Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, October 30, 2011

SIBER TROOPER PRO BN TIDAK DICAKNA ?

 Nik Aziz meraikan blogger dan facebooker (Siber Tropper)
pro Pas dalam satu majlis di Selangor tidak lama dulu


1. Sahabat blogger Nasional bising-bising apabila mereka diminta oleh Syarikat Lynas untuk datang mendengar taklimat dan kemudiannya menulis diblog masing-masing bagi pertahankan Lynas dari tohmahan pembangkang berkenaan isu nuklear dan radiasi. Mereka kecewa kerana datang dari jauh tetapi hanya diberi wang saku yang sangat ciput dan tak berbaloi langsung bahkan dalam erti kata lain; tak lepas duit tambang.

2. Sahabat blogger PahangKu bising-bising apabila mereka tidak diminta oleh Syarikat Lynas untuk datang mendengar taklimat berkenaan bahkan merasa dipinggirkan, demikian yang dimaklumkan oleh seorang sahabat blogger dari KL. Rupanya blogger dari Pahang sendiri tidak diberikan kepercayaan oleh sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan di Pahang.

3. Khabarnya hari Isnin nanti sahabat-sahabat blogger Nasional akan bersama-sama menulis isu tidak puas hati mereka diblog masing-masing sebagai protes terhadap Lynas. Syarikat Lynas mengharapkan mereka membantu tapi rupanya mereka pula yang menjadi 'kacang hantu'.

4. SPU memang melihat sejak dari dulu lagi Pahang tidak pernah atau tidak ikhlas menghargai blogger serta pengamal media sosial pro kerajaan. Mungkin dalam hal ini, pengamal media sosial pro pembangkang lebih bernasib baik. Tidak hairanlah apabila khabarnya ada blogger pro kerajaan sudah ingin beralih arah.

5. Mungkin pemimpin masih belum benar-benar sedar peranan yang mampu dilakukan oleh pengamal media sosial. Di negeri yang dikuasa pembangkang, para pengamal media sosial, blogger dan facebooker sangat dihargai. Sejumlah dana diperuntukkan untuk memajukan dan memastikan mereka menguasai perang siber dalam PRU13 nanti. Bahkan ada dikalangan mereka dianugerahkan gelaran Dato' dan sebagainya atas sumbangan mereka.

6. Pemimpin kita masih dilamun mimpi dan yakin bahawa PRU13 UMNO masih memegang kuasa. Mereka masih memejam mata dan berusaha merebut 'harta rampasan perang' untuk diri sendiri dan kroni dan 'siber trooper'nya dibarkan 'mati kelaparan.

7. Hehehe! PRU13 adalah hari pembalasan. Hari Pembalasan itu semakin hampir. Teori RAHMAN akan jadi kenyataan dan Najib akan disahkan kelak adalah PM terakhir dari UMNO BN. Jangan terkejut apabila ahli UMNO sudah tidak menyokong UMNO lagi dalam PRU nanti. Dari gerak kerja dan soalselidik yang dilakukan, banyak peti undi di DUN-DUN yang jumlah pengundi berstatus 'Hitam' dan 'Kelabu'nya lebih banyak dari yang 'Putih'.

8. Jangan salahkan rakyat dan ahli, tapi salahkan pemimpin itu sendiri dan tanyakan mengapa mereka dibenci?

5 comments:

Anonymous said...

Salam.Mungkin siber trooper pro BN perlu berubah arah.Biar kan pemimpin UMNO bekerja sendiri kerana mereka aja yg kenyang selama ni pun.Buat apa kita jadi lembu mereka?

Anonymous said...

Nampaknya begitulah, umno kena berjuang sendiri dalam pru13 nanti, inche' Dullah Samdol yg kekenyangan terpaksa berperang menentang lawan. pembangkan sdah ada jenteranya yang mantap tetapi umno....??? pe impinnya hanyalah bagaikan seekor lembu kekenyangan

Anonymous said...

ahh,korang la org umno yg ber'hati busuk' sbnarnya..penghasut,pemaki dan penghasad..patut la deme beberape kerat bekawan sesame deme jee..hahaha..luncai...luncai...

Admin. Jerantut Daily said...

Salam tuan,
mohon linkkan blog baru kami dan war-warkannya, kerjasama tuan diucapkan ribuan terima kasih ~ Admin. Jerantut Daily

SPU said...

Jerantut Daily,
Blog tuan sudah dilinkkan, selamat berblog...Ekekekeke!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN