Foto yang dapat saya ambil
Tiba-tiba seluruh Jerantut terkejut dengan berita pintu bilik SUK UMNO Bahagian dipecahkan beberapa hari lalu. Berbagai spekulasi dan persepsi dibuat. Sila perhatikan komen-komen dilaman fb (Klik Sini).
Maka masyarakat terntu berfikir apakah sudah sampai sedemikian ganasnya ahli-ahli UMNO untuk mendapatkan sesuatu? Apakah benar budaya samseng dalam UMNO sudah sampai kepuncaknya? Apakah ini satu sabotaj atau hanya satu amaran kepada satu-satu pihak atau kumpulan agar kembali semula kelandasan yang betul? Sehingga kini tiada siapa yang dapat memberikan jawapan jelas mengenainya. Bagaimanapun bagi memperbetulkan keadaannya semula, laporan polis mesti dibuat kerana ini melibatkan maruah UMNO.
Kita tidak lupa pada pepatah; 'Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?' Tapi ini bukan mengenai ruyung dan sagu. Ini mengenai tanggungjawab, kewajipan dan maruah individu dan parti UMNO sendiri. Seorang kawan tiba-tiba berkata: 'Kalau tak dipecahkan pintu, masakan penuh sakunya!'
Rujukan:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=643432012363434&set=a.465990096774294.105351.100000899234001&type=1&theater
2 comments:
hai yok?teruk amat orang UMNO sekarang ni yek? sampai boleh pecahkan pintu pulak? ganas bebenor
kedua2 rumah besarnya dah dikawal ketat sbb terima ugutan merogol?
Post a Comment