Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, May 3, 2009

MB JANGAN ABAI SENSIVITI ORANG JERANTUT

YAB Menteri Besar Pahang mungkin perlukan rehat dan ketenangan


Dari angin yang membawa khabar, kita mendengar bahawa pengumuman perlantikan senator bagi kuota wanita umno Pahang telah diumumkan oleh MB Pahang tetapi dengan tidak memaklumkan dan mendapat restu dari PM terlebih dahulu.

Banyak pihak menyuarakan rasa kecewanya berkenaan perlantikan tersebut atas kewajaran lantikan berkenaan. Kenapakah kawasan yang kalah oleh pembangkang diutamakan? Jika mengikut giliran, sepatutnya giliran ini jatuh kepada Jerantut namun MB telah mengabaikannya. Nampaknya MB Pahang lebih mengutamakan kroninya dari menjaga hati dan perasaan wanita umno Jerantut.

Jika inilah caranya MB Pahang melayani umno Bahagian, saya rasa pada PRU13 nanti kita akan melihat pembangkang akan melebarkan sayapnya dan akan merealisasikan misi tawan Pahangnya.

Saya sebagai penyokong umno selama ini pun akan berubah angin dan mengubah arah. Apakah harapan lagi yang kita ada jika pemimpin tertinggi negeri kita tidak prihatin kepada kehendak rakyat dan ahli umno bahagian.

MB harus juga memandang kebelakang dan juga kebawah, jangan asyik mendongak keatas sahaja. Jalan dihadapan nampaknya semakin runcing dan mencabar untuk seorang MB yang dirasakan sudah cukup lama memimpin negeri. Mungkin tiba masanya untuk beliau direhatkan dan merehatkan diri.

Saya percaya Pahang perlukan seorang MB yang lebih bersemangat dan prihatin kepada masyarakat dan penyokong UMNO untuk menentang pembangkang yang semakin berakarumbi dalam misi mereka menawan Pahang pada PRU13 nanti.

9 comments:

Apache said...

susah kalau orang keras kepala nih..

jantan said...
This comment has been removed by a blog administrator.
spu said...

Komen bodoh dari yang bernama Jantan diatas ini saya padamkan. Sebab kalau baca pun tak berfaedah kerana menampakkan kebodohan jantan itu ug terlampau

Anonymous said...

Kawan sokong amat weh cadangan SPU, kalau MB Pahang direhatkan. Dah kalau tak reti baser dinasihatkan tentang suara akar umbi yang kurang senang hati dengan keputusan memileh calon senator wanita. Maka Adnan Yakob juga akan memileh calon wakil2 rakyat mengikut suka hatinya dan bukan kehendak rakyar yang mahukan wakil rakyat yang boleh memenangkan parti UMNO. Adnan pun kalau jadi calon wakil rakyat belum tentu menang dengan tergadinya negeri Pahang RM63 juta, kayu balak dah habis kena curi (tengoklah apajadi tanah di Cameron Highland...dah botok weh) anak2 syarikat Pahang habis dah nak bangkrup..umpamanya mentega corporation, Astana dan lain2 lagi. Lagi lama dia jadi MB lagi cepat lingkupl Pahang nanti. Harap2Tok Najib cepatlah gantikan MB baru sebelum Pahang jatuh ketangan PKR weh.

spu said...

Kepada Anon di atas,

Ini baru namanya komen yang membina. Soal pendapat kita berbeza dengan pendapat orang lain itu satu perkara lain. Yang penting kita membantah tetapi memberikan cadangan. terima kasih Anon. Tetapi lebih baik jika letakkan sekali nama tu supaya sedang nak dirujuk. terima kasih lah, ya weh?

one one no belen said...

Salam. Itulah kekadang aku rasa elok jgk kalau UMNO kalah. ni lah sebabnya rakyat marah. Pemimpin atasan bukan nak dengar pandangan rakyat yg mengundi.Mereka pilih siapa yg mereka suka. tetapi jgn lupa. rakyat yg menentukan pada pilihan raya nanti. so kalau calonkan org yg rakyat tak suka?jgn haraplah rakyat akan mengundi UMNO.susah kalau pemimpin pemimpin UMNO yg bangsat memimpin.

Anonymous said...

DALAM POLITIK KENA PANDAI LAH PANCUNG. TAKKAN ADNAN BEGITU BODOH TAK LIHAT MASA DEPAN DIA. KALAU SETAKAT KALAH BAHAGIAN JERANTUT DAN DALAM BAHAGIAN LAIN MENANG DIA TETAP JADI MB. YANG BODOHNYA PENYOKONG UMNO JERANTUT. TAK PANDAI ATUR STRATEGI MACAM MANA NAK PANDCUNG ADNAN. SEKARANG ISU BANYAK ISU PADA ADNAN. BAHAGIAN JERANTUT BOLEH MAIN ISU TU HARI2. LAMA2 ADNAN AKAN TURUN DENGAN SENDIRI. KALAU ADA PIMPINAN BARU PAHANG, CUBA SIMPAN (PELURU) UNTUK DIA. BILA DIA MENYELEWENG MACAM ADNAN BAGI BALIK PELURU TU.




PEMUDA UMNO
TERGULING JERANTUT

Anonymous said...

Bila Karam Singh tegor Adnan pasai pencemaran najis dalam loji air di Cameron Highland, cepat2 Adenan bertindak. Nampak sangat suara Karam Singh lebeh masin dari pemimpin2 UMNO Jerantut atau UMNO Pahang. Hebat betul Adenan tonggong ni, nampak sangat MB kita tido selama ini sampai tak tau apa yang berlaku di Pahang. Asik mendengar cerita2 sedap dari kroni2 dia yang kelilingnya. Apa nak jadi dengan denan ni agaknya.

Anonymous said...

insyallah,mb lebih bijaksana dalam hal sebegini..ada asbab dan hikmah kenapa berlaku begitu..amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN