Khabarnya Ketua Bahagian akan dilawan oleh Ahli Parlimen yang pernah dilantiknya sebagai Ketua Penerangan. Demokrasi didalam UMNO menghalalkannya. Bertandinglah. Cuma kedengaran diakar umbi adanya usaha untuk mendapatkan undi dengan cara yang tidak sihat. Kepimpinan di cawangan dicaturkan dengan menjatuhkan orang tertentu kerana tujuan untuk menyokong calon tertentu. Dan ini bukan usaha kosong. Segalanya memakan belanja. Maka berlakulah politik wang dalam UMNO sekali lagi.
Ketua Wanita UMNO Bahagian juga khabarnya akan turut ditentang. Ketua Penerangan yang dilantiknya bersekongkol dengan Naib Ketua untuk menjatuhkan Ketua Wanita yang ada. Sudah tentu ada tangan-tangan hitam dari dalam dan luar yang menjalankan kerja buruk ini. Dan yang melakukannya bukanlah orang lain tetapi ahli dan pemimpin UMNO sendiri, jadi siapa yang sayangkan UMNO sebenarnya?
Khabar calon-calon tertentu ditaja oleh orang-orang tertentu sudah heboh di seluruh Jerantut. Hendak dibuat laporan resmi masih tidak ada bukti sah, dan memang susah kerana yang melakukannya adalah dari kalangan pemimpin parti sendiri. Jadi apakah pertandingan ini namanya demokrasi? Atau matlamat yang menghalalkan cara untuk membunuh UMNO dari dalam? Yang pasti orang yang paling gembira menjelang PAU ini adalah Anwar dan konco-konconya.
Beberapa hari lalu, ada pemimpin tertinggi yang memeggang jawatan dalam kerajaan mengadakan pertemuan di Raub dengan kakitangan jabatannya, namun tujuan sebenar adalah untuk memantapkan kedudukan dalam perebutan jawatan dalam parti tidak lama lagi. Setiausaha pasti ada butiran dan membawa balik 'peluru-peluru' yang dibekalkan. Orang Jerantut sudah tahu!
No comments:
Post a Comment