Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, May 13, 2010

CALONKAN TENGKU AZLAN SEPENGGAL LAGI


Blogger-blogger penyokong UMNO Jerantut sangat prihatin terhadap pucuk pimpinan di peringkat bahagian. Justru beberapa laman blog tempatan sudah mula berkira-kira dan mencongak siapa bakal ditonjolkan sebagai calon Ahli Parlimen Jerantut jika sekiranya YBM Tengku Azlan menarik diri atau tidak dicalonkan semula.

Sila baca blog CAWAN TEMBAGA dan blog menyegar.

Sebenarnya saya juga berfikiran sama dan tertanya-tanya siapa selepas Tengku Azlan nanti, namun saya juga merasa soalan ini masih awal untuk diketengahkan. Selain itu, kita masih belum mendengar dari Tengku sendiri sama ada beliau sudah enggan dicalonkan lagi atau sebaliknya.

Melihatkan apa yang berlaku sekeliling kita sekarang ini, ada baiknya Tengku memegangnya sepenggal lagi. Memang ada banyak pendapat dan sokongan untuk Tengku memegangnya lagi tapi pendapat itu bersifat dan berkepentingan peribadi dan kumpulan.

Kenapa saya menyokong Tengku memegangnya sepenggal lagi mungkin berbaza dari alasan yang kebanyakan orang boleh berikan, tatapi apakah perbezaan itu menjadi satu kesalahan? Saya tidak mahu mengulas hal ini keterlaluan kerana bimbang saya akan jadi tidak adil sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain juga dengan pandangan yang saya berikan itu kelak. Justru, saya biarkanlah kita semua memikirkannya sendiri.

Cuma, sedikit dari pandangan peribadi saya adalah begini;
Kenapa saya berharap Tengku dicalonkan sepenggal lagi? Pada saya, sepengal terakhir ini adalah untuk Tengku menebus semula segala kekhilafannya yang lalu. (Termasuk terlalu mempercayai semua punahsihat-punahsihatnya) Kebelakangan ini saya melihat Tengku banyak berubah, beliau kelihatan lebih mesra rakyat dan lebih prihatin terhadap masalah rakyat. Jika diibaratkan dalam litar perlumbaan F1, Tengku memecut dipusingan terakhir. Syabas Tengku!


Wednesday, May 12, 2010

'uRag dRrulug' - SUARA AKAR UMBI UMNO JERANTUT



Hari ini SPU hanya nak 'mengangkat' satu posting yang menarik dari sebuah blog baru di Jerantut, 'uRag dRrulug'.


Tulisannya baik dan berasas sebagai tanda bahawa bloggernya sangat faham tentang keadaan politik Jerantut ini. SPU juga percaya bahawa beliau menulis dengan penuh tanggungjawab dan atas kesedaran dan hasrat ingin melihat UMN O Jerantut kembali tenang. Blog ini merupakan suara sebenar akar umbi UMNO Bahagian Jerantut, suara rakyat yang inginkan pembelaan dan suara rakyat yang memprotes dan bersedia menderhaka jika suaranya tidak didengari.


Baca sebahagian dari posting di blog berkenaan atau klik disini.

Kumpulan DUN Damak @ 'Damak' yang diketuai 'Godfather', selama ini tidak pernah memberikan perhatian kepada KW nampaknya sejak kebelakangan ini sudah selalu menjeling-jeling, bermain-mata dan bertegur-sapa. 'Penghulu Abai' yang tidak pernah ke pejabat KW dulu, sekarang ini sudah rajin melawat dan macam nak berumah-tangga disitu. 'Godfather' nampaknya sedang menggerakkan jenteranya. 'Batin Garuk' juga nampaknya sudah sedia menggalas sumpit untuk berjuang. 'Panglima Hitam' juga turut membantu, dia ni orang kuat dalam belia 4B dulu. Sekarang ni dah tak ada apa-apa jawatan selain dari melukut ditepi gantang.

Buat masa ini sasarannya adalah kepada mereka yang cuba memancas KW. 'Dato' Setia Tidak' dan 'Dato' Gajah Gading' harus sudah membaca gerak itu dan sepatutnya sudah bersedia bertindak balas. Sarang tebuan kenapa dijolok? 'Wanita kedua' juga selalu terlibat dalam operasi memancas KW oleh 'Dato' Setia Tidak' dan 'Dato' Gajah Gading' ini pun patut bersedia untuk menerima balasan, atau cepat-cepatlah berpaling kebelakang dan mohon ampun dari KW sebelum dipergunakan lebih banyak lagi pihak musuh. Saya rasa masih ada waktu untuk berpaling bagi 'Wanita kedua' ini.

Membaca blog SPU dan menemui blog Melayuraya Daily menulis begini; Dato' Azizan ada dimana-mana...!!!? Mungkin benar bahawa Dato' Azizan juga ada dibelakang 'Wanita Kedua' ini? Dalam politik Jerantut memang banyak tangan-tangan hitam yang sentiasa cuba memandu kearah yang mereka kehendaki. Soalnya, setakat manakah kepintaran ketua-ketua cawangan dan perwakilan yang akan memilih nanti? Apakah mereka memilih atas kesedaran dan keinsafan mereka dengan rasa tanggungjawab atau atas arahan tertentu atau pun kerana RM yang ditawarkan? Bebaskah UMNO dari rasuah politik dalam pemilihan akan datang?

Dalam pemilihan lalu, yang kalah berkata mereka kalah kerana tidak melibatkan diri dengan politik wang sedangkan yang menang juga menafikannya. Yang menerima beribu-ribu ringgit dan mengkhianati bangsa dan orang kampong menggeleng kepala sambil berkata mereka tidak mendapat apa-apa. Mudahnya menipu dalam dunia ini.

Berikut adalah komen pembaca diblog berkenaan:

Blogger sri tribuana said...

Wah tajam sungguh permerhatian saudara. Maaf yer, blog saya tidak dpt menulis ttg Jerantut, nak tau maklumat harap ke deme2 ni la

May 9, 2010 6:51 PM

Anonymous uRag dRrulug said...

Aok!!

May 9, 2010 8:09 PM

Anonymous melayurayadaily said...

uRag dRrulug,
saya sama seperti Sri Tri Buana tidak menulis tentang politik Jerantut kerana sudah tidak faham apa yang berlaku

ke2. Saya ada menulis kepada blog KW wanita secara terbuka menyatakan pendirian saya bahawa wanita mesti bersatu dan mengelakan wanita dari di racik2 oleh pihak yang ingin melihat mereka berpecah2.sila sdr lawati laman KW. Terpulanglah samada saya ditafsir ikhlas atau tidak.

keseterusnya, gambar sdr itu bagi lah yang terang supaya bertanding mudah menang.

akhirnya, saudara ada bakat besar dalam berkarya, kembangkanlah potensi itu TQ.

May 11, 2010 6:06 AM

Blogger uRag dRrulug said...

Terima kasih Wan Shahrir dan Dato' Azizan keran sudi datang membaca blog saya yang 'jihek' ini. Saya menulis dah bukan kerana nama atau apa, cuma kerana marah dan geram terhadap UMNO Bahagian yang sudah hampir musnah. Pemimpin-pemimpinnya memang patut dihantar ke pusat pengumpulan barang-barang lusuh untuk pelupusan. Gambar saya tu insyallah akan diganti jika saya ada hasrat nak bertanding AJK nanti, boleh ke agaknya?

May 11, 2010 9:09 AM

Anonymous spu-blogger said...

Salam UD,
Saya setuju dengan pandangan Dato' Azizan itu, kadang2 orang tak nampak bakat dan kelebihan yang ada pada diri kita, bahkan kita sendiri kadang2 juga tidak tau apa kelebihan yang kita ada. Tapi yg jelas, awak bagus menulis politik Jerantut dan banyak pengetahuan mengenainya mungkin kerana pengalaman berkerja dengan orang politik dahulu. Apapun teruskan usaha ini.

May 11, 2010 9:21 AM

Anonymous Anonymous said...

Salam urag drulung.Rasanya urag drulung ni dulu pernah jadi ajk pemuda bahagian rasanya.Nampak macam tau benar keadaan politik di jerantut ni.

May 11, 2010 8:53 PM

sri tribuana said...

Blog yg boleh beri input yg baik utk Jerantut selain blog SPU, Menyegar dan N9.
keep it up guys

May 11, 2010 9:16 PM

Blogger uRag dRrulug said...

terima kasihlah atas pujian dan pandangan, baru mula berblog, memang perlu bnyk tunjuk ajar dari yg lebih berpengalaman. Blog SPU ni Dato' Azizan punya juga ke selain Melayuraya Daily dan Suara Majlis? Wah, memang hebat. Saya akan ikut serta, jika diizinkan.

May 12, 2010 2:03 AM

Tuesday, May 11, 2010

SUARA PRIHATIN UMNO JERANTUT DIHARGAI PAHANGDAILY ONLINE













Akhirnya blog SPU diberikan perhatian, walaupun bukan oleh UMNO Negeri atau Bahagian tetapi oleh portal blog paling popular di Pahang iaitu PahangDaily Online. Ini berikutan posting di blog SPU dipetik oleh PahangDaily Online pada 10hb. Mei 2010 jam 10:34 pagi tadi. Berikut adalah sebahagian dari komen di blog PahangDaily Online;


(Luahan hati dan perasaan ini kami petik dari blog UMNO Jerantut sendiri. Sila klik disini untuk membaca komen dari rakyat kawasan berkenaan. Terkadang kami merasa sedih melihat apa yang berlaku. Sangkaan kami hanya penyokong pembangkang sahaja yang ditipu dan dianaktirikan oleh kerajaan UMNO BN. ...../)



Demikianlah bilamana pihak pembangkang kelihatan lebih peka terhadap isu semasa serta mengawal media sosial dengan lebih berkesan berbanding dengan UMNO sendiri. Bagaimanapun, PahangDaily Online tersalah tafsir bila menyatakan bahawa blog SPU sebagai blog resmi UMNO.


SPU juga sangat menghargai kecenderungan blogger-blogger baru yang menunjukkan minat yang tinggi dalam menyuarakan hasrat dan ketidakpuasan hati rakyat. Saya percaya, hanya blog saja yang dapat meluahkan perasaan rakyat dan akar-umbi walaupun kemungkinan besar para pemimpin kita tidak langsung mempunyai waktu untuk membaca blog-blog yang kita tulis.


Kita faham bahawa para pemimpin kita tentu sibuk dengan acara itu dan ini termasuk keluar negara, sekurang-kurangnya ke Singapura atau Indonesia untuk bermain golf samaada 18 lubang atau 19 lubang.


Kami cuma ingin menuntut hak kami, iaitu khidmat mereka atas kapasiti dan jawatan yang mereka sandang itu. Janganlah mereka hanya berebut-rebut untuk mendapatkan jawatan namun apabila mereka mendapat jawatan berkenaan mereka tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka terhadap kami, bukan hanya setakat merebut tender dan projek-projek semata-mata. Janganlah rakyat ditipu dan dalam masa yang sama rakyat juga dirompak. Kami sudah banyak belajar dari kaum Cina bagaimana menggunakan kuasa dalam pilihanraya.


Baca blog 'uRag dRrulug' yang hangat membincangkan mengenai politik UMNO Jerantut. Klik disini.

Monday, May 10, 2010

PEMILIHAN UMNO - JONG PECAH YU KENYANG














PEKAN 7 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya tidak mewujudkan kelompok yang akhirnya membentuk komplot sehingga boleh merosakkan parti.

Perdana Menteri berkata, kewujudan kelompok dan komplot akan mengakibatkan ahli-ahli parti bermusuh sesama sendiri dan hilang tumpuan untuk berdepan dengan parti pembangkang serta melupakan tanggungjawab terhadap rakyat.

Gejala sedemikian juga, jelas beliau, akan menjejaskan keupayaan UMNO memenangi pilihan raya umum akan datang.

''Ahli UMNO perlu bekerja dalam satu pasukan dan merancang apa saja pelaksanaan yang boleh memberi kebaikan kepada parti dan kepentingan untuk rakyat dan bukannya menjatuhkan sesama ahli.

(Utusan Malaysia Online)



Blog Yang Gambi mempersoalkan apakah saranan DS Najib didengari dan patuhi oleh semua ahli-ahli UMNO Bahagian dan cawangan-cawangan?


Apakah di Jerantut ini pemimpin di peringkat Bahagian mematuhi saran DS Najib ini? Cuba baca diblog ‘urag drrulug’ dan blog ‘pendua’. Ini blog Jerantut yang mengetahui dengan pasti apa yang sebenarnya berlaku di Jerantut ini.

Bila SPU menulis tentang keburukan pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Jerantut, ada kalangan pembaca yang tidak bersetuju kononnya SPU hanya memberikan peluru kepada pembangkang bagi memudahkan pembangkang membelasah UMNO dalam PRU13 nanti. Tetapi bagaimana dengan tindakan pemimpin-pemimpin UMNO ini sendiri yang berbunuhan dan berkomplot sesama mereka, tidakkah ini akan lebih merosakkan UMNO itu sendiri?

Pada pemilihan peringkat bahagian, pesaing mereka akan dipancas dan dimusnahkan serta diasingkan sehingga mereka tidak menang dalam pemilihan. Mereka akan terus dimusnahkan tanpa belas kasihan sehingga mereka itu tidak akan berpeluang langsung untuk menjengukkan kepala.

Begitu juga diperingkat cawangan, mana-mana individu yang berpotensi untuk menentang ketua cawangan akan dicantas. Tidak akan dijemput ketika mesyuarat serta disingkirkan dengan pelbagai cara demi menguatkan kedudukan mereka sebagai ketua UMNO cawangan, tetapi apakah UMNO semakin kuat dengan cara demikian?

Mereka yang disingkirkan akan membawa diri dan mungkin akan menyertai pembangkang. Kesudahannya UMNO jadi semakin mengecil, yang ahlinya hanya dalam lingkungan keluarga sendiri dimana si ayahnya ketua cawangan, ibu ketua wanita dan anak lelaki serta anak perempuan akan menjadi ketua pemuda dan puteri. Kuatkah UMNO jika begitu?

Saya sudah tidak percaya bahawa masih ada ahli-ahli UMNO yang masih sayangkan UMNO dengan ikhlas. Kebanyakkannya hanya sayangkan jawatan yang disandangnya saja.

Sila baca blog urag drrulug dengan berhati-hati, saya melihat bahawa masih ada usaha oleh pihak tertentu yang cuba menghancurkan atau memancas KW. Tidakkan ini akan menjadi permula kepada satu gerakan besar-besaran? Pertembungan diantara kumpulan dengan kumpulan?

Mungkin ada pihak yang berpendapat keadaan ini baik untuk mereka kerana bila jong pecak maka yu akan kenyang. Maknanya, bila ada pertembungan maka para perwakilan akan berpeluang untuk mendapat ganjaran. Rasuah politik akan tetap berleluasa dalam UMNO dan UMNO akan tetap busuk hingga ke usus.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN