Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, November 25, 2008

CADANG PINDA PERELEMBAGAAN BAGI MENGAWAL POLITIK WANG

Gejala politik wang dalam UMNO sudah sukar dibendung lagi. Banyak pihak bercakap mengenainya tetapi tindakan yang dilakukan sangat sedikit. ‘Jawatankuasa Disiplin UMNO’ yang ditubuhkan tidak mampu mendisplinkan ahli-ahli UMNO yang sedang dalam kegilaan. Masalah yang lebih besar adalah kredebiliti UMNO sendiri, sebagai parti tunjang pemerintah dan parti yang membela dan memperjuangkan kaum majoriti bangsa Melayu yang dipertikaikan kewibawaannya kenelakangan ini.

Banyak pihak bercakap mengenai politik wang bermakna ianya berlaku tetapi mengapa tiada tindakan serius yang diambil? Apakah ini kerana ianya melibatkan tokoh-tokoh penting dalam UMNO itu sendiri? Atau tiada pihak yang membuat lapuran?

Berikut adalah senario yang berlaku didalam kemelut tersebut;
• Pihak yang memberi dan menang pertandingan tentunya tidak akan membuat lapuran
• Pihak yang menerima juga tidak membuat lapuran kerana mereka meinginkannya kerana itulah mereka bersungguh-sungguh untuk menjadi perwakilan
• Pihak yang memberi tetapi kalah pertandingan juga tentunya berasa bimbang untuk membuat laporan walaupun keinginannya ada
• Pihak yang tidak memberi dan menang dalam pertandingan tentunya tidak akan membuat laporan
• Pihak yang tidak memberi dan kalah dalam pertandingan akan membuat laporan tetapi sukar mendapatkan bukti kerana pihak yang menerima enggan berkerjasama

Diperingkat manakah politik wang banyak berlaku?;
• Peringkat Cawangan: Sangat sedikit diperingkat cawangan kerana cawangan hanya akan memilih untuk keperingkat bahagian. Kebanyakan cawangan-cawangan adalah di kampong-kampong dan mereka tidak terlalu menitikberatkan apa yang berlaku selepas itu.
• Peringkat Bahagian: Diperingkat bahagianlah bermulanya politik wang dalam UMNO kerana wakil kepada calon majlis tertinggi akan melobi untuk calon berkenaan disamping menentukan tempat mereka sebagai jawatankuasa bahagian serta / atau G7.
• Peringkat Kebangsaan: Perwakilan dari bahagian-bahagian akan memilih ahli majlis tertinggi dan mereka inilah golongan sasaran yang utama terhadap politik wang dalam UMNO. Siapakah mereka-mereka ini? Mereka adalah Ketua-ketua bahagian, atau jawatankuasa bahagian yang terpilih sebagai G7.

Bagi mengelakkan politik wang dalam UMNO maka pindaan perlembagaan harus dilakukan dengan pemilihan ahli majlis tertinggi hanya terhenti di peringkat bahagian dimana pengundiannya dilakukan diperingkat ini. Selain dari itu langkah ini dilihat akan lebih telus dan benar-benar membawa suara akar umbi.

Tidak ada lagi perwakilan G7 yang akan dibeli undinya atau menjual undinya. Bermakna perwakilan cawangan akan menentukan ahli majlis tertinggi. Jika ada proses pembelian dan penjualan undi maka ianya akan berlaku diperingkat bahagian dan perwakilan dari cawangan yang ramai itu harus dibeli bukan hanya setakat G7 sahaja. Ini akan menampakan ketelusan dalam pemilihan peringkat majlis tertinggi dan akan merupakan suara akar umbi yang sebenarnya.

Sistem pemilihan dalam Persidangan Agong Cawangan, Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO adalah seperti berikut;

Persidangan Agung UMNO Cawangan:
• Memilih jawatankuasa cawangan
• Membahaskan usul cawangan dan usul untuk dibawa ke mesyuarat bahagian
• Memilih perwakilan ke mesyuarat bahagian
• Mencalonkan ahli jawatankuasa bahagian

Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian:
• Memilih jawatankuasa bahagian
• Membahaskan usul cawangan dan usul untuk dibawa perhimpunan Agung
• Memilih perwakilan ke perhimpunan Agung
• Mencalonkan ahli majlis tertinggi

Perhimpunan Agung UMNO :
• Memilih jawatankuasa ahli majlis tertinggi
• Membahaskan usul yang dibawa oleh bahagian


Sekiranya perlembagaan dapat dipinda supaya menjadikan pemilihan ahli majlis tertinggi hanya berlaku diperingkat bahagian dan hanya akan membahaskan usul-usul sahaja dilakukan dalam Perhimpunan Agung UMNO maka politik wang akan dapat dibendung atau dikurangkan kerana pihak-pihak yang terlibat tidak akan berebut-rebut menjadi perwakilan disebabkan dalam Perhimpunan Agung UMNO tiada pemilihan berlaku selain dari membahsakan usul-susl yang dibawa dari bahagian-bahagian sahaja.

Sistem pemilihan dalam Persidangan Agong Cawangan, Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO selepas pindaan adalah seperti berikut;

Persidangan Agung UMNO Cawangan:
• Memilih jawatankuasa cawangan
• Membahaskan usul cawangan dan usul untuk dibawa ke mesyuarat bahagian
• Memilih perwakilan ke mesyuarat bahagian
• Mencalonkan ahli jawatankuasa bahagian
• Mencalonkan ahli majlis tertinggi

Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian:
• Memilih jawatankuasa bahagian
• Membahaskan usul bahagian dan usul untuk dibawa perhimpunan Agung
• Memilih perwakilan ke perhimpunan Agung
• MEMILIH ahli majlis tertinggi

Perhimpunan Agung UMNO :
• Membahaskan usul yang dibawa oleh bahagian

Pindaan Perlembagaan seperti yang dicadangkan bukanlah yang terbaik kerana masih ada beberapa kelemahan namun buat masa ini ianya dilihat akan membantu begi membenteras politik wang dalam UMNO. Soalnya apakah kita inginkan perubahan ini? Apakah kita akan berebut-rebut untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian dan G7 sekiranya tiada habuan yang menanti kita? Segalanya terpulang kepada kita. Jika kita sayangkan parti maka kita harus bergerak kearah ini mulai sekarang.

Monday, November 24, 2008

POLITIK WANG DALAM UMNO BUKAN LAGI BARAH...

Susahnya berkata benar didalam UMNO - ini adalah pendapat umum' Jika pemimpin lakukan kesalahan kita tidak mampu menegurnya atau menegur pemimpin jadi satu kesalahan dalam UMNO. Maka para pemimpin bebas melakukan segalanya sesuka hati dan jika ada yang menegur maka mereka yang memberi teguran akan dipersalahkan dengan seribu alasan, namun mengakui akan kesalahan mereka tidak sekali-kali. Ini yang membuatkan rakyat dan akar umbi semakin membenci para pemimpin, seakan ada jurang yang luas diantara akar-umbi dan pemimpin.

Siapa yang dapat dan boleh nafikan bahawa politik wang benar-benar berlaku dalam UMNO? Jika politik wang terus dijadikan budaya dalam UMNO maka semua peringkat akar umbi akan bermati-matian serta untuk mendapatkan jawatan dan melayakkan mereka menjadi perwakilan ddalam mesyuarat bahagian dan kemudiannya sudah tentu mereka akan mendapat habuan lumayan dari atasan. Semua orang sedar apa yang berlaku. Tetapi siapa yang berusaha membenterasnya?

Saya berpendapat sesuatu harus dilakukan untuk membenterasnya. Perubahan UMNO harus dipinda dengan pemilihan pucuk pimpinan hanya berakhir diperingkat bahagian - tiada lagi perwakilan yang akan mengundi di peringkat lebih tinggi. Ini akan mengelakkan politik wang dan membeli undi.

Sila baca komen TDM yang ingin mendedahkan nama mereka-mereka yang terlibat dengan politik wang. Kenapa mesti ada yang takut?


Tun Mahathir dirayu jangan dedah nama

JOHOR BAHRU 23 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dirayu agar memikirkan semula hasratnya untuk mendedahkan senarai nama pemimpin UMNO yang terbabit dengan politik wang.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana tindakan tersebut bakal memberi implikasi negatif yang besar kepada parti.

Calon Naib Presiden UMNO itu berkata, Dr. Mahathir kemungkinan menerima aduan daripada pihak-pihak lain tetapi penganiayaan boleh berlaku tanpa melakukan siasatan rapi.

Katanya, semua prinsip undang-undang meletakkan soal keadilan sebagai asas dan sebagai parti politik kewujudan unsur sabotaj tidak boleh dinafikan.

"Dalam hal ini, saya merayu dan berharap Tun memahami situasi implikasi yang beliau akan lakukan. Namun memang tiada siapa yang boleh menahan Tun untuk melakukannya.

"Seperti yang dikatakan, oleh kerana hanya terdapat maklumat dan siasatan sedang dibuat, maka dalam banyak hal kita tidak mahu berlakunya unsur penganiayaan," kata Menteri Pengajian Tinggi itu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Pelajar di Luar Universiti Johor anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kementeriannya di Pasir Gudang di sini hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang.

Beliau mengulas kenyataan Dr. Mahathir yang mendakwa mempunyai senarai pemimpin UMNO yang terbabit dengan politik wang dan berhasrat mendedahkannya jika Lembaga Disiplin UMNO tidak mengambil tindakan tegas ke atas ahli tersebut.

Khaled berkata, darip segi prinsip parti, UMNO telah menyerahkan aduan politik wang kepada Lembaga Disiplin untuk mengumpul maklumat dan menjalankan siasatan.

Namun jelasnya, kadangkala terdapat aduan yang sama dibuat tetapi lembaga itu tidak dapat mendedahkan nama-nama ahli selagi mereka belum didapati bersalah.

Menurutnya, mungkin persepsi orang terhadap mereka yang didedahkan nama itu akan disyaki bersalah tetapi akhirnya tidak bersalah selepas siasatan selesai.

"Persepsi beginilah yang telah menimbulkan masalah apabila kita mendedahkan nama mereka yang disiasat.

"Namun pada masa sama, saya bersetuju gejala politik wang perlu dihapuskan dan saya juga berharap jangan terlalu tinggi keghairahan hendak menangkap orang, kita hanya akan menutup pintu keadilan," katanya.

WANITA UMNO JERANTUT SOKONG TS RAFIDAH DAN AKUR PELAN PERALIHAN KUASA

Maka sudah tersebar luas berita tentang DS Shahrizat akan tentang TS Rafidah bagi jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia dalam PAU akan datang. Seperti biasa ada beberapa pandangan dari banyak pihak mengenainya - pro dan kontra.

Ketidakwajaran TS Rafidah tentang peralihan kuasa telah dipertikaikan banyak pihak. Bagaimanapun ada pihak yang mempertikaikan pula kewajaran DS Shahrizat yang beralih arah disaat akhir setelah berjanji akan mematuhi palan peralihankuasa itu. Apa sebenarnya yang berlaku? Jika disemak semula segala kenyataan yang beliau buat sebelum ini maka kita tidak akan percaya bahawa ini benar-benar berlaku.

Menurut sumber-sumber yang rapat dengan Ketua Wanita UMNO Jerantut, adalah dipercayai bahawa Ketua Wanita Pergerakan Wanita UMNO Jerantut dan Ahli-ahli Jawatankuasanya akan memihak kepada TS Rafidah bukan sahaja kerana percaya kepada pelan peralihankusa tetapi kerana akur kepada apa yang telah diputuskan oleh exco sebelum ini. Beliau didakwa menambah' kita tidak mahu menjadi maunafik - yang berjanji dan kemudian menghingkarinya'

Ketua Wanita UMNO Jerantut - Norhelan Mahamud juga mendakwa apa rasionalnya segala yang telah ditetapkan dulu diingkari pada saat-saat akhir sedangkan mereka yang terlibat dalam isu berkenaan boleh melakukannya sejak awal lagi.

Friday, November 21, 2008

BILA SHAHRIZAT TENTANG RAFIDAH

Jika DS Najib dilihat sebagai legasi kepada kepimpinan TDM, maka sayapnya telah pun cuba dirobekkan berikutan perkembangan terbaru apabila DS Shahrizat telah mengumumkan akan menentang TS Rafidah bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO dalam PAU mac nanti.

Apa akan terjadi kepada DS Najib kelak andainya Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Pemuda serta Timbalan dan Naib Presiden tidak memihak kepadanya? Siapakah yang akan memberikan sokongan dalam menegakkan Presiden parti sebagai tiang seri UMNO yang bakal menjadi PM. Jika penjawat-penjawat diperngkat ini bukan dari mereka yang menyokong beliau maka sudah tentu DS Najib tidak akan mempu berdiri tegak dan akan sentiasa digoyangi. Kita beranggapan dan membuat andaian demikian jika DS Rafidah kalah Kepada DS Shahizat, Dato’ Mukhriz dan TS Muhyiddin Yassin dikalahkan. Jadi siapakah yang akan membayang-bayangi DS Najib serta menjadi panglima dan mengawal beliau? Apakah ini akan menjamin peralihan kuasa dan perubahan pucuk pimpinan menjadi pemimpin yang berwibawa?

Apakah ada tangan-tangan rahsia yang sedang memainkan dan mencaturkan segalanya supaya segalanya akan menjadi sukar buat DS Najib. Kemaraan DS Najib memang sudah tidak dapat disekat walaupun bermula agak lembab, oleh yang demikian tangan-tangan rahsia itu telah menghalakan arahnya kepada bakal pemimpin yang akan berada di keliling dan hampir dengan DS Najib kelak, supaya orang-orang ini adalah orang-orang yang akan menuruti arahan tangan rahsia itu. Supaya DS Najib tidak akan mampu menjadi dirinya sendiri atau tidak juga mampu meneruskan legasi TDM.

Jawapannya bergantung kepada undian yang akan kita berikan dalam PAU nanti. Bergantung juga kepada berapa tebalnya iman para perwakilan apabila berhadapan dengan RM. Segalanya terletak ditangan para perwakilan. Merekalah penentu kejayaan sebenar peralihan kuasa, jika mereka ini dari golongan munafik yang boleh dibeli maka hancurlah masa depan UMNO dan masa depan bangsa Melayu – hanya orang-orang Melayu yang mampu menyelamatkan bangsa Melayu itu sendiri.

TDM telah memalu genderang perang buat kali ketiganya. Sejak mula lagi TDM telah berjuang, walaupun bersendirian. Keberaniannya tidak dapat disangkal oleh sesiapapun. Pada ketika menteri-menteri lain senyap sunyi (kecuali Rais Yatim) menghadapi isu semasa, TDM lah yang masih lantang berjuang mengangkat mertabat bangsa melayu. Apa yang harus di lakukan sekarang adalah sertailah perjuangan ini, selagi kita masih punyai seorang perwira yang gagah perkasa seperti TDM.

Yang pastinya, berita pertandingan antara DS Shahrizat dengan TS Rafidah akan disambut dengan penuh gembira yang tiada terhingga oleh seluruh perwakilan ibarat menunggu durian runtuh, atau menanti bila jong pecah kelak yu akan kenyang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN