Hampir semua cawangan-cawangan UMNO telahpun melaksanakan Perhimpunan Agung masing-masing. Banyak cerita-cerita yang kedengaran kepada kita. Ketua-ketua cawangan berubah, ketua wanita dan pemuda juga bertukar dan yang lebih penting diperhatikan adalah perwakilan ke mesyuarat perwakilan bahagian yang juga bertukar.
Bukan sedikit cawangan-cawangan yang direncanakan perubahannya bagi menyokong orang-orang tertentu. Apakah itu kejayaan orang-orang tertentu dalam menentukan sokongan dengan bantuan rasuah politik? Rupanya kita masih belum bebas dari politik wang. Bahkan tidak lama sebelum ini salah seorang Naib Presiden telah memanggil pertemuan di Raub dengan membekalkan peluru-peluru kepada para perwakilan dan bakal perwakilan bagi melaksanakan tugasnya.Mungkin Setiausaha bahagian boleh menrangkannya ataupun menafikan bahawa beliau tidak mendapat apa-apa. Beranikah melakukannya?
Cawangan Kuala Tahan sudah berubah kepimpinannya. Nampaknya yang naik bukanlah dari penyokong ADUN Tahan. Jadi siapakah mereka itu? Bukankah mereka ini dirancangkan untuk mengambl alih kepimpinan oleh pihak yang tertentu? Dalam kata lain mereka disiapkan untuk jadi pencacai dalam pemilihan akan datang. Apakah Ahli Parlimen tidak terlibat?
Di cawangan konon ada pertikaian jumlah kehadiran dan pengundian berbeza. Konon isu orang luar dimainkan dakam pemilihan ketua. Isu mereka menyokong parti lawan dalam PRU13 juga disebut-sebut. Soalnya jika nama mereka ada dalam daftar ahli sahlah meraka itu ahli. Tidak mustahil mereka penyokong parti lawan yang menyusup kedalam UMNO untuk merosakkan UMNO dari dalam.
Di bahagian-bahagianjuga tidak mustahil ada ramai penyokong aparti lawan yang menyusup kedalam UMNO untuk meruntuhkan UMNO dari dalam. Pemimpin pembangkang sangat sedar bahawa tidak mungkin kerajaan ditumbangkan dengan cara menghadapi Pilihanraya, lalu pendekatan yang terbaik adalah menyusup kedalam UMNO.
Jangan kita hairan jika dalam PAU tidak lama lagi ada banyak pertandingan serta provokasi melampau dalam media sosial, semuanya adalah usaha untuk menjatuhkan UMNO. Alhamdulillah jika UMNO masih dapat bertahan selepas PRU14 namun banyak pihak merasakannya tidak begitu. Bukannya faktor Anwar lagi tetapi adalah faktor dalam UMNO sendiri.UMNO Jerantut sudah retak menunggu belah.
Transformasi dalam UMNO Jerantut adalah....pemimpin berubah dan pencacai serta langau politik juga bertukar. Kehidupan rakyat tetap sama seperti dulu. Wakil rakyat yang jelas nampak berubah dulu kereta biasa kini ada 2 kenderaan mewah dibeli tunai? Patut dalam PRU petugas semua 'kering tekak'!.
Transformasi dalam UMNO Jerantut adalah....pemimpin berubah dan pencacai serta langau politik juga bertukar. Kehidupan rakyat tetap sama seperti dulu. Wakil rakyat yang jelas nampak berubah dulu kereta biasa kini ada 2 kenderaan mewah dibeli tunai? Patut dalam PRU petugas semua 'kering tekak'!.
2 comments:
Siapapun ketua bahagian sama je, langau juga yang mengelilinginya....siapa langau sekarang ni?
Kalau kita menyokong UMNO pun keadaannya sama juga tidak berubah.Dah lama akar umbi melaungkan agar pemimpin UMNO berubah namun haram mereka tak mendengar.Salahkah akar umbi kalau idak memilih UMNO lagi? tak salah.. yg salah adalah pemimpin UMNO yg bangsat dan pekak tidak mendengar kehendak rakyat.
Post a Comment