Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, October 22, 2013

UMNO JERANTUT: GARIS SEMPADAN ANTARA YANG MENANG DAN YANG KALAH





CnP skrin shoot di laman facebook


1. Pemilihan sudah berakhir. Tahniah kepada Hj. Nazlan kerana berjaya menghadapi segala macam cabaran. Takziah buat Ku Lan kerana gagal pertahankan jawatan. Tahniah kepada semua yang menang dan takziah kepada semua yang kalah. Pertarungan sudah berakhir. Walau apa alasan sekalipun yang menang sudah menang dan yang kalah sudah kalah. Sepatutnya UMNO mesti disatukan dan dikuatkan semula kerana perjuangan sebenar adalah dalam menghadapi PRU14 akan datang.

2. Yang menang bukan menang semua dan yang kalah bukan kalah semua. Mantan Ketua Wanita patut dilantik kerana ada kekuatan pada dirinya, beliau banyak membantu memenangkan UMNO dalam PRU13 lalu biarpun tidak diwar-warkan kepada khalayak. Menyingkirkannya akan melemahkan UMNO. Usaha juga mesti dilakukan untuk memujuk semula para perwakilan yang juga pengundi dalam PRU14 nanti. Mereka yang sudah di'rasuah'kan untuk tidak menyokong seseorang mesti di'neutral'kan semula fikirannya kerana kemungkinan orang itu juga yang akan jadi calon PRU akan datang dan kita akan merayu pula supaya menyokong dan mengundi mereka nanti.

3. Pada mereka yang berjanji mestilah menunaikan janji-janji mereka. Jangan ada sebarang alasan untuk menolak janji-janji dan jangan juga ada sebarang alasan untuk menghalalkan cara kerana matlamatnya. Ahli-ahli UMNO dan masyarakat melihat apa yang kita lakukan sekarang ini. Jikalau kita memberikan contoh yang tidak baik tidak mustahil mereka akan menolak UMNO dalam PRU14 nanti. Yang berjanji untuk bersara mesti bersara, yang berjanji untuk berhenti kerja kerana berikan tumpuan kepada tanggungjawab juga mesti laksanakannya.

4. Budaya cantas mencantas dalam UMNO masih berleluasa dan tidak dapat dibendung, biasanya yang tewas akan merajuk hati, jika UMNO semakin kecil dan tidak kuat dalam menghadapi PRU akan datang, kita sudah tahu siapa yang akan kita salahkan. 'Rasuah' sudah jadi budaya dalam UMNO dan tidak dapat dipisahkan. Jangan salahkan kalau ada yang menyindir bahawa UMNO dan rasuah berpisah tiada kerana ianya memang sudah nyata. Siapa yang mengedar kain pasang kepada perwakilan? Kita ada banyak rakaman kenyataan namun kita simpan untuk laporan resmi dan didokumentasikan supaya anak cucu kita nanti akan tahu bahawa masih ada 'Si-Kitol' dan 'Raja Mendaliar' dalam peradaban moden sekarang.

5. Perwakilan jangan salahkan pemimpin, kerana hanya yang buta memilih yang pekak, yang rompong memilih yang bisu. Mudah-mudahan UMNO masih akan kekal menjelang PRU14 nanti, jika ianya tenggelam, maka salahkanlah diri kita sendiri yang menjual segala akal dan budi kerana memilih kepentingan diri.

6. Benar, ada alasan menolak mentan ketua kerana kroni sekelilingnya namun apa jaminan bahawa tidak akan ujud kroni disekeliling ketua yang baru?  Konon, sudah merancang mengahih-agihkan 'harta rampasan perang'. Kita perhatikan, kerana usia UMNO mungkin juga sudah tidak akan bertahan lama. Orang Melayu lebih mudah bersatu untuk kalah.

Friday, October 18, 2013

MAJLIS PENGENALAN CALON DI KAWASAN FELDA

 
 Ku Lan bersama KW yang baru


 Duduk semeja: Ku Lan, Siti Hajar, Hj Nazri, Hj Kamar dan lain-lain
 
 
 
Semalam, satu majlis memperkenalkan calon-calon yang bertanding bagi jawatan-jawatan dalam pemilihan UMNO Bahagian Jerantut yang akan diadakan pada Sabtu nanti telah berlangsung. Perwakilan-perwakilan dari seluruh Felda dalam parlimen Jerantut telah hadir untuk suai-kenal dengan calon-calon.

Selain itu taklimat ringkas tatacara mengundi juga turut dimaklumkan oleh YB Dato' Wan Amizan selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang juga akan turut mempertahankan jawatannya didala.m pemilihan akan datang.

YM Tengku Azlan atau lebih mesra dengan panggilan Ku Lan turut berucap dan menyatakan sebab-musabab kenapa beliau harus mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian untuk sepenggal lagi.

Bagaimanapun, ucapan yang sangat ditunggu-tunggu oleh perwakilan dan ahli-ahli UMNO Jerantut adalah dari Tuan Haji Ahmad Kamarulzaman Mohd Baria, mantan Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

Dalam ucapannya yang panjang lebarnya, Hj Kamar menerangkan alasan kepada beliau menyokong Ku Lan dalam pertandingan merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian pada kali ini. Tindakan beliau yang memberikan sokongan kepada Ku Lan seterusnya menyertai 'team' berkenaan sangat mengejutkan banyak pihak dan menjadi tandatanya kepada ramai. Kita berharap blog WZWH akan turut menyiarkan klip video berkenaan dalam waktu terdekat untuk penjelasan umum.

Semalam senarai calon-calon dipihak Hj Naslan sudah dikeluarkan oleh pihaknya melalui laman facebook. Bagaimanapun ada beberapa keraguan apabila ada beberapa individu yang cuba bermain dalam 2 pasukan dimana nama mereka disenaraikan didalam kedua-dua pasukan. 
 
Pihak perwakilan kali ini perlu lebih bijak dengan menolak calon-calon yang tidak diketahui secara sah sokongan mereka. Mereka itu haruslah diibaratkan sebagai 'khunza' atau makhluk 2 alam yang tidak tentu jantan betinanya. Politik baru mengkehendaki individu yang tegas dan tetap hati dan bukan yang hanya ingin 'bermain' selamat dalam politik.

Selain itu, calon-calon yang sudahpun memenangi jawatan dalam sayap-sayap juga mesti ditolak kerana mereka ini selain dari menunjukkan sikap tamat mereka kepada jawatan juga sudah pasti tidak akan dapat memberikan fokus dan komitmen kepada jawatan yang disandangnya. Kita harap ada pihak yang berani tampil mengeluarkan senarai calon-calon dalam ketegori ini dalam masa terdekat.

 

Thursday, October 17, 2013

SOKONGAN MEDIA KEPADA KU LAN

WZWH membawa media sosial Jerantut setapak lagi kehadapan



Perang media sosial di Jerantut menjelang pemilihan UMNO Bahagian akan datang nampaknya semakin menarik. Media sosial sudah diperhebatkan dan digunakan sepenuhnya. Jika sebelum ini hanya blog dan facebook yang memainkan peranan, kita sudah tiba masa youtube turut digunakan.

Beberapa klip video yang di upoad kan di youtube sudah dikesan. Kebanyakannya adalah datang dari satu sumber, iaitu WZWH. Tahniah WZWH kerana berjaya mewujudkan jentera siber atau cybertrooper yang mantap. Mudah-mudahan kentera ini akan terus kekal dan dapat digunakan dalam menghadapi musuh parti menjelang PRU14 nanti.

Berikut adalah klip-klip video yang kami kesan setakat ini mengikut turutannya. Siapa kata media sosial tidak berfungsi dalam politik setempat? Jangan kerana kita yang buta media sosial lalu kita menuduh semua orang lain sama seperti kita.  Siapa Ketua Penerangan UMNO Bahagian yang berpandangan gelap sewaktu beliau manjawat jawatan tersebut didalam UMNO Bahagian? Apakah sumbangan beliau terhadap penerangan UMNO selama ini?











Wednesday, October 16, 2013

HANGAT: HAJI KASIM ANGGAP PERWAKILAN BODOH JIKA MEMILIH AHLI PARLIMEN?

Skrinshot dari laman facebook Haji Kasim


Facebooker Haji Kasim (bukan nama sebenar) dilaman facebooknya menulis status 'Satu Kesilapan Besar DS Najib.....???' dengan merujuk kepada pemilihan Ahli Parlimen calon dalam PRU lalu sebagai satu kebodohan. (Klik Sini). Haji Kasim menganggap tindakan DS Najib itu sebagai 'bodoh' dan dengan penuh kekesalan mengharapkan Ahli Parlimen lama sepatutnya dikekalkan.

PRU sudahpun berlalu dan kita telahpun memilih beliau sebagai wakil rakyat. Namun, mungkin juga wajar kalau beliau hanya tidak dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini supaya 'kebodohan' tidak berulang sekali lagi. Justeru, perwakilan dinasihatkan agar berfikir semasak-masaknya agar mereka juga tidak di tuduh 'bodoh' oleh Haji Kasim sekiranya memberikan undi kepada Ahli Parlimen yang dilihat tidak sabar untuk merebut kerusi Ketua Bahagian.

Justeru, ahli-ahli UMNO Bahagian Jerantut diseru supaya kekalkan kepimpinan yang sedia ada kerana transformasi bukanlah bermakna menukar kepimpinan yang lama kepada yang baru, hakikatnya adalah mengubah minda ahli-ahlinya untuk memastikan UMNO tetap pada landasan yang betul, terus memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara serta tetap relevan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN