Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Wednesday, October 9, 2013

SOKONGAN KU LAN SEBAGAI KETUA BAHAGIAN SEMAKIN MENINGKAT


 
 
Entah kenapa, bagaikan satu trend baru kepada politik Jerantut dimana sokongan terhadap Ketua Bahagian, Ku Lan semakin banyak. Sokongan terbuka ini dapat dilihat terutamanya di media-media sosial sama ada di laman facebook dan blog.

Selain itu, kenyataan begini juga hebat kedengaran dalam sembang dan perbincangan-perbincangan politik di kedai-kedai kopi sekitar Jerantut. Kita tidak dapat menolak bahawa ini adalah atas dasar simpati dan sayangkan Ku Lan sebagai Ketua Bahagian dan pemimpin masyarakat di Jerantut. kemana saja beliau pergi, beliau tetap masih dihormati.

Hakikatnya, rakyat dan ahli-ahli UMNO Jerantut sudah faham dan jelas bahawa jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian itu ada 2 entiti yang berbeza yang saling menyokong antara satu sama lain.

Ada juga pandangan yang mempersoalkan kenapakah Ahli Parlimen bersungguh-sungguh menentang Ku Lan bagi jawatan Ketua Bahagian. Jikalau Ketua Bahagian berjuang untuk jadi Ahli Parlimen itu sangat difahami, kerana dari jawatan yang kecil kita ingin mendapatkan yang lebih besar dan mencabar, namun jika dari jawatan yang kita pula merebut jawatan yang lebih kecil ini memang sukar difahami.

Ada juga pihak yang mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen ini adalah kerana penasihat-penasihatnya yang tidak sabar untuk menguasai segalanya terutama dalam politik di Jerantut ini. Ini bukan lagi soal perjuangan untuk membela rakyat kerana jika ingin membela rakyat tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen sudah sangat mencukupi baginya untuk berbakti.

Blog WZWH yang sejak dulu lagi sememangnya pro kepada ADUN Tahan juga tidak berganjak sokongannya kepada kumpulan Ku Lan dan Wan Amizan biar pun sering diserang 'pencacai' upahan Ahli Parlimen. (Klik Sini)

Realitinya sokongan terhadap Ku Lan semakin meningkat dan sudah semakin pasti beliau akan dapat mempertahankan jawatannya. Sebagaimana kenyataan yang dibuatnya sebelum ini bahawa beliau hanya menginginkan jawatan berkenaan untuk sepenggal saja lagi, untuk membantu menyudahkan kerja-kerjanya yang masih belum selesai. Tidak ada cacat-celanya jikalau beliau Ketua Bahagian dan dalam masa sama Hj Nazlan yang dilantiknya dahulu melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN