Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, September 30, 2011

BELASUNGKAWA: DATO' GHAZALI SULAIMAN

Foto terkini Allahyarham ketika menghadiri Jamuan Merdeka Raya anjuran bersama Ahli Parlimen Jerantut dan ADUN Pulau Tawar di Lepar Utara tidak lama dulu - foto sumber Facebook


1. Melalui sumber yang boleh dipercayai, dimaklumkan bahawa Dato' Ghazali Sulaiman, Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi akibat serangan stroke dan pendarahan otak setelah beberapa hari dimasukkan ke Hospital Tawakal di Kuala Lumpur. Jenazahnya akan dikebumikan di Kg. Teh hari pada hari ini juga, demikian menurut sumber.

Bersamalah kita sedekahkan Al-Fahitah dan berdoa semoga segala dosa-dosanya diampunkan dan rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang beriman disisi Allah.

2. Demi menghormati dan menghargai jasa-jasa allahyarham dalam politik Jerantut, SPU hari ini tidak ingin membincang dan menulis mengenai hal-hal berkaitan politik.


3. Dimaklumkan bahawa blog Kutukan Dewata dan Pemerhati Politik Jerantut sudahpun dilinkkan dilaman yang berkenaan, syabas diucapkan dan SPU berharap blogger berkenaan akan terus jadi pengkritik politik yang telus dan jujur demi kebaikan dan faedah seluruh warga Jerantut ini. SPU sentiasa bersikap terbuka dan tanpa prejudis. Adalah salah jika ada mana-mana pihak menganggap SPU pro kepada mana-mana kumpulan atau orang tertentu.

Thursday, September 29, 2011

PRU PARLIMEN JERANTUT: SIBERTROOPER BN vs. PR


Walau nampak lembut dan 'sotong' namun blogger Milosuam
mampu manarik ramai bilangan pembaca yang pro pembangkang!


Beberapa blog politik Jerantut sudah kembali mengisahkan tentang calon-calon PRU akan datang. Seperti yang selayaknya, blog-blog tertentu akan menyokong dan menpromosikan calon pilihan mereka masing-masing.

Blog WZWH dan Kutukan Dewata tidak henti-henti dan tidak jemu-jemu mangangkat 'bos' mereka. Itu pun memang wajar kerana mereka dibayar sebagai blogger pencacai upahan. Malangnya disamping mereka mengangkat bos mereka, mereka juga berusaha keras untuk mencalarkan imej pesaing terdekat bos mereka. Dalam hal ini, kelihatan Dr. Ahmad Shukri ADUN Pulau Tawar yang jadi mangsa. Lebih malang lagi kerana dia ketiadaan siber tropper yang mampu membantu mempertahankan dirinya.

Kedua-duanya berhajat besar untuk mengisi kekosongan kerusi parlimen apabila Tan Sri Tengku Azlan dengan ikhlasnya mengumumkan tidak akan bertanding lagi dalam PRU kelak. Alasan ini jugalah membuatkan mereka berdua saling bunuh-membunuh antara mereka.

Masih awal untuk SPU membuat analisa mengenai calon-calon PRU13 nanti. Selain itu SPU juga mengharapkan blog-blog politik Jerantut lainnya memberikan pandangan mereka masing-masing terlebih dahulu. Bagaimanapun agak mendukacitakan bila blog tokoh politik sendiri (Cikgu Sofian) lebih berminat terhadap glamer dan kisah-kisah mengenai Fasha Sandra serta gosip-gosip artis selain dari kisah-kisah seks.

Blog Pemikir Politik Jerantut juga tidak seperti namanya kerana nampaknya tidak langsung berusaha untuk memikirkan tentang politik Jerantut bahkan seakan carbon copy kepada blog Laksamana Jebat yang berminat dengan kisah seks serta skandal artis-artis.

Blog WZWH dan Kutukan Dewata masih komited menulis dan memberi pandangan tentang politik namun dirasakan terlalu memihak kepada seseorang sahaja. Manakala blog Urag Drrulug terlalu sarat dengan sindiran yang kadang-kala sukar untuk dimengertikan dan difahami.

Apapun, segalanya itu telah mewarnakan politik Jerantut serta bakal memeriahkan PRU akan datang nanti, cuma kita tertanya-tanya; mampukan mereka sebagai sibertrooper menyokong BN berjuang dan mempertahankan calon BN serta mengalahkan sibertropper pembangkang yang semakin ganas dan menguasai media sosial negara?

Wednesday, September 28, 2011

SUARA PRIHATIN UMNO JERANTUT





PRU Semakin hampir. Usaha menyedar dan menegur para pemimpin UMNO khususnya di Jerantut dan Pahang mesti digiatkan kerana bimbang mereka akan terus leka dan enggan berubah seterusnya menjerumuskan UMNO BN kepada kelalahan dalam PRU akan datang.

Blog-blog baru di Jerantut semakin banyak yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Banyak yang di taja oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan sama ada dalam usaha merebut kuasa atau pun dalam usaha mempertahankan kuasa mereka yang ada.

Banyak blog-blog baru yang tumbuh dan banyak pula blog-blog lama yang sudah tidak lagi bernyawa.  SPU sendiri berhenti seketika namun ingin menyambungnya semula, sebagai pemacu dan 'billboard' kepada blog-blog baru yang ingin mencipta nama.

SPU sedang mengemaskinikan, justeru kepada blog-blog yang masih belum tersenarai atau tercicir dari disenaraikan di SPU sila maklumkan kami. Kami juga menerima blog-blog selain dari blog politik. Bagi blog-blog yang sudah melebihi dari setahun tidak dikemaskini akan disingkirkan dari senarai kami dan boleh memohon semula jika kembali aktif.

Terima kasih.

Sara Puddin Hussien

Monday, September 26, 2011

PARLIMEN JERANTUT




Salam dan Selamat Hari Raya Aidil-Fitri, masih belum terlambat mengucapkan ini kepada semua umat Islam khususnya warga Jerantut.

Politik Jerantut kembali rancak dengan lahirnya blog-blog baru dan dengan harapan blog-blog lama juga akan kembali aktif.

Warga Jerantut sudah semakin mengenali dunia media baru atau media sosial sama ada blog dan facebook. Ramai yang sudah ada facebook, melainkan tokoh-tokoh politik Jerantut ramai yang masih lagi gelap pandangannya.

Ketua Penerangan masih seperti dahulu, gelap pandangannya dan tidak bersama rakyat dan tidak menjiwai media sosial yang nyata sudah jadi media rakyat. Nampaknya harapan untuk jadi calon PRU juga jadi gelap kerana PM sangat mementingkan jalinan hubungan dengan rakyat. Nampaknya songkok tinggi terpaksa diganti dengan ketayap ataupun serban.

Kita lihat nanti siapa yang akan kuasai media sosial dan siapa yang akan berjaya dalam perang siber nanti. Nampaknya mereka yang suatu ketika dahulu pernah menghina media sosial sudah kembali menjilat ludah mereka masing-masing.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN