Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, June 21, 2008

Persidangan Agung UMNO Cawangan

Persidangan Agung UMNO Cawangan-cawangan akan diadakan tidak lama lagi 17/7 -24/8 dan akan diikuti oleh Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian 9/10 - 9/11 seterusnya Perhimpunan Agung UMNO pada 16/12 -20/12. Samaada kita ahli UMNO atau tidak Perhimpunan Agung UMNO ini tetap penting kerana ini akan menentukan dan mencorakkan arahtuju politik dan pentadbiran negara.

Sepertimana kita sedia maklum bahawa UMNO adalah teras kepada BN dan kerajaan yang ketika ini dilanda pergolakan yang tidak kunjung reda. Krisis kepimpinan dan hilang keyakinan dan kepercayaan kepada pucuk pimpinan dilihat meruap-ruap dimana-mana. Berbagai cara cuba dilakukan bagi menghalang berlakunya tsumani politik didalam UMNO oleh pucuk pimpinan namun masih ada suara-suara yang mahukan peralihan kuasa segera dilaksanakan. Ada juga pihak yang curiga akan ketelusan pucuk pimpinan dalam isu peralihan kuasa ini namun ianya masih dapat dikekang. Dalam pada itu kita juga menanti-nanti apakah yang akan berlaku diperingkat grass root dalam persidangan agungnya nanti. Apakah ada suara-suara yang berani dan jujur menyuarakan pendapat dan hasrat atau suaranya tidak dapat kedengaran kerana sekatan dari peringkat bahagian yang berusaha menjaga kepentingan peribadi.

Walau apapun, sekiranya kita benar-benar jujur dan inginkan berlakunya reformasi didalam UMNO maka perkara-perkara ini harus disuarakan dalam persidangan nanti;
  1. Meminta UMNO Bahagian membawa ketetapan ke Perhimpunan Agung UMNO supaya peralihankuasa dilakukan seberapa.
  2. Menzahirkan rasa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden dalam menangani isu-isu berkaitan parti dan kerajaan samaada berkenaan kestabilan politik mahupun ekonomi.
  3. Membawa usul supaya mengunakan fasal 9.12 perlembagaan untuk dibawa ke bahagian dan PAU bagi melucutkan jawatan Presiden dan ahli-ahli majlis tertinggi yang gagal melakukan sesuatu akibat kemerosotan prestasi dalam PRU12 yang lalu, atau
  4. Mengambil keputusan membubarkan cawangan atau berhenti menjadi ahli sepertimana yang disaran oleh Tun Dr. Mahathir.
Kita akan sama-sama melihat siapa dan cawangan serta bahagian mana yang masih berani bersuara menyatakan kebenaran.


Thursday, June 12, 2008


MINYAK NAIK DAN NAIK MINYAK

Tiba-tiba kita dikejutkan oleh pengumumam PM bahawa harga minyak terpaksa dinaikan berikutan pengurangan subsidi terhadap minyak. Kenaikan yang melambung terlau tinggi sungguh diluar jangkaan semua yang melebihi paras 40 %.

Kenaikan harga minyak atau pengurangan subsidi minyak tersebut membuatkan rakyat Naik Minyak. Apa tidaknya; Dalam kempen PRU12 yang lalu kerajaan berjanji sekiranya kekal memerintah harga minyak tidak akan dinaikan walaupun kita sedar bahawa bukan PM yang menentukan harga minyak, tetapi beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang demikian yang mana diluar bidang kuasa beliau.

Kemudiannya kita dimaklumkan oleh Menteri Kerajaan YB Dato' Shahril Abdul Samad bahawa harga minyak akan dinaikkan pada bulan Ogos depan. Malangnya sebelum sempat bulan Ogos PM telah mengumumkan kenaikan tersebut baru-baru ini. Jadi soalnya, kita merasa tertipu dan kenyataan-kenyataan menteri-menteri tidak lagi dapat dipercayai dalam kata lain, menteri-menteri menipu kita. Apakah ini hadiah kepada rakyat yang memilih mereka dalam PRU12 yang lalu?

Kalau dulu PM mencabar rakyat menggunakan hak rakyat dalam PRU, apakah PM mahukan rakyat menggunakan kuasa mutlak mereka seperti dibeberapa negara lain dengan mengadakan bantahan dan demonstrasi? KIta semua ketahui dinegara India rakyat berdemonstrasi membantah kenaikan harga minyak manakala di Korea rakyat meminta kabinet meletak jawatan berikutan pengimpotan daging lembu dari AS. Nyata rakyat negara-negara luar lebih prihatin kepada masalah dan lebih berani mengambil tindakan. Kita harus lebih berani menyatakan kebenaran terutama apabila kita kehilangan pemimpin yang dapat membela kita. Kita tidak nampak siapa lagi pemimpin sekarang yang berani menyatakan kebenaran. Yang ada hanyalah mereka-mereka yang hanya nak jaga diri dan kepentingan mereka sendiri.

Jika benar ramalan bahawa krisis ekonomi akan melanda dunia dan Malaysia yang terburuk dalam sejarah, maka kita percaya lambat laun rakyat akan bangikt dan menentang kerajaan dengan kekerasan melainkan suatu reformasi dari dalam kerajaan sendiri dapat dilakukan bagi memberikan keyakinan semula kepada rakyat.


KU LI - POLITIK MELAYU DAN MASADEPAN PASCA PILIHANRAYA KE-12

Tengku Razalleigh Hamzah Ahli Parlimen Gua Musang merangkap mantan Menteri Kewangan Malaysia akan mengadakan perjumpaan bagi memperkatakan Pasca Pilihanraya ke-12 "Politik Melayu dan Masadepan" pada 14hb Jun 2008 (Sabtu) jam 2.00 petang bertempat di Dewan Sri Mentakab, Bandar Mentakab Pahang. Penyertaan adalah terbuka dan semua dijemput hadir.

Kita mengharapkan perjumpaan ini akan dihadiri ramai orang bagi memperjuangkan masadepan orang-orang melayu dan kita mengharapkan akan mendapat maklumat terkini serta maklumbalas dari akarumbi berkaitan isu-isu semasa dalam perkembangan politik UMNO.

Dalam situasi sekarang berikutan kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan adalah dijangkakan ramai orang akan terutama ahli-ahli UMNO sendiri akan menghadiri pertemuan seperti ini bagi mencari jalan penyelesaian kepada kemelut kepimpinan dan ekonomi negara.

Menurut sebuah lamanblog, ekonomi dunia dijangka akan mengalami kemelesetan yang teruk selepas berlangsungnya sukan olympic di Beijing nanti dan Malaysia akan menghadapi tekanan dan mengalami krisis yang terburuk.


Saturday, June 7, 2008


APA SUDAH JADI DAN APA AKAN JADI NANTI?

Akhirnya kita terkejut beruk apabila tiba-tiba harga minyak dinaikan semalam. Semua petrol pam di bandar Jerantut diserbu oleh pemandu-pemandu yang ingin mendapat minyak murah pada saat-saat akhir sebelum jam 12 malam. Ada antaranya taukeh-taukeh yang datang dengan membawa tong 45 liter biarpun di tegur oleh pengusaha pam berkenaan namun mereka tetap berkeras untuk mendapatkan minyak tersebut.

Berikutan kenaikan harga tersebut kita rasa tertipu dengan pengumuman kerajaan bahawa harga minyak akan dinaikan pada ogos akan depan. Ini mengigatkan kita kembali kepada malam sebelum kabinet dibubarkan dimana PM manyatakan parlimen tak akan dibubarkan lagi, tetapi tup-tup keesokkannya parlimen dibubarkan untuk PRU12.

Jadi tak heranlah kalau dikatakan bahawa Pak Lah adalah PM penipu. Kalau masih ingat lagi apabila beliau ditanya mengenai perniagaan anak-menantu jawapan pertama beliau adalah beliau tak tahu dan tak terlibat tetapi kemudian akhirnya menyatakan bahawa adalah hak anak-menantu beliau untuk terlibat dalam perniagaan dan itu padanya bukanlah menjadi suatu kesalahan.

Soalnya, bagaimana kita nak percaya setelah penipuan demi penipuan dilakukan? Telah terlalu banyak penipuan yang Pak Lah lakukan selama ini sehingga kita hilang kepercayaan kepadanya samaada sebagai PM atau Presiden UMNO.

Suara yang meinginkan peralihan kuasa seperti yang disampaikan oleh UMNO Johor nampaknya dipandang sepi oleh PM. Kita hairan kerana pada suatu ketika beliau menyatakan yang beliau faham kehendak akar-umbi tetapi dalam masa yang sama beliau tidak langsung mengambil apa-apa tindakan kearah itu.

Ada spekulasi yang menyatakan bahawa beliau mempunyai agenda tersembunyi dan beliau berkonspirasi dengan Anwar Ibrahim. Sekiranya ini benar, malanglah nasib DS Najib yang akan dijadikan mangsa. Bagaimanapun jika kita perhatikan memang ada keraguan terhadap tindakan PM yang mengekang kuasa TPM dengan mengnyahkan orang-orang TPM. Apa jadi dengan Dato Jamaluddin Jarjis? Prestasi dalam kerajaan dan pencapaian dalam PRU yang lalu sangat memberangsangkan tetapi kenapa beliau tak dilantik dalam kabinet sebaliknya melantik menteri-menteri dikalangan senator-senator?

Terkini, kita menerima maklumat bahawa terdapat suatu kesefahaman diantara DS Najib dan TS Muhyiddin yang akan bersama mencorakkan arah dan halatuju UMNO dalam PAU Disember nanti ini memandangkan keengganan PM untuk melaksanakan peralihan kuasa sepertimana yang beliau janjikan.

Apa yang kita bimbangi adalah sekiranya Pak Lah masih berkeras untuk tidak melepaskan kuasa maka ianya akan membuatkan semakin ramai ahli-ahli UMNO akar-umbi akan merasa kecewa dan keluar dari parti. Kita percaya, walaupun mereka diakar-umbi ini tidak mengambil tindakan keluar dari parti tetapi sebilangan besar darinya yang telah bosan mengambil tindakan untuk tidak aktif dalam UMNO bahkan dalam PRU12 yang lalu menggundi calon parti pembangkang. Peti undi Lata Kasah telah membuktikan bahawa akar-umbi telah menolak kepimpinan beliau. Apakah Pak Lah ingin melihat mereka-mereka ini keluar dari parti secara resmi?

Kita tunggu Perhimpunan Agung UMNO Cawangan yang tidak lama lagi dan menjadikannya sebagai indicator kepada sokongan terhadap UMNO dan kepimpinannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN