Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, July 6, 2010

UMNO JERANTUT ~ SELEPAS LAWATAN PM

Sahabat saya braveheart mengirim foto ini dari Scotland,
katanya ada kaitan dengan sesuatu atau seseorang dan memberikan saya password: SARA



1. Haji Kamaruzaman Baria, bekas Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut didalam ucapan penangguhan Sidang Perwakilan UMNO Bahagian secara sindiran 'menghentam' YB ADUN Tahan dan semua orang faham dan tahu ucapan itu ditujukan kepadanya.

Namun secara politik nya adalah agak tidak bijak bila ADUN berkenaan YB Wan Amizan menjawab segala tohmakan yang ditujukan kepadanya kerana ini ibaratkan membuka pekung didada. Dalam jawapannya secara tidak langsung beliau telah 'mengiakan' bahawa beliau tidak berpelajaran dan segala diploma dan ijazah yang dimilikinya adalah palsu belaka.

Bagi kebanyakan perwakilan yang selama ini tidak mengetahuinya, mereka telah terpegun dan merasa bahawa selama ini mereka telah ditipu dan diperbodohkan.


2. Perpecahan didalam UMNO Bahagian semakin ketara dan adalah sangat sukar untuk merapatkan semula saf didalam UMNO ini jika pemimpin yang memimpin bahagian bukan dari kalangan mereka yang benar-benar berjiwa rakyat dan dengan jujurnya berkhidmat untuk membela rakyat.

Saya melihat, jika adalah keinginan YB Wan Amizan untuk menjadi Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian maka harapan itu haruslah dipadamkan kerana ramai dikalangan pemerhati politik menganggap bahawa kariernya sudahpun berkubur. Dalam kata lain, beliau tidak akan diangkat menjadi Ketua Bahagian dan tidak juga berpeluang menjadi Ahli Parlimen, bahkan kedudukannya sebagaui ADUN Tahan juga sukar untuk dipertahankan.


3. Perpecahan dalam UMNO Bahagian bukan saja tanggungjawab Ketua Bahagian yang ada untuk memperbetulkannya semula, bahkan ianya adalah tanggungjawab ramai, ahli-ahli jawatankuasa lainnya serta ahli-ahli UMNO keseluruhannya. Namun saya melihat, YBM Tengku Azlan tidak mendapat kerjasama dari pihak lain untuk melakukan ini. Setiausaha serta Ketua Penerangannya yang kelihatan tidak mampu bertugas dengan baik selama ini adalah antara penyumbang utama yang jadi penyebab ketidak mampuan bahagian untuk bersatu semula.

Mungkin Ketua Penerangan terlalu berat untuk menanggung tanggungjawabnya kerana dalam masa sama beliau mengusung songkok tingginya kesana kemari. Beliau patut dicadangkan memakai kopiah @ ketayap bagi membantu meringankan bebanannya.

Setiausaha perlu pula kurangkan aktiviti sosialnya yang terlalu menumpu kepada aktiviti yang tiada kaitan dengan UMNO sebaliknya memberikan perhatian khusus terhadap usaha membantu Ketua Bahagian dalam memperkasakan semula UMNO Bahagian.


4. Kita semua ahli UMNO dan rakyat Jerantut dahagakan perubahan yang radikal yang akan dilakukan dalam waktu singkat. Siapa yang mampu menggalas tanggungjawab ini? Kita harus memandang semula kebelakang dan melihat dikalangan pemimpin-pemimpin kita yang pernah bertugas dulu yang setia kepada parti dan berjiwa rakyat serta berjuang membela rakyat.

Bagaimana dengan Hj Kamaruzaman Baria? Atau Dato' Azizan Yaakob yang nampaknya lebih komited dan sinonim dengan masyarakat Jerantut ini kerana beliau adalah anak kelahiran Ulu Cheka. Rakyat dan pemimpin atasan harus melihat ini sebagai satu pilihan.


Segala komen harus dengan password: sara, jika tidak ianya tidak akan disiarkan, harap maklum.

10 comments:

Ular Menyusur Akar said...

password: sara.

Dahlah tu. Mesyuarat dah berakhir. Jom kita rapatkan barisan. Orang luar dok tenggok. Pukul sikit-sikit oklah.

agbr47: PRU 13 telah hampir.

Marot said...

sara,

sara itu sapa pula?. Rasanya dia duduk dikuantan. Jangan tak silap ada saudara dia didalam AJK umno Jerantut. Dia suka benda dalam botol tu.. kalau dia happy dia berdua dengan saudara dia minum tiga botol hehehe.... macam2lah spu ni ada jeh.

Anonymous said...

Sara

Air sedap.Mestilah ramai orang suka yek.tak gitu?

SPU said...

SARA,
SPU masih banyak cerita2 sensasi yg akan dibongkat akan datang bila tiba masanya, hehehe...ada berani mau dengar cerita2 ini? haha

uRag dRrulug said...

Sara,
uikk! kerayatn sunggoh, apeq nyeq adeq skandal hah?

Har Jerantut said...

sara,

sara.... sara.... sara..... oh... sara.... malang kau sara..... ibarat tebu habis manis sepah dibuang. hehehe.......hahaha.... kah kah kah.

SARA said...

spu.

Saya SARA, saya akan muncul dalam politik Jerantut sedikit masa lagi. Akan saya mandi air bunga pada yang terpilih. Terima kasih spu sahabat saya.

kekasih sara said...

SARA,
Kahkahkah, akhirnya kau hadir juga ke sisiku wahai Sara...mungkin orang itu sudah ketar lutut bila kau menjelma semula...apakan daya..sara...sara..sara..

NAGASAKTI said...

Hai SPU,
Aku kenal kamu, asal keturunan kamu.Apa kerja kamu, apa hobi kamu. Saya nasihatkan kamu, kalau gambar arak jadi hiasan, itu tandanya kejahilan kamu. Bertaubatlah, tak payah lah mengata orang. Perkuatkan diri sendiri agar Allah memberi rahmat kepada kamu. Sedarlah setiap kata2 adalah doa. Amin.

Anonymous said...

Biarla dia nak letak gambar apa sekalipun.... gambar tu membuktikan perangai orang2 tertentu.... kalau dia letak gambar bogel sekalipun... tu hak dia... blog dia... suka hati dia laaa..... SPU Forever....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN