Makluman: 1/2010
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.
Friday, June 25, 2010
WAN SHAMSURI LAYAK CALON ADUN TAHAN PRU13
Wednesday, June 23, 2010
SELAMAT DATANG PM KE JERANTUT
Friday, June 18, 2010
PEMIMPINLAH YANG SENTIASA BENAR
Menurut sebuah laman blog Jerantut menyatakan ‘Majlis Ramah Mesra YAB Dato' Sri Hj Adnan bin Hj Yaakob, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang bersama rakan-rakan media baru di Dewan Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Pahang’ telah diadakan baru-baru ini.
Pengerusi Biro ICT dan Media Baru UMNO Negeri Pahang dalam ucapan aluannya menyatakan media baru kini sebahagian daripada kehidupan membentuk jaringan sosial membentuk medium kempen cara baru. Oleh itu semua rakan-rakan media baru perlu berganding bahu memberikan penjelasan kepada rakan bukan politik.’
MB Pahang dalam ucapannya menjelaskan senario realiti politik terkini dalam negeri dan negara. Melayu terutamanya ahli UMNO perlu bersatu. Program Juara Rakyat yang inklusif seperti membantu orang susah, gotong royong dan sasaran kepada bukan Melayu amat digalakkan. MB juga berkata bahawa media baru telah menjadi pilihan, media lama seperti suratkhabar harian semakin kurang jualannya.
Rakan-rakan media perlu buat penyelidikan, cari alasan kukuh dan jawab dengan pantas. Blogger pro kerajaan mesti berpengetahuan, jangan antagonistic (berlawanan) guna "reverse psychology"
UMNO negeri akan membentangkan kertaskerja bagaimana cara mahu menang pilihanraya. Objektif kertaskerja itu ialah:
- Menang PRU
- Kekal kuasa
- Pikat orang UMNO, atas pagar dan sekat pembangkang.
Program melawat bekas AJK UMNO Bahagian, bekas YB, veteran UMNO, orang atas pagar, orang pencen. Perjumpaan dengan "Mat Rempit" juga diadakan. Maklum balas yang diterima kini seramai 1400 "Mat Rempit" telah bersetuju untuk menyertai program. Satu sistem pelaporan dan penilaian digunakan untuk melihat keberhasilan program.'
Kata UMBJ:
- Baguslah bila MB Pahang dan UMB Pahang sudah sedar tentang peranan media sosial dalam kehidupan masyarakat.
- Bersapa ramaikah dari Jerantut ini yang Kerajaan Pahang iktiraf sebagai rakan media baru nya? Bagaimana pula yang selebihnya adakah mereka ini BUKAN rakan media baru Kerajaan Pahang?
- Ramai blogger Pahang yang bernama tetapi tidak dijemput hadir, apakah mereka disisihkan atau mereka juga BUKAN rakan media baru Pahang?
- Dasar pengasingan yang dilakukan ini tidak memberi kebaikan kepada media baru Pahang .
- Sepatutnya UMB Pahang menyusuri dan mencari serta mengumpulkan semua blogger Pahang termasuk yang sudah bernama untuk memantau dan gembelingkan tenaga mereka semua, kenapa tidak diusahakan?
- Nampaknya yang diiktiraf sebagai rakan medaia baru Pahang bukanlah mereka yang benar-benar mantap berblog dan blog mereka pun bukanlah dikunjungi ramai pembaca.
- Apakah Rakan Media Baru Pahang merasakan telah lakukan sesuatu yang betul?
- Jika seramai itu saja rakan media baru Pahang, bagaimanakan untuk menangi PRU13 nanti? Jika musuh lebih ramai dari rakan?
Thursday, June 17, 2010
DATO' WAN AMIZAN MENEMUI DATO' AZIZAN?
DATO' WAN AMIZAN JUMPA DATO AZIZAN
CARI JALAN DAMAI
Dato' Wan Amizan selaku Timbalan Ketua dan Ketua Pemuda UMNO Jerantut, dari lapuran sumber boleh dipercayai telah berjumpa empat mata dengan Dato' Azizan Yaakob dibangunan UMNO Jerantut, selepas beliau menggantikan Dato' Safree exco kerajaan negeri Pahang merasmikan mesyuarat Agung Persatuan Seni Silat Gayung Laksmana
2. Difahamkan dari sumber dalaman bahawa Wan Amizan sedang mencari jalan damai agar Azizan yang dikatakan menguasai hampir separuh kekuatan UMNO Bahagian Jerantut bersama teamnya Dato'Dr.Shukri Ismail semasa pemilihan UMNO dahulu. Keadaan UMNO Jerantut yang semakin berserabut ini telah mendorong pertemuan tersebut. Tambahan pula pihak pembangkang bertubi-tubi menyasarkan Jerantut sebagai pilihan nombor satu diPahang pada PRU 13 nanti.
3. DiFahamkan juga Dr Shukri telah dilantik sebagai jawatankuasa Biro Politik UMNO Bahagian Jerantut. Formula penyelesaian ini diyakini akan menguatkan semula UMNO Jerantut untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Ketika penulis
POSTED BY BERITA PEMUDA AT 1:26 AM
Tuesday, June 15, 2010
BILA BLOGGER PRO KERAJAAN MENGHENTAM PEMIMPIN...
Malang sungguh dengan UMNO kerana sikap pemimpinnya. Jika tidak ditegur mereka lakukan sewenang-wenangnya sehingga rakyat menjadi benci dan menolak parti pada PRU12 lalu. Bila ditegur mereka akan marah kerana merasakan mereka sentiasa benar dan tidak bersalah.
Tidakkah pemimpin kita mendengar suara hati rakyat dari akar umbi? Jika mereka belum mendengar ini ingin saya perdengarkan bahawa kini kebanyakan blogger pro kerajaan secara terbuka mula menghentam semula pemimpin parti dan kerajaan. Soalnya kenapa ini berlaku? Apakah semuanua ini salah blogger itu sahaja dan tidak sedikit pun ada salah dari pemimpin UMNO?
Sebahagian dari jawapannya ada disini;
Pukul Anak Sindir Menantu... dari blog Semut Api
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semut nak tambah satu lagi link yang menyoal mengenai kredibiliti Pemimpin UMNO hari ini. Seperti link Melayu Bersatu, GAP (1 & 2) dan House PK. Baca la cerita mereka pulak ye.
Soalan Semut mudah je:
"BILA NAK BANGUN NI WOI!!!" (Sambil pulas dan jerit kuat-kuat kat tepi telinga diorang).
Semut pun kekadang letih jugak dengan mereka ni. Bila la nak sedar - sedar? Asyik benar diulit mimpi. Bangun la wei!!! Rasionalkan hidup anda.
Allahuakbar...
Ini satu lagi kes yang Semut dengar. Boleh ke jadi pemimpin lepas tu hilang mood. Eh, boleh pulak hilang mood. Jadahnya? Nak buat meeting pun malas. Aduhai.
Inikah generasi pemimpin lepas ni?
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Sebab tu Semut selalu pesan suruh fikir - fikirkan. Fikir dulu sebelum buat. Paham?
Baca juga blog Beranikan Hati UMNO: Kerajaan yang tidak kuat bahkan sebagai pembangkang pun nanti masih lagi tidak cukup kuat
Monday, June 14, 2010
SEJAUH MANA UMNO BAHAGIAN JERANTUT TELAH BERUBAH
Satu isu yang masih relevan masa kini, saya ambil dari sebuah laman blog yang sudah lama tidak diupdatekan. Semoga pemiliknya akan kembali bersemangat untuk menulis. Kami mengalu-alukan kehadirannya semula.
Saturday, November 7, 2009
SEJAUH MANA UMNO BAHAGIAN JERANTUT TELAH BERUBAH
Setelah saya tidak lagi terlibat dengan UMNO Bahagian Jerantut secara langsung (tidak lagi menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian), inilah pertama kali saya kembali mendekatkan diri dan langsung menyertai satu kursus bertujuan memperkasakan UMNO.
Kursus Bela Nusa Jerantut - NAM-C1996-09, diadakan khusus untuk UMNO Bahagian Jerantut di Kem Bina Negara, Gunong Pulai, Johor bermula dari 30 Oktober hingga 2 November 2009 yang lalu. Kursus ini dikendalikan oleh Biro TataNegara Negeri Pahang dibawah Jabatan Perdana Menteri.
Saya sangat teruja untuk menyertai program berkenaan dan berharap mendapat sesuatu rangsangan yang akan memberikan anjakan kepada perubahan yang berkesan kepada UMNO khususnya. Objektif kursus kelihatan sangat menarik namun saya merasakan tidak menepati dan tidak mecapai sasaran berikutan kelemahan pihak pengurusan serta kelembapan sambutan peserta dari kalangan UMNO Bahagian sendiri.
Sejauh mana UMNO Bahagian Jerantut boleh berubah selepas kursus ini belum dapat kita pastikan. Bagaimanapun beberapa perkara penting harus diambil perhatian dalam me-realisasikan matlamat memperkasakan UMNO berdasarkan pengalaman menyertai kursus tersebut:
- Kehadiran yang dicatat hanyalah 83 orang peserta dimana 20 darinya adalah wanita dirasakan kurang memberangsangkan dan sebahagian pesertanya diambil disaat-saat akhir (tangkap-muat) berikutan kegagalan menghadirkan diri oleh mereka yang sepatutnya hadir.
- Ketidaan tanpa sebab wakil dari sayap Puteri dalam menyertai kursus ini sangat mendukacitakan dan memperlihatkan sikap tidak komited ketuanya kepada program parti.
- Timbalan Ketua Bahagian merangkap Ketua Pemuda Bahagian Dato’ Wan Amizan yang sepatutnya hadir sebagai peserta namun berubah menjadi fasilitator kursus, mungkin kerana enggan disama-tarafkan dengan peserta lain walaupun dengan jelas termaktub didalam peraturan Gerak Kerja Penerangan UMNO Malaysia mukasurat 14 dibawah tajuk Kursus Orientasi Perdana UMNO 1/2009 perkara 3 yang menyatakan; Setiap peserta ketepikan perbalahan lama, protokol, pangkat dan gelaran.
- Naib Ketua Bahagian Dato’ Nazri Ngah juga macam biskut ’chipsmore’ – sekejap ada sekejap tak ada – selalu ponteng. Beginikan contoh seorang pemimpin?
- Bagaimanapun saya memuji sikap Setiausaha UMNO Bahagian yang konsisten dan fokus kepada kursus dari awal hingga akhir. Sayatidak menyangkal pendapat umum di Jerantut bahawa beliau memang layak sebagai calon Ahli Parlimen Jerantut.
- Ketua Wanita UMNO Bahagian Pn. Norhelan Mahmud juga didapati senang bersama peserta-peserta lain tanpa rasa bangga diri dan kelihatan ’low profile’.
- Fasilatitor kursus ini seharusnya dikendalikan oleh mereka yang datang dari negeri lain supaya mereka boleh bersikap tegas dan tidak berlaku malu-alah fasilitator terhadap peserta yang terdiri dari mereka yang berjawatan dan berkedudukan.
- Tindakan mesti diambil terhadap mereka yang gagal menghadiri kursus tanpa alasan kukuh dan mereka yang tidak mematuhi peraturan berkursus bagi mendisiplinkan UMNO. Selagi mereka yang berjawatan masih menganggap mereka ahli UMNO kelas pertama atau golongan elite, maka selagi itulah UMNO tidak akan mampu berubah dan akan menerima padahnya di PRU13 nanti.
- Di mukasurat 16, peraturan Gerak Kerja Penerangan UMNO Malaysia dibawah tajuk Jentera Siber @ Media Baru perkara 2 dan 3 menyatakan;
- 2 ahli setiap bahagian iaitu seorang lelaki dari Pemuda & Seorang wanita dari Puteri UMNO
- Tujuan wujudkan jentera siber yang cekap guna blog, youtube dan Facebook untuk menjadi nucleus dan penggerak kepada jentera media maya UMNO di bahagian-bahagian dan negeri-negeri
Sepatutnya perkara telah digerakkan lebih awal namun kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut masih lagi tidak memandang berat peranan media baru sebagai alat sebaran maklumat yang berkesan kerana itulah di Jerantut ada banyak blog pembangkang sedangkan blog UMNO masih tidak kelihatan.
- UMNO di bahagian-bahagian harus berubah lebih pantas memandangkan PRU13 sudah semakin hampir. Kita bimbang bahawa nanti kita tidak sempat berubah sepenuhnya sebelum PRU13 menjelang.
- Ahli-ahli UMNO diperingkat bahagian jangan lagi hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja dengan berebut jawatan bagi tujuan mendapat faedah dari jawatan tersebut, mereka seharusnya berusaha lebih keras membawa UMNO kembali gagah dan disayangi oleh semua umat Melayu serta disegani bangsa lain.
Sunday, June 13, 2010
UMNO BAHAGIAN HARUS BERSIH
Saturday, June 12, 2010
DIMANA SPU BERADA?
Friday, June 11, 2010
APAKAH UMNO KITA PEDULI?
Thursday, June 10, 2010
UMNO LEMAH, PARLIMEN DAN BEBERAPA DUN DI JERANTUT AKAN DIRAMPAS PEMBANGKANG
Terbaru, Mat Sabu orang yang bertanggung jawab memberi nama gelaran Al-Juburi kepada DS Anwar Ibrahim juga datang. Soalnya kenapa mereka kerap datang ke Jerantut? Dan apakah kita (UMNO peduli?
Sila lihat keputusan PRU12 lalu dibawah ini:
P81 - Parlimen Jerantut
UMNO - 19,543
Pas - 17,597
Majoriti - 1,946
N9 - Tahan
UMNO - 5,112
Pas - 3,755
Majoriti - 1,357
N10 - Damak
MCA - 5,674
PKR - 5,165
Bebas - 3,295
Majoriti - 509
N11 - Pulau Tawar
UMNO - 8,720
Pas - 5,426
Majoriti - 3,294
Berdasarkan keputusan PRU12 lalu, PR merasakan bahawa harapan untuk merampas kerusi sama ada Parlimen atau pun DUN adalah semakin cerah. Majoriti kemenangan bagi Parlimen hanyalah 1,946 manakala DUN Tahan hanya 1,357. DUN Damak terselamat dalam PRU lalu hanya kerana adanya calon bebas yang mampu meraih 3,295 undi, jika tidak kita akan dapat saksikan calon Melayu akan menduduki kerusi DUN berkenaan. Pulau Tawar menang lega dengan majoriti 3,294 undi.
Dari selepas PRU12 sehingga hari ini apakah yang berkesan yang kita rasakan telah dilakukan oleh UMNO Bahagian Jerantut untuk mengembalikan undi rakyat? Perkara yang sungguh kecil sekali adalah menyediakan blog bagi menyebarkan maklumat mengenai program dana aktiviti yang dijalankan juga tidak mampu dilakukan oleh UMNO Jerantut. Apa lagi yang UMNO Jerantut mampu lakukan selain dari itu? Maaf, tapi inilah kenyataannya dan yang nampak masih berkerja dan mengadakan aktiviti hanyalah Wanita UMNO. Saya bukan pro pada satu-satu pihak, saya pro kepada UMNO keseluruhannya namun saya bukan yes man. Saya akan menegur mana yang perlu bagi membantu memperkasakan UMNO Jerantut.
Dengan kemenangan majoriti lebih kurang 3,000 undi kebawah apakah kita boleh berpuas hati? Malahan kita masih bercakaran sesama sendiri. Masih ingat apa yang SPU bongkar dahulu dimana adanya usaha untuk memancas KW oleh pihak tertentu. Apakah ini tradisi UMNO? Apakah akan bertambah kuat kita apabila kita semakin berpecah belah?
Maaf sekali lagi bila saya katakan kita tidak sayangkan UMNO. Kita tidak memperkasakan UMNO sebaliknya kita hanya berusaha untuk memperkasamkan bahkan ada yang memperkosakan UMNO ini. Berapa ramai ahli baru yang dapat kita tambah selama ini? Mana aktiviti-aktiviti anjuran Pemuda UMNO? UMNO lebih gagah dibawah bekas Ketua Pemuda yang lalu.
Tidak mustahil pada PRU13 nanti kita hanya akan berputih mata jika masih tidak ada usaha untuk memperbetulkan keadaan ini. Apakah sumbangan AJK UMNO Bahagian untuk membantu Ketua Bahagian? Nampaknya mereka hanya inginkan jawatan bukannya berjuang untuk parti atau Agama, bangsa dan negara seperti yang selalu mereka sebutkan itu. Mudah-mudahan dalam pemilihan akan datang kita mampu memilih mereka yang jujur dan benar-benar ikhlas untuk berkhidmat bukannya kerana harapkan ‘rasuah’ yang mereka berikan.
Saya melihat UMNO semakin hari semakin hancur. Golongan mudah sudah tidak lagi memandang kepada UMNO. Pada mereka UMNO dan pemimpinnya hanyalah layak dihantar ke pusat pelupusan untuk dilupuskan terus.
Wednesday, June 9, 2010
PERANG SIBER DI JERANTUT
WZWH Ugut Kas
Kas tak tabur fitnah. Dalil kas tu byk betul. Kas tak nyamar jadi org lain. Kas adalah kas. Kalau polis jumpa pelacur, dia tak boleh tahan sebab dia pelacur. Polis boleh tahan sbb dia melacur. Cuba baca balik menda kas tulis.
1. Wan Amizan takde pelajaran -fakta
2. Dia tipu belajar kat Chelsire - fakta. Dia sampai tingkatan dua jer belajar sekolah tak abis kat Jengka 12. Semua orang Jerantut tau.
3 Wan Amizan main duit - fakta. Dia dh kena dgn jawatankuasa disiplin tapi amaran keras
4. Dia mengerjakan tanah - fakta
5. Wan Amizan rendah moral, kaki dandut, kaki mabuk - fakta. tak caya tanya Luwi
6. Wan Amizan bawa lari anak dara org - fakta. Mak bini dia buat laporan polis.
Jadi polis nak charge mende ke kas? Charge kas ni tulis blog? Charge kas menyamar identiti. Tu la kalau tak sekolah nak sangat jadi pemimpin.
Monday, June 7, 2010
SUDAH RAMAI MENDENGAR SUARA JERANTUT KITA
UMNO sekarang didalam bahaya. Bukan setakat nyawa kru kapal Rachel Corrie yang terancam, malah nyawa UMNO turut sama terancam. Jika kapal Rachel Corrie diancam oleh yahudi Zionis, nyawa UMNO diancam oleh segelintir pemimpin UMNO sendiri.
Sikap jahat dan tamak pemimpin UMNO didalam mengaut duit rakyat dan negara semakin menjadi jadi. Rakyat semakin muak dan benci kepada UMNO. Rakyat terutama orang melayu sudah mula menganggap UMNO adalah NAJIS BERAT yang perlu disingkirkan pada PRU 13 nanti.
Kelancangan mulut segelintir pemimpin UMNO yang menguriskan hati orang melayu menyebabkan api kebencian mula menyala menyala. Hendak menolak pemimpin UMNO sebegini tiada cara lain melainkan dengan menolak UMNO keseluruhannya nanti.
Diharap DS Najib memberi perhatian kepada teguran ini.
Jangan disebabkan lembu, syarikat susu dapat nama!
Ingat orang melayu sentiasa melihat telatah pemimpin UMNO yang sedang menghuru harakan negara ini. Pemimpin UMNO yang merompak hak rakyat, kamu akan dibalas dengan siksaan yang amat pedih!
Antara blogger yang menyuarakan isi hati rakyat:
Pendedahan Isu Panas Didalam Kerajaan Melaka
Melayu Menjadi Mangsa Di Kg Baru
Politik Jerantut
Urag Drrulung
Pemimpin Yang Khianati Rakyat
Saturday, June 5, 2010
Anwar Akan Jadi Timbalan PM
Read more: http://sribuana.blogspot.com/#ixzz0pyM9TIyb
Friday, June 4, 2010
PEMIMPIN YANG KHIANATI RAKYAT...
…………
Keempat, peluang keemasan bila Ahli Parlimen Dato' Wan Abu Bakar sebagai Timbalan Menteri Kewangan telah berjaya menyalurkan peruntukan membina jalan Ulu Tembeling sebanyak RM100 juta pada tahun 1990 ke Pahang tapi MB Pahang pula pandai-pandai mengalihkannya ke Tanjung Lumpur buat jambatan "atas nama keutamaan". Impian pecah berkecai...
Jika ditanya Perbendaharaan, atas kertas sebenarnya jalan Ulu Tembeling sudah ada! Buat apa hendak peruntukan buat jalan lagi. Ahli Parlimen selepas itu pening untuk menyelesaikannya.
Kelima, seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, bukan wakil rakyat sebelum Mac 2008 telah memikirkan bagaimana cara untuk "create" peruntukan khas hendak buat jalan Ulu Tembeling. Ianya bermula bila WZWH "menyalak" di persidangan mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut pada tahun 2006. "..kita Pemuda UMNO Jerantut perlu menyelesaikannya jika semua pihak gagal!"
……………
YB Dato' Wan Amizan berjanji jika jalan Ulu Tembeling tidak dapat dilaksanakan sekurang-kurangnya sampai ke Kampung Pagi, beliau tidak akan bertanding lagi dalam PRU 13 nanti kerana beliau tidak sanggup lagi "beri janji dan harapan palsu" kepada penduduk Ulu Tembeling dan tiada siapa ahli UMNO mahu bertanding di DUN Tahan kerana sudah tentu rakyat akan bangkit menolak UMNO yang menipu mereka selama ini.
Kita menyokong janji wakil rakyat berkenaan untuk tidak bertanding (harus dilafazkan dengan benar dan jujur....demi Allah...sambil memegang Quraan) jika projek jalan berkenaan tidak dibina sampai ke Kampong Pagi.
Komen SPU:
Apakah jalan balak sekarang ini yang dibina khusus untuk mengeluarkan hasil balak dikira sebagai jalan raya yang dinyatakan itu walaupun fungsinya ternyata sangat berbeza?
Aok! Aok! Aok! - Ini bukan bunyi salakan anjing WZWH seperti yang dinyatakan diatas, tetapi pernyataan persetujuan dalam loghat masyarakat Ulu Tembeling yang memberi makna Ya! Ya! Ya!.
Klik sini baca keseluruhan posting.
Baca juga blog Urag Drrulug yang mendekatkan anda dengan masyarakat pedalaman Ulu Tembeling (Klik sini) dan blog Politik Jerantut yang membawa hasrat nurani orang di hilir (Klik sini)
2 comments:
UMNO dulu dan sekarang
Dulu, demi maruah juang
Kini,bagai juang peluang
Begitu ada yang pandang
Jika UMNO ingin disayang
Pada rakyat, kena datang
Bukan langkah hulubalang
Tapi dengan kasih sayang
Sua rakyat bila teruang
Tak mesti bunyi kompang
Semacam YB dulu sembang
Juga pantang temberang
Salam weh.Napa lama benor dema tak tulis post baru?.Tulisan tulisan yang menarik mcm dema tulis ni sebenornya boleh memberi ilmu kepada org ramai.Silakan menulis lagi.Walaupun tulisan kat sini tak dpt apa apa habuan.tetapi dema dpt memberi sedikit ilmu kepada org ramai. salam..
Post a Comment