Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, September 22, 2013

NEW POLITIC - UMNO JERANTUT ?




Akhirnya 2 calon Ketua Bahagian, 2 calon Timbalan Ketua, 3 calon Naib Ketua, 2 calon Ketua Wanita serta 4 calon Ketua Pemuda manakala 3 calon Ketua Puteri sah bertanding ketika waktu mendaftar ditutup semalam. Yang sangat menarik adalah seramai 71 orang calon menawarkan diri sebagai AJK Bahagian Jerantut. Itu petanda bahawa UMNO masih relaven dan masih diperlukan jadi suara rakyat.

Ahli UMNO Jerantut mesti memahami perkembangan politik baru dengan jelas. Jika kita inginkan UMNO berubah maka mestilah kita mengubahnya dari akarumbi lagi, iaitu di peringkat cawangan dan bahagian. Pilihlah Ketua dan AJK yang benar-benar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan jujur dan berkesan. Jangan memilih kerana dia sahabat atau keluarga kita walaupun kita sedar mereka tidak mampu melaksanakan tugas. Jangan juga memilih kerana mereka 'merasuah' kita dengan duit atau kain-kain seperti selalu.

Yang penting kita kena sedar bahawa tidak patut langsung ada kumpulan-kumpulan didalam UMNO. Bagi calon Ketua Bahagian, Timbalan dan Naib Ketua, biarkan mereka sendirian bertarung dan kita memilih atas dasar keupayaan mereka sendiri. Kerana jika berpasukan kita juga akan terpaksa memilih AJK yang antarnya tidak mampu melaksanakan tugas mereka dengan berkesan dan ini akan merugikan UMNO dan bangsa Melayu yang diwakilinya.

Pemilihan AJK mestilah bebas dari dipengaruhi oleh pasukan kerana individu yang kita pilih nanti akan berdiri sebagai dirinya sendiri. Kita mengharapkan AJK yang terpilih nanti adalah yang sederhana tetapi bijaksana dan mampu menggalas tanggungjawab dengan bersih cekap serta amanah. Tolak politik wang. Singkirkan AJK yang hanya menumpang nama pemimpin. Pilih pemimpin muda atau pemimpin yang berumur tetapi bersemangat baru dalam meremajakan UMNO bahagian

Kita ada 71 pilihan. Pilihlah dengan bijaksana dan saksama. Jangan salahkan UMNO lagi kerana kesalahan kita memilih pemimpin yang menerajuinya.


Friday, September 20, 2013

AMANAT KU LAN KEPADA UMNO BAHAGIAN JERANTUT




Malam ini jam 8.30 malam diberitakan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, YM Tan Sri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar bersedia menemui ahli-ahli UMNO Bahagian Jerantut bertempat di Rest House Jerantut untuk menyampaikan amanatnya menjelang Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO akan datang.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Bahagian, Naib-naib Ketua Bahagian, Ketua Sayap-Sayap peringkat Bahagian dan AJK Bahagian. Semua ahli-ahli UMNO termasuk di peringkat cawangan yang berminat adalah dijemput hadir bagi mendengar amanat yang akan disampaikan. Sila rujuk blog WZWH.


Thursday, September 19, 2013

PINTU BILIK SUK UMNO JERANTUT DIPECAH?

Foto yang dapat saya ambil


Tiba-tiba seluruh Jerantut terkejut dengan berita pintu bilik SUK UMNO Bahagian dipecahkan beberapa hari lalu. Berbagai spekulasi dan persepsi dibuat. Sila perhatikan komen-komen dilaman fb (Klik Sini). 

Maka masyarakat terntu berfikir apakah sudah sampai sedemikian ganasnya ahli-ahli UMNO untuk mendapatkan sesuatu? Apakah benar budaya samseng dalam UMNO sudah sampai kepuncaknya? Apakah ini satu sabotaj atau hanya satu amaran kepada satu-satu pihak atau kumpulan agar kembali semula kelandasan yang betul? Sehingga kini tiada siapa yang dapat memberikan jawapan jelas mengenainya. Bagaimanapun bagi memperbetulkan keadaannya semula, laporan polis mesti dibuat kerana ini melibatkan maruah UMNO.

Kita tidak lupa pada pepatah; 'Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?' Tapi ini bukan mengenai ruyung dan sagu. Ini mengenai tanggungjawab, kewajipan dan maruah individu dan parti UMNO sendiri. Seorang kawan tiba-tiba berkata: 'Kalau tak dipecahkan pintu, masakan penuh sakunya!'




Rujukan:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=643432012363434&set=a.465990096774294.105351.100000899234001&type=1&theater


Tuesday, September 17, 2013

LANGAU PEROSAK UMNO




Kita menganggap kita lah yang lebih bijak dari orang lain. Kita juga menganggap kitalah yang lebih setia dan sayangkan UMNO lebih dari orang lain. Kita menganggap hanya kita sajalah yang boleh dan berhak menyumbang kepada UMNO dan bukan sesiapa yang lain. Inilah kita dan fikiran didalam kepala kita orang-orang UMNO. Kita menganggap bahawa UMNO tidak akan binasa namun kita lupa bahawa banyak parti-parti didunia yang seusia dengannya sudah berkubur dan tinggal nama saja. Kita juga lupa bahawa ketentuan Allah yang hidup akan mati, bahkan Rasulullah yang juga kekasih Allah turut wafat.

Kita memberikan berbagai alasan dari logika untuk membenarkan kehendak dan hajat kita. Maka kita sebarkanlah bahawa kita terpaksa menentang Ketua Bahagian atau Ketua Wanita Bahagian dengan beberapa alasan. Namun jika mencari alasan lain, kita juga mempunyai beribu alasan untuk tidak menentangnya. Kepentingan siapa yang kita perjuangkan sebenarnya?

Di cawangan bandar, ahlinya semakin berkurangan kerana sikap ketua yang menyingkirkan ahli yang berpotensi untuk menentangnya dan menjadi ketua cawangan. Kita sanggup ahli makin sedikit asal kita dapat jadi ketua. Maka jadilah kita ketua, Isteri ketua wanita, anak-anak jadi ketua pemuda dan puteri. Maka benarlah UMNO jadi parti anak beranak. Lalu bagaimana kita menghadapi PRU jika hanya ada 10 atau 30 puntung sahaja yang akan menyokong dan mengundi kita?

Kita telah semakin sakit. UMNO sudah semakin sakit dan mebusuk hingga ke usus. Pemimpin atasan diperingkat bahagian memeggang jawatan bagaikan itu adalah hak turun temurun mereka. Jawatan sebenarnya bukanlah hak melainkan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Disekeliling pemimpin langau-langau masih berkeliaran. Apabila berubah pemimpin, maka langau masih tetap mengelilinginya, mungkin yang lain atau masih ada yang dahulu, turun temurun. Kita makin merasa bahawa, hayat UMNO hanya menjelang PRU14 sahaja. Ini bukan mengenai pembangkang, tidak juga mengenai Anw Ibrahim, tetapi adalah mengenai sikap kita sendiri yang konon sayangkan UMNO tetapi kita adalah makhluk perosak yang merosakkan UMNO.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN