Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Wednesday, September 11, 2013

TSUNAMI KEDUA MEDIA SOSIAL JERANTUT?





Nampaknya blog-blog Jerantut sudah aktif semula. Di Pahang Jerantut adalah antara daerah yang banyak melahirkan blogger. Menurut kiraan tidak resmi ada kira-kira 40 buah lama blog yang dikenalpasti. Mujur mereka semua mendiamkan diri menjelang PRU13 lalu, jika tidak tentu akan memberikan impak kepada calon-calon UMNO yang bertanding.Kebimbangan kita adalah blog-blog tersebut lebih banyak mendatangkan mudarat kepada parti dan memudaratkan berbanding memberikan faedah.

Ramai yang berpendapat kebanyakan blog dan laman facebook penyokong UMNO hanya berperanan menjetuhkan sesama sendiri menjelang Mesyuarat Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO akan datang. Dimana mereka semasa PRU lalu, ketika kita dambakan pejuang-pejuang mengekang serangan lawan termasuk Red Bean Army?

Kepimpinan UMNO tentu bimbang peranan para bloggers dan facebookers yang berkemungkinan secara tidak sedar membantu pihak lawan dalam menjatuhkan maruah dan para pemimpin UMNO menjelang PAU nanti. Tidak mustahil akan ujud ramai pencacai politik yang akan berjuang hanya untuk pemimpin mereka yang membiayai mereka tanpa mengambil kira kesan kepada UMNO sendiri.

UMNO sedang menghadapi PAU, DAP juga akan menghadapi mesyuarat semula mereka kerana sah mereka yang kononnya selama ini sangat demokratik tetapi sebenarnya adalah pemerintahan 'kuku besi'. Pas juga akan menghadapi pemilihan mereka selepas itu. Semua mata sedang memerhatikan UMNO. Kestabilan UMNO adalah masalah bagi mereka, justeru tanpa kita sedar ada pemimpin kita yang dilagakan dan ada blogger dan facebooker kita yang diupah untuk menghancurkan.

Ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi juga mestilah bertindak lebih cerdik untuk tidak dijadikan alat dalam merosakkan parti. Cuba hindari sebarang pertandingan jika ianya tidak perlu, jangan jadikan alasan pertandingan sebagai satu-satunya cara bagi menunjukkan bahawa kita mengamalkan demokrasi. Bukan juga tanpa perlawanan bermakna kita tidak demokrasi.

Yang penting, demokrasi atau apapun haruslah mendatangkan kebaikan kepada ahli dan rakyat keseluruhannya. Jangan kita turuti apa yang terjadi di Iraq dulu dan Mesir baru-baru ini. Atas nama demokrasi mereka menentang kerajaan, namun akhirnya apa yang mereka dapati? Segalanya adalah kerosakan dan huru hara. Kita harus sedar, diluar sana negara-negara besar siap siaga dengan penjajahan cara baru, menjahanamkan Iraq hanya untuk minyak dan merosakkan Mesir hanya untuk menjaga kepentingan Israel.

'Ku Lan', Ketua UMNO Bahagian Jerantut jangan ditentang. Ketua Wanita UMNO Bahagian juga jangan usik, beliau sudah banyak lakukan kerja kebajikan untuk UMNO sepanjang PRU lalu, cuma dia tidak pandai mencari nama, atau beliau berjuang bukan untuk nama. Berikan peluang dan ruang untuk bekas Ketua Puteri yang masa depannya masih cerah dan panjang.

Sama-sama kita pastikan kestabilan dalam UMNO Jerantut. Kita mesti bijak memilih siapa yang akan kita undi dan kita curahkan taat setia dan khidmat bakti. Pemimpin yang tamak akan merosakkan parti melainkan memang untuk menjahanamkan parti jika dalam hatinya ada niat untuk menyokong perjuangan lawan.

Hindari terlibat dalam politik wang. Banyak mata yang memerhatikan pemilihan kali ini dan mereka yang mengamalkan politik wang akan dikenakan tindakan tegas oleh pucuk pimpinan.


1 comment:

Anonymous said...

Dah 3 penggal Ku Lan jadi ketua UMNO bahagian.Kita pun tau dia mmg tak buat kerja. Jadi wajarkah kita masih melantik dia? kita nak UMNO maju tapi kalau ketua mcm ni nak maju mcm mana? kenalah berfikir positif.Tu sebab UMNO bengap dari dulu hingga kini.sebab semua kena ikut ketua jadi lembu dicucuk hidung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN