Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Wednesday, February 23, 2011

BLOGGER PAHANG ANAK TIRI PRK KERDAU ?


 Blogger pencacai upahan no 1, Bro Gomo RM5K



Hari penaman calon semakin hampir. Jentera politik seluruh bahagian UMNO Pahang sudah mengambil tempat masing-masing dan sudahpun mula bertugas. Jentera UMNO dari luar Pahang dimakumkan akan mengambil tempatnya tidak lama lagi. Semuanya kelihatan sudah siap siaga.

Khabarnya, PRK Kerdau ini, jika ada pertandingan akan menyaksikan pertembungan hangat antara blogger pro kerajaan dan pro pembangkang sebagai kesinambungan dari PRK tenang dulu.

Dikalangan blogger juga hebat diperkatakan mengenai blogger pencancai cari makan yang membuat duit dan berharap akan banyak lagi PRK akan berlaku. Ada PRK bererti ada fulus buat mereka. Ini sebenarnya bukan hanya dikalangan blogger pro kerajaan bahkan berlaku juga pada blogger pro pembangkang.

Blogger Papa Gomo khabarnya mendapat bayaran lumayan sebagai 'taiko blogger pencacai'. Menurut sumber, gomo mendapat sekitar RM5K sebulan. ParpuKari juga sama bahkan tentu lebih lumayan lagi. Mungkin kerana itulah pada blogger pencacai ini sibuk mengejar ranking masing-masing. Tinggi ranking mungkin bererti lebih lumayan pendapatan mereka.

Saya tidak hairan dengan fenomena ini kerana bagi saya blogger juga adalah satu profesyen, dan bergantung kepada berapa baik kita menulis dan berapa tinggi rating kita. 

Sempena PRK Kerdau ini khabarnya ramai blogger luar akan datang dan berkampong di Kerdau. Mereka bolehlah dianggap sebagi tentera upahan yang berjuang untuk UMNO dan Kerajaan. Itu adalah sangat wajar, setiap kerja harus dibayar upah. Malahan jentera UMNO juga menerima upah mereka yang mungkin lebih besar lagi untuk tugas yang sedikit dan sambil main-main.

Dimana para blogger Pahang? Apakah mereka ada diantaranya yang diupah untuk berblog sepanjang PRK ini? Saya CnP dari blog braveheart:  "BH hanya akan memerhati dari jauh kerana sumbangan yang tidak diperlukan, namun akan tetap memberikan sokongan sepenuhnya kepada para sahabat blogger, para pengundi di DUN Kerdau dan terutama sekali kepada sahabat saya, calon bagi DUN Kerdau, Syed Ibrar (nama penggilannya)". Pada fahaman saya adalah beliau juga tidak menyertai kumpulan berkenaan. Justeru, siapakah blogger Pahang yang terlibat? Setahu saya Melayu Raya Daily, Laksamana Jebat dan WZWH kesemuanya dari Jerantut juga tidak dilibatkan.

Apakah Pahang tidak perlu pejuang dari Pahang sendiri? Atau taraf blogger Pahang masih rendah? Melayu Raya Daily dan Laksamana Jebat suatu ketika sudah disenaraikan dalam carta 100 bloglist biarpun akhir-akhir ini jatuh merudum dan ada yang hampir kerkeluar dari senaraian, tetapi mereka masih mampu mambantu jika diberikan peluang. Tak ada rotan akar tentu masih berguna. Soalnya kenapa tidak? Apakah UMNO Pahang masih tertidur dan terlena? Atau memang benar mereka masih lagi buta IT? Atau mereka menunggu sehingga blogger-blogger ini berpaling kearah lain?

Tuesday, February 15, 2011

Selamat Menyambut Maulidul Rasul.

Gambar hiasan: Tabung Memali, Mat Sabu sudah sapu ? Hehe! Penyokong Pas harus tau juga perilaku pemimpin mereka yang bukannya maksum itu



‎​ســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ


Salam dan Selamat menyambut Maulidul Rasul.

---------------------------------------

Ramai pembaca SPU menyuarakan kegelisahan apabila SPU sudah jarang-jarang  kadang-kadang saja menulis. Segalanya adalah kerana kesibukan tugas yang dan bebanan terpaksa ditanggung akhir-akhir ini. Selain itu, fasa pertama tugas sudah dianggap selesai.

SPU dibina dengan tujuan bagi memperbetulkan apa yang selama ini dianggap kesalahan yang dilakukan didalam UMNO. Membuat teguran-teguran supaya pemimpin tertentu menyedari kesilapanya dan seterusnya mengubahnya. Kita bukan memusihi UMNO tetapi pemimpin dan orang-orang tertentu yang terpilih dengan cara yang salah seterusnya melakukan kesalahan demi kepentingan dirinya sendiri.

Nama-nama mereka yang layak dicalonkan sudahpun ada ditangan PM, demikian juga nama-nama yang tidak layak dicalonkan serta digugurkan juga sudah ada pada PM. Alhamdulillah, suara SPU selama ini turut didengari oleh pemimpin atasan dalam memembuat keputusan mengenai calon-calon PRU akan datang. uRag dRrulug juga banyak membantu serta blog-blog Jerantut lain yang menyuarakannya selama ini.

Fasa kedua adalah membantu calon-calon yang dipersetujui oleh PM untuk memenangi PRU akan datang. Pada mereka yang tidak lagi terpilih, jangan biarkan mereka melakukan 'cas keting'. Jika ada tanda-tanda mereka melakukan itu, protokol 3.4 akan berbuat sesuatu. Kita lebih sayangkan agama dan bangsa kita melebihi mana-mana individu. Kita sayangkan parti kita UMNO melebihi mana-mana pemimpin kita sendiri.

Sehingga itu, kita mesti bersama membantu memenangkan calon BN kita di PRK DUN Kerdau tidak lama lagi, kemungkinan besar bersamaan tarikh PRK Merlimau.

Selepas PRU13, sekitar Jun nanti, SPU @ Sara Pudin Usin akan bersara, hehe! Aku bebas..aku bebas....



Sunday, February 13, 2011

TAKZIAH ADUN KERDAU, CERAMAH PAS JERANTUT

Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim


1. Alfatihah!

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, diberitakan telah meninggal dunia petang tadi akibat terjatuh didalam bilik air di rumah beliau kira-kira jam 6.30 petang tadi. Beliau dibawa ke Hospital Temerloh dan disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Berita mengenainya disahkan oleh Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohd Said. Sebelum ini, allahyarham telah dirawat di IJN kerana sakit jantung. Jenazahnya akan dikebumikan pagi esok.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Salam takzim buat seluruh keluarga dan kaum kerabat allahyarham.
 
 
 Pas yang perintah Kelantan dah berpuluh tahun tapi rakyat masih ketinggalan,
harapkan opendated tiket ke syurga pun masih belum dapat, hehe


 Bala ni pun dah dapat syurga Nik Aziz agaknya,
kalau tak pun, seperti cikgu Mala yang bawa malapetaka , si Bala ni akan bawa balabencana
 
 
2. SPU dimaklumkan oleh seorang sahabat, semalam Pas telah mengadakan ceramah di Perumahan LKNP Jerantut. Dr. Hamzah Jaafar, YDP Pas Jerantut merangkap Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang dan En. Balasubramanium, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas Malaysia hadir menyampaikan ceramah.
Ini semua adalah persediaan bagi menghadapi PRU13 nanti. Antara isu yang dibawakan adalah; Alasan kenapa Subramanium menyokong Pas, tol, elaun guru, gaji kakitangan kerajaan serta hak ketuanan dan keistimewaan orang Melayu.

Ceramah (tanpa permit (?)) ini tidak dihadiri ramai kerana sokongan Pas bukan saja di Jerantut yang semakin menurun bahkan di seluruh negara akibat keyakinan rakyat kepad Pas yang sudah semakin terhakis. Bagaimanapun elok juga adanya ceramah begini kerana jika tidak kita tidak akan dapat peluang bertemu dengan calon Parlimen Jerantut yang mungkin akan bertanding sekali lagi nanti.

Tahniahlah kepada Dr. Hamzah kerana masih ingat dan menemui jalan untuk pulang ke Jerantut, jangan dah dekat pilihanraya baru nak terkial-kial mencari jalan pulang.








Sunday, February 6, 2011

PEKAN JERANTUT SEMAKIN CERIA




Sesekali balik ke Jerantut dan menghabiskan waktu malam dengan bersiar-siar di pekan yang dulunya mati kini sungguh membangkitkan semangat. Telah banyak perubahan yang berlaku di Jerantut semenjak kedatangan Setiausaha Majlis yang baru.

Selain dari perubahan terhadap kecerian dalam pekan ini sendiri, terkini telah diujudkan 'up town' dengan menyedia lorong dan kawasan tertentu memperindahkannya dengan pencahayaan yang menarik dan memberi peluang berniaga kepada mereka yang berminat sudah mengubah wajah pekan Jerantut yang dulunya mati.

Biarpun mungkin ada yang berkata akan lebih ramai yang berniaga dari yang membeli nanti, namun ini satu perkembangan yang sihat. Dalam keadaan ekonomi yang menekan sekarang ini, membuka peluang perniagaan kecil-kecilan kepada pihak yang berminat adalah satu usaha yang sangat baik dan patut diberikan pujian.

Kita ucapkan terima kasih dan syabas kepada SU MDJ, Pn. Wan Norizan (saudara saya) atas daya usahanya mengubah Jerantut. Mungkin kita tertanya-tanya kenapa ini tidak dilakukan oleh SU terdahulu? Jawapan utamanya adalah kerana fikirannya yang beku mungkin akibat terlalu lama disesuatu tempat. Selain itu pengaruh orang terapatnya yag ada kepentingan tersendiri.

Selain itu, ahli jawatankuasa MDJ yang sudah terlalu lama patutlah digugurkan kerana mereka sudah tidak dapat lagi memberikan sumbangan bahkan dalam keadaan tertentu mereka menjadi 'tangunggan' kepada majlis. Gantikan dengan yang baru dan bersemangat untuk berkerja dan yang ada idea-idea baru.

Lawatan-lawatan yang dulunya membawa mereka ke luar negara hanya menghabiskan belanja sahaja kerana mereka bukan ada keinginan untuk membawa kemajuan dari tempat lain untuk dilaksanakan di sini, sekadar untuk jalan-jalan cari makan dan shooping.

Kepada SU MDJ, kami warga Jerantut akan selalu memantau apa yang puan lakukan. Berkhidmatlah dengan bersunbgguh-sungguh untuk memajukan Jerantut, tentu nanti jasamu akan dikenang selamanya.

Bagaimanapun usahanya untuk membersihkan bandar Jerantut saya pandang sebagai masih gagal. Kawasan tapak pekan sahari masih atau sudah kembali seperti dahulu. Kita faham bahawa ini adalah kerana sikap penduduk Jerantut ini sendiri serta para peniaga yang berkenaan. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu dilaksanakan dengan lebih cekap.

Satu perkara yang penduduk Jerantut terlepas pandang selama ini, iaiitu tong sampah bagi premis-premis perniagaan. Jika kita lihat disepanjang bandar dan di setiap premis perniagaan, tidak ada yang memiliki tong sampah untuk penduduk membuangkan sampah mereka, justru jangan salahkan penduduk kerana sikap pengotor mereka membuang sampah merata-rata kerana ini berpunca juga dari kemudahan yang tidak kita sediakan.

Saya cadangkan letakkan tong sampah bergerak dalam jarak sekitar 200 meter di kaki lima bandar bagi kemudahan awam. Tentu bukan terlalu susah bagi MDJ untuk melakukannya. Mungkin kita tertenya-tanya kenapa idea semudah ini tidak datang dari ajk yang ada sekarang ini? Jawapannya adalah kerana mererka sudah membeku akibat terlalu lama bahkan ada yang sudah 'berkulat' dikerusi masing-masing.













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN