Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, September 13, 2013

PERTANDINGAN YANG AKAN MEROSAKKAN UMNO JERANTUT





Khabarnya Ketua Bahagian akan dilawan oleh Ahli Parlimen yang pernah dilantiknya sebagai Ketua Penerangan. Demokrasi didalam UMNO menghalalkannya. Bertandinglah. Cuma kedengaran diakar umbi adanya usaha untuk mendapatkan undi dengan cara yang tidak sihat. Kepimpinan di cawangan dicaturkan dengan menjatuhkan orang tertentu kerana tujuan untuk menyokong calon tertentu. Dan ini bukan usaha kosong. Segalanya memakan belanja. Maka berlakulah politik wang dalam UMNO sekali lagi.

Ketua Wanita UMNO Bahagian juga khabarnya akan turut ditentang. Ketua Penerangan yang dilantiknya bersekongkol dengan Naib Ketua untuk menjatuhkan Ketua Wanita yang ada. Sudah tentu ada tangan-tangan hitam dari dalam dan luar yang menjalankan kerja buruk ini. Dan yang melakukannya bukanlah orang lain tetapi ahli dan pemimpin UMNO sendiri, jadi siapa yang sayangkan UMNO sebenarnya?

Khabar calon-calon tertentu ditaja oleh orang-orang tertentu sudah heboh di seluruh Jerantut. Hendak dibuat laporan resmi masih tidak ada bukti sah, dan memang susah kerana yang melakukannya adalah dari kalangan pemimpin parti sendiri. Jadi apakah pertandingan ini namanya demokrasi? Atau matlamat yang menghalalkan cara untuk membunuh UMNO dari dalam? Yang pasti orang yang paling gembira menjelang PAU ini adalah Anwar dan konco-konconya.

Beberapa hari lalu, ada pemimpin tertinggi yang memeggang jawatan dalam kerajaan mengadakan pertemuan di Raub dengan kakitangan jabatannya, namun tujuan sebenar adalah untuk memantapkan kedudukan dalam perebutan jawatan dalam parti tidak lama lagi. Setiausaha pasti ada butiran dan membawa balik 'peluru-peluru' yang dibekalkan. Orang Jerantut sudah tahu!


Thursday, September 12, 2013

UMNO JERANTUT RETAK MENUNGGU BELAH ?



Hampir semua cawangan-cawangan UMNO telahpun melaksanakan Perhimpunan Agung masing-masing. Banyak cerita-cerita yang kedengaran kepada kita. Ketua-ketua cawangan berubah, ketua wanita dan pemuda juga bertukar dan yang lebih penting diperhatikan adalah perwakilan ke mesyuarat perwakilan bahagian yang juga bertukar.

Bukan sedikit cawangan-cawangan yang direncanakan perubahannya bagi menyokong orang-orang tertentu. Apakah itu kejayaan orang-orang tertentu dalam menentukan sokongan dengan bantuan rasuah politik? Rupanya kita masih belum bebas dari politik wang. Bahkan tidak lama sebelum ini salah seorang Naib Presiden telah memanggil pertemuan di Raub dengan membekalkan peluru-peluru kepada para perwakilan dan bakal perwakilan bagi melaksanakan tugasnya.Mungkin Setiausaha bahagian boleh menrangkannya ataupun menafikan bahawa beliau tidak mendapat apa-apa. Beranikah melakukannya?

Cawangan Kuala Tahan sudah berubah kepimpinannya. Nampaknya yang naik bukanlah dari penyokong ADUN Tahan. Jadi siapakah mereka itu? Bukankah mereka ini dirancangkan untuk mengambl alih kepimpinan oleh pihak yang tertentu? Dalam kata lain mereka disiapkan untuk jadi pencacai dalam pemilihan akan datang. Apakah Ahli Parlimen tidak terlibat?

Di cawangan konon ada pertikaian jumlah kehadiran dan pengundian berbeza. Konon isu orang luar dimainkan dakam pemilihan ketua. Isu mereka menyokong parti lawan dalam PRU13 juga disebut-sebut. Soalnya jika nama mereka ada dalam daftar ahli sahlah meraka itu ahli. Tidak mustahil mereka penyokong parti lawan yang menyusup kedalam UMNO untuk merosakkan UMNO dari dalam.

Di bahagian-bahagianjuga tidak mustahil ada ramai penyokong aparti lawan yang menyusup kedalam UMNO untuk meruntuhkan UMNO dari dalam. Pemimpin pembangkang sangat sedar bahawa tidak mungkin kerajaan ditumbangkan dengan cara menghadapi Pilihanraya, lalu pendekatan yang terbaik adalah menyusup kedalam UMNO.

Jangan kita hairan jika dalam PAU tidak lama lagi ada banyak pertandingan serta provokasi melampau dalam media sosial, semuanya adalah usaha untuk menjatuhkan UMNO. Alhamdulillah jika UMNO masih dapat bertahan selepas PRU14 namun banyak pihak merasakannya tidak begitu. Bukannya faktor Anwar lagi tetapi adalah faktor dalam UMNO sendiri.UMNO Jerantut sudah retak menunggu belah.

Transformasi dalam UMNO Jerantut adalah....pemimpin berubah dan pencacai serta langau politik juga bertukar. Kehidupan rakyat tetap sama seperti dulu. Wakil rakyat yang jelas nampak berubah dulu kereta biasa kini ada 2 kenderaan mewah dibeli tunai? Patut dalam PRU petugas semua 'kering tekak'!.

Wednesday, September 11, 2013

TSUNAMI KEDUA MEDIA SOSIAL JERANTUT?





Nampaknya blog-blog Jerantut sudah aktif semula. Di Pahang Jerantut adalah antara daerah yang banyak melahirkan blogger. Menurut kiraan tidak resmi ada kira-kira 40 buah lama blog yang dikenalpasti. Mujur mereka semua mendiamkan diri menjelang PRU13 lalu, jika tidak tentu akan memberikan impak kepada calon-calon UMNO yang bertanding.Kebimbangan kita adalah blog-blog tersebut lebih banyak mendatangkan mudarat kepada parti dan memudaratkan berbanding memberikan faedah.

Ramai yang berpendapat kebanyakan blog dan laman facebook penyokong UMNO hanya berperanan menjetuhkan sesama sendiri menjelang Mesyuarat Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO akan datang. Dimana mereka semasa PRU lalu, ketika kita dambakan pejuang-pejuang mengekang serangan lawan termasuk Red Bean Army?

Kepimpinan UMNO tentu bimbang peranan para bloggers dan facebookers yang berkemungkinan secara tidak sedar membantu pihak lawan dalam menjatuhkan maruah dan para pemimpin UMNO menjelang PAU nanti. Tidak mustahil akan ujud ramai pencacai politik yang akan berjuang hanya untuk pemimpin mereka yang membiayai mereka tanpa mengambil kira kesan kepada UMNO sendiri.

UMNO sedang menghadapi PAU, DAP juga akan menghadapi mesyuarat semula mereka kerana sah mereka yang kononnya selama ini sangat demokratik tetapi sebenarnya adalah pemerintahan 'kuku besi'. Pas juga akan menghadapi pemilihan mereka selepas itu. Semua mata sedang memerhatikan UMNO. Kestabilan UMNO adalah masalah bagi mereka, justeru tanpa kita sedar ada pemimpin kita yang dilagakan dan ada blogger dan facebooker kita yang diupah untuk menghancurkan.

Ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi juga mestilah bertindak lebih cerdik untuk tidak dijadikan alat dalam merosakkan parti. Cuba hindari sebarang pertandingan jika ianya tidak perlu, jangan jadikan alasan pertandingan sebagai satu-satunya cara bagi menunjukkan bahawa kita mengamalkan demokrasi. Bukan juga tanpa perlawanan bermakna kita tidak demokrasi.

Yang penting, demokrasi atau apapun haruslah mendatangkan kebaikan kepada ahli dan rakyat keseluruhannya. Jangan kita turuti apa yang terjadi di Iraq dulu dan Mesir baru-baru ini. Atas nama demokrasi mereka menentang kerajaan, namun akhirnya apa yang mereka dapati? Segalanya adalah kerosakan dan huru hara. Kita harus sedar, diluar sana negara-negara besar siap siaga dengan penjajahan cara baru, menjahanamkan Iraq hanya untuk minyak dan merosakkan Mesir hanya untuk menjaga kepentingan Israel.

'Ku Lan', Ketua UMNO Bahagian Jerantut jangan ditentang. Ketua Wanita UMNO Bahagian juga jangan usik, beliau sudah banyak lakukan kerja kebajikan untuk UMNO sepanjang PRU lalu, cuma dia tidak pandai mencari nama, atau beliau berjuang bukan untuk nama. Berikan peluang dan ruang untuk bekas Ketua Puteri yang masa depannya masih cerah dan panjang.

Sama-sama kita pastikan kestabilan dalam UMNO Jerantut. Kita mesti bijak memilih siapa yang akan kita undi dan kita curahkan taat setia dan khidmat bakti. Pemimpin yang tamak akan merosakkan parti melainkan memang untuk menjahanamkan parti jika dalam hatinya ada niat untuk menyokong perjuangan lawan.

Hindari terlibat dalam politik wang. Banyak mata yang memerhatikan pemilihan kali ini dan mereka yang mengamalkan politik wang akan dikenakan tindakan tegas oleh pucuk pimpinan.


Monday, September 9, 2013

AMANAT DS NAJIB......



  1.

Semalam berkesempatan menghadiri satu program khas dan mendengar amanat DS Najib. Memang kebelakangan ini banyak pihak yang mencerca tindakan DS Najib sebagai PM. Namun apakah kita sedar bagaimana sukarnya untuk membuat keputusan ketika suara bangsa Melayu ini sudah semakin terpinggir akibat perpecahan? Sukarnya membuat keputusan ketika kita tidak ada kekuatan! Mungkin tanpa sedar agenda memburukan PM, BN dan UMNO adalah agenda pihak lawan yang secara halus menyusup dalam jiwa kita.

Kreadibiliti DS Najib ingin dicalarkan menjelang PAU. Mereka sudah tidak mampu menjatuhkan PM dan BN dalam PRU13 dan sedang mengumpul mengumpul segala kelemahan DS Najib menjelang PRU14. Matlamatnya hanya satu, DS Najib mesti dijatuhkan, BN mesti di tumbangkan dan UMNO serta bangsa Melayu mesti pecahbelahkan. Mungkin kita tidak sedar, mereka melakukannya dan kita membantu dari dalam.

Mengambil sebarang tindakan ketika ini bagai menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak. Agenda UMNO mesti diutamakan kerana UMNO membawa perjuangan dan harapan bangsa. Jangan jadi Pak Kadok, Ayam menang Kampong tergadai.

Atas nama demokrasi kita berebut jawatan dalam parti. Sebagaimana atas nama demokrasi rakyat di Mesir dan Syiria menentang kerajaan. Akhirnya atas nama demokrasi dan agenda asing sebuah negara telah hancur begitu saja.

UMNO berdepan sakit 'daibetis' kronik. Pilihan hanya 1, memotong anggota untuk menyelamatkan nyawa, atau membiarkannya yang akhirnya mambawa maut.

 PM memilih dan menentukan calon-calon dalam PRU lalu. Bagaimanapun ahli UMNO yang memilih Katua Bahagian masing-masing. Bagi meminimumkan kerosakan didalam parti, hindari sebarang pertembungan. Jika ada sebarang kekosongan ianya wajar diisi dan wajar adanya pertandingan atas nama demokrasi. Namun menjatuhkan pemimpin sedia ada adalah perbuatan tamakkan kuasa atau tidak sabar menunggu giliran.


2.
Apa rasionalnya Ketua Bahagian dan Wanita Jerantut ditentang? Apakah ini perjuangan parti? Atau hanya perjuangan peribadi serta kepentingan kroni? Setiap kali ada peperangan pasti ada yang terbunuh dan luka. Yang menang sewajarnyalah membuang penderhaka yang dikalahkan. Yang kalah kemudiannya akan meminggirkan diri atau menyeberang ke parti lain. Tidakkah UMNO akan jadi semakin kecil?

Di beberapa cawangan UMNO di Jerantut, untuk terus kekal berkuasa Ketua Cawangannya menyingkirkan ahli-ahli yang berpotensi menjadi Ketua. Bilangan ahli yang dulunya ramai sudah jadi semakin mengecil akibat menyertai parti pembangkang, lalu bagaimana di tahun-tahun akan datang dapat kita menangi PRU dengan ahli dan penyokong yang semakin sedikit? Ahli-ahli baru tidak didaftarkan kerana kebimbangan akan ditentang. Golongan profesional dan bijak pandai dipinggirkan, yang tinggal hanyalah yang 'separuh tiang'. Inikah sikap dan semangat UMNO didalam hati kita?

Jika benar kita inginkan UMNO terus kekal menjadi wadah perjuangan bangsa, jangan ada sebarang pertandingan menentang Ketua Bahagian dan Ketua Wanita (di Jerantut). Itu bukannya agenda perjuangan bangsa. Itu hanyalah agenda peribadi dan kroni. Atau agenda untuk membesarkan 'langau-langau' yang akan mengelilingi bangkai.

Apakah perwakilan dalam Mesyuarat UMNO Bahagian akan datang hanyalah 'jerung-jerung' yang merayakan saat Jong pecah dan menunggu habuan? Membenarkan kata 'Jong Pecah Yu Kenyang'? Inikah perjuangan bangsa yang kita war-war dan agongkan selama ini? Kerana habuankah kita berebut-rebut untuk jadi perwakilan ke Bahagian?

Siapa sebenarnya yang sayangkan UMNO? Orang yang tamakkan kuasa dan menentang? Atau kita yang diberikan ganjaran untuk memilihnya? 'Tidak Melayu Hilang di Dunia', namun Melayu yang ada nanti adalah yang hilang jiwa nuraninya....yang tidak akan mampu meneruskan lagi perjuangan memertabatkan bangsa.

Dalam perjalanan pulang ke KL saya temui soalan tanpa sebarang jawapan; Siapa kata UMNO akan semakin kuat jika pertandingan dibiarkan berterusan? Untuk apa Ketua Bahagian dan Ketua Wanita ditentang? Siapa yang mencaturkannya? Siapa yang menaja dan membiayai kemusnahan ini?

Ketika DAP berusaha keras menutup keburukan dan membendung keruntuhannya, ahli-ahli UMNO pula berusaha memunahkan parti sendiri kerana perjuangan peribadi........



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN