerantut. Sebagai sebuah blog bebas, selain dari memberi link kepada blog-blog lain di Jerantut, ruangan iklan juga akan diperbanyakkan bagi sumber pendapatan.




3. Selamat Hari Raya dan bersiap sedialah untuk menghadapi PilihanRaya PRU13 tidak lama lagi. Kita percaya Jerantut akan dilanda gelombang besar yang dahsyat jika sekiranya pemimpin tidak memberikan perhatian serius kepada semua pihak yang terlibat.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN