Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, September 30, 2013

SOKONGAN KEPADA KETUA BAHAGIAN MASIH KEKAL

Ahli-ahli Jawatankuasa masih dan akan tetap kekal 
memberikan sokongan kepada Ketua Bahagian



Atas nama transformasi, mereka menyusun satu barisan untuk menentang kepimpinan yang ada. Konon ingin melakukan perubahan, konon nak menggantikan yang tua dengan yang muda. Apakah itu benar atau hanya satu penipuan belaka? Ahli UMNO Jerantut mesti celik mata luas-luas dan buka minda juga luas-luas.

Barisan kepimpinan UMNO sedia ada terdiri dari; Ketua bahagian - Ku Lan, Timbalan Ketua - Wan Amizan dan  Naib Ketua - Hj Nazri sementara pasukan penentang adalah Hj Nazlan, Dr Shukri dan Ahmad Jaafar (melainkan Ahmad Jaafar telah ditipu oleh pasukannya sendiri dan dijadikan mangsa dalam pertarungan).

Jika memilih mengikut umur, kita boleh memilih Hj Nazlan, Wan Amizan dan Mustapha Maarof. Malanglah bagi Dr Shukri sebagai ahli kumpulan transformasi yang terpaksa dikorbankan kerana faktor usianya. Selain itu. beliau juga sudah terlalu lama dalam politik dan sebagai ADUN Pulau Tawar yang sudah tidak popular kepada rakyat.

Namun, transformasi bukanlah bermakna mengubah dari yang tuan dan lama  kepada yang muda dan baru semata-mata. tetapi ialah perubahan terhadap dasar dan cara-cara perlaksanaan. Gabungan antara yang lama dan baru sangat diperlukan bagi keterampilan dan kematangan didalam UMNO Bahagian itu sendiri.

Kepimpinan Ku Lan sebagai Ketua UMNO Bahagian sangat diperlukan bukan saja menggabungkan kepimpinan baru dan lama namun ianya dapat membantu perubahan kuasa berlaku dalam keadaan aman bagi terus menstabilkan UMNO Bahagian. Bayangkan jikalau Ku Lan tidak bertanding, apa akan jadi? Perebutan jawatan akan terjadi dengan lebih sengit dan itu akan menguggat dan memecah-belahkan UMNO Bahagian.

Ahli UMNO Jerantut janganlah memandang kesediaan Ku Lan pertahankan jawatannya hanya dari satu sudut semata-mata. Tidak hilang bisa ular yang menyusup akar. Tidak hilang kuasa Ahli Parlimen jika beliau bukannya Ketua Bahagian. Beliau sudah mengetuai satu kelompok rakyat yang besar berbilang kaum dan agama serta berbeza ideologi politik. Kenapa harus turun untuk berebut jadi ketua kepada hanya segelintir orang yang hanya dari kalangan satu parti politik sahaja?

7 comments:

Anonymous said...

Hah oih,Tak mulek amat UMNO sekarang ni ye oih? demeknya berpolitik untuk perut dema aje yok? kerank oih.Bunteklah perut demeknya tu yok?

SPU said...

Tuan,

Susah nak kata sbb parti lain dan org lain pun sama nampaknya, cuma ada yg jelas kelihatan tapi ada yg dapat disembunyikan... jadi yg Putih itu bkn semestinya Suci dan Bersih....

Anonymous said...

Menunggu SPU menulis biodata ahli UMNO Jerantut yang akan bertanding untuk jawatan AJK UMNO bahagian Jerantut.Ini akan memudahkan para perwakilan untuk memilih siapakan yang layak dan perwakilan dapat menilai siapakah calon tersebut demi kebaikan UMNO bahagian Jerantut.Masih ada masa untuk perwakilan meneliti saiapakah yang layak untuk menjadi ajk bahagian.Yang pasti beberapa AJK lama memang sepatutnya dah kena tendang.Dah berkarat dah.Tak ada apa pun yg dibuat untuk kebaikan UMNO Jerantut.

Anonymous said...

kalau mengikut tradisi UMNO Bahagian Jerantut sejak dari UMNO lama lagi, Ketua Bahagian akan disandang oleh Ahli Parlimen. Tidak faham kenapa kali ini Ketua lama ini masih lagi tidak mahu melepaskan jawatan itu kepada Ahli Parlimen Baru, apakah motif sebenar beliau disebalik itu,Lagipun berdasarkan track record UMNO Bahagian sekarang adalah tidak diterajui dengan baik, kalau diterajui oleh orang lama yang sudah sememangnya tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan, adalah diyakini UMNO Bahagian Jerantut ini tidak mempunyai perubahan malah kerja-kerja Ahli Parlimen untuk membawa perubahan tidak dapat berjalan lancar.

Adalah lebih baik kuasa sebagai Ketua Bahagian itu diberikan kepada Ahli Parlimen supaya beliau dengan mudah untuk melobi bagi mendapatkan pembangunan-pembangunan di daerah ini selain UMNO itu dapat digilap dan ditingkatkan lagi dengan kepimpinan yang baru..Jadi adalah sangat sesuai dan sangat patut para perwakilan memuat perubahan dan memilih barisan kepimpinan team B (Nazlan, Dr Shukri dan Mustafa Maarof), team yang dipelopori orang muda dan juga orang lama...

SPU said...

Salam,

Tradisi? Tradisi apa? Adakah etrmaktub dalam perlembagaan? Soalnya sapa langgar sapa? Sapa yg janji tak akan derhaka tetapi atas desakan 'langau' yang tak sabar2 untuk merebut segalanya maka janji tak ditepati. Jangan jadi begitu bodoh sehingga tak tahu bahawa Parlimen dan UMNO itu dua entiti yg berbeza.... parlimen lebih besar dari UMNO.. jika alasan nak berkhidmat memang sudah memadai bahkan sudah lebih dari mencukupi... tamak haloba... dan terpengaruh oleh 'langau' yang akhirnya akan mengulangi sejarah orang terdahulu...jatuh dan disingkirkan dengan penuh penghinaan.....

yang tahu said...

tradisi taik awk spu masa jadi ahli parlimen dgn ketua bhagian pun tk buat apa nk ketua bhagian lagi poraaaah

Anonymous said...

Oiii SPU, apsala lepaskan komen Yang Tau yg main taik tu, bdk terencat akal tu kita tau sapa dia... cybertrooper mat lan lah tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN