Kita menganggap kita lah yang lebih bijak dari orang lain. Kita juga menganggap kitalah yang lebih setia dan sayangkan UMNO lebih dari orang lain. Kita menganggap hanya kita sajalah yang boleh dan berhak menyumbang kepada UMNO dan bukan sesiapa yang lain. Inilah kita dan fikiran didalam kepala kita orang-orang UMNO. Kita menganggap bahawa UMNO tidak akan binasa namun kita lupa bahawa banyak parti-parti didunia yang seusia dengannya sudah berkubur dan tinggal nama saja. Kita juga lupa bahawa ketentuan Allah yang hidup akan mati, bahkan Rasulullah yang juga kekasih Allah turut wafat.
Kita memberikan berbagai alasan dari logika untuk membenarkan kehendak dan hajat kita. Maka kita sebarkanlah bahawa kita terpaksa menentang Ketua Bahagian atau Ketua Wanita Bahagian dengan beberapa alasan. Namun jika mencari alasan lain, kita juga mempunyai beribu alasan untuk tidak menentangnya. Kepentingan siapa yang kita perjuangkan sebenarnya?
Di cawangan bandar, ahlinya semakin berkurangan kerana sikap ketua yang menyingkirkan ahli yang berpotensi untuk menentangnya dan menjadi ketua cawangan. Kita sanggup ahli makin sedikit asal kita dapat jadi ketua. Maka jadilah kita ketua, Isteri ketua wanita, anak-anak jadi ketua pemuda dan puteri. Maka benarlah UMNO jadi parti anak beranak. Lalu bagaimana kita menghadapi PRU jika hanya ada 10 atau 30 puntung sahaja yang akan menyokong dan mengundi kita?
Kita telah semakin sakit. UMNO sudah semakin sakit dan mebusuk hingga ke usus. Pemimpin atasan diperingkat bahagian memeggang jawatan bagaikan itu adalah hak turun temurun mereka. Jawatan sebenarnya bukanlah hak melainkan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Disekeliling pemimpin langau-langau masih berkeliaran. Apabila berubah pemimpin, maka langau masih tetap mengelilinginya, mungkin yang lain atau masih ada yang dahulu, turun temurun. Kita makin merasa bahawa, hayat UMNO hanya menjelang PRU14 sahaja. Ini bukan mengenai pembangkang, tidak juga mengenai Anw Ibrahim, tetapi adalah mengenai sikap kita sendiri yang konon sayangkan UMNO tetapi kita adalah makhluk perosak yang merosakkan UMNO.
1 comment:
Tu sebab UMNO kena ada pembaharuan.Jangan kita ikut aje kemana pemimpin kita bawa.Kalau pemimpin dah berkarat dan tak nak keluar lagi kita keluarkanlah dia.Bukan mempertahankan dia.Masaalahnya langau keliling tu banyak dapat habuan.bonteklah perut langau langau tu dpt makan
Post a Comment