Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, October 7, 2011

PEMIMPIN TAK SAYANGI UMNO


PRU13 akhir untuk UMNO jika pemimpin masih belum sedar diri



Perkembangan semasa blog dan facebook di Jerantut semakin  tidak mampu dikawal. Media sosial yang sepatutnya memberikan kebaikan dan faedah kepada penggunanya sudah bertukar menjadi menjadi racun dan senjata pemushan yang sangat berbahaya.

Terbaru, sebuah blog yang nyata menyokong orang tertentu telah menulis dengan niat untuk 'mengaibkan' seorang ADUN dalam pelbagai kes penyalahgunaan kuasanya selama ini. SPU tidak nafikan ada kebenarannya apa yang diperkatakan itu, namun ianya sepatutnya disampaikan dengan cara yang lebih berhemah kerana apa yang dilakukan itu bukan hanya merosakkan individu berkenaan, malahan akan merosakkan UMNO secara keseluruhannya.

Kita sedar bahawa ini hanyalah mainan politik satu pihak dalam mengalahkan pihak yang lain, namun apabila media sosial digunakan tanpa berhemah maka keputusannya sangat buruk dan boleh merosakkan kedua-dua pihak yang sedang bertentangan dan bahkan UMNO dan kerajaan secara keseluruhannya. Justeru SPU mencadangkan supaya satu pertemuan diadakan diantara pengamal media sosial di Jerantut ini yang akan menemukan kesemua mereka yang mewakili semua kumpulan bagi menjernihkan suasana.

Kedua-dua 'taiko' kumpulan berkenaan juga patut hadir sama dalam program 'gencatan senjata' media sosial ini dan bersama sepakat dalam menentukan halatuju politik UMNO itu sendiri bagi menjamin kemakmuran rakyat dan khususnya memenangkan UMNO BN dalam PRU akan datang.

SPU percaya ini dapat dilakukan dengan sedikit usaha dari beberapa pihak yang terlibat. Kekeruhan ini harus dijernihkan sebelum ianya terlambat. Jika dibiarkan nanti, pasti pihak yang satu lagi akan 'telanjangkan' pula pihak musuhnya dan akhirnya kedua-dua pihak akan menerima padahnya. Ibarat kata pepatah; ' Jika seurat demi seurat benang di lucutkan, yang tinggal hanya hanya 'anu' yang tercodat tak ketentuan'!

Bagaimana kita hendak hadapi PRU dalam keadaan ini? Sebenarnya pemimpin UMNO tidak sayangkan parti kecuali diri mereka sendiri saja serta kroninya. Pemimpin UMNO juga tidak kisahkan jika UMNO gagal memerintah asalkan mereka masih kekal jadi YB. Pemimpin UMNO masih percaya bahawa 'UMNO tidak akan kalah' dalam PRU akan datang seolah-olah UMNO adalah sebuah parti keramat.

Khabarnya semalam parti KITA telah adakan perjumpaan di sebuah hotel di Jerantut. Apakah DUN Damak, Tahan dan Pulau Tawar kita rasa masih selamat untuk BN? Jangan memandang rendah pada yang kecil kerana 'politik' bukanlah 'matametik' yang boleh dicongak dengan angka-angka begitu saja. 'One Number' juga sudah kehilangan 'giginya' untuk mengiggit politik Jerantut ini dengan teori nombornya.

6 comments:

Anonymous said...

Jom kita ramai ramai bako pemimpin pemimpin UMNO yang korup. Mereka ini adalah racun yang merosakkan UMNO

Anonymous said...

pentingkan diri itu la umno jerantut..sekian terima kasih..yb buat ape?? budak la ni tak tau apa itu UMNO wei...

Anonymous said...

SPU,

Kerana dari dulu mereka berjaya menggunakan kaedah dan taktik ini, maka terus gunakan tanpa memikirkan kesan kepada parti masing. Kerana nak menguji?, Allah naik kan mertabat pemimpin mereka. Agak nya ini kerja WZWH dan KD, kedua-dua nya terpewlajar daa master lagi, tetapi minda nya...sendiri mahu tahu.

SPU adakan ini cerminan orang jerantut, pemikiran nya?. adakah ini pertanda UMNO/BN Jerantut akan bertukar tangan. Aku rasa WZWH perlu di tarbiahkan. Katakan apa berlaku kepada beliau jika ketua nya tidak lagi jadi wakil rakyat?.

Apakah orang yang dikatakan tidak sebangsa dan seugama dengan WZWH dan KD?, adakah mereka tak serupa warna darah, atau mereka berdarah hijau kerana kesan hentaman radioaktif ?, atau mereka sudah hampir nak andropose?, biasa nya minda akan bercelaru, nafsu kuat , benta nya lentok? . Haha.....ha..ha, perangai nya.


Salam dari Dubai.

Anonymous said...

Tak perlu nak ambil peduli apa yang disiarkan oleh KD dan WZWH. Satu jerantut dah tau bapa sedara dengan anak sedara tu gila.

Anonymous said...

WZWH DAN KD NE JIKA NAK TAU SAUDARA DARI DUBAI,?, JIKA KETUA NYA TIDAK LAGI MENJADI YB, MEREKA APA SUSAH, BERKERABAT PULAK DENGAN YB BARU, MISI MEREKA HANYA NAK MENUMPANG MENCARI MAKAN, MEREKA AKAN HIMPIT DAN PERTAHANKAN YB BARU PULAK!!!

patpatsikulipat said...

Ada sikit maklumat utk ditambah didalam posting ini. Arwah dato Ghazali Sulaiman telah di paksa oleh Hanafisah & Dato Halim Chap menandatangani 10 keping cek book kosong umno bahagian Jerantut. Cek tersebut telah ditandatangan oleh Dato Zali dlm keadaan terpaksa. Di minta Ajk UMNO Bahgian siasat perkara tersebut. Apa tujuan cek itu ditandatangan? Dikatakan cek tersebut diminta oleh Hanafisah seminggu sebelum Arwah Dato Zali meninggal dunia. Patpatsikulipat cabar Hanafisah bukti akan ada projek umno yg akan dilaksanakan berkenanan sepuluh cek tersebut, atau ia digunakan utk kepentingan peribadi bendahari dan ajk yg kalah itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN