Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, June 25, 2010

WAN SHAMSURI LAYAK CALON ADUN TAHAN PRU13

Blog Sangkakala adalah blog yang terkini disenaraikan dalam link di blog SPU, namun kelihatan begitu komited kepada visi dan misi yang dibawanya.

Minggu lepas blog itu menanyakan siapa yang bakal menggantikan Dato' Wan Amizan sebagai calon ADUN Tahan dalam PRU13 nanti. Beberapa nama telah dicadangkan yang sesuai menurut pandangan pemilik blog berkenaan.

Beberapa hari selepas itu, blog berkenaan sekali lagi menonjolkan beberapa calon yang difikirkan layak untuk menggantikan tempat yang akan dikosongkan oleh ADUN Tahan itu kelak. Blog berkenaan dalam posting itu memperbandingkan diantara calon-calon yang cuba ditonjolkan.

SPU percaya bahawa Sangkakala membawa suara rakyat akar umbi dan diharapkan MB Pahang serta PM kita mendengarnya dan mempertimbangkan calon-calon yang ditonjolkan itu tanpa syak dan ragu kerana calon-calon itu adalah pilihan rakyat.

SPU bagaimanapun akan memberikan Satu undi kepada Wan Shamsuri untuk dicalonkan sebagai ADUN Tahan. SPU percaya beliau mampu memikul tanggungjawab berkenaan dengan lebih berkesan dan lebih baik lagi dari sekarang ini.

Sila klik SINI untuk baca blog Sangkakala

Wednesday, June 23, 2010

SELAMAT DATANG PM KE JERANTUT

3hb. Julai 2010 nanti DS Najib akan datang ke Jerantut merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut. MB Pahang dan Exco-exconya tentu juga akan hadir sama menunjukkan muka. Segala usaha sedang dilakukan untuk menutup segala lubang-lubang yang terbuka. Jalan raya akan dibaiki, Dewan Mesyuarat juga akan diperindahkan, biar segalanya nampak baik dan cantik. Pemimpin negeri akan cuba tunjukkan bahawa disini langsung tidak ada sebarang masalah, semuanya 'beres'.

Rakyat jelata tak payah nak mintak apa-apa lagi kerana semuanya telah cukup. Kalau PM nak beri apa-apa, berikanlah kepada pemimpin saja kerana pemimpin telah berkerja tekun siang dan malam pagi dan petang untuk membela rakyat jelata.

Sebelum itu, pada 26hb. Jun 2010 Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan Sayap Puteri UMNO akan bermesyuarat serentak. Tahun ini tidak ada pemilihan dan pertandingan maka kurang lah meriahnya. Perwakilan pun kurang minat untuk menghadiri mesyuarat kerana bukan ada jual-beli orang kali ini. Hakikatnya adalah ' Jong Pecah Yu Kenyang' - tapi kali ini tidak ada jong yang pecah makan yu-yu semua akan kelaparan. Dato' Mukhriz akan hadir merasmi mesyuarat Puteri bukan Pemuda kerana Pemuda Jerantut masih cenderung kepada KJ.

Ketua Penerangan tentu sibuk dengan songkok tingginya ke hulu ke hilir. Tapi harus juga hati-hati bimbang nanti songkok itu tersangkut di pintu masuk dewan kerana tinggi sangat. Mungkin kena tukar pakai kopiah atau ketayap lebih baik, nampak lebih merendah kerana jika terlalu meninggi rakyat jadi benci.

Wanita UMNO juga tidak kurang sibuk buat persiapan. 'Kak Key' Pengerusi Persiapan Tempat tentunya akan menghiaskan dewan mesyuarat dengan indah dan penuh bunga-bunga, maklumlah dihantinya ada taman, kahkahkah! Tapi janganlah tamak sangat nak buat segalanya, penyediaan makananpun khabarnya dia nak buat juga. Jika merasa kebolehan ada, kenapa tidak cuba bertanding saja jadi ketua? Mungkin boleh merampas jawatan ketua dari Tini, gamaknya lah!

Blog KW dah lama bersawang dan tidak dikemaskini. Dengar khabar KW sibuk di hospital menjaga 'anaknya' yang masuk wad. Dengar khabar 'Abang Bu' nak bongkar rahsia itu anak siapa. Eloklah, bongkar orang dan bongkar kita punya juga supaya adil dan saksama. Jerantut bandar kecil, apa yang kita lakukan semua orang nampak. Umpamanya kalau kita berkopiah dan berbaju melayu keluar dari rumah urut, tentu tak lama akan heboh hal itu diperkatakan orang.

Dengar khabar juga Wanita UMNO ni dah melangkah tak sederap dan berjalan dah tak sehaluan. Bila KW ke kanan, NKW ke kiri dan KP pulak sentiasa menyusup dalam gelap. Saya cuma nak ingatkan, siapa sayangkan UMNO sebenarnya? Kita berperang sesama kita sepanjang tahun untuk berbunuh sesama sendiri dalam UMNO dan kita hanya menentang musuh sebenar kita hanya sekali dalam 5 tahun. Kekuatan kita makinh rapuh, UMNO semakin mengecil dan akhirnya dalam merasa kita masih kuat dan diterima rakyat, sedar-sedar di PRU13 kita dikalahkan pembangkang.

Siapa yang peduli jika UMNO tewas dalam PRU nanti? Yang kita peduli adalah kekuatan diri kita untuk tetap kekal sebagai pemimpin. Walaupun kalah dalam PRU kita tidak kisah asalkan kita masih jadi pemimpin walau pengikut kita hanya ada satu orang saja. Yang penting adalah kita tetap jadi ketua, walaupun sebagai pembangkang dalam kerajaan (baru).




Friday, June 18, 2010

PEMIMPINLAH YANG SENTIASA BENAR

Menurut sebuah laman blog Jerantut menyatakan ‘Majlis Ramah Mesra YAB Dato' Sri Hj Adnan bin Hj Yaakob, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang bersama rakan-rakan media baru di Dewan Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Pahang’ telah diadakan baru-baru ini.

Pengerusi Biro ICT dan Media Baru UMNO Negeri Pahang dalam ucapan aluannya menyatakan media baru kini sebahagian daripada kehidupan membentuk jaringan sosial membentuk medium kempen cara baru. Oleh itu semua rakan-rakan media baru perlu berganding bahu memberikan penjelasan kepada rakan bukan politik.’

MB Pahang dalam ucapannya menjelaskan senario realiti politik terkini dalam negeri dan negara. Melayu terutamanya ahli UMNO perlu bersatu. Program Juara Rakyat yang inklusif seperti membantu orang susah, gotong royong dan sasaran kepada bukan Melayu amat digalakkan. MB juga berkata bahawa media baru telah menjadi pilihan, media lama seperti suratkhabar harian semakin kurang jualannya.

Rakan-rakan media perlu buat penyelidikan, cari alasan kukuh dan jawab dengan pantas. Blogger pro kerajaan mesti berpengetahuan, jangan antagonistic (berlawanan) guna "reverse psychology"

UMNO negeri akan membentangkan kertaskerja bagaimana cara mahu menang pilihanraya. Objektif kertaskerja itu ialah:

- Menang PRU

- Kekal kuasa

- Pikat orang UMNO, atas pagar dan sekat pembangkang.

Program melawat bekas AJK UMNO Bahagian, bekas YB, veteran UMNO, orang atas pagar, orang pencen. Perjumpaan dengan "Mat Rempit" juga diadakan. Maklum balas yang diterima kini seramai 1400 "Mat Rempit" telah bersetuju untuk menyertai program. Satu sistem pelaporan dan penilaian digunakan untuk melihat keberhasilan program.'

Kemudiannya MB Pahang melancarkan Pelancaran Sistem SMS UMNO Pahang diikuti acara sessi dialog bersama-sama rakan-rakan media baru.

Kata UMBJ:

  1. Baguslah bila MB Pahang dan UMB Pahang sudah sedar tentang peranan media sosial dalam kehidupan masyarakat.
  2. Bersapa ramaikah dari Jerantut ini yang Kerajaan Pahang iktiraf sebagai rakan media baru nya? Bagaimana pula yang selebihnya adakah mereka ini BUKAN rakan media baru Kerajaan Pahang?
  3. Ramai blogger Pahang yang bernama tetapi tidak dijemput hadir, apakah mereka disisihkan atau mereka juga BUKAN rakan media baru Pahang?
  4. Dasar pengasingan yang dilakukan ini tidak memberi kebaikan kepada media baru Pahang .
  5. Sepatutnya UMB Pahang menyusuri dan mencari serta mengumpulkan semua blogger Pahang termasuk yang sudah bernama untuk memantau dan gembelingkan tenaga mereka semua, kenapa tidak diusahakan?
  6. Nampaknya yang diiktiraf sebagai rakan medaia baru Pahang bukanlah mereka yang benar-benar mantap berblog dan blog mereka pun bukanlah dikunjungi ramai pembaca.
  7. Apakah Rakan Media Baru Pahang merasakan telah lakukan sesuatu yang betul?
  8. Jika seramai itu saja rakan media baru Pahang, bagaimanakan untuk menangi PRU13 nanti? Jika musuh lebih ramai dari rakan?

Thursday, June 17, 2010

DATO' WAN AMIZAN MENEMUI DATO' AZIZAN?

Menurut sebuah laman blog di Jerantut Dato' Wan Amizan telah menemui Dato' Azizan Yaakob dan mengadakan perbincangan 4 mata.

Jika laporan itu benar, sudah nampak ada riak bahawa ketegangan politik di Jerantut akan mengendur sedikit demi sedikit. Tidak dapat dinafikan bahawa kekuatan Dato' Azizan masih ada meskipun beliau dahulu dikalahkan oleh Dato' Wan Amizan bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

Dalam pertarungan dahulu saya tidak melihat kekalahan Dato' Azizan sebagai kurangnya sokongan terhadap beliau tetapi lebih dipengaruhi oleh faktor lain yang membuatkan banyak perwakilan gelap biji mata.

Apapun, ini adalah satu usaha damai yang baik bahkan ianya patut dilakukan lebih awal lagi.

Beberapa blogger Jerantut yang lain juga sependapat dengan saya bahawa Dato' Azizan harus diberikan tempat dan tanggungjawab bagi bersama-sama memulihkan dan memperkasakan UMNO Bahagian Jerantut.

Teringat kata Tun Dr. Mahathir; Yang menang tak menang semua, dan yang kalah tak kalah semua.

Saya juga berpendapat bahawa media sosial (blog dan facebook) harus dikuasai sepenuhnya oleh UMNO Bahagian sebagai satu alat untuk mendekatkan UMNO dengan rakyat.

Baca posting sepenuhnya dibawah ini:



DATO' WAN AMIZAN JUMPA DATO AZIZAN

CARI JALAN DAMAI

Dato' Wan Amizan selaku Timbalan Ketua dan Ketua Pemuda UMNO Jerantut, dari lapuran sumber boleh dipercayai telah berjumpa empat mata dengan Dato' Azizan Yaakob dibangunan UMNO Jerantut, selepas beliau menggantikan Dato' Safree exco kerajaan negeri Pahang merasmikan mesyuarat Agung Persatuan Seni Silat Gayung Laksmana Malaysia, pada pagi Sabtu 5 jun 2010 yang lalu. Dato' Azizan sebagai YDP Pesaka Jerantut dan juga Timbalan Presisen Gayung Laksmana Malaysia juga hadhir bersama diMajlis tersebut. Pertemuan itu katanya bagi membuka era baru UMNO Jerantut kerana mereka dikatakan tidak bertemu lebuh 18 bulan dari tarikh pertandingan UMNO Bahagian November 2008.

2. Difahamkan dari sumber dalaman bahawa Wan Amizan sedang mencari jalan damai agar Azizan yang dikatakan menguasai hampir separuh kekuatan UMNO Bahagian Jerantut bersama teamnya Dato'Dr.Shukri Ismail semasa pemilihan UMNO dahulu. Keadaan UMNO Jerantut yang semakin berserabut ini telah mendorong pertemuan tersebut. Tambahan pula pihak pembangkang bertubi-tubi menyasarkan Jerantut sebagai pilihan nombor satu diPahang pada PRU 13 nanti.

3. DiFahamkan juga Dr Shukri telah dilantik sebagai jawatankuasa Biro Politik UMNO Bahagian Jerantut. Formula penyelesaian ini diyakini akan menguatkan semula UMNO Jerantut untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Ketika penulis cuba mengesahkan daripada Dato Azizan jawabnya " no comment, tunggu dan lihat".

POSTED BY BERITA PEMUDA AT 1:26 AM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN