Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, September 27, 2013

RASUAH POLITIK, 'PATPATSIKULIPAT' KEKENYANGAN ?

'Screenshoot' dari blog SPU



Blogger 'Patpatsikulipat', pada posting 6 bulan lalu menulis dengan tajuk; Calon Elit Cikgu Nazlan Akan Tinggalkan Rakyat Marhaen' namun posting berkenaan telah ditarik balik atau dipadamkan dari blog. Kita faham kemungkinan besar blogger berkenaan telah 'bruppp' kerana ditumbuk rusuk atau sudah 'kecut telor' bila menghadapi kenyataan politik sekarang ini. Kemungkinan juga sudah berubah sokongan dan akan terlentang kekenyangan sepanjang masa kempen pemilihan ini.

Bagaimanapun, saya masih ingat apa yang diperkatakannya dalam blog dahulu, bahawa Cikgu Lan yang terpilih sebagai calon Ahli Parlimen akan meninggalkan rakyat marhaen dan tidak benar-benar berjuang untuk rakyat marhaen. Fokusnya hanya akan tertumpu kepada kalangan guru-guru sahaja. 

Memang saya melihat jangkaannya tidak silap, kerana sepanjang pemerhatian memang Ahi Parlimen lebih mengutamakan guru dari rakyat marhaen. Senarai pemantau mesyuarat contohnya, dengan bantuan kakitangan pejabat UMNO sendiri, nama calon asal telah digantikan dengan nama baru yang kebanyakannya dari kalangan guru. Begitu juga sewaktu penamaan calon AJK Bahagian, yang terlibatnya adalah guru-guru dan kakitangan jabatan pendidikan. Tidak ada ruang bagi orang awam seperti kita.

Malahan tohmahan bahawa pemimpin sedia ada hanya dikelilingi kroninya sahaja juga sudah berleku kepada mereka sendiri. Ahli Parlimen sekarang juga sudah dipenuhi dan dikelilingi oleh karoni-kroni sendiri. Segala kontrek sudah sedia diagih-agihkan sesama mereka, jadi apakah bezanya yang baru dengan yang lama jika isu kronism ditohmahkan?

Dilaman facebook, banyak pihak yang dulunya menyanjung bekas Ahli Parlimen namun sekarang ini berpaling arah. Bukan setakat berubah sokongan bahkan sudah mula menerca. Saya teringat kisah anjing yang tersepit yang akhirnya mengigit tangan yang melepaskannya dulu. Apakah bezanya? Bukan politik itu yang kotor, tetapi perlaksanaannya....dan matlamat menghalalkan cara.

Isu rasuah politik dimainkan. Namun jangan lupa bahawa itu adalah perkara lama yang diulang semula. Bahkan diantara kita ramai yang terlibat dalam memberi dan menerima. Apakah kita tidak malu kepada diri sendiri apabila mengecam perbuatan buruk itu tetapi dalam masa sama kita juga melakukannya? Didalam UMNO masih ramai manusia hipokrit, jangan melihat orang lain tetapi lihatlah diri sendiri. Apakah perjuangan kita benar demi 'ABATA'?


2 comments:

Anonymous said...

Koi dah sampai tahap benci dgn org politik dah.semua sama aje keparat belaka.

Anonymous said...

kita dah tau rasuah tu satu dosa, kenapa ahli perwakilan masih sanggup menerima wang suapan politik ini, menerima bermakna kita membelakangkan hukum agama dan undang-undang negara.., jadi kita harap perwakilan yang menerima wang itu biarlah berniat ikhlas dan punyai rasa lebih takut kepada hukuman Allah daripada janji-janji manis manusia yang berupa rasuah ini, dari itu penerima ini diminta tanpil kehadapan dengan wang yang diterima dan gambar-gambar (jika ada) laporkan kepada pihak berwajib, SPRM, Lembaga Disiplin UMNO (kenapa lembaga disiplin ini senyap sepi sekarang ini,adakah mereka ni sedang melakukan perjalanan dalam gelap untuk mengintip). Kalau tidak berbuat demikian, tunggulah "AZAB YANG PEDIH" dari Allah SWT nanti sama ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN