Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, September 22, 2013

NEW POLITIC - UMNO JERANTUT ?




Akhirnya 2 calon Ketua Bahagian, 2 calon Timbalan Ketua, 3 calon Naib Ketua, 2 calon Ketua Wanita serta 4 calon Ketua Pemuda manakala 3 calon Ketua Puteri sah bertanding ketika waktu mendaftar ditutup semalam. Yang sangat menarik adalah seramai 71 orang calon menawarkan diri sebagai AJK Bahagian Jerantut. Itu petanda bahawa UMNO masih relaven dan masih diperlukan jadi suara rakyat.

Ahli UMNO Jerantut mesti memahami perkembangan politik baru dengan jelas. Jika kita inginkan UMNO berubah maka mestilah kita mengubahnya dari akarumbi lagi, iaitu di peringkat cawangan dan bahagian. Pilihlah Ketua dan AJK yang benar-benar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan jujur dan berkesan. Jangan memilih kerana dia sahabat atau keluarga kita walaupun kita sedar mereka tidak mampu melaksanakan tugas. Jangan juga memilih kerana mereka 'merasuah' kita dengan duit atau kain-kain seperti selalu.

Yang penting kita kena sedar bahawa tidak patut langsung ada kumpulan-kumpulan didalam UMNO. Bagi calon Ketua Bahagian, Timbalan dan Naib Ketua, biarkan mereka sendirian bertarung dan kita memilih atas dasar keupayaan mereka sendiri. Kerana jika berpasukan kita juga akan terpaksa memilih AJK yang antarnya tidak mampu melaksanakan tugas mereka dengan berkesan dan ini akan merugikan UMNO dan bangsa Melayu yang diwakilinya.

Pemilihan AJK mestilah bebas dari dipengaruhi oleh pasukan kerana individu yang kita pilih nanti akan berdiri sebagai dirinya sendiri. Kita mengharapkan AJK yang terpilih nanti adalah yang sederhana tetapi bijaksana dan mampu menggalas tanggungjawab dengan bersih cekap serta amanah. Tolak politik wang. Singkirkan AJK yang hanya menumpang nama pemimpin. Pilih pemimpin muda atau pemimpin yang berumur tetapi bersemangat baru dalam meremajakan UMNO bahagian

Kita ada 71 pilihan. Pilihlah dengan bijaksana dan saksama. Jangan salahkan UMNO lagi kerana kesalahan kita memilih pemimpin yang menerajuinya.


3 comments:

Anonymous said...

Salam.Sekurang kurangnya aku respect jgk kat UMNO sebab masih ada demokrasi.Para perwakilan jalankanlah tugas anda semua dengan jujur untuk memilih siapakah yang layak untuk menjawat jawatan didalam UMNO jerantut.

Anonymous said...

Salam SPU.Kalau boleh senaraikanlah semua ahli UMNO bahagian Jerantut yg akan bertanding nanti untuk penbaca menilaikan siapa mereka sebelom pengundian dibuat.Harap perwakilan UMNO jerantut semuanya tidak terikut dengan kehendak pihak pihak tertentu yg seolah memaksa perwakilan memilih calon yang mereka hendak.Biarkan perwakilan memilih mengikut apa yg mereka rasa siapa yg layak.Terima Kasih

SPU said...

Anon 1:46,

Cadangan akan diusahakan, SPU juga cadang nk buat ulasan berkenaan calon2 jawatan tertinggi. Bersabarlah dan teruskan membaca blog SPY yg semakin demokratik tanpa bias kepada mana2 pihak. Perjuangan Alif Ba Ta akan tetap diteruskan,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN