Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Wednesday, October 2, 2013

PERANG MEDIA SOSIAL JERANTUT BERMULA ?

DS Najib bersama penganjur Konvesyen Media Sosial 1Malaysia


Akhirnya media sosial juga sudah digunakan dalam perang merebut jawatan dalam parti pada pemilihan bahagian kali ini. Blog WZWH sudah sedar dan peka terhadap perkembangan tersebut dan telah juga mengenalpasti blog-blog berkenaan. (Baca Blog WZWH pada posting bertajuk: Kenapa Tengku Azlan Menjadi Darling Of Media Sosial Jerantut?)

Di laman facebook, facebooker-facebooker dari kumpulan cikgu-cikgu nampaknya sudah membentuk satu pasukan dan berkerja sebagai satu team. Itu sangat jelas dari status-status dan komen-komen mereka sejak kebelakangan ini. Jika benar ramalan berkenaan, sahlah baru kini Ketua Penerangan yang juga merangkap Ahli Parlimen baru kini memulakan tugasnya dan menggerakkan media sosial, namun untuk dirinya sendiri semata-mata dan bukannya untuk kepentingan UMNO Bahagian.

Pencabar Ketua Wanita dan calon Naib Ketua yang bersamanya juga kelihatan sangat aktif dalam facebook kebelakangan ini. Pasti mereka akan dapat menarik perhatian sebahagian dari pengundinya. Kesedaran pada peranan media sosial tentu akan mampu membantu dan memberikan sedikit impak dalam pertandingan mereka kelak. Calon yang 'buta' media sosial dan tidak yakin dengan 'viral impact' nya pasti akan terpaksa berendam 'airmata' selepas tamat pemilihan nanti. (Baca Sini).

Benar, Ketua Wanita banyak mengadakan program untuk parti tetapi berapa ramai yang sedar dan tahu mengenainya kerana tiada laporan di media-media termasuk media sosial sendiri. Menganggapnya tidak penting adalah satu kebodohan dan kesilapan besar. Walaupun benar pihak pencabar ada memberikan hadiah berupa 'kain pasang' kepada perwakilan dan 'sampul berisi surat cinta', namun hubungan media sosial yang baru saja meledak di Jerantut sudah pasti menarik perhatian kalangan perwakilan.

Khabar dari lebuhraya bahawa ada kenderaan yang sarat membawa 'textile' yang dijadikan 'cenderamata' semasa kempen terkandas tersebar begitu cepat melalui media sosial. Mungkin media sosial mampu membantu seseorang calon untuk mencapai kejayaannya namun dalam masa sama mungkin juga mampu menamatkan karier seseorang pula. Bagaimanapun sebaiknya janganlah media sosial ini dipergunakan dengan cara salah yang mungkin akan memberikan 'peluru' kepada pihak musuh dalam menghadapi PRU14 nanti.

Tahniah kepada cybertrooper Hj Nazlan yang sudah menguasai media sosial di Jerantut. Tahniah kepada sahabat-sahabat yang bersama didalamnya dan memimpinnya. SPU tetap bebas dan tidak menyebelahi mana-mana. Menulis mengikut naluri dan kehendak hati dan bukan dibiayai oleh sesiapa, mungkin ini lebih baik dalam memperkatakan politik UMNO Jerantut. Walaupun berseorangan, lawan tetap lawan!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN