Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, October 24, 2008

SIAPA ITU MAHATHIR?

Oleh: Azam Abd Rahman.

Siapa itu Mahathir?

1. Soal siapa itu Mahathir telah menjadi isu hangat apabila media-media memperkatakan tentangnya.Semuanya bermula apabila temuramah tv dengan PM Malaysia disiarkan. Nampaknya ada orang yang tidak mengenali siapa dia Tun Dr. Mahathir. TDM telahpun menjawabnya dalam blog beliau 'CheDet'.(Klik disini) Jawapan beliau dalam blognya adalah wajar kerana tentunya beliau sukar mendapat peluang melakukan demikian di tv serta media-media yang di kawal kerajaan.

2. Bagaimanapun bagi mereka yang tidak mengenali siapa itu Mahathir, disini saya memberikan sedikit jawapan;

2.1. Tun Dr. Mahathir Mohammad adalah Bekas Presiden UMNO selama 23 Tahun
2.2. Beliau adalah bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 Tahun
2.3. Adalah orang yang telah membawa kemajuan kepada Negara Malaysia
2.4. Adalah orang yang telah membawa negara kepada kemajuan dalam perindustrian
2.5. Beliau adalah orang yang telah membuka peluang kepada Pak Lah menjadi Perdana Menteri (dengan izin Allah)
2.6. Adalah seorang bekas perdana menteri yang dimalukan dan telah disekat dari menjadi perwakilan bahagian ke Perhimpunan Agong UMNO dengan cara politik wang dan politik 'chas keting'
2.7. Adalah seorang bekas perdana menteri yang tidak dihormati dan dihargai segala jasanya apabila telah disembur dengan pemedih mata ketika tiba di lapangan terbang kota bharu atas arahan seorang seorang pengkhianat bangsa dan negara.
2.8. Adalah seorang bekas perdana menteri yang pernah dihina dan dicerca menteri-menteri yang pernah mencium tangannya dulu
2.9. Adalah seorang bekas perdana menteri yang dikhianati oleh orang yang telah beliau berikan kedudukan teratas

3. Bagaimanapun bagi mereka yang tidak mengenali siapa itu Pak Lah, disini saya memberikan sedikit jawapan;

3.1.Pak Lah adalah Bapa Mertua Khairi (sepertimana tersiar dalam karikatur sebuah akhbar tempatan tidak lama dahulu)
3.2.Adalah seorang yang selalu mungkir apabila berjanji

.........
.........

3 comments:

Anonymous said...

memang orang2 politik ketika ini jadi iseng. umno tak akan berubah dan tetap tidak releven lagi.

Anonymous said...

memang kita semakin keliru dan semakin tidak menentu. semua kata-kata pemimpin kita adalah rhetoric semata-mata. kepentingan diri adalah lebih diutamakan.

Anonymous said...

Di mana-mana peringkat pun kita lihat pemimpin-pemimpin umno hanya mementingkan jawatan dan sanggup membelanjakan banyak wang demi kepentingan peribadi dan kelompok. apakah saydara perwakilan? apakah saudara tidak mendapat wang dari mereka atas apa alasan sekalipun. atau apakah saudara tidak meminta wang atau apapun seumpama dengannya dari calon-calon dalam pemilihan peringkat bahagian?

saya yang berak dan saya yang tuduh saudara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN