Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, December 31, 2010

BANJIR - KITA HARUS BERSEDIA HADAPI BENCANA INI



KUANTAN 30 Dis [8.20 pm] – Pusat pemindahan banjir pertama dibuka di Pahang hari ini dengan menempatkan seramai 64 orang mangsa yang terdiri daripada 14 keluarga di daerah Kuantan. Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, kesemua mangsa mula dipindahkan pada 10.30 pagi tadi ke Sekolah Kebangsaan Sungai Karang Darat selepas kawasan penempatan mereka di Sungai Karang Darat dinaiki air setinggi satu meter. "Bagaimanapun, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan selain daerah-daerah lain di negeri ini masih belum terjejas,” katanya ketika dihubungi. Sehingga 5 petang tadi, jalan di Km 18 Jalan Gebeng-Kuantan masih ditenggelami air sedalam 0.5 meter dan hanya dibuka kepada kenderaan berat, manakala jalan di Km 23 Jalan Gebeng-Kuantan yang turut dinaiki air sedalam 0.3 meter pagi tadi kini boleh dilalui semua kenderaan. Demikian seperti dilaporkan oleh blog Pahang Daily Online.

'uRag dRrulug' juga semalam telah memperingati kita tentang kedatangan bencana alam ini, kesannya kepada rakyat namun dalam masa sama kita juga melihat adanya manafaat darinya. Mungkin bukan kepada semua orang namun masih ada mereka yang mendapat manafaat darinya. Apapun banjir boleh mendatangkan bahaya dan malapetaka, oleh itu sentiasalah kita berwaspada dan berhati-hati. Patuhi arahan pihak kerajaan sekiranya diminta berpindah, jangan biarkan anak-anak bermain air.


Wednesday, December 29, 2010

BLOG SI PEMFITNAH

Blogger lidah bercabang dan si penjilat


Sebuah buah laman blog menuduh SPU dan Pahang-Ku sebagai rasis Kelantan. Dalam masa sama dia akui bahawa dia pernah bersikap rasis kelantan satu ketika dulu. Dia menulis begini (dengan pengubahsuaian):

"Dulu masa awal xxxx menulis blog, xxxx ada juga membangkitkan sentimen yang serupa. Kemudian bila xxxx semakin matang dan berkawan dengan ramai orang Kelantan Jerantut maka "view point" xxxx sudah boleh menerima orang Kelantan Jerantut sebagai anak Jerantut".

SPU sedar bahawa blog itu sudah semakin tidak popular seperti dulu, kerana itulah terpaksa menulis dan melakukan kontroversi bagi menarik perhatian ramai. Tetapi malangnya perbuatan lempar batu sembunyi tangan itu bukan sahaja memudaratkan dirinya sendiri bahkan mendatangkan kesan besar kepada bosnya juga.

Saya perhatikan banyak tulisan-tulisannya yang telah memburukkan imej bosnya. Bahkan saya sendiri ingin menperakui bahawa sebenarnya saya tidak ada langsung apa-apa masalah dengan bosnya selama ini namun kerana tidak menyukai sikap orang berkenaan maka saya terpaksa juga turut 'menghentam' bosnya yang merupakan seorang tokoh politik yang masih berpeluang untuk meneruskan sumbangan baktinya kepada masyarakat.

Saya ingin menasihatkan blogger berkenaan supaya menutup mulutnya atau menulis dengan 'akal' bukan dengan hati kerana apapun yang beliau lakukan, impaknya akan ditanggung oleh bosnya. Atau, mungkin sampai ketikanya bos berkenaan perlu menolaknya keluar kerana beliau adalah diantara 'orang keliling' yang dalam perlahan menjahanamkannya.

Saya ingin nyatakan disini bahawa saya akan menyokong 'bos' berkenaan jika orang itu tidak lagi bersamanya. Saya ingin ingatkannya sekali lagi bahawa perbuatannya dan kenyataan-kenyataannya di blognya selama ini  bukan sahaja akan merosakkan 'bos'nya bahkan akan merosakkan UMNO ini sendiri.

Blog berkenaan juga sudah 'merapu' sana-sini mungkin kerana sedar bahawa dia menjadi biawak yang didukungi selama ini. Dengan mudah menuduh semua blog-blog di Jerantut sebagai satu pasukan dan diketuai oleh orang tertentu sedangkan hakikatnya tidak demikian. Mungkin kita ada kecenderungan pada orang-orang tertentu, tetapi itu adalah secara semulajadi.


Mungkin juga 'bos'nya sudah dapat merasakan kedudukannya sudah tidak lagi teguh maka itu dia mengarahkan 'anjing'nya menyalak sesiapa saja yang lalu. SPU tidak suka permusuhan dan mencari titik perdamaian, tetapi tidak pernah gentar pada pertentangan.


Tuesday, December 28, 2010

Monday, December 27, 2010

MERAPATKAN SAF PERJUANGAN

Bendera kumpulan extreamis yang menggunakan agama untuk kepentingan politik


1. Di mana pemimpin Pahang jati dalam Pas? - begitu tajuk posting blog Pahang-ku. Dalam konteks ini kita tertanya-tanya apa jadi dengan pemimpin Pas Jerantut? Di negeri pahang sendiri calon-calon anak jati Pahang tidak diberikan peluang untuk bertanding, apakah calon anak jati tidak layak? Atau anak-anak Pahang calon Pas diberikan peluang bertanding di negeri kelantan? Ahli Pas Pahang jangan tertipu dnegan perjuangan songsang itu.

Pas ingin mengembangkan sayapnya ke negeri lain tetapi malangnya anak tempatan tidak diberikan peluan memimpin seolah-olah anak Pahang ini terlalu daif dan naif. Dalam Parlimen Jerantut di PRU yang lalu jelas sekali penguasaan orang-orang Kelantan bilamana calon parlimennya adik dari Pas dan calon DUN Damak adalah abang dari PKR.

Kenapa orang tempatan tidak diberikan peluang oleh Pas di Pahang atau mereka sebenarnya tamakkan kuasa dan kesempatan oleh kealpaan (bukan kebodohan) ahli Pas Pahang diambil oleh mereka sebagai satu penjajahan minda. Apakah lebihnya khidmat yang diberikan oleh calon Parlimen Pas selama ini? Berapa kali dia berada di kawasan dalam sebulan? Sebenarnya dia langsung tidak perform sebagai calon parlimen. Dia tidak dapat diharapkan dan seharusnya, semestinya ditolak oleh semua rakyat. kali ini jangan kita terpengaruh oleh janji-janji kosong Pas dan pakatan pembangkang yang seringkali menikam belakang.

2. PRU semakin hampir tetapi kadang-kala kita leka apabila bercakaran sesama sendiri. Mungkin benar kita harus kembali merapatkan saf. Memang mudah untuk kita memulakan sengketa tetapi untuk mencari perdamaian terlalu banyak yang kita syaratkan. Yang sebaiknya adalah jangan memulakan sebarang provokasi terhadap orang lain. (Baca sini) PRU13 - UMNO mesti menang, bagaimanapun pemimpin UMNO mesti berubah dan berubahlah dari sekarang.


Sunday, December 26, 2010

SELAMAT DATANG!




SPU nak mengucapkan Selamat Datang kepada ahli-ahli panel 'Debat Isu Felda Kg. Merting' yang akan diadakan ini. Rakyat-rakyat marhaen sudah lama menanti untuk mendengar apa alasan yang akan di'pungkorkan' oleh pemimpin kepada mereka kali ini. Sebelum itu, SPU nak maklumkan bahawa isu saham felcra ini sudah sampai ketelinga PM melalui orang tertentu yang rapat dengannya. Mereka juga sejak dulu sudah memantau blog SPU serta uRag dRrulug kerana isu-isu berkaitan dengan pambangunan dan kepentingan rakyat.

Insyallah, PM akan mengambil perhatian dan tindakan yang selaras dengan kehendak ramai dalam pemilihan calon-calon PRU nanti. Pihak atasan sudah mengiktiraf blog SPU sebagai suara rakyat khususnya rakyat Jerantut ini. Kalau kurang percaya klik sini, lihat disebelah kanan dimana blog SPU diletakkan. Itulah pengiktirafan yang telah diberikan kerana berani menyuarakan kehendak rakyat. Tidak ada mana-mana blog lain yang mendapat pengikhtirafan begini selama ini. Kerana itulah SPU akan terus berjuang walau sudah beberapa kali bertukar tangan namun mengekalkan prinsip yang sama - berjuang untuk rakyat.

WZWH persoalkan blog-blog Jerantut yang menyepi, SPU akui itu. Ada beberapa penjelasan; 1) Penulisnya bukanlah seorang yang benar-benar komited pada penulisan blog, melainkan hanya mencuba dan suka-suka. Kerana itu blog berkenaan tidak dapat bertahan lama,  2) Menulis blog bukanlah satu profession, justru mereka hanya menulis bila ada kelapangan,  3) Penulisan bermusim - mereka hanya akan meriuhkan suasana apabila mendapati persekitaran mereka riuh. Yang masih menulis dan terus menulis adalah blogger sebenar, biarpun mereka hanyalah blog picisan semata-mata.

SPU membaca komen diblog WZWH dan blog Karok menyatakan bahawa ianya bukan blog Jerantut, ianya adalah blog Penang, maka SPU akan keluarkannya dari link dengan segera. Begitu juga mana-mana blog yang sudah tidak aktif akan di'nyahkan' dari link list. SPU hanya inginkan pejuang sebenar yang mewakili Jerantut.

SPU mendengar khabar dari BH yang semalam menghadiri perjumpaan dengan Pengerusi Penerangan UMNO Pahang, sesuatu akan berlaku dalam menganjak perkembangan media sosial negeri tidak lama lagi. Beliau juga memaklumkan kewujudan blog Pahang ku   http://pahang-ku.blogspot.com. Kata BH itu perjumpaan peringkat tertinggi dan tidak banyak maklumat dapat disebarkan sekurang-kurang buat masa ini, namun beliau meminta semua untuk teruskan menulis. Satu pertemuan blogger Jerantut sedang diusahakan dalam waktu terdekat. SPU harap Ahli Parlimen Jerantut dapat memberikan sumbangan untuk mengadakan pertemuan tersebut, atau mana-mana pihak lain yang sudi mengikhlaskannya.

Saturday, December 25, 2010

APA KATA DEBAT ISU FELCRA KG MERTING?

Cikgu dapat saham Felcra? Penjawat awam juga dapat? 
Kenapa orang kampong yang miskin tidak dapat?
Kalau dialah calon PRU nanti, 'masak'lah BN.....


Blog WZWH membuat provokasi kepada Dato' Dr. Shukri, ADUN Pulau Tawar untuk menyahut cabaran blogger pencacai Suhaimi Said berdebat mengenai isu peneroka. Namun kerana Dato' Dr. Shukri ini seorang yang bijak, tidak melayan perkara remeh-temeh, maka provokasi itu berlalu dan tenggelam begitu sahaja.

Mungkin kerana ingin mengangkat tokohnya tinggi-tinggi, maka WZWH mencabar pula Suhaimi Said untuk berdebat dengan ADUN Tahan. Rakyat mahukan perlaksanaan pembangunan, bukan janji dan menang dalam perdebatan, justru debat tidak langsung akan menarik minat rakyat walau siapa menang dan kalah. Jadi tidak perlulah bersusah payah berdebat dan menunjuk pandai berbicara jikalau apa yang dilakukan hanya mampu memberi janji-janji manis semata-mata.

Apa yang kita bimbangkan adalah, perdebatan itu kelak bukan menunjuk kebijaksanaan malahan tambah menunjukkan kebodohan seseorang. Memadailah setakat apa yang ada sekarang ini, jangan ditambahkan kebodohan menjadi kebodohan berganda.

Bagaimanapun sekiranya ada pemimpin yang masih tidak berpuas hati dan ingin menunjukkan kemampuannya berdebat, marilah berdebat mengenai isu felcra di Tembeling Tengah. Tentu ramai penduduk yang sangat berminat melepaskan dendam dalam dada mereka. SPU boleh jadi moderator. Buatlah di Kg. Merting jika ada yang berani. Debat ini tentunya akan lebih memberi makna kepada pengundi di DUN Tahan yang perlukan pembelaan.

Debat juga isu pembangunan dan syarikat-syarikat yang mendapat faedah secara langsung dari pembangunan di DUN Tahan yang dipayungi seseorang. Debat isu penyelewengan permohonan tanah. Debat juga isu 'telor' yang hampir kecut menjelang PRU nanti.

Wednesday, December 22, 2010

PRU - SATU PERTARUNGAN PENENTUAN

Satu harapan rakyat, satu harapan bangsa Melayu.


BN negeri Pahang sudah mengemaskan jentera pilihanrayanya. Ini berita terkini sepertimana yang ditulis oleh Saudara saya WZWH (mesti baca disini)

Tidak siapa yang boleh menafikan bahawa PRU sudah semakin hampir. Soal bila PRU akan diadakan tidak perlu ditimbul kerana tidak kira bila ianya akan diadakan yang pasti ianya akan tetap diadakan. Yang lebih penting adalah kita diperingkat akar umbi harus bersiap sedia bagi turut menyumbang dan memberikan sokongan.

Tentu sekali PRU kali ini sangat menarik, bahkan juga mungkin sangat sengit kerana BN pasti akan cuba sedaya upaya menebus kembali maruah dari tamparan hebat dalam PRU yang lalu. PRU kali ini juga adalah medan ujian kepada banyak perkara.

Sejauh mana kepercayaan rakyat masih dapat bertahan terhadap BN? Sejauh mana juga kepercayaan rakyat terhadap janji palsu pembangkang yang sanggup menjanjikan apa saja namun sanggup juga mendustai janji mereka? Sejauh mana rakyat masih lagi menaruh harapan kepada DS Anwar yang maruahnya telah compang-camping akibat penglibatannya dalam skandal yang menconteng 'arang ke bontot'. Sejauh mana juga Pas masih akan diberikan kepercayaan kerana fatwa dusta mereka yang berubah-ubah demi kepentingan diri dan kroni?

Yang lebih penting adalah, setakat mana kemampuan BN menguasai media sosial dan menjuarai media sosial untuk terus memenangi hati rakyat. Justru, PRU kali ini adalah juga pertembungan dalam alam siber. Jika kekalahan dalam PRU lalu akibat kegagalan BN menilai peranan media sosial, kali ini setakat manakah keupayaan BN menguasainya. PRU 13 nanti adalah satu pertarungan penentuan untuk kedua-dua pihak; kerajaan dan pembangkang. Namun jangan kita abaikan juga bahawa kepentingan bangsa Melayu turut dipertaruhkan di PRU itu nanti.

Tuesday, December 21, 2010

JANGAN PERKECIL PERANAN MEDIA



Kita telah menerima isyarat bahawa PRU sudah semakin hampir. Seharusnya semua pihak memainkan peranan masing-masing untuk membantu kumpulan dan parti yang mereka masing-masing sokong memenangi kerusi-kerusi yang ditandingi.

Bagaimanapun, di Jerantut nampaknya tiada langsung usaha untuk menarik bloger-bloger supaya memberikan sokongan mereka kepada parti oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Mungkin mereka masih merasakan bahawa peranan blogger dan media sosial tidak menyumbangkan apa-apa kepada mereka.

Di peringkat negeri, kita sudah melihat ada perubahan dimana banyak pihak yang terlibat di media sosial cuba dihimpunkan dalam usaha menjuarai media sosial. Kita tidak tahu setakat mana usaha itu mencapai sasarannya dan kejayaannya, namun walau apapun usaha sedemikian sungguh memberi makna dan mampu menunjukkan bahawa kerajaan negeri serius dalam usaha memenangi hati rakyat.

Di Jerantut, jika ada seseorang pemimpin yang ada inisiatif sedemikian, saya pasti ianya mampu mengubah corak dan sokongan blogger serta mempengaruhi fikiran rakyat sekaligus. Jangan lagi kita berfikir bahawa blog ini hanya dibacai oleh orang-orang muda sahaja dan pengundi lama tidak akan dipengaruhi olehnya. Pendapat sedemikaian saya rasa salah. Bahkan pengundi lama akan terpengaruh dengan pengundi muda yang mendapat banyak maklumat melalui internet dan menyebarnya kepada ramai.

Dalam PRU12 lalu, kerajaan telah melakukan kesilapan dengan memandang remeh peranan media sosial ini. Jangan lagi kali ini pemimpin kita mengulangi kesalahan sama hendaknya. Kita melihat Jerantut adalah antara daerah yang terkehadapan sekali dalam penglibatkan di media sosial berbanding daerah lain walaupun Jerantut adalah satu daerah pedalaman.

Menguasai media adalah menguasai kekuatan dalam penyebaran maklumat. Kegagalan menguasai media akan  mengagalkan pemimpin dalam mempengaruhi rakyat juga.

Saturday, December 18, 2010

HANGAT BERKARI DAN PEDAS BERASAM RONG ~ 'WIKILEAKS' vs 'WIKIWEAK'

WZWH menulis begini (baca sini), tentang projek yang telah dan sedang dilaksanakan di Ulu Tembeling. Nilaiannya jutaan ringgit. Beruntunglah penduduk Ulu Tembeling. Saya sangat menginsafi bahawa saudara saya WZWH ini adalah seorang yang bersikap sangan terbuka dan telus.Kerana itulah beliau dengan berani membentangkan segala projek yang diracang dan laksanakan oleh 'bos'nya tanpa sebarang selindung. Saya juga dengan jujurnya menyedari bahawa memang banyak yang telah 'bos' berkenaan lakukan untuk penduduk.

Cuma, kali ini saya mengharapkan WZWH lebih jujur, telus dan benar-benar berani dengan menyatakan siapakah kontraktor-kontraktor berkenaan yang melaksanakan projek-projek berkenaan untuk kita bandingkan dengan rekod yang kita ada. Ini memang memerlukan keberanian yang sangat tinggi, tidak ramai 'lelaki' yang seberani ini. Mungkin juga WZWH masih kurang cukup berani mendedahkannya. Saya yakin pasti ada pihak yang mencabar WZWH untuk menjadi seorang hero yang berani mendedahkan maklumat ini. Mungkin WZWH akan seberani 'wikileaks' atau dia sebenarnya 'hero filem tamil' yang penakut dan menyorok disebalik 'langsir' dan hanya layak menjadi 'wikiweak'

----------------------------------

Nampaknya blog-blog dalam blogspera Jerantut turut merasai bahang PRU yang semakin hampir. Justru kita melihat mereka semua sudah mula aktif kembali. Masing-masing memberikan pendapat dan pandangan terhadap berbagi isu dan dari berbagai sudut. Semuanya betul, atas sifat kebebasan menulis dan menyatakan pendapat mereka sendiri.

WZWH menulis tentang ADUN Pualau Tawar, memberikan semangat supaya bangkit semula dan ceria. Bagaimanapun pandangan SPU segalanya sudah terlambat dan berakhir. DUN Pulau Tawar bukan lagi untuk dia dan jangan bermimpi untuk Parlimen Jerantut. Banyak bebanan yang dipikulnya dan perlu dibersihkan bagi membolehkan rakyat menerimanya semula. Sebaiknya pasrah saja lah dan berpaling ke arah lain.

N9 TAHAN mengangkat berita dari media cetak arus perdana mengenai rungutan rakyat terhadap kemudahan prasarana di Kg. Kuala Sat yang tidak diendahkan oleh pihak berwajib. Malahan ada orang tertentu menjanjikan sesuatu namun janjinya seperti biasa hanya lah bagai menanam tebu ditepi bibir. Pemimpin begini juga akan rakyat singkirkan. Semoga prmimpin utama negara memerhatikannya dan tidak lagi memberikannya peluang yang hanya akan menjadikannya 'beban, kepada parti dan kerajaan. Orang begini juga tidak layak untuk jadi Ahli Parlimen.

Sahabat saya, uRag dRrulug yang selalu berkonfrantasi dan kontroversi pula menulis tentang pengorbanan dalam perjuangan mencapai kemerdekaan. Namun sesudah mencapai kemerdekaan, ada pihak yang tidak dapat mengecapi hasilnya. Ada ketidakadilan atau mungkin disebabkan penyelewangan pihak tertentu. Namun rakyat tetap merasan kecewa. Ada yang rela membakar kelambunya. 

Friday, December 17, 2010

GENERASI IT



Baru-baru ini saya berpeluang mengikuti ceramah yang mana Sdr. Nobisha adalah salah seorang dari penceramahnya. Beliau selain dari seorang blogger, juga adalah seorang penulis dan pakar dalam komunikasi terutama apa yang disebut media baru atau media sosial. Saya banyak mengikuti tulisan dan pandangan beliau. Namun yang ini harus saya  kongsikan dengan ramai, terutama di Jerantut supaya mampu menambahkan lagi pengetahuan tentang IT. Jangan nanti tidak pandai menari kita katakan lantai tinggi rendah. Jangan nanti kita terus-terusan tenggelam buta IT dan buta hati.


Dalam bukunya, "Grown Up Digital", Don Tapscott menulis mengenai Generasi X, Y dan Z. Beliau bukanlah orang yang pertama dan terakhir menulis mengenai tiga generasi ini.
Menurut Don Tapscott, Generasi X ialah mereka yang lahir antara 1965 hingga 1976, Generasi Y lahir antara 1977 hingga 1997, manakala Generasi Z ialah mereka yang lahir selepas 1998. Setiap satu generasi ini mempunyai ciri-ciri sosio-budaya yang tersendiri.


Satu perkara yang pasti, Generasi X, Y dan Z adalah merupakan generasi internet, manakala generasi sebelumnya iaitu Generasi Baby-Boomer dan Pre Baby-Boomer adalah merupakan generasi percetakan dan penyiaran. Saya telah menulis mengenai perkara ini sebelumnya.
Kini, Dan Pankraz seorang ahli pemasaran digital dari Sydney, Australia menulis mengenai "Generasi C" iaitu iaitu "connected generation" dan merupakan "digital natives." Berbanding dengan Generasi X, Y dan Z yang diklasifikasikan mengikut umur, Generasi C adalah merupakan mereka yang berkongsi nilai, sikap, tingkalaku dan gaya hidup yang sama - tanpa mengira umur.


Seseorang mungkin berada dalam Generasi Baby-Boomer, tetapi berada dalam Generasi C sama seperti anak muda Generasi Y, sekiranya dia sentiasa menggunakan internet untuk berkomunikasi; termasuklah media sosial seperti Facebook atau YouTube. Klik di sini untuk membaca mengenai Generasi C.


Berbicara mengenai Generasi C, saya ingin mentakrifkan semula Generasi X, Y dan Z. Di kalangan Generasi C, ada Generasi X, atau generasi "pangkah." Mereka gemar membangkang apa saja yang dimuatkan sama ada dalam blog, Facebook atau Twitter. Semua tak kena. Dia seorang saja yang betul.


Di kalangan Generasi C juga, ada Generasi whY; iaitu kelompok yang suka bertanya apa yang orang lain buat tanpa menawarkan apa-apa penyelesaian. Mengapa begitu? Mengapa begini? Cuma, dia tidak bertanya, "Apa yang saya dah buat?"


Dan, akhir sekali di kalangan Generasi C juga ada Generasi Zzzz, iaitu mereka yang "tidur" dan tidak berminat untuk mengambil tahu apa yang ada di sekeliling. Mereka hidup dengan dunia mereka sendiri.
Oh ya, anda membaca blog ini; besar kemungkinan anda adalah Generasi C. Persoalannya ialah adakah anda Generasi X, Generasi whY atau Generasi Zzzz?
(Klik Sini ke sumber asal)




Di Jerantut, Dato' Azizan sudah celik IT (sini), Sopian Kasim juga celik IT (sini), Wan Zamzuri cikgu penasihat tak resmi ADUN Tahan juga celik IT (sini), ADUN Tahan juga pejam-pejam celik IT (sini)Norhelan Mahamud, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Jerantut - blognya pejam celik kemudian pejam dah tak celik-celik lagi - entah mengapa. Ketua Penerangan dan AJK UMNO yang lainnya, masih tak celik-celik. nampaknya masih buta hati. Selamat tinggal UMNO yang tetap mundur dan mengundur kebelakang.  


---------------------------------------------



Thursday, December 16, 2010

PEMBANGUNAN JERANTUT - REALITI DAN MIMPI

Gambar ihsan WZWH


Angin yang bertiup kencang membawa khabar kepada semua bahawa Pilihanraya Umum akan diadakan tidak lama lagi. Banyak pihak meramal pada tahun hadapan. Justru semua pihak sedang bersiap sedia menghadapi pilihanyara ini. Cabaran besar sedang menanti BN dihadapat. Kesilapan mentafsir sokongan akan mengecewakan UMNO / BN. Memang sokongan sebenar sukar diukur. Peranan media sosial juga ternyata memainkan peranan besar. Cuma di Jerantut ini Penerangan UMNO masih tidur mungkin kerana Ketua Penerangannya tidak sedar apa yang berlaku diluar sana.

Harapan untuk melihat UMNO Bahagian memiliki lidah resminya @ Blog UMNO Bahagian nampaknya semakin pudar. Mungkin hanya akan ujud setelah UMNO menjadi pembangkang kerana semangat berjuang selalunya hanya ada pada orang Melayu yang kalah dan rasa tertindas - wallahualam!

------------------------------

Blog WZWH mengisahkan pembangunan yang telah dibuat oleh kerajaan atas hasil usaha YB DUN Tahan selama ini. Beliau juga mendetailkan kos bagi setiap projek berkenaan. Untunglah orang-orang Felda Padang Piol, mudah-mudahan selepas ini mereka tidak lagi 'biol' seperti dahulu. Bagaimana dan apakah agaknya pembangunan yang didapati oleh kampong-kampong terdisional? Kuala Pengor, Kg. Pagi berapa juta RM agaknya? Kg. Lentun? Kg. Mat Daling?

Kali ini tiba pula giliran blog Parlimen81 memberikan komen terhadap posting yang memperlihatkan wawasan dan 'was-was-san' WZWH dengan idea-idea besarnya. Blogger uRag dRrulug, saudara WZWH nampaknya sudah tidak lagi hendak mempertikaikan WZWH kerana WZWH sudah 'malualah' dengannya sejak kalah dalam poll tidak lama dulu, kehkehkeh! Kini giliran Parlimen81 untuk 'mengajar' WZWH supaya jangan hanya memandang bintang dilangit, tetapi selalulah melihat rumput di bumi. Bukan hanya kerana kehijauan rumput itu, tetapi kerana bimbang jika tidak memandang bumi nanti terpijak 'taik ayam' yang bertaburan. Kahkahkah! Ikut gon bedua lah nak apa pun!

Wednesday, December 15, 2010

KEADILAN: ANTARA MULUT HARIMAU DAN MULUT BUAYA



Blog N9 Tahan menulis mengenai permohonan tanah dan ketidak adilan penjawat awam dan meluluskannya. Campurtangan pihak tertentu sudah tentu tidak dapat dinafikan. Wakil Rakyat dan pegawai atasan antara yang memainkan peranan besar dalam meluluskan sesuatu permohonan tanah berkenaan. Selain itu adalah sikap petugas itu sendiri. Ada kes dimana ermohonan yang sudah hampir 30 tahun tetapi masih belum diproses. Apa pegawai dipejabat tanah buat dalam amsa 30 tahun itu? Mereka datang hampir pukul 10 pagi kerana urusan menghantar anak kesekolah. Masuk ke pejabat membaca surat khabar atau melayari internrt(?). Kemudian di kantin minum kopi. Selepas itu balik untuk mengambil anak disekolah.

Kerajaan membayar gaji mereka untuk tidak berbuat apa-apa. Bahkan ada antaranya yang tidak menyokong kerajaan kononnya kerajaan itu dan ini. Apabila permohonan melibatkan 'orang besar' dan 'orang kaya' mereka akan dengan cepat melakukannya kerana ada 'duit kopi. Dalam kerajaan mencari perhatian rakyat, penjawat awam adalah diantara penyebab rakyat membenci kerajaan.

WZWH menulis mengenai Penjaja Marhaen vs. Kapitalis. Seorang ADUN dirujuk sebagai bapa pembangunan. Dalam halus seakan ada kenyataan dan sindirian siapakah sebenarnya yang 'menggadai' harapan dan masadepan orang Melayu di Jerantut.Siapa yang rakus dan ghairah untuk mencari faedah dan kepentingan peribadi. Mana keadilan? Tidak semua bapa mampu berlaku adil dan berbuat baik. Mungkinkah ini antara 'papa' jahat yang negara kita telah lahirkan.

Menyegar menulis mengenai blogger yang sudah tidak bebas kerana dibeli. Ini satu perkaya yang subjektif sifatnya. Blogger juga adalah satu profesyen bagi sesetengah blog dan blogger dan sudah tentu mereka akan menulis sesuatu yang cenderung kepada seseorang atau sesuatu pihak atas kepentingan tertentu. Bahkan blogger yang tidak 'dibeli'pun tetap cenderung kepada seseorang atau sesuatu pihak atas sesuatu alasan. Bermakana didalam fikiranpun mereka sudah terbeli.

PRU semakin hampir. Corak pemikiran pengundi sudah semakin sukar ditafsir. Pengundi baru @ muda semakin ramai dan mereka datang dengan pemikiran baru dan mereka nampak negara dan kepimpinan dengan lebih jelas kerana pengetahuan serta celik IT. Siapapun calon yang diletakkan namun bukanlah senang untuk kerajaan terus menguasai pemerintahan. Segalanya kerana pemimpin kita, kerana penjawat awam kita dan kerana keadilan yang nampaknya sudah tidak ada lagi.

Kita persoalkan keadilan oleh kerajaan yang kita secara langsung kaitkan dengan UMNO / BN.  Kita melihat pembangkang Parti Keadilan Rakyat juga tidak dapat berlaku adil. Kita berada diantara mulut harimau dan mulut buaya.

Tuesday, December 14, 2010

GERAKMULA MEDIA SOSIAL PAHANG





Semalam,13hb. Disember,2010, blogger-blogger Pahang telah mengadakan pertemuan di Seri Pasific Hotel, Kuala Lumpur. Pertemuan berkenaan adalah atas inisiatif YB Dato’ Sharkar selaku pengerusi Biro ICT dan Komunikasi Negeri Pahang. Antara yang turut dihadiri beberapa blogger ternama Pahang antaranya Braveheart, Sri Tri Buana, Semut Hitam, Juri Rakyat. Hadir sama dalam pertemuan tersebut, selain Dato’ Shahniza, adalah beberapa rakan Fecebook negeri Pahang dan Unit Media Baru Negeri Pahang.

Tidak ada agenda khusus dalam pertemuan santai tersebut namun beberapa resolusi spontan telah dibuat untuk bersama-sama memainkan peranan aktif dalam perkembangan media sosial khususnya di Pahang khususnya bagi menghadapi PRU akan datang.

Dalam pertemuan tersebut, bloggers dimaklumkan kewujudan blog aggregator ‘Gabung Suara Anak Pahang’ (http://gerbangtemumaya.blogspot.com) telah tersedia untuk dijadikan blog rujukan kepada khususnya blogger Pahang. Blog berkenaan bukan saja menghimpunkan blog-blog politik dan isu semasa bahkan blog-blog dari pelbagai kategori.

Nampaknya pemimpin UMNO Pahang sudah terjaga dari tidurnya selama ini. Apapun, kita berharap supaya pertemuan ini dijadikan permulaan bagi usaha menjuarai media sosial di negeri Pahang.

-----------------------------

Atas sesuatu sebab, SPU tidak dapat memberikan ulas ringkas kepada posting blog-blog Jerantut hari ini. SPU ingin merakamkan ralatnya terhadap kekurangan ini. Namun berharap poembaca-pembaca agar dapat terus ke blog berkenaan untuk membaca isi hati dan curahan rasa rakyat Jerantut. Selamat membaca.

Monday, December 13, 2010

PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI - APAKAH SASARANNYA TERCAPAI?

Gambar Hiasan: Sebuah Pusat Jalur Lebar yang beroperasi dengan berkesan


Saya tidak sempat melihat secara dekat untuk menilai peranan yang dimainkan oleh 'Pusat Jalur Lebar Komuniti yang saya pernah lihat di sekitar Kg. Batu Embun, dalam perjalanan ke Kuala Tembeling. Berapa pusat seperti ini ada di daerah kita? Apakah memang menyediakan jalur lebar disana? Apakah aktiviti yang lakukan oleh mereka yang mengunjunginya?

Kita harap ada pihak yang benar-benar serius meminkan peranannya dengan memantau kegiatan pusat-pusat berkenaan supaya dapat memandu mereka kearah yang kerajaan kehendaki. Kerana, jika tidak maka pencapaiannya tidaklah seperti yang kerajaan harapkan kelak.

Tahap celik IT mesti ditingkatkan. Program memperkenalkan 'media sosial' kepada masyarakat terutama generasi lama harus dilakukan. Lakukanlah ini seperti dasar kerajaan membasmi kemiskinan tidak lama dulu dengan mengadakan kelas-kelas dewasa. Sesuatu harus difikirkan oleh mereka yang berkenaan.

Kita tidak ingin mendengar alasan bahawa ada antara pusat seperti ini tidak dihubungkan dengan khidmat jalur lebar. Kita juga tidak hendak pusat seperti ini hanya dijadikan pusat permainan 'video game' semata-mata, ataupun tempat untuk melayari laman-laman yang tidak senonoh. Harap itu semua tidak berlaku dan harap andaian saya itu semuanya salah kerana saya membayangkan sesuatu tanpa melihatnya secara dekat. Ianya hanyalah satu kebimbangan semata-mata.

-----------------------------------------

Blog UD menulis 'ntah apa-apa, sekadar CnP sindiran dalam lawak dari blog Husin Lempoyang. Mungkin ada juga sindiran dari UD sendiri, tetapi SPU tidak sangat dapat merasainya. Anngaplah itu hanya sebagai hiburan hujung minggu. WZWH masih mengisahkan pembangunan Jerantut. Apapun WZWH nampaknya semakin bijak mengharungi kehidupan sebagai penulis blog. Tidak lagi seperti dulu melatah kerana provokasi. Insyallah nanti bila ada masa, kita adalah perjumpaan seperti dulu-dulu, sembang dan santai sesama blogger Jerantut.

Blog Parlimen81 juga sehaluan dengan WZWH, mendambakan pembangunan Jerantut. Blog-blog lainnya tidak menulis mengenai Jerantut dan sibuk dengan isu nasional dan antara bangsa. Mencerna kehidupan dalam dunia blogger. Blog baru, 'Ideakita' juga baik dalam menulis. Memang Jerantut tidak ketinggalan, memang kita tidak membuang baka!

Selama ini SPU terlalu asyik dengan blog-blog politik dan isu semasa sehingga akhirnya lupa untuk melihat kepada yang lain. Sehingga akhirnya tersedar bahawa ada sebuah blog yang menarik, menulis tentang puisi-puisi dan catatah perjalanan kehidupan. Layarilah blog 'azam' dan sesekali bebaskan diri dari keliling kita yang  terlalu menekan.

Sunday, December 12, 2010

PKR BERMESYUARAT RAHSIA



Nampaknya bahang politik dinegara kita semakin terasa panas dipenghujung tahun ini. Parti-parti dari komponen pambangkang Pakatan Rakyat terutama PKR sedang menghadapi masalah dalaman yang sukar dibendung. Kerana itu didala setia masyuarat cabang seperti yang kita ketahui, tidak sunyi dari berlaku pergaduhan sesama sendiri. Bagaimanapun yang selalu berlaku adalah dewan mesyuarat yang hanya dipenuhi banyak kerusi-kerusi yang tidak berpenghuni. Kita tertanya-tanya kemana perginya ahli parti yang sepatutnya hadir bermesyuarat?

Akhirnya kita sedar bahawa rupanya ahli-ahli yang didakwa ada beraturs ribu oleh PKR adalah ahli-ahli hantu. Yang ada hanya nama dan maklumat diri sedangkan tubuh badan mereka langsung tidak mengetahui bahawa mereka adalah ahli parti. Nama mereka hanya diletakkan sebagai ahli untuk menunjukkan banyaknya dan hebatnya sambutan terhadap parti sedangkan hakikatnya kosong.

PKR cabang Jerantut juga sama. Selama ini kita tidak pernah mendengar adanya mesyuarat peringkat cabang. Sepatutnya sesuatu mesyuarat peringkat cabang atau bahagian akan dengan mudah diketahui kerana ianya melibatkan jumlah ahli yang ramai. Kita mendengar tentang mesyuarat Pas tetapi tidak pernah mendengar tentang mesyuarat PKR? Dimanakah mereka bersembunyi bermesyuarat? Dicelah pokok-pokok getah? Yang pasti adalah mesyuarat mereka hanya ada diatas kertas. Ketua cabang dengan setiausaha dengan senang menentukan keputusan mesyuarat. Ketua dan ahli-ahli jawatankuasanya akan tetap memegang jawatan berkenaan sampai ke mati.

Rupanya parti peliwat ini hanya meliwat ahli-ahlinya saja.

----------------------------------------------

Blog Jerantut; Parlimen81 mencari-cari projek yang mampu memberi impak besar kepada pembangunan dan ekonomi Jerantut. uRag dRrulug mengenai salah laku parti pembangkang. Persamaan antara keburukan sikap manusia sama ada mereka itu UMNO atau Pas, parti sekular atau pun yang kononnya Islam. Nampaknya mereka semuanya sama.

Saturday, December 11, 2010

BAJIR KILAT DIKAWASAN TANAH TINGGI JERANTUT?

Gambar hiasan: Bencana banjir 


Cuaca dihujung tahun menyaksikan segalanya menjadi lembab akibat hujan yang turun lebih banyak berbanding masa-masa lain. Pembangunan pasat Jerantut juga perlukan pemantauan khusus terutamanya terhadap sistem saliran yang sedia ada. Agak pelik dan melucukan apabila bandar Jerantut ini yang letaknya di hulu negeri dan dikawasan tanah tinggi namun masih terlibat dengan banjir kilat.

Pihak berkuasa tempatan harus mengambi langkah perlu bagi mengatasinya selama-lamanya kerana kita melihat masalah ini memang tidak patut berlaku. Saliran Sungai Betong harus dibersihkan dan secara berjadual kerana ini adalah saliran yang utama dan terpenting dan berada dikawasan pusat bandar. Sedikit ubahsuai terhadap saliran berkenaan harus dilakukan bagi tujuan pembersihan. Saya mendacangkan supaya beberapa laluan khas bagi membolehkan jentera 'backhoe' turun kedalam saliran berkenaan dibuat dibeberapa tempat strategik supaya jentera berkenaan dapat turun dan membersihkan sisa buangan dan mendapat yang memenuhi dasar saliran berkenaan.

Mungkin kerana Puan Wan asyik memandang ke langit maka beliau kadang-kadang terlupa pada longkang di bumi ini. Namun yang lebih utama adalah sikap penduduk Jerantut sendiri yang bukan bersikap pembersih. Ini adalah antara punca yang menyebabkan banyak saliran-saliran tersumbat yang mengakibatkan banjir kilat berlaku. Kita boleh salahkan MDJ, tapi salahkanlah diri kita juga dahulu.

--------------------------

Lewat (bukan liwat) posting SPU hari ini kerana leka @ 'ralit' membaca posting saudara saya WZWH tu. Masalah yang saya hadapi adalah tak dapat nak scroll ke bawah kerana matapun tak boleh lari dari gambar ke-2 tu. Rupanya saya tau bahawa gadis yang menawan hati WZWH itu juga telah menawan hati saya. Walaupun isu yang dibawa ini adalah isu setempat yang sangat menjurus kepada masyarakat Kelantan yang menetap di Jerantut, namun saya menganggapnya sangat baik untuk makluman semua pihak termasuk tokoh politik dan kerajaan dalam merencanakan sesuatu pembangunan ataupun bagi mendapatkan sokongan suara rakyat. (Bacalah di sini)

N9 TAHAN (Pas) menulis mengenai rakyat tidak isu menghormati kerabat diraja Britain. Harap-harap ini tidak akan berlaku dinegara kita. Mungkin kaum Melayu akan tetap ada rasa hormatnya tetapi bangsa asing kemungkinan sudah meletakknya ditempat lain. Laksamana Jebat menulis kaitan tentang MB Selangor yang dituduh rasuah dan sedang dalam proses perbicaraan. Parlimen81 hanya memberi kita sekeping gambar Jerantut untuk kita renungi. Ideakita, masih menulis mengenai lantikan Senator dari Jerantut yang mula-mula dibawa oleh WZWH. Tentunya PM lebih arif dan dapat melihat antara permata dan kaca

Friday, December 10, 2010

BLOG YANG DI 'BANNED' OLEH KERAJAAN




Berikut adalah CnP dari blog 'Kingpahat Blogspot'. Baik untuk dibaca bagi menambah pengetahuan kita mengenai blog-blog terutama yang menyalahi peraturan kerajaan dan telahpun di 'bekukan'

Senarai web & blog yang telah di BANNED oleh kerajaan.

Kerajaan telah mengeluarkan senarai laman web dan blog yang diharamkan kerana memaparkan kandungan berunsur lucah dan melanggar peraturan undang-undang di negara ini.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Teresa Kok (DAP- Seputeh), Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata sebanyak 39 laman web dan blog telah disekat dan tidak boleh dilayari di semua pejabat kerajaan.

Antara laman web yang diharamkan ialah:

ghairah-betul.blogspot.com

www.videokita.net/home.php

melayu3gp.videosof.us

papajahat.myhardman.com

asian.pornparks.com/terlampauvcd/skodeng

asianseks.blogspot.com

pejuanglelakimelayu.blogspot.com

skodengawek.blogspot.com (transferred to skodengkrewz.blogspot.com)

video.blogspot.com,groups.yahoo.com/group/malaysian_swinger_clubarkibsabul.wordpress.com

sabul2u.wordpress.com

www.sabul.wordpress.com

www.sabul2u.blogspot.com

www.myselfdotcom.blogspot.com

melayuseks.nudepal.com

www.melayuseks.tk

malaysia3gp.blogspot.com

3gp.penzpro.com

3gpmalaysia.blogspot.com

zarina-an-julie.blogspot.com

www.sabul-skodeng.blogspot.com

celebrityxpose.blogspot.com

ibu-bugil.blogspot.com

perempuan-melayu-bogel.blogspot.com

www.otakblue.com

e-3gp.blogspot.com

3gpplanet.blogspot.com

bestmelayuboleh.blogspot.com

videomelayuonline.ning.com

honeydigger.blogspot.com

bilikmandi.ning.com

syafeera.blogspot.com

syurga-islam.blogspot.com

www.3gpsyok.com

3gpmelayuboleh.com

katakz.blogspot.com

my3gpp.blogspot.com

skandalmelayu.blogspot.com

- MSTAR

Thursday, December 9, 2010

APA JADI PADA UMNO KALAU BLOGGER PRO KERAJAAN BERPUTAR 360 DARJAH....





Kebelakangan ini, dalam beberapa hari ini saya merasakan ada riak-riak gelombang yang membawa ombak PRU13. Kerana itulah kebelakangan ini saya melihat kebanyakan blog-blog yang selama ini sedang tidur dan terlena kembali bangkit dan bersuara bagi pihak masing-masing.

Nampaknya perang siber akan kembali semula dan menghangatkan dunia IT Malaysia sepertimana semasa PRU12 lalu. Ramai blogger saya rasa sedang menunggu pertemuan kembali ini. Jika dulu blogger Pro Kerajaan / Mesra Kerajaan hadir sebagai underdog, maka kini mereka akan hadir sebagai 'Big Dog' atau 'Bull Dog'.

Kemenangan blog Pro Kerajaan dalam mendominasikan 100 teratas dalam rangking di alexa adalah petanda bahawa kerajaan adan mendapat bantuan dan sokongan dari mereka yang prihatin terhadap kerajaan. Bagaimanapun, bro 'Braveheart' diblognya 'Beranikan Hati' masih tidak berpuashati terhadap UMNO diperingkat bahagian-bahagian mengenai peranan mereka dalam menjuarai media sosial.

Apa kata jika blogger pro kerajaan juga kerana satu-satu sebab dan kerana satu-satu kepentingan berputar 360 darjah kebelakang? Mampukan UMNO berjuang bersendirian di media sosial dengan pejuang-pejuangnya yang pekak dan buta serta cacat seluruh anggota? Memang ini hanya satu andaian, tetapi harus juga kita fikirkan kemungkinannya dan mencari jawapan bagi persediaan awal.



-----------------------------


Blog pembangkang, N9 TAHAN mengulas mengenai entry SPU semalam yang mengangkat posting WZWH. Maknanya cerita ini sudah jadi panjang dan menurut versi masing-masing serta sudut pandangan masing-masing. Blog Orang Besar Ber-40 Jerantut 'Laksamana Jebat' menulis mengenai Orang Besar Kelantan merangkap Menteri Besar dan mengenai kesihatan beliau serta jawatan sebagai MB-nya. Blog 'anak DARUL MAKMUR' menulis mengenai ketuanan Melayu, menurut pandangannya sebagai penyokong parti pembangkang, Pas. Bolehlah juga kita baca apa pandangan orang Damak ni. Blog saudara saya WZWH, seperti biasa akan bercerita yang besar-besar dan juga mengenai PM. Kali ini beliau menulis mengenai melahirkan usahawan bumiputera. Bolehlah juga dibaca semasa santai. 

Saudara saya yang seorang lagi, 'uRag dRrulug' masih belum ada posting terkini. Saya sudah tidak boleh tunggu untuk publishkan posting saya, jadi saya tinggalkan dia dibelakang.

----------------------------


Wednesday, December 8, 2010

YANG SEDANG SAKIT, YANG AKAN DILANTIK DAN YANG BERDIRI MEMANDANG KELANGIT

Gambar sumber blog WZWH. 
Dato' Azizan yang akan sentiasa senyum sepanjang minggu ini.

Blog Laksamana Jebat, menulis tentang perletakkan jawatan DS Nik Aziz yang sebenarnya sedang sakit tenat dihospital. Beliau mengaitkan perletakan jawatan tokoh-tokoh politik veteran di tanah air yang sudah berihat dari politik sama ada berundur atau diundurkan. WZWH, semalam menulis mengenai cadangan beliau kepada PM supaya melantik senator dari Jerantut yang selama ini belum pernah menerima penghormatan sedemikian.

Mungkin WZWH akan pastikan kali ini cadangannya mesti didengari dan di terima oleh PM kerana beliau sudah banyak kali mencadang dan berjanji kepada masyarakat Jerantut namun segalanya tidak  jadi nyata, tentu PM pun sudah bosan dengan cadangan-cadangan beliau dan kerana itu akan menerima cadangannya kali ini. Beruntunglah YH Dato' Azizan, yang gambarnya dipaparkan dalam keadaan bersandar dan kegembiraan menerima perlantikan itu nanti. Cuma hendaknya, WZWH mesti juga pastikan agar Dato' Azizan tidak akan 'terkeciwa'. Kesian dia yang sudah jatuh berusaha untuk naik semula.

Blog uRag dRrulug semalam menulis dengan tajuk; Bila UMNO gagal juarai media sosial...(baca sini) Sebenarnya UMNO bukan gagal, tetapi tidak pernah berusahapun untuk jadi juara.

Sebuah blog baru yang baru dimasukkan kedalam liga blogger Jerantut ini, ideakita menulis tentang cadangan PM membina bangunan 100 tingkat. Saya masih belum meneliti di arah manakah blogger ini berdiri, namun sebagai seorang rakyat dan penulis blog, saya tetap menghormati apa pun pandangan beliau di negara kita yang mengamalkan demokrasi ini.

Kita doakan kesihatan kepada DS Nik Aziz yang sedang sakit. Kita ucapkan tahniah kepada Dato' Azizan yang akan dilantik sebagai senator (agaknya lah, hehe) dan kita menasihatkan kepada ideakita supaya jangan terlalu lama memandang ke atas kepada bangunan 100 tingkat itu kerana bimbang nanti urat leher akan terseliuh. Pandang sajalah kemuka bumi dimana kita akan meletakkan  langkah kaki kita ini.

Tuesday, December 7, 2010

TAHUN BARU DAN WAJAH BARU



Salam Maal Hijrah!  Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah SWT, diberi nafas dan nikmat untuk bersama-sama menyambut awal Muharam tahun 1432 Hijriah. Di kesempatan ini, warga SPU mengucapkan Salam Hijrah pada semua muslimin dan muslimat,. kepada semua pembaca blog Suara Prihatin UMNO Jerantut, khususnya warga Jerantut ini sendiri.

Semoga ditahun baru ini, kita semua dapat mengambil iktibar dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai panduan kehidupan kita bagi menghadapi cabaran hari-hari yang mendatang.


----------------------------------------------

Blog WZWH  menulis tentang pandangan peribadi beliau dengan mencadangkan beberapa calon bagi PRU akan datang. SPU tidak hendak memberi sebarang komen kerana itu adalah pendapatnya peribadi dan kemungkinan besar sangat berbeza dengan pendapat SPU sendiri serta ahli-ahli UMNO Jerantut dan rakyat jerantut amnya.

Hulu Tembeling, yang berwajah baru membawa keresahan rakyat terhadap kerajaan dan kepimpinan dan mendambakan perubahan dilakukan oleh parti pemerintah bagi terus mengekalkan kuasa. Sokongan rakyat terhadap pembangkang adalah pernyataan protes kepada kerajaan yang pada masa lampaunya terlalu banyak terlibat dengan penyalahgunaan kuasa yang menimbulkan kebencian rakyat.

Blog pembangkang; N9 TAHAN, yang juga berwajah baru mengisahkan permasalahan tanah yang juga perlu diberikan perhatian kerana ini juga suara rakyat. Kelemahan penjawat awam sangat dikesalkan. Blog Pulau Tawar mengenai bekas MB Selangor mengenai tuduhan salahlakunya yang dipetik dari akhbar Berita Harian. Ansarullah juga mengulas perkara sama.

Nampaknya sempena tahun baru hijriah, blog-blog di Jerantut sudah menukar wajah dan ini termasuk juga blog SPU yang mungkin cemburu terhadap perubahan di blog Hulu Tembeling dan N9 TAHAN. Yang penting, semua blogger Jerantut akan berjuang dengan menyuarakan segala ketidakpuashatian terhadap semua pihak demi memberi pembelaan kepada rakyat. Selamat Berjuang!




Monday, December 6, 2010

BARANGAN NAIK TAK AKAN TURUN, BLOGGER-BLOGGER DISANA SINI

YB Dato' Tuan Haji Wan Amizan bin Abd Razak selepas beberapa kali umrah
 dan menunaikan haji (di Mekah) sudah lebih berubah dan prihatin terhadap rakyat.
Mungkin berkata kepada budak itu; Tak apa, kalau nak tengok unta, 
nanti kita anjurkan lawatan ke Muzium Negara. (Foto blog WZWH)


Kenaikan harga barang mungkin tidak memberikan kesan besar kepada mereka yang tinggal dibandar dan berkhidmat sebagai penjawat awam. Atau para peniaga serta kontrektor termasuk Kelas F (A - D) (yang hanya ada di Jerantut ini) Kepada penjawat awam, mereka diberikan bonus itu dan ini. Kepada peneroka Felda, mereka juga mendapat bonus sebelum hari raya dulu. Tetapi bagaimana dengan penduduk kampong tradisional di pedalaman? 

Mereka tidak mendapat bonus, mereka tidak mendapat subsidi itu dan ini. DS Najib dan Kerajaan 1 Malaysia terlepas pandangkah? Atau kerana ini kaum minoriti, maka biarkan sajalah mereka dan mereka dijadikan korban terutama kerana mereka tiada suara. Kepada siapa mereka hendak mengadu? Pemimpin dan YB hanya melihat dari jauh. Surat khabar dan TV tidak akan datang kalau tidak dalam lawatan menteri. Blogger asyik sibuk berjuang dibandar-bandar besar. Parpukari dan Papagomo tentu tidak akan peduli masalah ini. Blogger bekas YB pun asyik memandang langit dan dah lupa rumput dibumi. Berdiam diri sajalah dan mungkin terpaksa reda, bahawa inilah suratan takdir!


-----------------------------

N9 TAHAN persoalkan hak ketuanan Melayu didalam postingnya. Walau sudah ramai yang menulisnya namiub ini dari sudut pandangannya sendiri, dan dia betul dalam memperkatakannya. (KLIK SINI)

Lama saya tidak mengangkat blog saudara saya ini:  WZWH menulis isu setempat dan ini yang sangat saya sukai. Beliau menulis tentang majlis berkhatan di Felda Padang Piol, dimana YB ADUN Tahan telah diberitakan meresmikannya. Disebutkan juga mengenai Dewan Serbaguna dan Padang Futsal bernilai RM1.2 juta hasil usaha 'keras' YB ADUN Tahan itu. Lalu saya teringat, wah! Patutlah orang-orang di Felda Sungai Retang 'bengkak hati', rupanya projek yang patut dibina disana telah dibawa kesini. Teringan kembali kita akan kisah peruntukan Jalanraya dari Jerantut ke Ulu Tembeling yang sudah berubah menjadi Jembatan Tg. Lumpur. Pandainya orang politik bermain silapmata.

Blog Hulu Tembeling berubah wajah. Belum lagi menulis, mungkin sedang sibuk bertukang dan menghias blog. Macam orang pindah rumah baru, asal jangan mencari orang rumah baru tidak mengapa! uRag dRrulug menulis rintihan dan kenangan lalu. Membacanya, sesekali mengingatkan kita pada kampong halaman dan suasana dahulu yang sudah tidak mungkin akan kembali lagi. Terasa airmata tergenang dan seakan akan mengalir ke pipi. Seperti biasa, uRang dRrulug - blog satira - seperti biasa menegur dalam berkias. Menikam dengan berseni namun kadangkala menyinga bia marah.

Sunday, December 5, 2010

SEMUA BERSUARA MENGENAI KENAIKAN HARGA

SPU lambat menulis hari ini kerana menunggu apa reaksi blog-blog dalam liga SPU Jerantut. Kebanyakkannya masih berkisahkan mengeni isu luar yang tidak ada kene mengena secar langsung dengan kita. Bagimanapun blogger yang 'kurang' mesra kerajaan membawakan isu yang sangat menyentuh kita tanpa mengira kecenderungan potilik serta ras, iaitu isu kenaikan harga barangan.

anak DARUL MAKMUR menulis begini (klik)  parlimen81 begini (klik)  ansarullah pula begini (klik). Semuanya ada hubungkait dengan kita sebagai rakyat negara ini. Baca juga terkini dari blog N9 TAHAN (disini)

Blogger mesra kerajaanpun menulis begini: RAKYAT MENJERIT: BN = BRANG NAIK!

Saturday, December 4, 2010

PENGHARGAAN KEPADA BLOGGER, PILIHAN DALAM PRU, HARGA BARANG NAIK



Bro Braveheart menulis diblognya begini (KLIK) tentang blogger pro atau mesra kerajaan menguasai media sosial. Parpukari pula menulis begini (KLIK) menghargai 'otai' dari sekumpulan blogger pro kerajaan. Braveheart menjawab pula begini (KLIK) mengenai sejarah perjuangan BPN. Panglima Perang Cyber pula mengulasnya begini (KLIK) juga mengenai perjuangan BPN. Sri Tri Buana pula menulis begini (KLIK) mengenai blogger dan sumbangannya dalam perjuangnya.

SPU nak ucapkan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Braveheart sebagai  blogger 'otai' Pahang khususnya. Kerana tanpa beliau tentu tidak wujud blog bumiyang yang di kedudukan 68 dalam rangking 100 blogger Popular Malaysia. Tanpa Braveheart Suara Prihatin Umno Jerantut juga tidak akan wujud, Tanpa Braveheart uRag dRrulug juga tidak wujud. Braveheart adalah pemula dan mentor kepada banyak kalangan blogger yang ada dan dari berbagai genre. Braveheart bukan SPU dan bukan UD, tetapi adalah mentor dan pencetus idea.

Blog Hulu Tembeling perkatakan mengenai PRU yang makin hampir dengan memberi peringatan supaya memilih parti dan calon yang tepat bagi menjamin keadaan dan kestabilan politik terus berkekalan. Blog N9 TAHAN pula mempersoalkan tentang kenaikan harga barang. Isu yang akan menimbulkan polimek dan akan terus diperkatakan rakyat menjelang PRU ini.

Friday, December 3, 2010

MENJELANG PRU13

Foto Ihsan Utusan Malaysia Online


PHNOM PENH 2 Dis. – Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah ujian sebenar kepada kredibiliti Barisan Nasional (BN) walaupun terdapat tanda-tanda awal bahawa rakyat semakin yakin dengan parti itu selepas kerajaan dilihat komited menunaikan janji-janjinya dalam pilihan raya lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ketika pilihan raya itu nanti rakyat akan membuat penentuan akhir sama ada BN telah berjaya memenuhi harapan dan kehendak mereka atau sebaliknya.

Menurutnya, PRU13 juga akan menggambarkan penerimaan sebenar terhadap segala usaha BN untuk menarik semula sokongan rakyat iaitu menerusi pelbagai inisiatif dan juga transformasi dalam kerajaan serta parti. .....



Sepertimana SPU menulis semalam, populariti DS Najib peribadi masih rendah jika dibandingkan dengan DS Anwar andai populariti blog dijadikan ukuran. Justru masih banyak lagi yang PM mesti lakukan terutama membersihkan sekelilingnya dari pandangan-pandangan negatif diluar dan didalam. (Baca juga tulisan SPU semalam)

Kita percaya bahawa DS Najib bersih dan jernih, malangnya beliau masih dikelilingi oleh mereka atau dengan presepsi yang tidak begitu jernih yang juga turut menconteng peribadinya sedikit sebanyak. Saya berpendapat pengantungan terhadap imej Tun Dr, Mahathir masih perlu dan diterjemahkan dengan jelas. Tun wajar dilantik sebagai menteri mentor atau sepertinya agar masih dapat menikmati sedikit sebanyak penghargaan dan populariti beliau dari pandangan rakyat.


***********

Sembang Kedai Kopi menulis tentang satu acara sukan yang dianjurkan di Taman Negara, Rainforest Green Race, yang akan diadakan pada 21 - 23 Januari, 2011 nanti. Ini bertujuan menggalakkan lagi kedatangan pelancong terutamanya pada musim yang Taman Negara selalunya berlaku hujan. Satu inisiatif yang baik yang patut dilakukan sejak dari dulu lagi. Penglibatkan agensi-agensi kerajaan terutamanya Pelancongan Pahang, Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser sangat didambakan bagi mempromosikan aktiviti Taman Negara pada musim monson.

WZWH, penulis yang bijak meminkan sentimen dan selalu penuh dengan kontroversi menulis mengenai Pembangunan Bandar Jerantut dan menganggap Dr. Shukri sebagai bapa pembanganan bandar Jerantut. (Klik Sini) Pada suatu ketika WZWH seakan tidak menghormati YB berkenaan dalam tulisannya, tetapi kali ini sebaliknya beliau memuji. Bagaimanapun kepada orang tertentu, janganlah terus menelan segala pujian itu kerana saya melihat ini hanya sebagai sindirian yang pedas berikutan banyak tanah-tanah yang dibangunkan itu dipertikaikan ketelusannya - wallahuaalam!

Blog paling popular di Jerantut, uRag dRrulug semalam menulis mengenai perjuangan dan keberanian. SPU tidak ingin mengulasnya disini. Bagaimanapun banyak pihak menganggap blog berkenaan menarik dan unik serta mampu manarik pembaca dari daerah pedalaman Ulu Tembeling untuk membaca dan memberikan komen. Saya juga maklum bahawa blog berkenaan sudah melangkan ke peringkat nasional dimana sering juga dikunjingi oleh pembaca dari Sarawak dan Brunei. Mungkin atas dasar bangsa serumpun.

Thursday, December 2, 2010

MEMILIH PEMIMPIN

KLIK SINI, sedikit berita panas mengenai pemimpin Pas


Jarang saya nak mengangkat blog yang menulis topik luar dari lingkungan kita, Jerantut. Bagaimanapun kali ini  terpaksa juga membuat ulasan mengenai blog WZWH dengan entry terbarunya; Rakyat Pilih Leader Jangan Pilih Pseudo Leader PRU 13 (klik)

Memang mudah untuk kita menunjukkan pilihan kepada rakyat namun apabila melibatkan ramai orang maka memilih sesuatu itu tidak lagi akan mengikut arahan atau kata kita. Itu namanya kebebasan. Orang akan memilih sesiapa saja mengikut suka hati mereka atas apa-apa alasan saja. Bahkan setidak-tidaknya mereka akan memilih orang itu hanya kerana tidak sukakan kepada orang ini. Undi protes! Itulah apa yang berlaku dalam PRU12 lalu. Rakyat memilih pembangkang kerana protesnya terhadap parti kerajaan.

Kadang-kadang kita juga sudah tidak peduli apakah pilihan kita itu betul atau apakah calon pilihan kita itu seorang yang dapat merealisasikan harapan rakyat. Maka seringkali kita memilih calon yang salah. Bagaimana pula dalam pemilihan UMNO sendiri? Apakah kita memilih calon yang betul jika pilihan kita itu disokong oleh ganjaran wang? Jangan dinafikan ini tidak berlaku disini. bahkan WZWH juga sudah mengakuinya pada postingnya diblog beliau dahulu.

Apakah kesilapan ini tidak akan berlaku jika pembangkang memberikan pengundinya ganjaran untuk mengundinya kelak seperti yang tokoh UMNO lakukan pada setiap mesyuarat UMNO? Apakah kita mesti salahkan mereka yang menerima ganjaran itu jika mengundinya? Bagaimana pula kita yang juga memberi ganjaran? Apakah kita tidak bersalah hanya kerana kita adalah mewakili pihak kita?

PRU13 masih bukan jalan mudah bagi BN kerana masih ada saki baki rasa tidak puashati dan dendam yang bersisa. Kemungkinan ditempat-tempat tertentu rakyat akan berpaling arah tetap ada. Siapa yang mampu menafikannya?

Kalau kita melihat dari 100 blogger favourite, Tun Dr. Mahathir di tempat ke-8 manakala Blog Anwar Ibrahim ditempat ke-9 sedangkan Blog DS Najib berada ditempat ke-48. Lim Kit Siang ke-16 manakala Zulkifli Nordin di kedudukan ke-21. Jika ini diambil sebagai ukuran populariti, maka DS Najib masih lagi kalah dan kurang popular, mujur juga Tun Dr. Mahathir sering memberikan bantuan. Jadi tidak mustahil bahawa kekuatan pembangkang masih kuat biarpun parti yang mewakili mereka sudah semakin karam dan tenggelam. Populariti dan sokongan individu serta undi protes akan memainkan peranannya kelak sebagai penentu.

Selain itu undi kaum lain juga masih disangsikan dan masih berada diluar kawalan. Ada kaum yang bijak, dalam PRK meminta itu dan ini tetapi undi masih tidak diberikan dan nampaknya mereka inilah yang sedang mengawal politik negara dengan tangan-tangan hitam mereka. Hendaknya pemimpin kita tidak akan terpedaya dengan permainan licik politik mereka ini kerana mereka boleh berada luar dan bahkan didalam juga. Mereka ini hanya lebih pentingkan kuasa mutlak berada ditangan mereka sebagai penentu dan menjamin ekonomi, terutama dalam keadaan begini, dimana pihak Pas juga seakan-akan mengangkat mereka setinggi langit. Budaya mereka lebih lama dari kita dan mereka lebih pandai dalam tipu muslihat persis bani israel.

Apapun, UMNO bahagian Jerantut seharusnya berkerja dari sekarang untuk merapatkan semula saf dan bersama-sama berjuang demi agama dan negara kita. Jangan ada sedikitpun ruang yang retak diantara pemimpin-pemimpin kita, jangan juga ada niat didalam hati untuk lakukan cas keting seperti sebelum ini. Jangan juga berfikir bahawa politik hanya untuk cari makan kerana yang kita pertaruhkan adalah masa depan anak bangsa kita sendiri.

Insyallah kita mampu menang dan menang besar jika kita juga sudah dapat mensucikan niat dan hati kita. Seperti semua maklum, kemenangan lawan yang lalu bukanlah kerana kekuatan mereka tetapi akibat dari kelemahan dan kelalaian kita yang mencurigai dan mengkhianati sesama sendiri.

Saya masih ingat apabila kita kalah kepada bagi DUN Tahan suatu waktu dulu. Saya juga masih terbayang wajah-wajah penderhaka itu yang kini masih ada didalam UMNO, yang masih ahli UMNO lantik. Perjuangan penderhaka ini adalah hanya untuk duit dan mereka tidak mustahil akan melakukannya sekali lagi dan lagi dan lagi. Pucuk pimpinan harus memastikan agar mereka tidak mampu naik lebih tinggi lagi atau kita kuburkan saja mereka disitu.

Saya lihat uRag dRrulug sudah menulis. Selamat kembali dan meriahkan lagi liga blog Jerantut ini. Kita juga harus pastikan supaya calon parlimen pembangkang yang bukan anak watan tewas dan dimalukan dalam PRU 13 nanti.

Wednesday, December 1, 2010

PEMIMPIN DAN JEMBATAN



1)
Blog 123 Si Lekuk menulis begini:

Ahli-ahli belia 4B Pahang mempersoalkan mesyuarat Agung Negeri Pahang itu yang diadakan awal november 2010 dikatakan tidak sah kerana dihadiri oleh perwakilan 4B Jerantut yang tidak mengadakan mesyuarat Agung pada tahun 2010 ini.

Persatuan Belia 4B Jerantut yang terdiri dari 24 cawangan tidak mengadakan mesyuarat Agung pada tahun 2010 menghantar wakil kemesyuarat negeri seramai 7 dari 10 orang ( 3 orang tidak hadir). Perkara ini telah dipersoalkan oleh perwakilan pada persidangan itu tetapi tidak dilayan oleh Jawatan kuasa negeri.

Sepatutnya, Jerantut tidak boleh hadhir kemesyurat negeri kerana tidak mengadakan mesyuarat agung diperingkat Daerah. Minit-minit mesyuarat Agung yang dihantar kenegeri itu hanyalah palsu dan pihak negeri hendaklah menyiasat perkara ini dengan serius.

Tindakan Pengerusi Belia4B Daerah Jerantut yang juga Naib Pengerusi 4B Negeri tidak adil kepada Gerakan Belia 4B Pahang dan Belia 4B Daerah. Memalsukan dokumen atau minit mesyuarat Agung adalah satu kesalahan dan peraturan belia 4B yang melibatkan pendaftaran persatuan Belia.

Wakil-wakil yang dihantar ke negeri hanyalah atas senarai yang hanya dibuat oleh pengerusi Daerah sahaja bukan dipilih melalui mesyuarat Agung. 

Gerakan Belia 4B Pahang hendaklah menyiasat dan mengambil tindakan tegas atas salah laku ini. Disamping itu, ramai berpendapat bahawa mesyuarat negeri dalam keraguan kerana dihadiri oleh perwakilan yang tidak sah.

Jalaludin Ghazali tidak boleh menipu 24 cawangan dalam daerah ini kononnya Belia 4B Jerantut siap mengadakan mesyuarat Agung pada 30.10,2010.


2)
Sri Tri Buana menulis dari resah jiwanya mengenai darjat dalam kehidupan, darjat dalam dunia blogger. Mengenai Blogger Elitas dan Blogger Firaun Kecil. Segalanya serba mungkin dalam kehidupan ini. Bagaimanapun, menulislah dengan keikhlasan. Kerana menjadi penulis juga adalah satu anugerah Tuhan.

Semalam saya menulis keserongan yang dilakukan oleh penjawat awam, bahkan dilakukan juga oleh orang-orang politik. Memang didunia ini ada orang jahat dan ada orang baik. Kita juga berhak untuk memilih sama ada untuk menjadi orang jahat atau orang baik. Kerana itulah Syurga dan Neraka dijadikan Allah. (Baca Sini Mengenai Jembatan Ke Syurga)

Pas pun tidak mampu lakukan sesuatu sehingga ada ahlinya meminta Tokoh dan Ulamaknya meminta menasihati pemimpin Pakatan Rakyat supaya belajar menghormati ayat-ayat suci Al-Quraan (Baca Sini)

Sahabat kita , uRag dRrulug masih belum menulis nampaknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN