Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, October 18, 2013

MAJLIS PENGENALAN CALON DI KAWASAN FELDA

 
 Ku Lan bersama KW yang baru


 Duduk semeja: Ku Lan, Siti Hajar, Hj Nazri, Hj Kamar dan lain-lain
 
 
 
Semalam, satu majlis memperkenalkan calon-calon yang bertanding bagi jawatan-jawatan dalam pemilihan UMNO Bahagian Jerantut yang akan diadakan pada Sabtu nanti telah berlangsung. Perwakilan-perwakilan dari seluruh Felda dalam parlimen Jerantut telah hadir untuk suai-kenal dengan calon-calon.

Selain itu taklimat ringkas tatacara mengundi juga turut dimaklumkan oleh YB Dato' Wan Amizan selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang juga akan turut mempertahankan jawatannya didala.m pemilihan akan datang.

YM Tengku Azlan atau lebih mesra dengan panggilan Ku Lan turut berucap dan menyatakan sebab-musabab kenapa beliau harus mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian untuk sepenggal lagi.

Bagaimanapun, ucapan yang sangat ditunggu-tunggu oleh perwakilan dan ahli-ahli UMNO Jerantut adalah dari Tuan Haji Ahmad Kamarulzaman Mohd Baria, mantan Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

Dalam ucapannya yang panjang lebarnya, Hj Kamar menerangkan alasan kepada beliau menyokong Ku Lan dalam pertandingan merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian pada kali ini. Tindakan beliau yang memberikan sokongan kepada Ku Lan seterusnya menyertai 'team' berkenaan sangat mengejutkan banyak pihak dan menjadi tandatanya kepada ramai. Kita berharap blog WZWH akan turut menyiarkan klip video berkenaan dalam waktu terdekat untuk penjelasan umum.

Semalam senarai calon-calon dipihak Hj Naslan sudah dikeluarkan oleh pihaknya melalui laman facebook. Bagaimanapun ada beberapa keraguan apabila ada beberapa individu yang cuba bermain dalam 2 pasukan dimana nama mereka disenaraikan didalam kedua-dua pasukan. 
 
Pihak perwakilan kali ini perlu lebih bijak dengan menolak calon-calon yang tidak diketahui secara sah sokongan mereka. Mereka itu haruslah diibaratkan sebagai 'khunza' atau makhluk 2 alam yang tidak tentu jantan betinanya. Politik baru mengkehendaki individu yang tegas dan tetap hati dan bukan yang hanya ingin 'bermain' selamat dalam politik.

Selain itu, calon-calon yang sudahpun memenangi jawatan dalam sayap-sayap juga mesti ditolak kerana mereka ini selain dari menunjukkan sikap tamat mereka kepada jawatan juga sudah pasti tidak akan dapat memberikan fokus dan komitmen kepada jawatan yang disandangnya. Kita harap ada pihak yang berani tampil mengeluarkan senarai calon-calon dalam ketegori ini dalam masa terdekat.

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN