Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, July 20, 2010

TAK ADA CABLE CAR TAK APA, TAPI KAMI MAHU BANK

Membaca blog-blog Jerantut, kadang-kadang kita hanyut dibawa arus pemikiran politik berkepentingan peribadi pihak tertentu. Ada pihak yang asyik menghentam orang dan pihak tertentu manakala ada pihak lain pula datang dengan idea yang teramat kreatif.


Blog uRag dRrulug, mempersendakan idea orang kanan dan harapan Dato' Wan Amizan yang memperkatakan soal pembangunan yang berskala mega. Loji Nuklear, Jambatan Gantung dan terbaru pembinaan 'cable car' ke Gunung Tahan.


Bersungguh-sungguh dia pertahankan usulnya itu bila dipertikaikan oleh blogger uRag dRrulug. Sehingga dalam facebook pun isu itu masih dimainkan. Dari pemerhatian rambang dapatlah dikatakan bahawa rakyat tempatan langsung tidak tertarik dengan isu sedemikian. Pada mereka itu hanyalah angan-angan Mat Jenin moden. Bahkan ada pihak yang mempersoalkan WZWH bagaikan PM atau pun MB dengan meluluskan itu dan ini. Sedangkan kehadiran PM ke Jerantut dulu pun beliau tidak berani meluluskan apa-apa kerana sedar keadaan ekonomi yang meruncing atau pun memang beliau tidak ingin pedulikan rakyat di Parlimen Jerantut.


Kepada pemimpin-pemimpin tempatan dan juga WZWH. Saya berpendapat memang baik jika kita ada pembangunan seperti yang dikatakan itu; loji niklear, cable car dan lain-lain, tetapi berikanlah keutamaan pembangunan mengikut 'priority' terlebuh dahulu. Jangan melangkaui apa yang sepatutnya kita ada.


Pastikan Loji Air di Kuala Tahan itu berfungsi dan dipenuhi air terlebih dahulu sebelum berfikir untuk membina loji nuklear. Pastikan terbina dulu jalan ke Ulu Tembeling sebelum berfikir tentang cable car ke Gunung Tahan. Jadi pemimpin jangan terlalu ghairah dan gelojoh. Orang dibawah akan meluat dan orang diatas akan benci.


WZWH meminta kita berfikir diluar kotak. Kerana menganggap hanya beliau orang yang tercerdik dalam Jerantut. Saya yang duduk didalam kotak ini mengapa harus berfikir diluar kota dimana orang lain duduk. Tetapi dari dalam kotak inilah kita banyak melihat apa yang penduduk kampong lebih perlukan dari cable car itu. Penduduk disini lebih perlukan sebuah bank untuk kemudahan urusan kewangan mereka. Kalau tak besar, sekangkang kera pun cukuplah. Pelancong juga sangat memerlukannya bagi kemudahan urusan kewangan mereka.


Tentu selepas ini pemimpin-pemimpin kita akan berkata; sebenarnya saya dah fikirkan tentang itu....sebenarnya saya dah bawa cadangan ini ke...., sebenarnya saya ........Kahkahkah, inilah pemimpin hipokrit UMNO kita. Ini adalah cadangan anak tempatan didalam fb, terima kasih Hambali Mohd Khonopiah dari Kuala Tahan. Tok Empat dan Ketua UMNO......Zzzzzzzzzzz!!

Monday, July 19, 2010

MEMANG UMNO AKAN GAGAL DALAM PRU NANTI ...

Bila SPU menulis tentang ramalan 'Si-Bedu' mengenai politik Jerantut banyak pihak rasa tak puas hati dan memberi pendapat bahawa SPU 'bias' dan tidak bersikap adil serta berusaha memburukkan UMNO.


Tetapi bila ada laman blog menulis tentang ratio 1:40 bagi daftar pemilih baru, banyak juga pihak seakan menepuk dahi dan menyatakan rasa kesalnya kerana menyedari akan kelemahan kuasa penentu kita dalam PRU akan datang.


Siapa yang harus kita salahkan? Didalam UMNO, kurang ahli baru yang berminat mendaftar dan menyertai parti. Daftar pemilih juga demikian yang memberikan tafsiran bahawa orang melayu seakan bukan saja memboikot UMNO bahkan memboikot Pilihanraya sekaligus. Tidak kah ini juga bermakna akan memberikan kelebihan kepada parti lawan dalam memenangi PRU akan datang?


Kita seharusnya berusaha menyingkap makna disebalik apa yang berlaku ini. Kenapa orang melayu seakan meminggir diri? Antara kesalahannya adalah UMNO itu sendiri, yang harus kita pertanggungjawabkan diatas kelemahannya sebagai peneraju kerajaan yang memerintah. UMNO tidak serius dalam melaksanakan usaha kempen daftar pemilih.


Pada awal 2010, satu majlis kempen daftar pemilih anjuran UMNO Bahagian telah diadakan. Menurut maklumat dari laman blog berkenaan, RM10 ribu diperuntukan oleh agensi manakala RM5 ribu adalah peruntukan dari UMNO Malaysia. Jumlah perbelanjaan keseluruhannya adalah RM15 ribu bagi program yang hanya menganjurkan minum petang kepada kurang dari 300 orang peserta, dan apakah hasilnya?


Hasi dari program petang itu hanyalah 28 orang ahli baru UMNO dan 17 orang yang berdaftar dengan daftar pemilih. Soalannya apakah cukup berbaloi apa yang dibelanjakan dengan apa hasil yang kita dapati dari itu? Kata laman blog berkenaan, yang tersenyum lebar hanyalah pemilik resthouse yang mendapat RM15 ribu bagi belanja minum petang secawan teh tarik dan sepiring mee hon untuk peserta yang tak sampai 300 orang.

Friday, July 16, 2010

RAMALAN POLITIK JERANTUT

Semasa worldcup, hampir kesemua ramalah si sotong 'paul' ternyata tepat. Sekurang-kurangnya yang tersangat menarik untuk kita kenangkan adalah ramalannya tentang Germany akan tewas kepada Spain di separuh akhir dan Spain akan menewaskan Holand pada akhir. Tepat sekali.


Malangnya si sotong itu telah diistiharkan bersara berikutan tamatnya pertandingan bolesepak yang terhebat di planet bumi ini. Mungkin nanti pada 2014, di Brasil akan ada si-ketam, atau si-ikan, atau labi-labi yang mungkin akan menjadi peramal keputusan dalam worldcup berkenaan.


Saya cuma terfikir, jika si-sotong 'paul' itu dapat saya hubungi mungkin saya akan cuba menanya apakah ramalan masa depan UMNO Jerantut. Siapa yang akan dicalonkan sebagai Ahli Parlimen seterusnya akan menjadi Ketua Bahagian Jerantut bagi memantapkan semula UMNO Bahagian yang pada pendapat kebanyakan orang sedang berada ditahap yang sangat lemah ketika ini.


Tanpa si-sotong 'paul' saya terpaksa mananyakan kepada si-tikus yang dinamakan 'bedu' (bukan abang bu dan tidak ada kena mengena lagi dengannya atau sesiapa yang rapat dan mesra dengannya) Menurut ramalan 'bedu' begini;


Bagi kerusi-kerusi DUN adalah seperti berikut;

DUN Tahan, ADUN yang sekarang ini tidak lagi akan dicalonkan kerana beliau lebih berminat untuk kerusi Parlimen. Maka calon yang diramal oleh 'bedu' adalah seorang AJK dari Kuala Tembeling yang pernah menjadi kempen manager kepada seorang calon yang telah bertanding di DUN Tahan.

Diramalkan pemilihannya adalah kerana memberikan pengajaran kepada beliau bahawa didalam UMNO jangan ada pagar makan padi, jangan ada telunjuk lurus kelingking berkait, jangan ada harun makan anak. Jika beliau dicalonkan, UMNO akan kalah dan DUN Tahan akan jatuh kepada pembangkang. Ini satu pengajaran untuk UMNO secara keseluruhannya bagi menyedarkan bahawa UMNO memang busuk hingga ke usus.

DUN Pulau Tawar, ADUNnya juga tidak bertanding lagi kerana beliau sudah tidak mampu naik lebih 'TINGGI' dan merasa bahawa cukuplah setakat ini. Namun beliau akan tetap memberikan sumbangan baktinya kepada rakyat jelata, jasanya akan tetap dikenang. Beliau tetap akan diingat sebagai pahlawan dan orang perjuangan. Kita akan lupakan segala kisah silamnya, itulah penghormatan terbaik untuk beliau. Selepas ini beliau akan boleh dan lebih kerap duduk bersama-sama kita walaupun berdiri tak sama 'TINGGI' dan duduk tak sama 'RENDAH'.

Bagi mengisi tempatnya, KPlah orang yang paling layak. Kerana dalam ribuan manusia kita hanya akan dapat melihatnya, kerana beliau akan kelihatan lebih tinggi dari yang lain, berkat memakai songkok tingginya itu. Kita boleh melupakan kekurangannya sebagai orang yang bertanggungjawab memberikan 'cahaya yang menerangkan' walaupun beliau masih dalam 'kegelapan' dulu kini dan selamanya. Cuma kata' si-bedu', selalu-selalulah melihat rumput dibumi dan jangan asyik melihat bintang dan mendongak ke langit. Songkok tinggi jaga jangan sampai senget, nanti nampak macam tok selampit.

Bila beliau dicalonkan nanti, UMNO juga akan kalah disini. Ini satu lagi pengajaran untuk pemimpin UMNO bahawa melantik pegawai-pegawai haruslah yang boleh lakukan kerja supaya UMNO terus teguh dan perkasa. Salah satu kelemahan UMNO adalah lemah dari segi penyampian maklumat dan kelemahan perhubungan dengan rakyat. Sepatutnya KP bertanggungjawab dalam memantau blog-blog di Jerantut bahkan bertanggungjawab memastikan ujudnya blog resmi UMNO Bahagian.

DUN Damak, masih MCA punya tetapi' Dato' Ulau Lee' mesti disingkirkan oleh BN sebab orang melayu semua dah benci kerana sikap rasisnya yang hanya menjaga kepentingan bangsa cina dan meminggirkan kepentingan bangsa melayu. MCA BN disini akan kalah, kemenangannya dalam PRU lalu juga sangat tipis sebagai isyarat rakyat sudaah bosan dengan Ulau Lee ini.


3 DUN dalam Parlimen Jerantut nampaknya sudah jatuh kepada pembangkang. MB yang sedia ada sudah tentu menafikan kelemahan kepimpinannya di peringkat negeri. Saya pun lupa nak kata bahawa kita patut juga mengucapkan selamat jalan kepadanya, dia sudah tidak layak duduk dikerusi itu lebih lama lagi.


Kerusi Parlimen? Kata 'si-bedu' dia tak berapa nampak dalam air sirih sama ada YBM Tengku Lan akan dicalonkan atau tidak. Kalau dicalonkan lagi, mungkin masih akan menang walaupun tipis. Kalau tidak, tentu akan berlaku perebutan diantara siapa yang nak jadi calon.


(Bekas) ADUN Tahan meninggalkan DUN Tahan kerana hendakkan kerusi ini, tetapi pemimpin atasan tidak merestui sebab tak hendak memikul beban, macam kata; tak ada beban batu digalas, bahkan mungkin juga tidak mahu mendukung biawak hidup.... Ini bukan kata saya, ini kata 'bedu'si-tikus peramal.


Dalam AJK Bahagian yang ada tidak ramai yang kelihatan layak. SU tidak berminat. Ada juga yang tidak berapa sihat zahir dan batin. Ada juga yang tidak layak kerana masih belum masak. 'Masih belum matang', kata 'godfather'. Yang berangan-angan dan akan mati dalam angan-angan memanglah ramai dan tak terkira.


Kata 'si-bedu', dia baca banyak blog-blog di Jerantut yang kata minta dicalonkan tokoh recycle, 'si-bedu' kata dia tak membantah tapi dia masih belum jelas siapa diantara banyak-banyak yang ada itu akan di recycle semula. Kita ada bekas ADUN Tahan yang sudah otai dan macam pinang kotai. Kita ada 2 bekas Ahli Parlimen, satu anak tempatan dari Ulu Tembeling dan satu calon impot dari Kuala Lipis. Kita juga ada bekas ADUN Pulau tawar. Mereka ini boleh di recycle semula.


Kata 'si-bedu', dia kena telek betul-betul baru nampak jelas dan berwarna warni. Kalau sesiapa nak minta telekkan boleh juga, tapi kenalah bawak 'pengeras'. Kalau setakat datang nak mintak tolong telek tetapi bawak 'pelembik', nak buat apa?. Adapun pengerasnya adalah ayam dara....kalau tak ada ayam dara bawak ayam janda (ayam pencen) pun tak mengapalah, tetapi jangan sesekali-kali bawa anak dara sebab 'si-bedu' ni bukan jenis yang makan 'orang'. Sara? Ishhh! Bedu tak kenal pun siapa dia tu!


Kehkehkeh, 'bedu'...'bedu'! Engkau punya pasal, tenggelam sudah nama 'abang bu'. Kepada pembaca, kalau nak komen, guna password 'bedu', hehe. Kalau tak, hehe....tak akan disiarkan....ini aku punya blog, aku punya sukalah. Password 'sara' dah expired, tak boleh guna lagi. Ingat? 'bedu'....bukan sara....bukan abang bu....hehe



Monday, July 12, 2010

SIAPA YANG SAYANGKAN UMNO?

Jadi pemimpin harus ada kekuatan sendiri. Kekuatan dalam diri. Fizikal dan mental mesti kuat. Sokongan dari semua pihak mesti kuat. Mungkin sekali sekala kita boleh bergantung harap kepada orang lain untuk membantu kita dalam segala macam hal tetapi bukan selamanya.


KW nampak semakin lemah dan 'loose control' barisan kepimpinannya. Semuanya 'bercempera' bagai anak ayam kehilangan ibu. Disinilah perlunya ketokohan seseorang pemimpin itu. Pemimpin buka saja perlu dihormati tetapi ditakuti juga sekali sekala. Didengari juga kata-katanya. Dipatuhi segala arahannya. Yang lebih utama adalah perlu adanya kekuatan didalam diri untuk berjuang dan bukan hanya mengalah atau membiarkan saja kepada keadaan atau mengharap orang lain yang membantu kita.


Kita tolak soal siapa dibelakang orang-orang tertentu yang semakin menjauhkan diri dari KW, tetapi KW sendiri harus berusaha merapatkan safnya supaya tidak ada sebarang kebocoran, supaya semua barisan kepimpinannya sentiasa rapat dan akrab serta saling berkerjasama dan menguatkan Pergerakan Wanita. Namun inilah kelemahan yang sangat jelas pada KW, bahkan beliau dilihat tidak cuba untuk berusaha merapatkan saf kepimpinannya yang membuatkan semakin hari semakin renggang hubungan diantara mereka dan memudahkan mereka dipecah dan perintah bagi mencapai agenda tersendiri seseorang.


Hanya kemujuran kerana adanya 'godfather' YH Dato' Ahmad Bazain yang selalu ada dibelakangnya. Jika tidak saya percaya sudah lama beliau dikuis ketepi. Kerana itu juga bila ada pihak cuma khianati KW dengan mengunakan NKW maka kumpulan tertentu pula mencantas NKW. Ini hanyalah pertarungan antara kuasa merebut kekuasaan secara total di Jerantut ini.


Blog peribadi KW pun nampaknya sudah lama tidak d'iupdate'kan, mungkin sudah berkarat agaknya. KW pun selalu hilang dan lama tidak kelihatan, kemudian tiba-tiba sudah ada seorang anak. Ramai orang yang sudah bersuara dan berbisik menyatakan syak wasangka, bahkan ada yang sudah berani memberi katadua untuk membocorkan kepada ramai 'rahsia' yang dikehatuinya. Wallahualam - kita tidak tahu menahu hal itu.


Memang ramai orang yang hendak dan bercita-cita untuk menjadi pemimpin, namun tidak semua antara mereka yang dilahirkan sebagai pemimpin dan mereka ini akan gagal. Walau siapa pun pemimpin bukanlah terlalu penting bagi satu-satu organisasi, tetapi keyakinan ahli-ahli terhadap kepimpinannya sangat perlu bagi membolehkan semua ahli-ahlinya bersatu bagi menjamin keteguhan organisasi itu. Wanita perlu lebih merapat bagi menghadapi musuh sebenar UMNO dalam PRU akan datang, jika kita benar-benar sayangkan parti. Semua pihak harus kembali semula kepangkal jalan dan bersatu dibawah kepimpinan yang ada sambil memastikan tidak dijadikan alat oleh pihak tertentu untuk mencapai agenda peribadi mereka.


Siapa yang sayangkan UMNO?


Bagaimanapun tahniah kepada Wanita kerana terbitnya blog Wanita UMNO Jerantut. Nampaknya semua sudah celik IT dan tidak lagi goblog. Yang masih goblog tu, bolehlah suruh orang lain menulis bagi pihaknya supaya dia juga nampak celik IT dan celik hati. Namun yang gobloknya adalah yang menjadi tukang tulis.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN