Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, December 22, 2009

Melayu tak perlukan parti seperti UMNO dan Pas....

Ini untuk kita


Bencana Alam yang melanda hati Melayu yang tamak haloba


Betul Tok Guru, sokong UMNO haram, sokong Pas pun haramjadah



1. Beruntunglah pemimpin Pas kerana menyedari serta mengiktiraf blogger mampu berperanan untuk menyebar maklumat dan propaganda parti. Biarkanlah UMNO yang masih terlena dalam mimpi dan tidak mengharap bantuan blogger dalam menstabilkan perkembangan politik negara. Nampaknya blogger penyokong Pakatan Rakyat sangat beruntung berbanding blogger penyokong kerajaan. (Baca sini - Konvensyen Blogger Pas)


2. Bagaimana nak sayangi UMNO jika pemimpin bergelumang dengan kebusukkan? Kenapakah bangunan runtuh lagi di Terengganu? (baca sini), (sini) dan (sini). Injin jet pun mereka sebat? (baca sini), (sini) dan (sini)

3. Mana jalan yang patut kita pilih? 1) UMNO parti Melayu yang busuk sampai ke ususnya, 2) Pas parti yang perjuangkan diri dan kroni dengan mengadaikan agama Islam, 3) PKR, parti yang ditubuhkan oleh orang Melayu bagi memperjuangkan kesamarataan dan menolak hak-hak keistimewaan orang Melayu, disamping memperjuangkan kebebasan tokoh tertentu dan tidak pasti halatujunya, 4) Mungkin benar bahawa orang Melayu tidak boleh memerintah dan kita patut menyertai parti yang dipimpin oleh bangsa lain, 5) Pedulikanlah apa nak jadi, selagi kita boleh makan minum sudah memadai.

4. Perasaan membenci pemimpin Melayu dan UMNO semakin hari semakin tebal kerana perjuangan mereka itu bukan ikhlas demi bangsa, agama dan negara. Kita tunggu PRU13 untuk mengajar sekali lagi.



Thursday, December 10, 2009

Politik Pahang – Siapa layak ganti Adnan?

Tak usah nak menung sangat Dato', MB lain pun turun juga akhirnya
Orang lain nak juga jadi MB Pahang



Beberapa buah blog menulis mengenai MB Pahang dan membuat provokasi dengan menyatakan bahawa beliau bakal dibawa ke pusat sebagai sebahagian dari usaha menyingkirkan beliau dari kerusi empuk MB Pahang.


Antara isu penting yang dimainkan adalah berkenaan belanjawan defisit selama 10 tahun memerintah dan beberapa saman terhadap kerajaan oleh beberapa syarikat sama ada yang terlibat dengan pemberian kawasan pembalakan dan yang terlibat dengan projek perladangan hutan di negeri Pahang.


Di sebut juga tentang pembunuhan karektor beberapa ADUN yang dilihat mampu mencabarnya selama ini dan antaranya adalah Dato’ Shahruddin Moin yang mana kerier politiknya telah hancur musnah bersama impian dan harapanya untuk menjadi MB yang hancur dan berkecai. Kasihan saya pada Dato’ Shahruddin ni. Tetapi saya juga kasihan kepada saudara saya, Zamri Amin (bekas ketua UMNO Cawangan Kuala Tahan) yang terlalu banyak berharap untuk bergantung kapada Dato’ Shahruddin sedangkan semasa berkuasanya dia langsung tidak berusaha untuk membantu Zamri mendapatkan lesen yang dipohonnya.


Berikut laporan kelemahan pengurusan dan permasalahan saman oleh syarikat-syarikat perladangan dan pembalakan terhadap kerajaan Pahang di blog-blog berkenaan, membuatkan reputasi DS Adnan tercalar. Tambahan pula Pas Pahang telah menjadikan isu itu sebagai modal politik bagi menjayakan visi menawan Pahang di PRU13 nanti. Maka terpaksalah Dato’ Samsuddin Nawawi sebagai Tok Gending berhempas pulas (
berpera-pera) menjawab isu berkenaan dan mempertahankan bos nya di blog ‘Small Talk’ nya. Kemana agaknya blogger-blogger UMNO yang Dato’ Sam hantarkan berkursus dulu? Masih belum matang lagikah? Atau mereka itu hanya mampu jadi pesilat pulut? Hehe. Blogger-blogger jasa yang sudah kecewa pun turut membisu agaknya. Akhirnya tinggallah Tok Gending dengan’Big Talk @ Mouth’ nya. Mudah-mudahan Tok Gending ini akan menjadi contoh pemimpin yang berjaya walau tanpa pengikut. Mudah-mudahanlah – huhu!


Didalam laman-laman blog yang membicarakan soal DS Adnan itu, beberapa nama telah disebut dan antaranya adalah Dato’ Sharkar Shamsuddin. Walaupun ramai pihak yang melihat ianya sebagai calon yang paling berkelayakan, namun saya juga melihat ini sebagai provokasi bagi memulakan operasi memancung. Siapa yang melatah akan terjerat, berhati-hatilah.


Memang banyak juga pihak yang mengharapkan DS Adnan meninggalkan kerusi MB Pahang, sama ada akan ke persekutuan atau pun disingkirkan begitu saja bukanlah persoalan utama, yang penting adalah beliau sudah terlalu lama dan pentadbirannya sudah kelihatan kurang berkesan dan beliau harus digantikan.


Jika DS Adnan pergi, soal siapa penggantinya bukanlah terlalu sukar untuk didapatkan kerana Pahang masih mempunyai ramai pemimpin pengganti yang berkalibar. Selain Dato’ Sharkar Shamsuddin yang disebut-sebutkan itu, beberapa nama lain juga perlu diberikan perhatian antaranya adalah Dato’ Soffi, Dato’ Ishak, Dato’Tan Aminuddin serta Dato’ Wan Adnan. Mereka adalah antara barisan exco yang telah berpengalaman dan mampu mentadbir negeri dengan cekap nanti.


Selain itu, dalam satu laman blog turut juga menyebut nama Dato' Shafik Fauzan, namun pemimpin muda dari Jerantut ini jangan diperkecilkan. Dato’Wan Amizan Razak adalah calon dari pemuda yang patut diberikan perhatian. Hubungan baiknya dengan pusat akan menjadi taruhan. Hubungannya akrabnya dengan Ketua Pemuda UMNO juga akan mencerahkan lagi masa depan politik beliau. Sudah tentulah orang-orang Jerantut akan berbangga jika Dato’ Wan Amizan dilantik sebagi MB Pahang selepas ini. Kita juga percaya, selain orang-orang Jerantut, Pemuda UMNO Malaysia juga akan memberikan sokongan sepenuhnya.


Kata seorang kawan, pejabat Dato' Wan Amizan sering sibuk dengan staf yang mengendalikan komputer. Maklumlah, wawasan perjuangan media baru. Tapi kalau setakat main poker face saja, tidak lah akan membantu karier politik Dato' nanti. Mana blogger Pemuda UMNO Jerantut? Kena kejutkan mereka, jangan tidur lama-lama PRU13 dah hampir.


Ketua penerangan UMNO Bahagian tu pun kenalah bangun dari mimpi dan kalau rasa tak boleh menari, turunlah dari pentas. Ketua Penerangan harus membawa terang atau diri sendiri mesti dalam terang, kalau masih dalam gelap gelita, tak usah jadi ketua penerangan dan jadilah ketua penggelapan - hehe



Sunday, December 6, 2009

UMNO sudah berubah

UMNO perlukan pemimpin yang tegas dan berani memperjuangkan bangsa dan mempertahankan agama macam yang ni, bukan yang macam tu!




Rujuk tulisan Tun Dr. Mahathir di blog beliau (Klik sini)


Terpanggil untuk memberi respon kepada posting Tun Dr.Mahathir dari blog beliau yang mengulas mengenai UMNO, namun skop yang saya juruskan lebih mengecil yakni kepada negeri Pahang dan bahagian Jerantut.




PRU13 hanya tinggal 2 tahun lebih saja lagi, perubahan yang kita harapkan dari UMNO dalam memperkasakan parti itu masih sangat mengecewakan. Pucuk pimpinan nampaknya semacam masih tidak tahu apa sebenarnya yang patut diubah atau diperbetulkan dalam UMNO.


Di peringkat tertinggi bercakap tentang perubahan dalam UMNO, namun di peringkat perhubungan negeri seakan tidak menyahut seruan itu mungkin kerana sibuk dalam menjaga kedudukan mereka masing-masing untuk penggal seterusnya. Diperingkat bahagian masih tertanya-tanya dah ternanti-nanti manakala diperingkat cawangan masih lena tidur diulit mimpi.


Mungkin nasib akan membantu kita kerana perkembangan mutahkir kini menampakan Pakatan Rakyat menghadapi kemelut yang sangat hebat dan akan melumpuhkan mereka. Gagasan pakatan yang mereka bentuk tanpa kesatuan hati dan matlamat sedang retah dan menunggu belah. Inilah satu-satunya ‘advantage’ kepada UMNO dalam menyaingi pembangkang pada PRU13 nanti kerana semangat mereka nanti tidak lagi sehebat semasa PRU12 lalu.


Sebahagian rakyat juga sudah tidak mempercayai pakatan lagi setelah segala kepercayaan yang diberi dan janji-janji mereka dulu tidak tertunaikan, malahan yang jelas kelihatan adalah tembelang mereka yang hanya mahir berkata-kata namun tidak langsung mampu melakukan sesuatu untuk mengotakan kata-kata mereka itu.


Bagaimanapun UMNO tidak boleh berharap kepada kelemahan lawan tanpa adanya kekuatan sendiri untuk memenangi hati rakyat dan seterusnya memenangi pilihanraya kelak. Kerana itu, walau apapun, UMNO mesti berubah dan diremajakan supaya ianya tetap ‘relaven’ dan mampu menarik golongan muda untuk menyertainya.


Yang terpenting sekali adalah sikap ahli-ahli UMNO dicawangan dan bahagian haruslah berubah lebih positif. Sedia menerima kemasukan ahli-ahli baru sebanyak mungkin, jangan ada sebarang sekatan dan diskriminasi untuk menjadi ahli, jangan takut pada persaingan dalam merebut jawatan dalam parti, dan mesti mengakui hakikat bahawa yang terbaik harus dipilih.


Masalah utama dalam UMNO sekarang adalah sikap ego pemimpin-pemimpin mereka, di semua peringkat. Saya ulangi, DISEMUA PERINGKAT. Mereka sentiasa merasakan bahawa merekalah yang paling pandai, yang paling pintar, yang selalu betul dalam segala hal. Maka mereka tidak pernah ingin mendengar atau menerima pendapat orang lain sehingga akhirnya mereka tetap tinggal dalam kebodohan mereka sendiri.


Ketika peringkat tertinggi UMNO mengiktiraf media baru sebagai media yang turut menyumbangkan kepada kekalahan BN dalam PRU12 lalu, namun di peringkat perhubungan negeri dan bahagian masih belum melakukan apa-apa. Apakah mereka fikir mereka akan cukup masa untuk mengejar si arnab yang telah berlari meninggalkan mereka dengan masa yang hanya tinggal 2 tahun lagi?


Persoalnya adalah, pemimpin UMNO semuanya tidak peka malahan pekak dan tidak mahu mendengar hatta saranan yang di perkatakan oleh bekas PM sekalipun. Jadi, bagaimana untuk mengubahkan UMNO ini? atau biarkan saja UMNO rebah dan kita bina semula kekuatan Melayu diatas satu entiti yang lain yang baru?


Bermula semalam, selama 3 hari (?) di Kuantan, diadakan satu kursus komputer kepada ketua-ketua wanita UMNO bahagian-bahagian. Lusa, semua ketua-ketua wanita bahagian akan mahir dengan komputer, tulat, mereka telah mahir dengan internet sama ada dengan ‘potong’ atau tak potong, tubin, mereka sudah mahir berblog dan sudah mampu menangkis tohmahan blog lawan. UMNO sudah tidak memerlukan blogger-blogger lain lagi sekarang ini dan UMNO akan menang besar dalam PRU13 nanti tanpa bantuan sesiapa.


Jadi UMNO di bahagian dan cawangan-cawangan tidak lagi perlu bimbang dan berkerja keras kerana kemenangan sudah dalam tangan dan pasti. Kursus Blogger yang di anjurkan oleh UMNO Pahang akhir bulan oktober lalu bersama Unit Media Baru Pemuda UMNO juga sudah memberikan hasil yang lebih dari memuaskan. Sudah beratus malahan beribu-ribu blog UMNO telah ujud selepas kursus itu. Apa lagi perlu kita bimbangkan? Marilah kita tidur lena dan bangun pada tahun 2013 nanti.



UMNO dah berubah? - huhu!


Wednesday, November 25, 2009

PENERANGAN UMNO BAHAGIAN YANG MASIH GELAP

Gambar hiasan: Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian




UMNO memperakui bahawa media baru @ internet sangat berperanan dalam menyebar maklumat pada abad ini. Justru, UMNO menitik beratkan supaya di bahagian-bahagian memainkan peranan untuk membangunkan media baru diperingkat masing-masing. DS Presiden sendiri menyarankan supaya pemimpin-pemimpin di bahagian ada 'Facebook' masing-masing bagi menghampiri dan mendekatkan diri dengan masyarakat di alaf internet ini.

Peranan blogger dalam mengoncangkan PRU12 telah dikenal pasti, justru Ketua Penerangan UMNO turut menyaran supaya semua banagian-bahagian UMNO memiliki laman blog mereka masing-masing. Terbaru, di Kuantan UMB dengan kerjasama Dato' Sam telah mengadakan kursus blog kepda bakal-bakal blogger dari seluruh daerah di negeri Pahang. Satu usaha yang bagus walaupun bukan nampak bijak sangat kerana beberapa kelemahan telah dikenal pasti berlaku dalam pemilihan peserta.

Soalnya bagaimana dengan Jerantut ini? Ketua Penerangan UMNO bahagian - kenapa masih berdiam diri? Tahukan internet itu apa? Blog itu apa? Tahukah berapa blog pembangkang yang ada di Jerantut ini? Mungkin Ketua Penerangan tidak berapa tahu tentang blog, itu tidak mengapa, bukanlah kerja Ketua Penerangan Bahagian untuk membina laman blog, namun tidakkah boleh Ketua Penerangan berusaha dengan mendapatkan blogger-blogger yang melambak di Jerantut ini untuk membantu membina blog tersebut? Serta memantau perkembangan blog-blog politik sekitar Jerantut ini?

Mungkin ada baiknya desus-desas yang kedengaran dimana Timbalan Ketua diberitakan sedang berusaha untuk menyingkirkan Ketua Penerangan yang ada. Sesiapa sahaja didalam UMNO bahagian yang tidak menjalankan tugas dan tanggung-jawabnya serta tidak berupaya menjalankannya diharapkan mengundurkan diri atau dilucutkan serta digantikan dengan tokoh lain yang lebih komited dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Era pegang jawatan dan duduk diam dalam UMNO sudah berlalu. Kita mesti memandang kedepan, PRU13 yang semakin hampir, apakah nasib UMNO akan datang tidak siapa yang tahu kerana pengundi cina bila-bila masa boleh berubah arah dengan menyokong pembangkang untuk menumbangkan UMNO dan BN. Dan kita kena ingat bahawa undi pengundi cina tak boleh dibeli serta mereka ada agenda ultra kiasu yang hendak mereka jayakan.

Sunday, August 9, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN - UMNO BAHAGIAN TELAH BERUBAH!

pada mesyuarat UMNO bahagian

bakal ketua wanita bahagian akan datang?



Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian telah berlangsung, tokoh besar yang sangat saya sanjungi telah merasmikan mesyuarat berkenaan. Seperti biasa, ucapannya tepat, padat dan jelas sama ada dari segi bahasa, nahu dan maksudnya - itulah DS Rais Yatim.

Dalam kita mengharapkan UMNO Bahagian membuat perubahan drastik sebagai persediaan menghadapi PRU13 nanti, kita semua berasa sangat kecewa dengan apa yang berlaku di peringkat bahagian; Persediaan Mesyuarat yang tidak teliti dan teratur sangat jelas kelihatan, mungkin kerana tiada pemantauan dari pihak yang bertanggungjawab atau mereka menganggap mesyuarat ini kurang penting bagi mereka berbanding mesyuarat lalu dimana pemilihan AJK bahagian diadakan.

Terlepas pandang atau memang tidak pedulikan protokol dimana orang yang sepatutnya berada diatas pentas tidak berada diatas pentas manakala orang yang sepatutnya berada dibawah pula berada diatas pentas. Terlepas pandang atau memang sudah tak faham peraturan dan protokol?

Tokoh penting diperingkat bahagian, Timbalan Ketua Bahagian @ Ketua Pemuda tidak hadir atas alasan yang sukar untuk diterima. Atau apakah kerana mesyuarat ini tiada terlibat dengan pemilihan maka ianya tidak dirasakan penting bagi beliau? Apakah beliau berkhidmat untuk dirinya sendiri atau berkhidmat untuk masyarakat dan UMNO?

Saya mengikuti perkembangan UMNO Bahagian Jerantut sejak berpuluh tahun lalu, dan inilah ketikanya dimana saya rasakan bahawa UMNO Bahagian berada didalam keadaan yang paling lemah dan tidak teratur. Apakah program yang dilakukan selama ini? Mana jadual dan perancangan programnya? UMNO Bahagian juga masih gagal untuk membina laman blognya sedangkan pembangkan menghentam dari kiri dan kanan namun mereka masih belum menyedarinya.

Saya melihat bahawa ini adalah saatnya dimana kesemuan kepimpinan UMNO Bahagian berada dalam keadaan yang sangat lemah dan daif sekali. Tidak mustahil dalam PRU13 nanti parlimen Jerantut atau setidak-tidaknya beberapa DUN akan jatuh kepada parti lawan.

Pemimpin-pemimpin bahagian tidak peka kepada suara rakyat, tidak peka kepada perancangan parti lawan, menganggap UMNO akan sentiasa mendapat sokongan dan masih kuat sedangkan semakin hari semakin lemah. Berlakunya penyelewengan dikalangan mereka-mereka yang berkenaan dalam pengagihan projek dan pembangunan untuk cawangan-pcawangan dan kampong-kampong. AJK yang dipilih tidak mampu jalankan tugas atau memang tidak mempedulikan tentang sumbangan dan tanggungjawab mereka kepada parti sebaliknya berebut mendapatkan tender-tender dan kontrek semata-mata.

Ada yang menyakitkan mata da hati, antaranya adalah seseorang yang terpilih kesatu jawatan, telah berumur tetapi masih belum sedar diri, dan sering menyayikan lagu: anak ikan. Seperti belangkas dan berkelakuan yang mencurigakan sehingga wajar disyakki sumbang.

Jika tidak mampu berjuang untuk masyarakat dan membangunkan UMNO, sila letakkan jawatan dan tinggalkan UMNO dengan hormatnya, kerana kelak rakyat yang benci dan marahkan mereka ini akan menghukum UMNO dengan menolak BN/UMNO dalam PRU13 nanti. Inilah satu-satunya perubahan dalam UMNO, daripada yang buruk kepada yang lebih buruk lagi.

Friday, June 19, 2009

BLOG ITU APA?


Ini gambar hiasan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah mati akalnya.


Kerajaan Negeri Pahang dengan dayausaha Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, telah mengadakan pertemuan dengan para blogger dan bakal-bakal blogger Penyokong Kerajaan Pahang dalam satu program yang dinamakan ’Perjumpaan Pertama Dengan Aktivis-Aktivis Media Baru Pahang – Cabaran Media Baru Menjelang PRU13.’ (Blog Beranikan Hati)

1. Saya juga turut hadir ke pertemuan berkenaan atas pelawaan seseorang. Memang saya dapati perjumpaan itu sungguh meriah dengan kira-kira hampir 200 orang yang hadir. Mukadimah dari Datuk Sharkar ucapan YAB MB Pahang juga sangat menarik walaupun kelihatan bersahaja.

2. Semasa jamuan makan saya terdengar soalan dari seseorang yang memaklumkan bahawa kehadirannya atas kapsiti Penerangan UMNO Bahagian yang bunyinya membuatkan saya hampir tercekik: Blog itu apa?. Saya tertanya-tanya inikah orangnya yang hadir untuk pertemuan blogger dan mewakili penerangan UMNO Bahagian dan yang nantinya akan menerangkan kepada rakyat dalam parlimen yang ia wakili serta menangkis tohmahan parti lawan dengan menggunakan blog sebagai medium? Apakah kita akan berjaya untuk memerangi lawan yang mahir dan lengkap bersenjata sedangkan kita buta kayu dan tidak pun memiliki apa-apa? Memang UMNO sudah berubah....berubah menjadi semakin buta hati..dan bebal..

3. Setibanya saya kerumah, saya terus mencuba mencari blog-blog yang mewakili umno-umno bahagian, tetapi saya masih gagal mendapatkannya. Manakah blog UMNO bahagian-bahagian di negeri Pahang? Ketua Wanita Negeri, Ketua Pemuda Negeri dan Ketua Puteri Negeri bolehkah memberikan jawapannya? Berapa ramaikan ketua-ketua UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri yang meluangkan masanya membaca blog-blog? Mungkin masih ada diantara mereka yang mungkin akan bertanyakan kita; Blog itu apa?

4. Mujurlah UMNO Bahagian Jerantut menghantar wakil-wakilnya yang bijakpandai, cekap dan mahir dalam pengendalian blog, ICT dan kumputer - UMNO telah berubah, hehehe!

Tuesday, June 16, 2009

UMNO BAHAGIAN MASIH BELUM BERUBAH

Wanita UMNO - Saya ni belum puas lagi..belum puas pegang kuasa, belum puas pulun harta, belum puas bermain kayu tiga, UMNO kalah pilihanraya saya peduli apa, bukan saya sorang je...


Saya sangat tertarik dan ingin memberikan tabik hormat kepada UMNO kerana akhirnya prihatin terhadap peranan blogger dalam menyebarkan maklumat dan mempengaruhi masyarakat terutama ketika kempen menjelang pilihanraya.


Bagaimanapun saya sangat kecewa dengan pendekatan yang diambil oleh UMNO (bahagian-bahagian di Pahang), yang tidak terus mengunakan khidmat para blogger yang sedia, yang selama ini telah menulis dan telah mempuntai ramai pengikut dan pembaca.


Soalnya apakah blogger yang UMNO ujudkan ini mampu menulis dan menarik lebih ramai pembaca berbanding dengan blogger yang sedia ada? Mengendalikan blog bukanlah satu yang dianggap sangat mudah kerana selain dari memerlukan pengetahuan yang tinggi, penulis blog juga mestilah dikalangan mereka yang mempunyai minat yang tinggi terhadap pengendalian blog itu sendiri.


Begitu juga apa yang berlaku sekarang, kerajaan menggunakan pelbagai agensi kerajaan (saya tidak ingin memaklumkannya) tetapi apakah yang didapati daripada itu? Berapa peratuskah dari kalangan mereka yang telah diajar, diasuh dan dididik untuk menjadi blogger kerajaan yang akan menentang blogger pembangkang yang berjaya menarik ramai bilangan pembaca? Jawapan awal yang dapat saya berikan adalah GAGAL!


Saya mengenali ramai sahabat dikalangan blogger tanahair, dan mereka ini bukanlah dari kalangan yang kerajaan harapkan untuk membantu kerajaan, tetapi mereka ini adalah individu-individu yang secara sukarela menulis untuk membantu mempertahankan kerajaan. Soalnya jika imbuhan boleh diberikan kepada blogger yang tidak atau akan kurang berjaya kenapa tidak diberikan imbuhan yang sama kepada mereka yang sudah sedia ada, yang sudah berpengalaman dan pasti mempunyai minat yang mendalam dalam penulisan blog?


Kegagalan UMNO adalah kerana masih terikat kepada sistem kroni dan enggan mendengar pandangan orang lain. UMNO masih besar dan keras kepala. Saya melihat PRU13 yang semakin hampir sebagai penghujung perkhidmatan UMNO kepada rakyat Malaysia kerana UMNO bukan saja akan ditentang oleh pembangkan tetapi oleh penyokong UMNO sendiri.

Saturday, June 13, 2009

UMNO - SIAPAKAH YANG BERUBAH?





Persidangan UMNO Cawangan telah dan sedang berlangsung dan sebahagian besarnya telah selesai mengadakan tanggung-jawab terhadap parti.

Saya tertanya-tanya apakah perubahan yang telah dan sedang UMNO lalui dan alami selama ini sebagai petanda ianya benar-berar sedang berubah?

Setelah ditolak dalam PRU12 yang lalu apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Ketua-ketua UMNO Bahgian dan Cawangan untuk memulihkan parti? Di Cawangan-cawangan pemimpin UMNO masih berfikiran lama dengan mencongak siapakah yang akan menentangnya akan datang? Mereka ini harus dihapuskan dari parti dan cawangan supaya tidak ada persaingan. Siapakah yang besar mulutnya semasa dalam persidangan cawangan? Mereka ini harus ditutup mulutnya agar tidak ada sesiapa yang akan menentang kata ketua lagi. Berubahkah kita?

Parti UMNO semakin mengecil, di cawangan tiada usaha mendaftarkan ahli baru kerana mereka takut kedudukan mereka sebagai ketua dan ajk akan terjejas, maka jadilah UMNO sebuah parti keluarga.

Yang berhasrat menjadi ketua dan ajk di peringkat bahagian dan cawangan..siapakah mereka ini? Apakah mereka ini orang yang bertul-betul berjuang untuk mambangunkan UMNO dan mambantu masyarakat? Jawapannya tidak sama sekali kerana mereka ini adalah dari kalangan yang hanya ingin membolot segala yang boleh mereka dapati untuk kepentingan kaujm kerabat mereka sendiri sahaja. Mereka adalah terdiri dari kalangan para kontraktor-kontraktor kelas F.....

Inilah wajah UMNO yang semakin disisihkan oleh masyarakat. Mereka yang katanya berjuang untuk UMNO sebenarnya hanya berjuang untuk mereka sendiri. Mereka inilah sebenarnya pembunuh UMNO selama ini tanpa disedari.

Ohhh! Akan ada orang yang marahkan saya kerana kenyataan saya ini. Apakah kenyataan ini salah sama sekali atau kenyataan ini menghempap diatas kepala kita sendiri? Jawapannya sudah ada pada kita. Kita tanyakanlah sekali lagi pada diri kita sendiri, tetapi kali ini kita jawablah dengan lebih jujur...

Kepada pihak kerajaan, apakah ahli-ahli UMNO hanya kontraktor kelas F sahaja? Bagaimana kami orang kampong? Jawab jangan tak jawab!

Monday, May 11, 2009

KESEDARAN BLOG SEBAGAI MEDIA INFORMASI MASIH RENDAH

Sketch seorang blogger:
Mungkinkan ini Gomo atau Parpu Kari atau YangGambi?





Setakat mana kesedaran kita di Jerantut terhadap peranan blog sebagai media penyebar maklumat? Berapa banyak blog-blog milik UMNO dan Pro Kerajaan yang ada dan kita ketahui ada di Jerantut ini? Dan, berapa banyak pula blog-blog milik pembangkang yang ada dan masih aktif? Saya tidak akan memberikan jawapan kerana saya ingin mereka sendiri mencarinya jika benar mereka prihatin!



Ramai kalangan ahli UMNO Jerantut bahkan peringkat Bahagian yang tidak menyedari ini dan tidak peka terhadap keberadaan blog-blog berkenaan. Kita mendengar bahawa Penerangan Bahagian ada merancang untuk membina blog bagi kegunaan UMNO Bahagian Jerantut. Penerangan Pergerakan Pemuda, yang terdiri dari kalangan generasi muda yang sepatutnya celik komputer juga bercadang.... sekali lagi baru bercadang untuk membina blog. Penerangaan Wanita, yang mana Ketua Penerangannya diberitakan baru-baru ini menyertai kursus (pemantapan penulisan blog) di ILMU (Institut Latihan Memperkasa UMNO) di Janda Baik - manakan buah yang dihasikan?



Kita melihat tahap kesedaran ini masih jauh ketinggalan dibelakang, bukan saja berbanding dengan daerah-daerah lain bahkan dibandingkan dengan pencapaian oleh pihak pembangkang dalam daerah Jerantut sendiri. Jadi, apabila kita bercakap mengenai berubah, siapakah sebenarnya yang harus berubah? Pemimpin di peringkat atasan telah menunjukkan perubahan yang mereka laksanakan. Tetapi di peringkat yang paling penting iaitu Bahagian dan Cawangan, apakah perubahan yang berlaku?



Blog saya ini telah saya bina pada akhir 2007, dan dengan gadget yang digunakan kita dapat mengesan pengunjung yang mengunjungi. Sudah tentu saya merasa kecewa kerana kebanyakan pengunjunginya masih terdiri dari mereka yang berada diluar dari Jerantut. Ini petanda kesedaran kita masih lemah dan harus di pertingkatkan. Ingat, bahawa salahsatu sebab kekalahan BN dalam PRU12 lalu adalah kerana peranan blog yanga menyebarkan maklumat kepada generasi muda. Justru, kita harus tidak ketinggalan dari pembangkang dalam memanapulasikan media blog sebagai penyebar maklumat.



Kita ingin melihat dalam waktu terdekat banyak blog-blog UMNO dan pro UMNO di Jerantut akan dibina bagi menyokong peranan penyebaran maklumat bagi pihak kerajaan. Kita ingin melihat ramai AJK UMNO ahagian yang berani memiliki blog-blog peribadi begi menunjukkan misi dan visi mereka dalam perjuangan mereka dalam UMNO. Dalam Pemuda dan dalam Wanita juga harus berlaku kesedaran tentang peranan blog. Lakukannya segera dan sekarang juga. Kita berharap dalam pemikihan akan datang hanya pemimpin yang berkualiti saja yang akan dipilih. Kita juga berharap perwakilan tidak lagi memilih calon berdasarkan berapa banyak yang mereka laburkan untuk membeli undi. Perwakilan ke bahagian juga harus dipatikan bukan dari kalangan mereka yang undinya boleh dengan wang ringgit. Ini lah perubahan permulaan yang kita harapkan.



Saya ingin mengimbas kembali, saya yang bukan perwakilan juga telah diberikan sebanyak RM50.00 apabila mereka yang menjadi perwakilan menerimanya dari seorang calon walau saya menolaknya. Saya maklumkan ini kepada seseorang yang kini sudah berjawatan dalam parti di Peringkat Bahagian, namun beliau menyindir saya dengan sinis bahawa RM50.00 lah nilaian saya. Saya menerimanya walau saya tidak menganggap saya dibeli kerana tiada apa yang dapat saya tukarkan - tiada undi dari saya. Kini orang yang mentindir saya suatu masa dulu juga terlibat dalam memberi dan menerima. Hahaha! Alangkah hinanya.





Berbalik kepada kesedaran kewujudan blog sebagai pemangkin penyebar maklumat, saya ingin berikan tabik hormat kepada Ahli Perlimen Kuala Lipis yang baru saja memulakan blognya. Teruskan usaha YB itu. Di Jerantut ini mungkin selepas PRU13 nanti akan ada kesedaran itu. Saya akan belajar bersabar menanti waktu itu.


Sunday, May 3, 2009

MB JANGAN ABAI SENSIVITI ORANG JERANTUT

YAB Menteri Besar Pahang mungkin perlukan rehat dan ketenangan


Dari angin yang membawa khabar, kita mendengar bahawa pengumuman perlantikan senator bagi kuota wanita umno Pahang telah diumumkan oleh MB Pahang tetapi dengan tidak memaklumkan dan mendapat restu dari PM terlebih dahulu.

Banyak pihak menyuarakan rasa kecewanya berkenaan perlantikan tersebut atas kewajaran lantikan berkenaan. Kenapakah kawasan yang kalah oleh pembangkang diutamakan? Jika mengikut giliran, sepatutnya giliran ini jatuh kepada Jerantut namun MB telah mengabaikannya. Nampaknya MB Pahang lebih mengutamakan kroninya dari menjaga hati dan perasaan wanita umno Jerantut.

Jika inilah caranya MB Pahang melayani umno Bahagian, saya rasa pada PRU13 nanti kita akan melihat pembangkang akan melebarkan sayapnya dan akan merealisasikan misi tawan Pahangnya.

Saya sebagai penyokong umno selama ini pun akan berubah angin dan mengubah arah. Apakah harapan lagi yang kita ada jika pemimpin tertinggi negeri kita tidak prihatin kepada kehendak rakyat dan ahli umno bahagian.

MB harus juga memandang kebelakang dan juga kebawah, jangan asyik mendongak keatas sahaja. Jalan dihadapan nampaknya semakin runcing dan mencabar untuk seorang MB yang dirasakan sudah cukup lama memimpin negeri. Mungkin tiba masanya untuk beliau direhatkan dan merehatkan diri.

Saya percaya Pahang perlukan seorang MB yang lebih bersemangat dan prihatin kepada masyarakat dan penyokong UMNO untuk menentang pembangkang yang semakin berakarumbi dalam misi mereka menawan Pahang pada PRU13 nanti.

Thursday, April 30, 2009

JERANTUT MAHU LANTIKAN SENATOR WANITA



Kita tidak faham apakah kewajaran tindakan yang diambil oleh MB Pahang apabila ada ura-ura untuk melantik Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuantan sebagai Senator. Desas-desus menyatakan bahawa MB bercadang untuk melantik Pn. Zaitun Bt Mat dan dengan ini telah menafikan hak dan giliran yang sepatutnya diberikan kepada Jerantut.


Berikut adalah senarai perlantikan lalu sebagai rujukan:

  1. Hjh Habibah Abd Ghani - Kuala Lipis
  2. Noraini Hitam - Bentong
  3. Hasmah Hj Ismail - Raub
  4. Kalsom Yaakob - Maran
  5. Ramlah Kassim - Kuantan
  6. Melati Ali - Rompin
  7. Halimah Hamzah - Pekan
  8. Siti Rokiah Mohd Zabidin - Kuantan

Apakah MB merasakan Jerantut tidak wajar diberikan perhatian? Tambahan pula pada kali ini kita menyaksikan tidak ada seorang exco pun dilantik mewakili Parlimen Jerantut. Kita berharap agar MB mempertimbangkan semula cadangan beliau dan memberikan kesaksamaan kepada UMNO Bahagian Jerantut atau kita akan menyaksikan orang-orang Jerantut merajuk hati dan mungkin turut memberikan impak dalam PRU13 nanti.

Apa yang Jerantut inginkan adalah kewajaran dan kesaksamaan. Kita berharap suara kita ini akan didengar oleh pihak yang berkenaan dalam mempertimbangkan semula keputusan berkenaan. Kita juga berharap agar MB tidak hanya menjaga kepentingan sendiri dan kroninya sahaja.

Wednesday, April 29, 2009

PERANAN BLOG DALAM UMNO

YBM Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar
Ahli Parlimen Jerantut @ Ketua UMNO Bahagian

masih disayangi rakyat kerana keperhatinannya dan pembelaannya
terhadap bangsa melayu yang masih terpinggir dari arus pembangunan.


Ahmad Maslan Ketua dalam satu kenyataannya selepas dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO menyatakan bahawa UMNO akan memberi perhatian serius terhadap pengunaan blog sebagai wadah penyebaran maklumat sesuai dengan perdedaran masa dan perkembang teknologi.

Beliau juga meminta UMNO di bahagian-bahagian agar menumpukan perhatian terhadap pembinaan dan pengendalian laman-laman blog UMNO Bahagian masing -masing disamping memantau laman-laman blog pihak pembangkang yang cambah bagaikan cendawan.

Kita sangat menghargai dan sanjung tinggi keperhatinan beliau dalam melihat peranan blog yang memberikan impak besar dalam penyebaran maklumat terkini. Kita juga bersetuju sekiranya UMNO-UMNO bahagian mampu menwujudkan laman-laman blog masing-masing. Soalnya berapa banyak kesedaran yang ada dikalangan pemimpin-pemimpin diperingkat bahagaian terhadap keupayaan blog dalam menyebarkan maklumat? Sebahagian besar mereka masih tidak mengerti disamping masih memandang sinis terhadap kewujudan blog-blog.

Berapa banyakkah blog-blog penyokong kerajaan di negeri pahang ini berbanding dengan kewujudan blog pembangkang? Berapa banyakkah blog-blog yang mewakili UMNO dibahagian-bahagian? Berapa ramaikah pemimpin-pemimpin UMNO diperingkat bahagian yang memiliki laman blog? Jika bilangan dijadikan ukuran maka bilangan blog pembangkang nyata lebih banyak dari blog penyokong kerajaan. Apakah pemimpin UMNO tidak sedar?

Berkali-kali kita diingatkan bahawa PRU13 hanya dihujung selekoh, hanya 3 tahun lagi. Jika kita tidak berubah sekarang, apakah kita mampu berubah disaat-saat akhir nanti? Atau kita memang telah bersedia untuk kalah dan telah bersedia untuk menguburkan UMNO?

UMNO Bahagian Jerantut harus mengorak langkah kehadapan. Ketua Penerangan UMNO Bahagian harus sedar dan celik dengan memandang sekeliling. Ada berapa blog pembangkang di parlimen Jerantut? dan ada berapa blog pro UMNO di Jerantut? Jika Ketua Penerangan tidak celik IT, maka perlulah gunakan tenaga mereka yang celik IT untuk digembelingkan bagi kepentingan UMNO bangsa dan negara kita. Ianya harus dilakukan sekarang, segera dan bukan menanti esok atau lusa, atau jika terasa gagal dan enggan memikul tanggungjawab mungkin penyerahkan tugas kepada yang lebih berkebolehan adalah sesuatu yang wajar untuk dilakukan.

Monday, April 27, 2009

KURSUS BINA NEGARA DAN BLOG UMNO BHG. JERANTUT





Ketua Wanita UMNO Bahagian Pn. Norhelan Mahmud dan YBM Ketua UMNO Bahagian @ Ahli Parlimen Jerantut Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar


Pada 24-26 April lalu, satu program Kursus Bina Negara telah diadakan di Felda Jengka 24 dengan disertai dan melibatkan belia-belia Felda DUN Pulau Tawar yang berumur 18 tahun ke atas dan para peneroka yang menjadikan peserta kursus ini sebagai keluarga angkat mereka.

Kursus selama 3 hari 2 malam ini telah diresmikan oleh YBM Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar selaku Ahli Parlimen Jerantut dan dianjurkan bersama oleh Pejabat Ahli Parlimen Jerantut dan Pejabat Belia dan Sukan Jerantut. Objektif kursus adalah untuk membina semangat belia-belia tentang kepentingan perjuangan bangsa Melayu dan kerajaan yang berkuasa pada hari ini.

Kita melihat kursus seperti ini masih sangat releven untuk dianjurkan bagi mendekatkan semula golongan belia-belia dengan pemimpin dan kerajaan. Sepatutnya kursus-kursus seperti ini telah banyak dianjurkan selama ini agar tidak menjarakkan jurang antara generasi muda dengan generasi tua dalam menentukan kesetabilan corak politik negara.


Tn Haji Rosdi Sulong, Pegawai Khas Ahli Parlimen Jerantut.


Pada malam tersebut saya berpeluang berbual dengan Pegawai Khas Ahli Parlimen Jerantut, Tuan Hj Rosdi Sulong mengenai peranan blog dalam menyebarkan maklumat dan menangkis dakyah lawan. Saya turut memaklumkan beliau bahawa ada beberapa blog pembangkang dalam parlimen Jerantut yang aktif sedangkan tidak ada satu pun dari UMNO/BN yang berbuat demikian sedangkan kita mampu melakukannya lebih baik lagi.

Apakah UMNO Bahagian Jerantut masih belum sedar akan peranan Internet yang mampu memberikan impak besar dalam PRU12 yang baru lalu? Apakah UMNO Bahagian masih belum belajar untuk berubah sedangkan diperingkat pucuk pimpinan meminta akarumbi berubah secepat mungkin bagi menghadapi PRU13 nanti.

Saya hanya berharap agar pegawai tertentu yang diberikan mandat untuk melaksanakan penyebaran maklumat melalui blog dapat berbuat sesuatu dengan segera atau mungkin ianya patut mengundurkan diri dengan memberikan peluang kepada mereka yang lebih berinovasi dan mampu melakukan perubahan ketara dalam menguasai penerangan melalui blog-blog yang akan dikendalikan sebagai media alternatif.

UMNO Jerantut, berubahlah! PRU hanya 3 tahun saja lagi dari sekarang. Kita harus melihat kemerosotan undi sebagai satu isyarat bahawa kemungkinan besar UMNO/BN akan ditolak dala PRU akan datang. UMNO Jerantut harus berubah dengan hanya meletakkan mereka yang cerdik dan pandai saja untuk menjalankan tugas dengan berkesan. Jika tidak, kita haruslah bersedia untuk dikuburkan.


Sdr. Mizi, petugas di Pejabat UMNO Bhg Jerantut
juga seorang kontraktor yang berjaya

Sunday, April 26, 2009

PERUBAHAN UMNO - BAHAGIAN JERANTUT BAGAIMANA?




DSN - Harapan baru Rakyat Malaysia



Satu demi satu langkah diatur, dan sedikit demi sedikit perubahan telah dapat kita lihat. Demikianlah apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib dalam melayari bahtera UMNO. Semuanya nampak menarik dan rakyat nampaknya memberikan reaksi yang positif.

Kita terasa sebak apabila Datuk Seri Najib pulang ke Parlimennya di Pekan dan disambut dengan segala macam sepanduk yang menyatakan segala macam sokongan dari ahli dan penyokong PAS yang turut memberikan penghargaan kepada beliau sebagai Perdana Menteri Ke-6. Rupanya tidak semua pengikut PAS ini buta hatinya.

Di tv malam tadi kita menyaksikan Datuk Seri Najib turun padang dan membuat lawatan mengejut ke ibu kota dengan melihat dan mengalami sendiri masalah yang dihadapi rakyat disekitar Masjid India dan Pudu Raya. Sikap rendah dirinya yang sanggup turun bertemu rakyat juga mendapat reaksi positif dari kalangan masyarakat. Inilah pemimpin yang mereka nantikan dan dambakan selama ini. Pemimpin yang akan memperjuangkan rakyat bersama-sama rakyat dengan cara yang sopan dan beretika. Bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang hanya menyemarakkan semangat rakyat dan menuntut rakyat berjuang untuk dirinya sepertimana yang dilakukan oleh ketua pemimpin pembangkang.

Dalam mengendalikan UMNO, Datuk Seri Najib dilihat benar-benar inginkan perubahan dengan menyusunkan semula langkah bagi memantapkan parti. Perlantikan Ahli Majlis Tertinggi dan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri-negeri dilihat membuktikan kesungguhan beliau dalam menangani perubahan ini. Beliau sendiri menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri bagi negeri Selangor dan ini membuktikan kesungguhannya untuk merebut semula Selangor dari tangan pembangkang.

Hanya yang perlu bersungguh-sungguh menangani perubahan dalam UMNO adalah diperingkat akarumbi. Ketua-ketua Bahagian UMNO dan cawangan haruslah bersungguh-sungguh melaksanakan perubahannya. Bagaimanapun semua ini harus dilaksanakan segera kerana kita hanya ada masa 3 tahun saja lagi sebelum Pilihan Raya Umum akan diadakan semula bagi mendapat mandat dari rakyat.

Ketua Penerangan UMNO yang baru telah menyatakan bahawa penyebaran maklumat melalui internet dilihat sangat bekesan pada abad ini dan perhatian akan diberikan dengan menyemarakkan pembinaan laman-laman web dan blog bagi tujuan itu. Kita melihat bahawa ada kesedaran dan keperhatinan beliau mengenai peranan laman blog terhadap penyampaian maklumat kepada masyarakat terutama golongan muda. Soalnya sekarang adalah bahagian-bahagian UMNO harus bersungguh-sungguh melaksanakannya dengan seberapa segera.

UMNO bahagian Jerantut juga tidak ketinggalan dalam keinginan untuk bersama melaksanakanya. Kita dimaklumkan bahawa dibawah Biro Penerangannya telah disusun mekanisma untuk melaksanakan tugas tersebut, malangnya kesilapan Bahagian Jerantut UMNO masih seperti - memberikan tugas dan tanggung jawab kepada mereka yang tidak mampu melaksanakannya dan ini membuatkan tidak ada apa-apa yang mampu dilakukan selama ini.

Malanglah bagi UMNO bahagian Jerantut yang masih ketinggalan dari arus penggunaan media internet @ website/blog dalam penyebaran maklumat parti dan menjawab tohmanan pihak lawan kerana pihak lawan telah menunjukkan bahawa mereka lebih kehadapan dalam soal ini. Saya tidak tahu apakah UMNO Bahagian Jerantut sedar bahawa pembangkang di Jerantut memiliki beberapa laman blog yang aktif? Antaranya adalah;
pasjerantut.wordpress.com
pemuddajeranrur.blogspot.com
mtdpulautawar.blogspot.com
fadhilibrahim.blogspot.com

Apakah UMNO Jerantut masih leka atau tidak memiliki tenaga kepakaran dalam mengendalikan laman blog atau sebenarnya mereka masih memandang remeh? UMNO akan hancur ditangan mereka-mereka ini yang tidak perihatin dan enggan bertanggungjawab kepadamemperkuatkan parti. Saya menyeru UMNO Bahagian Jerantut supaya bangun lah dari tidur dan mimpi manis kerana PRU 13 hanya dihujung selekoh.


p.s.
Saya mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong UMNO di Bahagian Jerantut yang prihatin dan sentiasa mengikuti blog ini selama ini. Saya memerhatikannya dan mengambil tanggungjawab ini hanya kerana manyayangi parti keramat (UMNO) ini yang menjadi harapan semua untuk perjuangan bangsa dan negara tercinta.

Saturday, April 25, 2009

TAHNIAH SHARKAR

YB Dato' Sharkar


Memang sudah dijangkakan YAB Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Bin Yaakob sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.
Bagaimanapun perlantikan YB Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin sebagai Timbalan sangat dialu-alukan dan dilihat sebagai memberikan nafas baru kepada UMNO Negeri Pahang dalam menghadapi cabaran pada pilihanraya akan datang.

Kami mengucapkan tahniah kepada YB Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin atas perlantikan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Pahang dan mengucapkan terima kasih kepada YAB Dato" Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak yang telah memberikan kepercayaan dengan melantik beliau.

Kami menaruh kepercayaan yang tinggi bahawa UMNO akan mampu manafikan hasrat parti pembangkang untuk menawan Negeri Pahang dalam Piliharan Raya Umum ke 13 akan datang kerana YB
Datuk Mohd Sharkar dilihat sebagai pembawa angin perubahan kepada generasi muda yang inginkan pembaharuan.

Suara Prihatin UMNO Jerantut ingin manyatakan sokongan penuh bagi pihak ahli-ahli UMNO Bahagian Jerantut atas perlantikan tersebut.

Thursday, April 23, 2009

UMNO JERANTUT YANG MASIH TERLENA

Wan Amizan
ADUN Kawasan Tahan



Perkembangan politik tanahair semakin meruncing kerana desakan parti pembangkang yang semakin aggressif dan menerima semangat berikut kemenangan dibeberapa PRK-PRK yang baru diadakan. UMNO kebangsaan dan BN sedang berkerja keras untuk memberikan kefahaman kepada rakyat tentang keadaan sebenar dan berjuang mempertahanankan kuasa. Namun kita lihat UMNO di Bahagian-bahagian masih nampak leka dan tidak mengambil apa-apa inisiatif untuk bersama mempertahankan kekuasaan UMNO/BN sebagai parti pemerintah.

Seperti kita sedia maklum bahawa peperangan dikala ini lebih tertumpu kepada IT/ICT. Dengan wujudnya internet sebagai media penyampai maklumat, rakyat terutama golongan muda lebih tertarik kepada media tersebut berbanding media radio/tv kerajaan. Harus kita sedari bahawa radio/tv telah ketinggalah diarus zaman - bukan sepenuhnya tetapi sebahagian darinya.

Pihak pembangkan di Jerantut umpamanya telah menyediakan beberapaan web/blog bagi tujuan berkenaan antaranya adalah seperti berikut;
pasjerantut.wordpress.com
pemuddajeranrur.blogspot.com
mtdpulautawar.blogspot.com
fadhilibrahim.blogspot.com
dan lain-lain lagi.

Soalnya bagaimana dengan UMNO/BN? Apakah perancangan dan tanggungjawab yang diambil mereka untuk menentang pembangkang dari tohhmahan-tohmahan? Jika tiada blog UMNO/BN yang akan menjawab tohmahan pembangkang maka mereka akan berasa selesa dan menang dengan percuma. Soalnya kemana perginya pemimpin-pemimpin UMNO/BN Jerantut? Masih tidur lenakah mereka? PRU 13 semakin hampir. Apakahmereka sudah bersedia untuk dihanyutkan arus?

Apakah Ketua Pemuda UMNO Bahagian tidak menyedari ini semua? Masihkan YB Wan Amizan terlena oleh mimpi dan dibuai janji-janji KJ semasa PAU lalu? Saya melihat nafas UMNO sudah tinggal sedikit tatkala pemimpin-pemimpin masih lena dibuai mimpi-mimpi manis.

Sunday, April 19, 2009

Wanita UMNO Perhubungan Negeri Pahang

Ketua Wanita UMNO Malaysia.



Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO telah mengumumkan perlantikan Ketua dan Naib Ketua Wanita UMNO Perhubungan Negeri dan Wilayah Persekutuan semalam.

Seperti yang diramal, Pahang akan mendapat Ketua dan Naib Ketua Wanita UMNO Perhubungan Negeri yang baru. Saya melihat bahawa Wanita UMNO Bahagian Jerantut menyambut baik perlantikan Ketua dan Naib Ketua Wanita UMNO Perhubungan Negeri seperti yang diumumkan itu.

Tahniah dan syabas kepada Datuk Rosni Zahari dan Roslin Abdul Rahman atas perlantikan mereka sebagai Ketua dan Naib Ketua Wanita UMNO Perhubungan Negeri Pahang yang baru. Kita melihat ini adalah berita gembira buat Wanita UMNO Jeantut yang telah memberikan sokongan kuat kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sepanjang kempen PAU yang lalu.

Wanita UMNO Pahang khususnya Bahagian Jerantut berharap agar Datuk Rosni Zahari akan menjalankan tugas dan tanggung-jawab dengan lebih berkesan, telus dan saksama dalam menghadapi iklim politik masa kini yang mencabar.

Kita yakin dan pasti ada peluang dan ruang untuk Ketua Wanita UMNO Bahagian Jeantut @ Norhelan Mahamud untuk berjuang dan berbakti yang akan diberikan oleh Ketua Wanita UMNO Perhubungan Negeri Pahang kelak.

Tuesday, March 31, 2009

ANWAR JADI PM?

ANWAR JADI PM? PEMIMPIN MELIWAT?


Ketika UMNO sedang berubah dan membersihkan diri, apalah yang PAS dan PKR lakukan? Nampaknya PAS dan PKR masih bergelumang dengan dosa dan kecelakaan mereka sendiri. PAS dari dulu,kini dan selamanya akan sentiasa menggunakan Islam sebagai modal politik mereka. Mengkafirkan sesiapa yang todak menyokong mereka dan menjanjikan syurga untuk pengikut-pengikut mereka walaupun hanya berbaring ditengah jalan.

PKR masih guna isu memburukkan Dato' Seri Najib dengan dengan soal kapal selam dan Wanita Mongolia. Isu yang telah lapok itu akan sentiasa dimainkan berulang-ulang kali biarpun kita sudah jemu mendengarnya. Niatnya hanya satu supaya rakyat menolak Dato' Najib dan memilih Anwar sebagai PM. Anwar sebagai PM? Aku rasa lembu lebih jujur dari Anwar dalam apa hal sekalipun.

Anwar adalah wajah seorang yang rakus, pengkhianat, peliwat, penzina bini pembantunya sendiri dan pengadai maruah bangsa dan pengadai negara.

Monday, March 30, 2009

304 keldai-keldai yang berfikir ....

Wajah perasuah politik dan sebahagian dari 304 penjilat dan pecacainya



304 undi yang KJ perolehi dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda 3 penjuru. 304 perwakilan pemuda yang menyokong perasuah politik menjadi ketua pemuda. 304 perwakilan yang sanggup dan rela mengadaikan maruah bangsa demi kepentingan diri. 304 perwakilan yang dipercayai terlibat dengan penerimaan rasuah politik. sebahagian dari 304 perwakilan ini adalah mereka yang menghianati amanat yang dibawa dari bahagian. 304 keldai-keldai yang berfikir menggunakan poket seluar...(kata blog another brick in the wall - klik untuk baca)
304 perwakilan yang sepatutnya dikenakan tindakan tegas oleh lembaga disiplin UMNO dan diharamkan bertanding dan digantung keahliannya.

Diantara 304 itu adakah diantaranya perwakilan dari Bahagian Jerantut? Kita tercium ada bau neraka dibawa mereka ini.

Nota:
Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Bahagian Jerantut telah mencalonkan KJ dalam pertandingan 3 penjuru. Jong pecah yu kenyang. Pemuda pengadai bangsa.

Friday, March 27, 2009

PAU - APA YANG BERUBAH?


Apa salahnya KJ bertanding? Dia bukan dilarang oleh Lembaga Disiplin UMNO pun!


1. Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi dalam Perhimpunan Agung UMNO telah selesai. Keputusannya memang mengelirukan untuk kita membuat tafsiran. Tiada kalangan MB/KM yang menang. Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri(?) disaksikan tumbang. Beberapa senior dalam AMT juga telah direbahkan. Beberapa bekas menteri dan menteri besar berjaya meraih kemenangan. AMT wanita tunggal Datuk Dr. Norraesah Mohamad. Keseluruhannya adalah gabungan antara lama dan baru. Apakah yang perwakilan harapkan dari gabungan ini?

2. Memang sukar untuk buat tafsiran dan andaian apakah sebenarnya alasan terhadap pemilihan mereka atau atas dasar apakah mereka dipilih. Tidak seperti dalam sayap pemuda yang mana jelas kelihatan asas pemilihan perwakilan adalah sogokan. Tetapi kita tidak berani menyatakan ini dalam pemilihan AMT kerana corak atau pemilihan sebegitu tidak jelas. Saya tidak kata bahawa sogokan tidak langsung berlaku tetapi pemilihan AMT seakan tidak berdasarkan kepada sogokan.

3. Shahrir menyambut keputusan ini dengan penuh kecewa sehingga beliau memutuskan untuk meletakkan jawatan. Walaupun diantara AMT dengan kabinet adalah 2 perkara berbeza, namun mungkin kerana maruah beliau merasakan bahawa ada isyarat untuk memintanya mengundurkan diri. Kita juga berharap akan ada menteri dan timbalan menteri lain yang akan membuat keputusan serupa. Walau bagaimanapun saya ucapkan syabas kepada Datuk Shahrir kerana sedardiri dan berprinsip.

4. Pak Lah apabila diminta mengulas tentang kemenangan KJ hanya setakat menyatakan bahawa KJ memang layak mendapatnya kerana dia berkerja keras. Mungkin Pak Lah terlupa untuk mengulas tentang KJ didapati salahlaku dalam politik wang tetapi tidak dikenakan tindakan atau mungkin Pak Lah merasakan itu tidak menjadi kesalahan kerana KJ adalkah menantu beliau. Nampaknya Pak Lah sehingga keakhir pentadbirannya dia masih lena dan belum sedar atau sengaja tidak mahu mengakui bahawa KJ adalah laibility kepada UMNO.

5. Ketika TDM jadi perdana menteri, semua pihak dan parti politik bahkan serta dunia menantikan ucaptama beliau yang merangkumi agenda politik parti,wawasan bangsa dan negara serta sentuhannya terhadap pelbagai isu sejagat- ekonomi,keselamatan dan lainnya. Tetapi skop Pak Lah hanyalah dalaman UMNO semata-mata. Mungkin Pak Lah terlupa tentang masalah ekonomi global yang sedang kita hadapi serti terlupa untuk mengulas tentang isu kemanusiaan sejagat serta kekejaman zionis di Palestin. Atau mungkin Pak Lah tidak lagi peduli akan semua itu?

6. Saya serta ahli (prihatin) UMNO Bahagian Jerantut dan rakyat jelata dalam daerah Jerantut ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat bersara kepada DS Abdullah Ahmad Badawi PM Malaysia. Kami berpendapat inilah masa yang tepat untuk beliau mengundurkan diri serta berpendapat bahawa beliau telah membuat satu keputusan yang bijak.

KJ MESTI TOLAK JAWATAN KABINET UNTUK BERI PENUH KOMITMEN KEPADA PEMUDA


KJ mesti berikan komitmen penuh kepada pemuda dan buktikan dia bukan laibiliti UMNO



KJ telah mendapat apa yang diinginkan - jawatan ketua pemuda UMNO setelah memenangi pertandingan 3 penjuru dengan menewaskan Mukhriz dan Khir Toyo.

Menolak ketepi pertikaian bagaimana KJ boleh menang pemilihan sedangkan dia calon yang paling sedikit menerima pencalonan, menolak juga soal dia telah dibuktikan bersalah dalam salahlaku politik wang tetapi tidak dihukum serta dibenarkan bertanding, beliau harus kita terima seadanya sebagai ketua pemuda UMNO yang telah dipilih oleh perwakilan.

Kita harus juga menolak ketepi soal apakah rasionalnya para perwakilan memilihnya atau atas ransangan apakah menyebabkan dia terpilih, atau apakah rasuah dan janji rasuah yang dijanjikan kepada perwakilan kerana apapun KJ telah diangkat sebagai Ketua sayap Pemuda - sehingga ada pertikaian lain atau tindakan pihak berkuasa undang-undang yang akan mendakwanya keterlibatannya dalam rasuah politik, sehingga itu - beliau adalah ketua pemuda UMNO yang sah.

Tugas besar menantinya - dimana beliau harus merapatkan semula perpecahan yang berlaku dalam kem-kem pemuda. Tugas ini memang berat kerana dalam masa sama UMNO diasak dari kiri kanan oleh parti-parti Pakatan Rakyat tambahan pula PRU 13 semakin hampir. Jika UMNO gagal disatukan dan dirapatkan semula maka menjelang PRU 13 nanti tamatlah riwayat UMNO buat selamanya.

Oleh yang demikian, sebaiknya KJ tidak diberikan apa-apa jawatan dalam kabinet kerana ini akan menganggu komitmen beliau dalam tugas menyusun semula dan memberi nafas baru kepada pemuda UMNO.

Sebaliknya, berikanlah jawatan menteri kabinet kepada Mukriz kerana tenaga muda beliau sangat diperlukan bagi memperkemaskan jentera pentadbiraan kerajaan. Jika kita masih ingat, Mukhriz pernah berkata yang dia tidak memerlukan jawatan dalam kabinet untuk beri sepenuh komitmen kepada pemuda, apakah KJ tidak dapat lakukan perkara sama demi pemuda atau memang KJ jenis manusia yang tamakkan kuasa dengan menghendaki segala-galanya.

KJ mesti buktikan bahawa dia benar-benar ingin membina pemuda yang benar-benar mantap dan bukan hanya kerana tamakkan kuasa dan jawatan kerana kita percaya bahawa jika Mukhriz menjadi ketua dia akan benar-benar menolak jawatan dalam kabinet. Kita sebagai ahli ingin melihat kejujuran dibuktikan oleh ketua pemuda UMNO yang telah mendapat apa yang dikehendakinya.

Saturday, March 21, 2009

TERKINI CALON PILIHAN JERANTUT








MUHYIDDIN PASTI DIHUKUM - BLOG JELAPANG

Tulisan berikut diambil dari blog Jelapang;

Sumpah Muhyiddin adalah berikutan sms yang disebarkan oleh orang tertentu yang berbunyi: "xxxxx xxxxx beri wang rm200 x 400 orng = rm80,000 pd perwakilan jerantut melalui adik menteri; XXXX bantu sykt anak xx xxxxxxxxxx yg hampir bankrup. ini semua bukan rasuah? kita desak (1) semua ahli lembaga disiplin mesti letak jawatan (2) XXXX disiasat berapa AP Miti keluarkan sejak bulan april 2008 lalu. (3) semua calon yang lain juga disiasat. jika tak, Umno akn kalah dlm PRU 13 nanti kerana tak puas hati dgn cara Umno".

Sebagai ahli UMNO Bahagian Jerantut yang prihatin, saya mengambil berat kenyataan diatas. Cuma kita tidak tahu siapakah yang dimaksudkan itu dan kerana apa kenyataan itu dikeluarkan? Untuk memenangkan Mat Taib? Dendam kerana Ali Rustam tidak berpeluang bertanding? Atau hanya untuk memusnahkan UMNO?


Bagaimanapun perwakilan UMNO Bahagian Jerantut sudah membulatkan maufakat untuk memilih mereka yang seperti dibawah;

Timbalan Presiden:
Muhyiddin Yassin - walaupun terapat banyak khabar angin dan isu yang membabitkan pembunuhan karektornnya ditambah dengan khabar bahawa tidak disukai oleh Pak Lah, namun beliau masih tetap unggul sebagai pilihan terbaik.

Naib Presiden:
Rais Yatim
Hishamuddin
Shafie Afdal

Ketua Wanita:
Rafidah Aziz - dalam keadaan hampir sama dengan Muhyiddin, bagaimanapun pada hari-hari terakhirnya nampak semakin mantap sokongan yang diperolehi dari banyak pihak.

Ketua Pemuda:
Mukhriz - Terutama selepas hujah di tv9, masih utuh dan mengungguli serta telah lekat dihati para perwakilan. Pemuda Bahagian 'solid' akan memberikan sokongan dari yang dibisikan oleh Ketua Pemuda Bahagian. Mukhriz - tidak terlalu menonjol dan ghairahkan jawatan, boleh dipercayai dan bakal membawa Pemuda kearah kegemilangan semula.

Ketua Puteri:
Shahniza - Calon dari Negeri Pahang yang berkemampuan dengan kelulusan undang-undang.

Saturday, February 28, 2009

SUARA UMNO JERANTUT











PAU semakin hampir. Debaran calon-calon yang akan bertanding semakan kencang. Tangan kiri para perwakilan semakin bergoncang menanti rahmat Tuhan - 'Politik itu satu perniagaan'

Kebelakangan ini saya banyak berpeluang berbual dengan para perwakilan ke PAU kelak, melihat apa yang tersurat dan tersirat dalam hati mereka. Juga cuba meneka halatuju politik yang mereka bawa.

Dari UMNO Bahagian itu sendiri, kepada Wanita lalu kepada Pemuda dan Puteri, maka dapatlah saya simpulkan bahawa UMNO Bahagian Jerantut masih berada dilandasan yang betul. Kesimpulan ini saya buat berdasarkan kepada calon-calon yang akan mereka pilih kelak.

Timbalan Presiden:
Muhyiddin Yassin - walaupun terapat banyak khabar angin dan isu yang membabitkan pembunuhan karektornnya ditambah dengan khabar bahawa tidak disukai oleh Pak Lah, namun beliau masih tetap unggul sebagai pilihan terbaik.

Ketua Wanita:
Rafidah Aziz - dalam keadaan hampir sama dengan Muhyiddin, bagaimanapun pada hari-hari terakhirnya nampak semakin mantap sokongan yang diperolehi dari banyak pihak.

Ketua Pemuda:
Mukhriz - Terutama selepas hujah di tv9, masih utuh dan mengungguli serta telah lekat dihati para perwakilan. Pemuda Bahagian 'solid' akan memberikan sokongan dari yang dibisikan oleh Ketua Pemuda Bahagian. Mukhriz - tidak terlalu menonjol dan ghairahkan jawatan, boleh dipercayai dan bakal membawa Pemuda kearah kegemilangan semula.

Ketua Puteri:
xxx - Bukan Ms x, tetapi namanya kita rahsiakan walaupun kita pasti banyak pihak sudah dapat menekanya.

Penulis akan dapat lagi maklumat sebanyak mungkin dan akan membuat pendedahan mengenainya pada saat-saat akhir sebelum PAU kelak.

Wednesday, February 25, 2009

KARPAL KATA PEMUDA UMNO CELAKA


Karpal sudah besar kepala. Cacing sudah naik kemata. Kerana marahkan laporan polis dan kiriman 2 butir peluru hidup kepadanya, akhirnya Karpal tidak dapat menahan marahnya di Parlimen apabila berkata Pemuda UMNO Celaka. Dia juga menuduh segalanya adalah didalangi oleh Pemuda UMNO.

Keling Paria DAP ini dah keterlaluan. Keling ini memang celaka hidupnya. Sebagai ahli UMNO dan ahli Pergerakan Pemuda UMNO atau setidak-tidaknya sebagai orang Melayu yang bermaruah apa komen dan tindakan kita? Orang Melayu PAS dan PKR tolak tepi kerana mereka itu penjilat buntut karpal seperti boss dia juga Al-Jubri the loss.

Sunday, February 22, 2009

PERUBAHAN: APA REAKSI KITA?


Posting saya yang lalu, Beranikah UMNO Berubah? (Klik sini)
tidak mendapat sambutan. Sudah tentu tidak dari penyokong parti pembangkang, tetapi tidak juga dari kalangan UMNO sendiri, termasuk yang biasa memberi komen selama ini. Saya tertanya-tanya sendiri, kenapa?

Dibawah ini sebahagian komen dari pengunjung yang serba sedikit boleh darinya kita buat kesimpulan sebab-musababnya;

12 comments:

Anonymous said...

Contributed by KeRIS
Nampaknya keadaan dalam negara khususnya di negeri Perak agak 'sesak' pada mutakhir ini. Disebalik 'kesesakan' yang berlaku, kita telah menerima berita dan pengumuman yang bersejarah bahawa BN telah diperkenankan oleh Sultan Perak untuk menubuhkan kerajaan negeri di Perak.

Namun disebalik keghairahan dan kegembiraan yang dikecapi oleh rakyat dan ahli BN, terdapat beberapa perkara yang mungkin terselindung. Secara tiba-tiba penulis terfikirkan sesuatu yang begitu menakutkan sebagaimana 'ketakutan' yang melanda pakatan rakyat pada waktu ini. Maaf sekiranya tulisan ini merencatkan 'perayaan' rakan-rakan semua.

Di saat 'perayaan' BN di Perak, kita seolah-olah terlupa akan kelibat 2 orang yang mungkin menantikan satu 'perayaan' peribadi yang lebih besar lagi. Dimana pak lah dan khairy? Setakat ini pak lah hanya muncul mengumumkan nama mb baru. khairy? Dimana raja 'enter frame' Malaysia ini? Pertanyaan ini sedikit sebanyak merencatkan suasana 'perayaan' penulis. Ajaib benar bila khairy tak keluar dalam tv dan akhbar.

Adakah ini sebenarnya satu komplot untuk menjahanamkan Najib? Perlu diingat, 4 orang 'pemain utama' ini tak mustahil akan melakukan sesuatu yang lebih hebat lagi. Mungkin saja salah seorang daripada mereka akan membuat 'pengakuan' atau 'dibuktikan' meminta atau menerima rasuah daripada Najib. Perlu diingat, dalam keadaan sekarang, perkara-perkara semacam ini SANGAT MUDAH diterima dan dipercayai oleh rakyat.

Apa kena mengena perkara ini dengan 2 beranak tu? Mudah. Sekiranya 'terbukti' Najib rasuah, Najib akan disiasat oleh SPRM 'yang betul-betul bebas'. Ketika itu mungkin Najib akan dilihat sbagai sangat tidak layak untuk jadi PM. Jadi siapa yang akan jadi PM? 'Maka dengan berat hatinya, pak lah 'terpaksa' meneruskan khidmat sebagai pm'.

Kem Muhyidin akan bergoncang, kem mat taib akan kencang, kem Mukhriz akan goyang, kem khairy akan ganyang.

Jadi, siapa yang sebenarnya akan jatuh? Nizar atau Najib? Adakah ini kemenangan UMNO dan BN? Atau adakah ini kemenangan pak lah dan menantu? Adakah ini satu grand design untuk menjatuhkan Najib?

Yang Benci Khairy
February 16, 2009 10:57 AM
Parpu Kari said...

SALAM BRO...AKU SETUJU BRO, MEMANG SUSAH LA SELAGI ADA MANUSIA BERNAMA KJ NI, MANYAK KUAT BERLAKON DIA NI BRO...
February 16, 2009 10:58 AM
SPU said...

Salam,

Komen Anon diatas agak luar topik dan boleh dinyahkan dari blog ini, namun oleh kerana SPU sealiran pendapat maka SPU membenarkannya disiarkan untuk kali ini sahaja.
February 16, 2009 11:20 AM
Siapalahaku(taman negara) said...

Inilah kenyataan di dalam UMNO sekarang.Kebanyakkan pemimpin UMNO mmg berjuang hanya utk kepentingan peribadi mereka sendiri bukan utk kepentingan bangsa seperti yg mereka laungkan.Layakkan kita meletakkan UMNO untuk terus memimpin jika masih mereka tidak berubah?disinilah asas mengapa saya pernah katakan supaya kita undi oembangkang dan biar UMNO parti kita yg bertuah ini kalah semoga akan ada iktibar utk UMNO akibat kekalahan nanti. jika tidak pemimpin UMNO akan terus bekrja utk kepentingan diri tanpa memikirkan rakyat.berubahlah dari menjadi pak turut yg sentiasa menurut tanpa ada usaha utgk memperbetulkan keadaan. percayalah saya menentang dan memberi komen adalah kerana saya sygkan parti UMNO bukan saya sygkan pemimpin UMNO. marilah kita nyahkan pemimpin yg bangsat dari dlm UMNO.bersihkan UMNO dari para pengkhianat.
February 17, 2009 5:41 PM
awi.prt8 said...

salam kenal SPU.
jemput adds blogs saya http://nasilemakbungkus.blogspot.com
February 18, 2009 5:42 PM
Anonymous said...

itu hak demokrasi dia untuk jaga kepentingan peribadi dia. ini hak demokrasi tuan blog untuk nyatakan pendirian dia. adalah menjadi amalan demokrasi dan sebahagian yang dikatakan demokrasi jika dirasuah untuk rebut jawatan. kena berlapang dada sedikit kepada yang kedekut dan tak rasuah. itu hak demokrasi perasuah untuk merasuah. kalau menang dengan merasuah tak kisah apa dah tapi dalam proses PAU yang dikatakan masih subur amalan demokrasi. tak perlu berubah dah. sekarang pun dah ok...kenapa perlu berubah? najib dan pak lah yang terbaik untuk kita. sapa lagi?
February 18, 2009 7:31 PM
BH said...

Anon di atas percaya kepada demokrasi termasuk mendapatkann jawatan dengan merasuah perwakilan, jadi jika ini benar kenapa kita atau ramai diantara kita harus bangkitkan soal rasuah dalam UMNO? Jika ianya dihalalkan kenapa harus dipertikaikan?

Mungkin Anon tersebut bermaksud bahawa rasuah politik ini halal kepada mereka yang terlibat (calon dan perwakilan) tetapi ianya tidak didalalkan oleh mereka yang tidak dikalangan tersebut tadi. Vagaimanapun suara majoriti harus diikuti kerana itulah demokrasi sebenar dan majoritinya adalah ahli UMNO akarumbi dan tidak dari kalangan calon dan perwakilan.

Kita fikir dan pertimbangkan.
February 18, 2009 8:28 PM
SPU said...

Setuju dengan BH, apa-apa berkenaan rasuah dalam UMNO harus dibendung kerana UMNO adalah tunggak kerajaan. Jika gagal disekat maka akan merebak kedalam kehidupan seharian.

Cua bayangkan jika dalam Malaysia segala-galanya adalah rasuah! Untuk dapatkan ini kena rasuah untuk dapatkan itu kena rasuah, b ahkan untuk dapatkan tiket bas dan keretapi kena rasuah - segala-galanya rasuah, mampukah kita hidup dalam keadaan demikian?
February 18, 2009 8:46 PM
Siapalahaku(taman negara) said...

emm yelah.. kan rasuh ni halal.. buatlah didunia ni. tapi jawablah nanti di akhirat jemah kan..
February 19, 2009 5:06 PM
Siapalahaku(taman negara) said...

emm yelah.. kan rasuh ni halal.. buatlah didunia ni. tapi jawablah nanti di akhirat jemah kan..
February 19, 2009 5:06 PM
Anonymous said...

KALAU NAK NAIK TAKDE CARA LAIN. INI CARANYA...TAK PAYAH DIUBAH DAH... INI AMALAN TRADISI PARTI KITA. KENAPA NAK SANGKAL. BUKAN KENA TANGKAP PUN...NI ANTARA AHLI SAHAJA..BAGI PUN BERALAS..ADA AGEN.. DIAM2 SUDAHLAH
February 19, 2009 7:21 PM
Siapalahaku(taman negara) said...

yelah biarlah yg memberi dna menerima tu menjawab di akhirat nanti..taulah azab neraka nanti jgn terjerit mintak tolong dgn aku sudahlah..
February 21, 2009 3:49 PM


Saya mengandaikan bahawa sebenarnya UMNO masih belum bersedia untuk berubah. Bukan sekarang ini, atau pun mungkin tidak sampai bila-bila.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN