Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, December 19, 2008

Perjumpaan UMNO Bahagian Kecoh dan Mungkin Sokongan Wanita Berubah Arah

Gambar Hiasan


Beberapa Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Jerantut serta tetamu-tetamu lain hadir merakamkan rasa kesa dan kecewa mereka apabila perjumpaan yang diadakan atas jemputan Ketua Bahagian telah terpaksa dibatalkan. Perjumpaan tersebut yang sepatutnya diadakan petang semalam (18.12.2008) bertempat di Bangunan UMNO Jerantut sepatutnya dihadiri oleh Ketua Bahagian namun beliau serta Timbalannya telah tidak hadir membuatkan semua hadirin tertunggu-tunggu dan menzahirkan perasaan marah mereka berikut insiden itu.

Bagaimanapun Ketua Wanita Bahagian Puan Norhelan Mahamud yang hadir diperjumpaan tersebut telah berjaya menenangkan dan mengawal keadaan dengan membuat permohonan maaf bagi pihak UMNO Bahagian.

Norhelan yang turut ditanya mengenai pertandingan jawatan Ketua Wanita antara TS Rafidah dan DS Shahrizat enggan mengulas. Bagaimanapun pada peringkat awal dahulu pihak yang rapat dengan beliau menyatakan bahawa beliau akan memberikan sokongan kepada TS Rafidah namun kemungkinan keadaan ini akan berubah berikutan kekecewaan Wanita UMNO Bahagian Jerantut terhadap kepimpinan wanita diperingkat negeri.

Sebelum itu pada sebelah paginya satu perjumpaan yang dianjurkan oleh YB Dr. Shukri telah berjalan seperti yang dirancang namun mengikut pemerhati jumlah kehadirn telah berkurangan mungkin berikutan kekalahan beliau dalam merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian yang lalu.

Sunday, December 7, 2008

AHLI UMNO CAWANGAN LATA KASAH KECEWA PENYELEWANGAN DR. SHUKRI

Petikan Pahang |Daily Online...........Ini pernah kami dedah dulu melibatkan Bekas Exco Belia dan Kesihatan Pahang yang kini masih merupakan ADUN Pulau Tawar, Jerantut Pahang iaitu YB Dr. Ahmad Shukri Ismail. Bayangkan jika satu JKKK beliau sapu RM200 ribu, maka di kawasan beliau itu terdapat lebih 30 JKKK. Cuba bayangkan berapa banyak wang rakyat dan rompakan balak secara berkhemah telah beliau monopoli?. Inilah dia pemimpin UMNO yang kononnya disayangi rakyat. Tatkala menjelang pilihanraya, mulalah beliau taburkan wang-wang tersebut untuk memancing undi. Menang kerana "Rasuah", hidup dengan "Rasuah" dan akan mati juga dengan "Rasuah" !!. Mujurlah beliau tewas dalam perebutan kerusi Ketua Bahagian Jerantut kepada YM Tengku Azlan (Ahli Parlimen Jerantut) dalam pemilihan UMNO bahagian itu baru-baru ini.

Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Lata Kasah dan sebahagian besar penduduk Kampong Lata Kasah kecewa dengan penglibatan ADUN Pulau Tawar YB Dr. Ahmad Shukri Ismail dalam pembahagian pendapatan hasil balak JKKK Kg Lata Kasah yang dilihat tidak adil. Berikutan dengan itu juga bebrapa orang yang dulunya menyokong kuas UMNO telah meminggirkan diri mereka dan menyokong parti lawan dalam PRU 12 yang lalu yang menyebabkan peti undi Balai Raya Lata Kasah kala kepada pembangkang serta kemenangan tipis bagi DUN Pulau Tawar.



Thursday, December 4, 2008

WANITA UMNO JERANTUT BERSEDIA KE KUALA TERENGGANU - Norhelan Mahamud


UMNO Bahagian Jerantut bersemangat membantu calon UMNO Parlimen Kuala Terengganu dalam Pilihan Raya Kecil akan datang. Malah Ketua Wanita UMNO Bahagian yang baru memenangi jawatan tersebut Pn. Norhelan Mahamud berkata, inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh Wanita Bahagian untuk membuktikan semangat dan taat setia kepada parti. 'Kita berjuang dalam parti dan memenangi jawatan bukan untuk duduk diam sahaja, tetapi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu parti dalam apa keadaan sekalipun'.

Beliau juga menyatakan bahawa jentera Wanita UMNO Bahagian Jerantut telahpun bersiap sedia dan hanya menunggu arahan dari Perhubungan Negeri untuk memulakan langkah. Beliau juga dilaporkan percaya UMNO Terengganu berupaya mempertahankan kerusi Perlimen P036 berkenaan berikutan situasi politik semasa dan pergolakan didalam PR serta ditambah masalah dalaman PAS sendiri.

Monday, December 1, 2008

WANITA JERANTUT SOKONG RAFIDAH

Jerantut - 30 Nov. 2008

Menurut sumber yang rapat berkata Puan Norhelan Binti Mamahud, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut berserta sebahagian besar Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian telah bersepakat memberikan sokongan kepada Tan Sri Rafidah Aziz dalam mempertahankan jawatan beliau sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO. Ketetapan tersebut talah dibuat dalam satu perjumpaan tidak resmi yang telah diadakan baru-baru ini.

Norhelan juga dilapurkan menyuatakan rasa dukacitanya dengan pelan peralihankuasa yang diingkari oleh DS Shahrizat. Beliau juga menyatakan bahawa tidak mustahil adanya pihak tertentu yang mendesak supaya pelan peralihan itu diingkari demi kepentingan politik pihak tertentu. Bagaimanapun beliau tidak melihat bahawa pertandingan ini akan melemahkan Pergerakan Wanita UMNO kerana wanita telah melalui banyak pertandingan dan TS Rafidah sendiri telah bertanding dan dikalahkan suatu ketika dulu namun wanita UMNO terus mampu berdiri gagah dan berjuang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN