Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, December 25, 2008

PKR TUBUH CAWANGAN DI JERANTUT?


Pemimpin-pemimpin UMNO jangan leka. UMNO sedang menuju kemusanahan. Ketepikan kepentingan diri. Lakukan sesuatu sebelum kita berkubur.



PKR semakin bersermangat untuk menubuhkan cawangannya di Jerantut berikutan sambutan pengundi ketika PRU12 lalu. Di DUN Damak antara Kg. yang menjadi sasaran adalah Kg. Lata Kasah. Seramai kira-kira 30 orang telah bersetuju pada dasarnya untuk menubuhkan satu cawangan PKR disini.

Antara isu yang membawa kepada penubuhan cawangan PKR disini adalah tidak puas hati terhadap UMNO cawangan yang semakin lemah dan tidak membantu membangunkan kampong. Adanya golongan yang tidak berpuashati dengan kepimpinan dan UMNO cawangan dan mengambil tindakan memencilkan diri dari parti. Selain itu kes penglibatan seorang YB yang juga exco dalam penyelewengan pengagihan balak atas nama JKKK juga menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk kampong.

Menurut sumber, penubuhan cawangan PKR itu kelak akan juga mampu menarik beberapa kaum cina dari perkampongan Kg. Sungai Lekok. Oleh yang demikian, UMNO Bahagian Jerantut seharusnya lebih prihatin kepada permasalah yang dialami oleh penduduk-penduduk kampong bagi mengatasi masalah tidak puashati penduduk yang mungkin menjurus kepada tindakan meninggalkan parti.


Wednesday, December 24, 2008

LAGI MENGENAI RAFIDAH DAN SHAHRIZAT DI JERANTUT


Yang mana jadi abu dan yang mana jadi arang?




Yang ini akan jadi apa agaknya?



Berikutan dengan arah sokongan wanita bahagian Jerantut yang tidak menentu membuatkan usaha wakil dari kedua-dua kem cuba memancing ketua wanita umno bahagian lebih rancak. Terdahulu ketua wanita UMNO Bahagian ‘Kak Wok’ telah dipelawa ke perjumpaan di suatu tempat di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh DS Shahrizat bagi tujuan memancing undi. Terbaru beliau telah dipelawa ke Sabah bagi memerhatikan mesyuarat perwakilan sebuah bahagian wanita yang terpaksa bermesyuarat semula. Nampaknya ‘Kak Wok’ dihimpit dari kiri dan kanan.


Menurut pemerhati, Kak Wok masih belum memutuskan kemanakah arah yang bakal dituju dan beliau masih membuat penilaian. Ini kelihatran sukar bagi beliau kerana ini adalah penggal pertama beliau menjawat jawatan ketua wanita, jika salah membuat pertimbangan maka beliau akan hanyut dibawa arus dan memusnahkan harapan dan karier politiknya. Beliau harus membuat pilihan yang tepat dan ini harus diteliti sebaik mungkin.


Memberikan sokongan kepada DS Shahrizat bererti beliau sekata dengan bekas ketua wanita bahagian yang ditentangnya dalam pemilihanbaru lalu. Adalah sukar mengikuti arus yang sama memandangkan kemungkinan beliau akan dilemaskan pula oleh musuhnya itu. Manakala untuk memberikan sokongan kepada TS Rafidah bermakna beliau akan sehaluan dengan perhubungan wanita negeri sedangkan beliau bukanlah calon pilihan yang disokong oleh perhubungan negeri dan perhubungan wanita negeri tidak pernah memberi’ manja’ kepada beliau sejak dahulu lagi.


Begitupun, kebelakangan ini nampak ada usaha perhubungan negeri untuk memberi muka kepada beliau dengan menghantar wakil-wakil untuk memanjakan beliau. Beberapa isu telah dibawa untuk memujuknya. (Kakak-kakak Wok di Jerantut: Wok Kelabu @ Norhelan, Wok Hitam dan Wok Putih. Berwarna-warni sungguh politik jerantut ni)


Apapun soalan yang diajukan kepada ‘Kak Wok’ Norhelan mengenai sokongan politik beliau dalam perebutan jawatan ketua wanita UMNO mac nanti, jawapan masih menjadi teka teki. Kita berharap beliau akan membuat pilihan yang tepat demi keterusan karier politik beliau yang baharu sahaja bermula.




Sunday, December 21, 2008

UMNO TAK PEKA DENGAN BLOG



Dunia IT berkembang pesat.Begitu juga di Pahang. Terkini kita melihat dan mendengar tentang pertarungan diantara blog Kerajaan dan Pembangkang. Pahang Daily Online (PDO) blog PKR/Pembangkang ternyata ghairah dalam menawan hati pembaca/pelayar internat. Pendedahan demi pendedahan dilakukan dan dengan susahnya Pahang Daily (PDC) terpaksa menangkis tohmahan-tohmahan blog pembangkang.







Yang menariknya,terdapat banyak blog-blog dinegeri pahang yang menyuarakan tentang politik dan isu semasa. Lebih membimbangkan adalah blog-blog berkenaan datangnya dari pihak pembangkang. Kita tertanya-tanya apakah kelebihan pembangkang sehinggakan PAS kawasan/Parlimen bahkan Cawangan mempunyai blog mereka sedangkan BN/UMNO tidak? Sebabnya adalah pemimpin-pemimpin kita,ketua-ketua bahagian kita tidak peka. Sebenarnya mereka tidak mendengar suara rakyat. Sebenarnya mereka tidak peduli apa berlaku diakar umbi.








Cuba kita perhatikan ada berapa ketua-ketua bahagian yang memiliki blog dinegeri Pahang? Blog adalah perkakasan penyampai maklumat masa kini. Dunia dah berubah. Kalau dahulu pemimpin Perikatan berhadapan dengan rakyat yang kebanyakannya buta huruf tetapi kini pemimpin BN menghadapi masyarakat yang celik IT, malahan mungkin lebih celik dan mahir dari sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO.





Antara laman blog yang patut dilihat adalah seperti Gerbang Temu Maya dimana ianya adalah gabungan/himpunan blog-blog. Melayarinya kita akan menemui blog-blog lain antaranya;
Blog Dato' Adnan Yaakob, Dato' Jamaluddin Jarjis dan lain-lain lagi.

Semoga selepas ini ada sesuatu tindakan akan diambil oleh UMNO Bahagian dan Cawangan untuk memperkasakan parti keramat UMNO ini.

RAFIDAH ATAU SHAHRIZAT

Bersama kita demi Wanita
'Mana kutahu begini akhirnya' - cukuplah Kak Pidah, teruk sgt nampaknya tu.



Pemerhati politik sekitar Jerantut tertanya-tanya dimana sebenarnya arah sokongan Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut, Norhelan Mahamud dalam pemilihan pucuk pimpinan wanita pada mac kelak. Ini kerana keadaannya semakin mengelirukan kerana pada peringkat awal dulu KW (Kak Wok (kelabu) - nama panggilan Norhelan) dilihat sebagai cenderung menyokong TS Rafidah, namun kerana pengaruh sebahagian Jawatankuasa kelihatan sokongannya telah berubah arah kepada DS Shahrizat.

Jika benarlah demikian, maka benarlah bahawa KW masih dibawah cengkaman bekas ketua wanita bahagian yang lalu Dato' Hajjah Nazilah. Umum sudah mengetahui bahawa Hajah Nazilah adalah penyokong kuat DS Shahrizat.

Atau mungkinkah KW masih dalam pertimbangan terakhir kemanakah sokongan akan diberikan. Mungkin juga hubungan dengan wanita negeri yang kurang baik membuatkan beliau ingin mengubah arah dengha memberikan sokongan kepada DS Shahrizat. Mungkin juga ini sekadar mengambil hati penyokong Dato' Hajah Nazilah.

Friday, December 19, 2008

Perjumpaan UMNO Bahagian Kecoh dan Mungkin Sokongan Wanita Berubah Arah

Gambar Hiasan


Beberapa Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Jerantut serta tetamu-tetamu lain hadir merakamkan rasa kesa dan kecewa mereka apabila perjumpaan yang diadakan atas jemputan Ketua Bahagian telah terpaksa dibatalkan. Perjumpaan tersebut yang sepatutnya diadakan petang semalam (18.12.2008) bertempat di Bangunan UMNO Jerantut sepatutnya dihadiri oleh Ketua Bahagian namun beliau serta Timbalannya telah tidak hadir membuatkan semua hadirin tertunggu-tunggu dan menzahirkan perasaan marah mereka berikut insiden itu.

Bagaimanapun Ketua Wanita Bahagian Puan Norhelan Mahamud yang hadir diperjumpaan tersebut telah berjaya menenangkan dan mengawal keadaan dengan membuat permohonan maaf bagi pihak UMNO Bahagian.

Norhelan yang turut ditanya mengenai pertandingan jawatan Ketua Wanita antara TS Rafidah dan DS Shahrizat enggan mengulas. Bagaimanapun pada peringkat awal dahulu pihak yang rapat dengan beliau menyatakan bahawa beliau akan memberikan sokongan kepada TS Rafidah namun kemungkinan keadaan ini akan berubah berikutan kekecewaan Wanita UMNO Bahagian Jerantut terhadap kepimpinan wanita diperingkat negeri.

Sebelum itu pada sebelah paginya satu perjumpaan yang dianjurkan oleh YB Dr. Shukri telah berjalan seperti yang dirancang namun mengikut pemerhati jumlah kehadirn telah berkurangan mungkin berikutan kekalahan beliau dalam merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian yang lalu.

Sunday, December 7, 2008

AHLI UMNO CAWANGAN LATA KASAH KECEWA PENYELEWANGAN DR. SHUKRI

Petikan Pahang |Daily Online...........Ini pernah kami dedah dulu melibatkan Bekas Exco Belia dan Kesihatan Pahang yang kini masih merupakan ADUN Pulau Tawar, Jerantut Pahang iaitu YB Dr. Ahmad Shukri Ismail. Bayangkan jika satu JKKK beliau sapu RM200 ribu, maka di kawasan beliau itu terdapat lebih 30 JKKK. Cuba bayangkan berapa banyak wang rakyat dan rompakan balak secara berkhemah telah beliau monopoli?. Inilah dia pemimpin UMNO yang kononnya disayangi rakyat. Tatkala menjelang pilihanraya, mulalah beliau taburkan wang-wang tersebut untuk memancing undi. Menang kerana "Rasuah", hidup dengan "Rasuah" dan akan mati juga dengan "Rasuah" !!. Mujurlah beliau tewas dalam perebutan kerusi Ketua Bahagian Jerantut kepada YM Tengku Azlan (Ahli Parlimen Jerantut) dalam pemilihan UMNO bahagian itu baru-baru ini.

Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Lata Kasah dan sebahagian besar penduduk Kampong Lata Kasah kecewa dengan penglibatan ADUN Pulau Tawar YB Dr. Ahmad Shukri Ismail dalam pembahagian pendapatan hasil balak JKKK Kg Lata Kasah yang dilihat tidak adil. Berikutan dengan itu juga bebrapa orang yang dulunya menyokong kuas UMNO telah meminggirkan diri mereka dan menyokong parti lawan dalam PRU 12 yang lalu yang menyebabkan peti undi Balai Raya Lata Kasah kala kepada pembangkang serta kemenangan tipis bagi DUN Pulau Tawar.



Thursday, December 4, 2008

WANITA UMNO JERANTUT BERSEDIA KE KUALA TERENGGANU - Norhelan Mahamud


UMNO Bahagian Jerantut bersemangat membantu calon UMNO Parlimen Kuala Terengganu dalam Pilihan Raya Kecil akan datang. Malah Ketua Wanita UMNO Bahagian yang baru memenangi jawatan tersebut Pn. Norhelan Mahamud berkata, inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh Wanita Bahagian untuk membuktikan semangat dan taat setia kepada parti. 'Kita berjuang dalam parti dan memenangi jawatan bukan untuk duduk diam sahaja, tetapi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu parti dalam apa keadaan sekalipun'.

Beliau juga menyatakan bahawa jentera Wanita UMNO Bahagian Jerantut telahpun bersiap sedia dan hanya menunggu arahan dari Perhubungan Negeri untuk memulakan langkah. Beliau juga dilaporkan percaya UMNO Terengganu berupaya mempertahankan kerusi Perlimen P036 berkenaan berikutan situasi politik semasa dan pergolakan didalam PR serta ditambah masalah dalaman PAS sendiri.

Monday, December 1, 2008

WANITA JERANTUT SOKONG RAFIDAH

Jerantut - 30 Nov. 2008

Menurut sumber yang rapat berkata Puan Norhelan Binti Mamahud, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut berserta sebahagian besar Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian telah bersepakat memberikan sokongan kepada Tan Sri Rafidah Aziz dalam mempertahankan jawatan beliau sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO. Ketetapan tersebut talah dibuat dalam satu perjumpaan tidak resmi yang telah diadakan baru-baru ini.

Norhelan juga dilapurkan menyuatakan rasa dukacitanya dengan pelan peralihankuasa yang diingkari oleh DS Shahrizat. Beliau juga menyatakan bahawa tidak mustahil adanya pihak tertentu yang mendesak supaya pelan peralihan itu diingkari demi kepentingan politik pihak tertentu. Bagaimanapun beliau tidak melihat bahawa pertandingan ini akan melemahkan Pergerakan Wanita UMNO kerana wanita telah melalui banyak pertandingan dan TS Rafidah sendiri telah bertanding dan dikalahkan suatu ketika dulu namun wanita UMNO terus mampu berdiri gagah dan berjuang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN