Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, October 14, 2013

SAYAP-SAYAP UMNO JERANTUT SOKONG KU LAN

 
 Dato' Wan Abu Bakar bersama Ku Lan
 
 
Sayap-sayap UMNO Jerantut telah selesai melaksanakan tanggungjawab mereka masing-masing dengan menjalankan pemilihan jawatankuasa yang baru serta juga memilig ketua-ketua sayap diperingkat pusat. Keputusannya KJ dan Shahrizat kekal sebagai Ketua Pemuda dan Ketua Wanita dan Mas Ermiyati terpilih sebagai Ketua Puteri UMNO yang baru.

Sementara di Jerantut Pula, semua ketua-ketua sayap mendapat ketua yang baru. Ketua Wanita disandang oleh Siti Hajar yang menewaskan penyandangnya Norhelan. Zamri Abdul Rahim menang Ketua Pemuda mengalahkan 3 calon lain termasuk Adzlan manakala Ketua Puteri dimenangi oleh Syafinaz Azman, anak Dato' Nazilah mantan Ketua Wanita UMNO Jerantut dulu.

Apapun, ketiga-tiga kepimpinan sayap-sayap ini adalah dikatakan akan memberikan sokongan mereka kepada Ku Lan dalam pemilihan Ketua Bahagian pada 19hb nanti. Sokongan berkenaan sudah cukup untuk memastikan bahawa kepimpinan Ku Lan masih diperlukan sekurang-kurangnya untuk sepenggal lagi. Selain itu, veteran UMNO Bahagian Jerantut juga ramai yang cenderung dan menyokong Ku Lan.

Antaranya adalah mentan-mantan Ketua UMNO Bahagian - Hj Kamalruzaman Baria, Dato' Wan Abu Bakar dan ramai lagi. Pengamal media sosial juga ramai yang dilihat cenderung kepada menyokong Ku Lan sejak awal lagi. Ada beberapa antaranya yang dilihat sebagai menyokong Hj Nazlan namun lama kelamaan suara mereka menjadi semakin lemah dan tenggelam. Bahkan ada yang seakan kecewa dan mengumumkan akan bersara bagai mohon simpati.

Ahli UMNO Jerantut harus bijak melihat bahawa sokongan terhadap Ku Lan bagi mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian ini adalah seumpama satu gelombang dan arus deras. Tiada apa yang mampu menyekatnya. Justeru, jika menentang arus akan tenggelam atau dihanyutkan. Terajak perahu masih boleh diundur.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN